View: 20142|Reply: 0
|
[Dunia]
Tertidur di ladang tebu, remaja mati digilis jentera penuai dipandu pakcik sendiri
[Copy link]
|
|
Seorang remaja lelaki yang sedang tidur di ladang tebu maut selepas digilis jentera penuai yang dipandu bapa saudaranya.
Kejadian pada Selasa itu hanya disedari bapa saudaranya selepas terlihat percikan darah keluar dari jentera berkenaan.
Polis yang tiba di lokasi kejadian mendapati mayat remaja itu dipenuhi darah berada berhampiran jentera penuai.
Remaja yang maut itu dikenali sebagai Anusorn Konwicha dan kejadian berlaku di Kampaengphet, Thailand.
Bapa saudara mangsa, Jariyawat Waree, 26, memberitahu polis Anusorn bahawa sebelum itu dia melihat remaja berkenaan berada di ladang tebu tersebut.
Namun dia tidak menyedari bila anak saudaranya itu berbaring untuk tidur sebelum secara tidak sengaja menggilisnya.
Dia hanya menyedari kejadian berkenaan selepas melihat percikan darah.
Sumber: mStar
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
| |
|