CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2828|Reply: 4

[Lain-Lain] Disney buys Lucasfilm, new 'Star Wars' film in 2015

[Copy link]
Post time 31-10-2012 08:51 PM | Show all posts |Read mode
Disney is to buy George Lucas's renowned film studio including his 'Star Wars' franchise, the entertainment giant said Tuesday, announcing plans for more films in the legendary sci-fi series...
Published: Rabu Oktober 31, 2012 MYT 7:20:00 PM
Updated: Rabu Oktober 31, 2012 MYT 7:26:05 PM         

Walt Disney Beli LucasFilm & Francais Star Wars  RM12.3 Juta
LOS ANGELES: Dalam satu perjanjian yang di luar jangkaan dan mengejutkan, Walt Disney Co mengumumkan bahawa mereka telah bersetuju untuk membeli karya-karya George Lucas menerusi firmanya, Lucasfilm Ltd dan juga keseluruhan francais “Star Wars" milik Lucas pada harga AS$4.05 bilion  (RM12.3 juta) dalam bentuk tunai dan stok.
Agensi berita Reuters melaporkan pada Rabu, perjanjian mega itu termasuklah persetujuan Disney untuk menerbitkan siri baru Star Wars pada tahun 2015.
Ketua Eksekutif Disney, Bob Iger berkata, pelan baru mereka adalah untuk menerbitkan filem baru Star Wars setiap dua atau tiga tahun.


Filem terakhir dalam siri filem "Star Wars" ialah "Revenge of the Sith" pada tahun 2005.
Selepas itu, Lucas sentiasa menafikan yang beliau mahu meneruskan penerbitan filem “Star Wars” yang baru.
Bagaimanapun di bawah perjanjian baru dengan Disney ini, Lucas akan kekal sebagai konsultan kreatif untuk apa jua filem baru “Star Wars” yang akan diterbitkan nanti.
"Telah tiba masanya untuk saya melepaskan 'Star Wars' kepada generasi baru pembikin filem," kata Lucas dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini.
Lucas juga diumumkan sebagai pemegang saham individu kedua terbesar di dalam Walt Disney Co dengan 2.2 peratus pegangan saham.
Disney akan membayar kira-kira separuh daripada harga pembelian Lucasfilm dan francais ‘’Star Wars” dalam bentuk tunai kepada Lucas manakala selebihnya akan ditawarkan dalam bentuk  40 juta syer baru.
"Ini adalah pembelian aset yang terbesar dalam sejarah hiburan Hollywood sama sepertimana kejayaan Disney membeli Marvel Entertainment dan Pixar Studio pada tahun 2009 dan 2006," kata Iger.
Iger menambah, beliau dan Lucas pertama kali berbincang secara serius mengenai pembelian tersebut kira-kira 18 bulan yang lalu setelah Lucas menyatakan hasratnya untuk bersara dari penerbitan filem.
Beliau juga menambah, kekuatan penjenamaan  'Star Wars' menjadi pendorong untuk Disney membeli francais tersebut sepenuhnya dari Lucas.
Iger juga percaya, terdapat tuntutan dan pasaran yang masih besar terhadap siri filem “Star Wars” pada masa depan.
Perkara ini disokong oleh fakta bahawa setiap satu daripada tiga siri terakhir filem berkenaan menjana pendapatan tidak kurang dari AS$1.5 bilion (RM4.5 bilion) pada kiraan pasaran semasa box office.
Malah karakter-karakter ikonik filem berkenaan mampu menjana pendapatan yang lumayan dalam bentuk barangan mainan dan lain-lain produk konsumer di seluruh dunia.
Misalnya produk barangan mainan dua karakter utama “Star Wars” iaitu Darth Vader dan Yoda sahaja menjana pendapatan sekitar AS$215 juta (RM655.9 juta) setahun di seluruh dunia.
Pada 2005, iaitu tahun siri terakhir filem "Star Wars" ditayangkan, LucasFilm memperoleh AS$550 juta dalam bentuk pendapatan operasi daripada jenama filem tersebut sahaja.
Selain “Star Wars” satu lagi produk utama Lucasfilm adalah siri “Indiana Jones”.
Kini para peminat tertunggu-tunggu apakah akan wujud episod ke-7 dalam saga pengembaraan Luke Skywalker dan nemisisnya Darth Vader yang juga merupakan bapa kandungnya.

**** banyak juga gossip2  mngatakan...  khawatir kan Disney akan "mnjahanam" kisah petualangan luke skywalker, han solo,

MAY THE FARCE BE WITH YOU!
Disney Corp. is basically the Imperial Galactic Empire!


luke i am your father (in a really high pitched mouse voice...)
dan princess Leia yitu...nak share ngan korang benda alah nie,ianya mengenai 19 perkara bagi sesapa yg blom taw mengenai star wars nie...KOrang usha la kat bawah k...
sos:star-wars-trivia-19-facts-you-may-not-know





Last edited by bluezink on 1-11-2012 02:52 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-11-2012 08:09 AM | Show all posts
Masa Disney takeover Marvel, orang takut jugak komik2 MArvel akan jadi Disney, tapi setakat ni OK la. Harapnya Disney tak merapu bila beli Lucasfilm. Dengar cerita Episode VII-IX akan guna tempoh kira2 20-30 tahun lepas Episode VI (ROTJ)...Vader takde sebab sah2 dah mati....
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2012 03:48 PM | Show all posts
cool juga sebenarnya....akn dtg mesti kt disneyland ada karekter2 star wars...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-11-2012 07:20 PM | Show all posts

MAY THE FARCE BE WITH YOU!
Disney Corp. is basically the Imperial Galactic Empire!
Ikutkan dulu memang George Lucas nak buat Star War 1 - 9. Tapi dia hanya larat sampai 6 jer. Mungkin idea dah kering atau dah terlampau kaya dan tak mahu bersosah payah cari dwit lagik.ketika ini, kiter akn menunggu napas baru dari tokey baru untok meneruskan saga Star Wars dengan episod 7, 8 dan 9, yg berjanji untok melancarkan setiap 2 tahun ,hanyaa...pihak Walt Disney Co yg  tahu sejauh mana akn melorek pilem yg baru akan berlaku nanti, atau bagaimana besa peranan, jika ada, bahawa watak-watak ini akan bermain dalam pelem2 baru
menurut info dari forum2 luarnegeri, kalau ikut novel, cerita seterusnya adalah Truce At Bakura yang berlaku sebaek jer selesai Battle of Endor (Return of the Jedi). dan dikatakan/bayangkan membazir..kalu buat cerita watak jahat macam dinosaur (reptile like). Ada yang mencadangkan untuk disambung teruss cerita The Thrawn crisis tapi masalahnya dah overlap cerita pasal Leia kawin dengan Hans Solo (The Courtship of Princess Leia)....jadikk

kiter tunggu dan lihat.
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2012 08:09 PM | Show all posts
face it...Lucasfilm is dying...

satu2nya benda yang membolehkan George Lucas bayar gaji staff dia ialah re-runs of Star Wars dan Indiana Jones kat tv

pembelian Lucasfilm oleh Disney sebenarnye satu perkara yang bagus...aku lihat Disney kini sedang mengorak langkah baru dengan new business model...bermula dengan pembelian Marvel dan pengstrukturan semula francais filem Marvel universe..

dan plan untuk 3rd Star Wars trilogi amat dialu-alukan oleh aku...aku rasa kita semua agak bersetuju yang Star Wars prequel is kinda a missed hit...so harap2 3rd trilogi ni akan tebus balek "kesilapan" George Lucas dgn prequelnya...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2025 07:05 AM GMT+8 , Processed in 0.051431 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list