View: 220|Reply: 0
|
Pavilion REIT ambil alih 3 hartanah runcit
[Copy link]
|
|
Firma itu minat Fahrenheit88, Pavilion Extension dan kompleks beli-belah di Subang Jaya\rPAVILION REIT Management Sdn Bhd, pengurus Pavilion REIT yang bakal disenaraikan di Pasaran Utama Bursa Malaysia awal bulan depan, akan mengambil alih tiga lagi hartanah runcit di lokasi utama Lembah Klang untuk disuntik ke dalam portfolio dana pelaburan hartanah itu.\r\n\n\n\n\r Pavilion REIT yang melancarkan tawaran awam permulaannya (IPO) semalam, ketika ini mempunyai dua aset dalam portfolionya, iaitu Pavilion Kuala Lumpur Mall dan Pavilion Tower dengan nilai pasaran digabungkan RM3.5 bilion.\r\r\n\n\n\n\n Ketua Eksekutif Pavilion REIT Management, Philip Ho, berkata pihaknya kini meninjau mengambil alih Fahrenheit88, Pavilion Extension dan kompleks beli-belah enam tingkat di Subang Jaya yang dilihat sesuai disuntik ke dalam portfolio Pavilion REIT pada masa depan.\rKatanya, Pavilion Extension dan kompleks membeli-belah di Subang Jaya itu akan diambil alih selepas pembinaan kedua-duanya siap dalam beberapa tahun akan datang, sementara Fahrenheit88 pula selepas proses penilaiannya selesai dalam tempoh 18 hingga 24 bulan ini.\r“Kami bercadang mengambil alih Fahrenheit88 pada 2013, diikuti Pavilion Extension pada 2014 dan kompleks beli-belah di Subang Jaya menjelang 2015,” katanya pada sidang media selepas majlis pelancaran prospektus IPO Pavilion REIT di Kuala Lumpur, semalam.\rSempena penyenaraian Pavilion REIT yang dijadualkan 7 Disember ini, Pavilion REIT Management membuat IPO 790 juta unit saham dana pelaburan hartanah itu.\r\n\n\n\n\rDaripada jumlah itu, 755 juta unit ditawarkan kepada pelabur institusi tempatan dan asing pada harga ditetapkan menerusi bidaan.\rSebanyak 35 juta lagi akan ditawarkan kepada orang awam, penyewa Pavilion Kuala Lumpur Mall dan Pavilion Tower yang layak, pengarah dan pekerja Pavilion REIT Management, Urusharta Cemerlang Sdn Bhd, Capital Flagship Sdn Bhd dan Kuala Lumpur Pavilion Sdn Bhd yang layak pada harga runcit 88 sen seunit.\rDaripada 755 juta saham untuk pelabur institusi tempatan dan asing itu pula, 265 juta unit diperuntukkan kepada enam pelabur utama pada harga 90 sen seunit atau harga institusi berdasarkan yang mana lebih rendah.\rHo berkata, pihaknya bercadang menggunakan RM695.2 juta yang bakal diraih daripada IPO itu untuk pembayaran pengambilalihan Pavilion Kuala Lumpur Mall dan Pavilion Tower, perbelanjaan modal dan penyenaraian.\rBeliau berkata Pavilion REIT dijangka mempunyai modal pasaran sebanyak RM2.6 bilion apabila ia disenaraikan kelak.\r“Nilai pasaran portfolio hartanah permulaan Pavilion REIT dianggarkan bernilai RM3.5 bilion, sekali gus menjadikannya dana pelaburan hartanah membabitkan sektor runcit terbesar disenaraikan di Malaysia,” katanya.\rHo menjelaskan dengan harga tawaran runcit 88 sen, Pavilion REIT menawarkan pengagihan hasil sebanyak 6.41 peratus bagi tempoh sebulan yang setakat 31 Disember 2011 dan 6.51 peratus bagi tempoh 12 bulan yang akan tamat pada 31 Disember 2012.\rPavilion REIT Management bercadang mengagihkan sekurang-kurangnya 90 peratus daripada pendapatan diagihkan Pavilion REIT pada setiap setengah tahun kepada pemegang sahamnya.\rBagi tempoh dari tarikh penyenaraiannya sehingga 31 Disember 2012, Pavilion REIT akan mengagihkan 100 peratus pendapatannya.
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|