CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11431|Reply: 17

1972 - Tragedi Feri Karam Sungai Krian

[Copy link]
Post time 12-3-2014 12:12 PM | Show all posts |Read mode
Kejadian berlaku pada 13 September 1972 di Parit Buntar Perak.

Pada waktu itu jambatan yang merentangi antara dua negeri iaitu Perak dan Kedah, masih belum lagi dibina. Jadi, penduduk setempat tiada pilihan lain kecuali terpaksa menggunakan perkhidmatan feri untuk berulang alik ke kedua-dua tempat tersebut.

Dengan menggunakan kabel yang diregang dari hujung kehujung, feri tersebut terpaksa menampung beban muatan yang kadangkala berlebihan, yang dihasilkan dari pelbagai jenis kenderaan seperti lori balak, lori ikan, kereta, motosikal, bas sekolah dan juga pejalan kaki.

Pada hari kejadian tersebut berlaku, hujan turun dengan lebatnya. Ketika feri sedang merentasi dari arah Bandar Baharu, salah satu dari kabel tersebut telah terputus dihentam oleh arus sungai yang deras.

Feri tersebut akhirnya karam. Seramai 27 orang kebanyakannya pelajar yang berada di dalam bas sekolah telah menjadi korban. 17 orang murid sekolah(SMJK Kerian) telah terkorban.

Waktu itu ada seorang remaja Tionghua telah berjaya menyelamatkan beberapa orang mangsa. Kerana keberaniannya, remaja lelaki tersebut telah dikurniakan pingat Hang Tuah pada tahun berikutnya.






Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-3-2014 12:34 PM | Show all posts
xpernah tau pun pasai nih..
balik nk p cari la
thank you habam pestoi
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2014 01:40 PM | Show all posts
tahun lepas surat khabar ade imbas kembali cerita ini, sian budak2 tu... dorang bina tugu kat situ, lepas tu tiap2 tahun orang cina akan semayang tuk ahli keluarga dorang yang terkorban..
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2014 02:29 PM | Show all posts
Abam pestol, post tajuk berilmiah...tp avatar tak menahan
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2014 02:43 PM | Show all posts
masih ingat tentang tragedi ni  ... masa kejadian saya masih sekolah rendah
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2014 03:19 PM | Show all posts
bru den tahu pasai ni
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-3-2014 03:38 PM | Show all posts
owh..kesiannya..nk risik2 org di kampung la
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2014 03:40 PM | Show all posts
Aku pun masih disekolah rendah. difahamkan kejadian berpunca dari arus sungai yang kuat akibat hujan lebat, batang pokok nipah yang hanyut dikatakan sebagai punca kabel yang merentangi sungai berkenaan putus akibat dirempuh pokok berkenaan.

Bukan setakat feri, perkhidmatan sampan juga digunakan untuk membawa penumpang pergi dan balik dengan bayaran 10sen.......... I still remember that...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-3-2014 03:45 PM | Show all posts
good info..........
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2014 04:44 PM | Show all posts
xtau lgsg pasai tragedi nihh
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2014 05:21 PM | Show all posts
yeah..now dh ada jambatan dari perak ke seberang kedah...sungai kerian tu org kata ada buaya..
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2014 07:25 PM | Show all posts
Oooo... Fery mcm ferry p.pinang ke? Bole bwk kenderaan semua..
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2014 10:03 PM | Show all posts
Ooo kesahnya
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2014 10:40 PM | Show all posts
kalau nak tahu, Dato Jamil Khir berjaya selamatkan dua org dalam kejadian ni. Masa tu dia muda lagi kot,blm masuk tentera lagi. (info from my mom, sekampung dgn dia)
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2014 10:09 AM | Show all posts
owh x pernah tau psl tragedi nie..
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2014 05:08 PM | Show all posts
da berabad dok sini baru ku tahu..ada kes rupenye..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-4-2014 07:47 AM | Show all posts
lily_kama posted on 12-3-2014 07:25 PM
Oooo... Fery mcm ferry p.pinang ke? Bole bwk kenderaan semua..

Ni feri kecik, lebih macam platform aje dan tak berenjin (sebab tu guna kabel)

Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2014 01:45 PM | Show all posts
alphawolf posted on 21-4-2014 07:47 AM
Ni feri kecik, lebih macam platform aje dan tak berenjin (sebab tu guna kabel)

Faham....... Tq
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-3-2025 01:24 AM GMT+8 , Processed in 0.063508 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list