CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6715|Reply: 9

Kaca Mata Boleh Mengakibatkan Kanser

[Copy link]
Post time 17-4-2012 01:47 PM | Show all posts |Read mode
Risiko Guna Kaca Mata Tiruan Boleh Mengakibatkan Kanser




Kaca Mata Undang Kanser
Oleh Iskandar Shah Mohamed


KUALA LUMPUR: Pengguna kaca mata tiruan pelbagai jenama terkenal yang lazimnya dijual dengan harga semurah RM10, berisiko dua kali ganda mengalami kanser mata kerana tidak dilengkapi pelindung, berbanding produk tulen.

Kaca mata hitam tiruan juga mendedahkan seseorang kepada masalah kerosakan penglihatan pada jangka panjang.

Pakar Mata Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Dr Mimiwati Zahari, berkata kanta kaca mata tiruan berkenaan tidak mempunyai tahap saringan atau penapisan cahaya yang ditetapkan.

“Keadaan itu sekali gus menyebabkan ia gagal menahan cahaya UV masuk ke dalam mata terutama ketika panas terik,” katanya.

Menurutnya, kajian di Amerika Syarikat dan Eropah menunjukkan mereka yang memakai kaca mata hitam di bawah sinaran matahari dalam tempoh panjang, berisiko dua kali ganda mengalami kanser mata berbanding mereka yang memakai kanta dilengkapi pelindung.

Beliau berkata, pengguna terdedah kepada risiko kanser kulit di sekitar kelopak mata akibat penerimaan cahaya berlebihan tanpa pelindung.

“Pemakaian kaca mata terutama berwarna hitam tidak hanya melindungi mata daripada cahaya matahari, malah menghalang sinaran ultra ungu atau ultra violet (UV) dan infra merah.

“Pendedahan secara langsung kepada sinaran UV dan infra merah yang tidak kelihatan secara kasar itu turut memberi kesan kepada pelbagai masalah mata antaranya pterygium iaitu pengumpulan lemak di sekitar mata yang boleh masuk ke dalam bahagian kornea.

“Keadaan itu menyebabkan mata berasa tidak selesa, mudah menjadi merah dan sukar menghilangkan habuk yang melekat. Jika dibiarkan tanpa sebarang rawatan, ia boleh menyebabkan kornea tertutup dan menghalang penglihatan,” katanya ketika ditemui di sini, kelmarin..

Menurutnya, kesan radiasi sinaran UV itu turut merosakkan retina dan berlakunya masalah katarak, iaitu penglihatan menjadi kabur.

Sementara itu Pegawai Penyelidik Persatuan Pengguna Pulau Pinang, Hatijah Hashim ketika dihubungi semalam, berkata kaca mata murah dipercayai dari luar negara itu hanya diwarnakan gelap atau dicelup dalam warna gelap, sebenarnya tidak berupaya menyerap sinaran berbahaya.

Hatijah berkata, dalam jangka masa panjang, pengguna akan berasa tidak selesa dan memberi tekanan pada penglihatan kerana kesan silau tidak hilang disebabkan cahaya yang menembusi kanta itu berserak dan pecah.

Katanya, pengguna perlu membezakan antara kaca mata murah dengan yang tulen kerana ia penting mengelak risiko terhadap kesihatan dalam jangka panjang.

Sumber: HMetro.


**********************************************************************************************

P/S: Gunakan cermin mata yang mempunyai UV protection 400 atau 100% UV protection yang dapat melindungi mata anda daripada sinaran UV. Di RayBanSpec.com menyediakan koleksi cermin mata Ray Ban pelbagai warna yang mempunyai ciri-ciri UV protection 400 dan 100% UV protection.


Koleksi kami terdiri daripada gred berkualitu tinggi yang setanding dengan Original Sunglasses dengan harga yang menarik dan mampu milik. Konsep kami adalah "Win Win Situation" - Situasi Menang Menang Antara Anda Dan Kami! Sila layari htt://www.raybanspec.com




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-4-2012 09:06 AM | Show all posts
seb baekla aku xsuke pakai spec.hihihi...
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2012 10:13 AM | Show all posts
Serba serbi yg berkaitan dgn "tiruan" ni akan mengarahkan kpd resiko & mcm2 penyakit...
Moral of the story Belilah & pilih lah yg original.. temasuk lah nak pilih pasangan!
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2012 11:03 AM | Show all posts
erk iklan rayban ke ni?
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2012 03:26 PM | Show all posts
sempat lg ko promote ek...
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2012 05:36 PM | Show all posts
tp jgn tak tau ade jgk kedai cermin mata ni jual yg palsu..so berhati2 di mn anda berada
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 18-4-2012 06:01 PM | Show all posts
Serba serbi yg berkaitan dgn "tiruan" ni akan mengarahkan kpd resiko & mcm2 penyakit...
Moral of th ...
noroz Post at 18-4-2012 10:13


Yup.. betul tu.. Jangan kerana nak berjimat kerana wang, kesihatan kita akan terjejas. Elok mencegah dari merawat.
Ramai antara kita tergolong dalam hal ni. Peribahasa mengatakan, biar alah membeli, janji menang memakai. Alang2 bagi info, promote la sekali.. hee..
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2012 06:56 PM | Show all posts
Ahdek, mengapakah cemate reben ko ni murah bebenor? Ahbi akak membelinye mencecah ribuan lemon!! adekah ini juge namenye.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 19-4-2012 12:18 AM | Show all posts
Reply 8# noroz


Ahkak... tak semestinye mahal sesuatu jenama tu melambangkan kualiti yang terbaik.. dan walaupun dijual murah, tak semestinye tak berkualiti (kecuali jenama kat up town2 dan yang sewaktu dengannya tu - ape celop:-).. Perniagaan saya berkonsep "win-win situation".. tengok grade la.. yang penting ade UV protection (Lens kaca - bukan plastik).. takde la risiko kena kanser.. melainkan ada sebab2 lain:-p

Saya jual murah sebab tak bukak premis atau kedai (SOHO).. kos pun rendah. Yang kat kedai mahal sampai ratusan mahu ribuan tu sebab diorang nak bayar sewa tapak premis atau kedai, nak bayar gaji pekerja, perkakasan dan alatan perniagaan serta lain2 lagi.. kos tinggi, harga barang pun tinggi.

Lagi satu supplier saya ada bagitau, yang kat kedai2 tu sebenarnya barang dia ambil sama dengan pembekal saya. Kesimpulannya terletak ditangan dan 'mata':-) Harap dah dijawab soklan ahkak tu.
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2012 05:47 PM | Show all posts
nak order direct from the supplier tu boleh tak?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-1-2025 03:00 AM GMT+8 , Processed in 0.071727 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list