CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 29058|Reply: 0

[Kedah] Sangka anak nampak hantu, rupanya rumah jiran terbakar

[Copy link]
Post time 13-1-2025 04:47 PM | Show all posts |Read mode
Edited by sfhzuraz at 13-1-2025 04:48 PM

Sangka anak nampak hantu, rupanya rumah jiran terbakar

Noorazura Abdul Rahman[email protected]






KHAIRUZZAMAN menunjukkan rumah jirannya yang terbakar malam tadi di Kampung Charuk Kapas, Kuala Pegang, Baling. FOTO Noorazura Abdul Rahman




Baling: "Saya tak sangka bunyi kambing yang luar biasa sebenarnya nak beritahu rumah jiran terbakar," kata pengawal keselamatan Khairuzzaman Shahadan, 39.

Khairuzzaman berkata, ketika kejadian kira-kira 9.15 malam semalam, dia baru pulang daripada bekerja di Sik dan merancang memberi kambingnya makan selepas selesa makan malam.

Menurutnya, baru beberapa kali menyuap nasi, tiba-tiba kedengaran kambingnya mengembek tanpa henti.

"Selalunya kalau lapar, kambing tak bunyi macam itu, tapi kali ini sangat lain lalu keluar melihat ke kandang kerana rasa tidak sedap hati.


"Anak perempuan Noraina Umaira, 9, yang turut keluar tiba-tiba menangis dan menjerit. Saya ingat nampak hantu, rupanya rumah jiran terbakar," katanya ketika ditemui di Charuk Kapas, Kuala Pegang, di sini, hari ini.

Bapa kepada tiga anak itu berkata, dia menghubungi rakannya yang bekerja sebagai sukarelawan bomba dan turut menghubungi Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) untuk memaklumkan kejadian.

Katanya, dia kemudian membawa keluar kambingnya ke tempat selamat dan cuba memadamkan api menggunakan air paip.

"Namun, api marak terlalu cepat ke seluruh rumah, dalam beberapa minit kemudian bomba tiba dan api dapat dikawal dari merebak ke rumah jiran lain," katanya.

Sementara itu, mangsa Normadiah Hassan, 64, berkata, ketika kejadian anak lelakinya keluar bekerja dan dia ke rumah anaknya yang lain di Alor Setar.

"Saya terkejut dapat tahu rumah terbakar, bila balik tengok semua sudah hangus, tak sempat nak selamatkan apa-apa.

"Rumah ini kami sewa sejak dua tahun lalu. Sejak tahu ada kejadian rumah terbakar berturut-berturut di kawasan Kupang, saya memang takut dan tak sangka rumah saya pun terbakar," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Baling, Superintendan Azmi Mokhtar berkata, pihaknya masih menjalankan siasatan sama ada mempunyai kaitan dengan unsur khianat atau sebaliknya.

Semalam, media melaporkan polis tidak menolak kemungkinan kebakaran membabitkan sembilan rumah di daerah ini antara 24 Disember hingga 2 Januari lalu membabitkan unsur khianat.

Penduduk turut diminta mengadakan solat hajat bagi memohon keselamatan susulan beberapa kebakaran harta dan rumah berturut-turut di Kupang, dekat sini.



Disiarkan pada: Januari 13, 2025 @ 4:21pm

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2025/01/1176185/sangka-anak-nampak-hantu-rupanya-rumah-jiran-terbakar




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-1-2025 12:19 AM GMT+8 , Processed in 0.039583 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list