CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9432|Reply: 4

[Jenayah] Berniaga Baju Bundle Di Kelantan, Kena Rampas Dengan Pihak Berkuasa!

[Copy link]
Post time 20-1-2025 08:25 AM | Show all posts |Read mode


Menurut Komander PGA Briged Tenggara, Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid, operasi tersebut berlaku semasa rondaan rutin melibatkan empat anggota PGA.

Cubaan seludup 100 guni pakaian terpakai atau lebih dikenali sebagai baju ‘bundle dikalangan anak muda berjaya digagalkan oleh Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara di sebuah pangkalan haram di Kampung Pulau Ular, Pengkalan Kubor, semalam.

Menurut laporan Malay Mail, guni pakaian seberat 20 tan tersebut dianggarkan bernilai RM1 juta dan dirancang mahu diseludup ke Thailand.


Mereka mengesan sekumpulan lelaki yang kelihatan mencurigakan sedang memindahkan guni-guni putih dari sebuah lori ke atas bot.

“Apabila menyedari kehadiran pihak berkuasa, kumpulan tersebut melarikan diri dengan terjun ke sungai dan berenang ke arah Thailand. Bagaimanapun, seorang pemandu lori tempatan berusia 22 tahun berjaya ditahan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Siasatan awal mendapati pakaian terpakai itu dibawa dari Johor Bahru dan dirancang untuk diseludup ke kawasan Pattani, Thailand.

Pemandu lori yang ditahan mengaku menerima bayaran sebanyak RM500 untuk menghantar barangan tersebut ke pangkalan haram sebelum dipindahkan menggunakan bot.

Selain pakaian, PGA turut merampas sebuah lori dan bot kargo yang masing-masing bernilai RM150,000, menjadikan jumlah keseluruhan rampasan sebanyak RM1.3 juta.

Datuk Nik Ros Azhan berkata kes ini akan dirujuk kepada Jabatan Kastam Diraja Malaysia untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967.

Rampasan ini adalah satu tamparan hebat kepada rangkaian penyeludupan rentas sempadan yang aktif di kawasan Pengkalan Kubor yang terletak di sempadan Malaysia-Thailand.

Ia sering menjadi lokasi aktiviti penyeludupan pelbagai barangan selain pakaian terpakai.

Pada Oktober tahun lalu, Komander PPM Bukit Aman SAC Norzaid Muhammad Said berkata dari 2022 sehingga September tahun lalu, Pengkalan Kubor telah merekodkan 506 kes penyeludupan barang dengan anggaran nilai rampasan hampir RM6 juta.

Aktiviti penyeludupan ini juga sudah menjadi darah daging dalam kalangan penduduk sejak puluhan tahun lagi.

Sehingga kini aktiviti itu masih bertahan, malah ada dalam kalangan penduduk yang tinggal di tebing Sungai Golok menjadikan aktiviti penyeludupan sebagai lubuk rezeki bagi menyara keluarga selain meneruskan kelangsungan hidup.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 22-1-2025 08:08 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2025 05:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Satu lagi kejayaan PAS??
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2025 07:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Penyeludupan adalah sumber rezeki. Nak harap kerja lain tak ada.
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2025 07:22 AM | Show all posts
Ape yang berniaga di Kelantan?
Ni kan berita penyeludupan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-2-2025 02:30 AM GMT+8 , Processed in 0.038716 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list