CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4419|Reply: 13

Kenapa KS tidak memakai serban?

[Copy link]
Post time 6-5-2014 04:33 PM | Show all posts |Read mode
Walaupun serban adalah tenet atau prinsip penting dalam agama Sikh, namun yang tidak memakainya bukan dikatakan salah tetapi dikenali sebagai sahajdhari (belajar dan menerima secara perlahan-lahan). Seperti mendiang Karpal, beliau mengamalkan semua prinsip utama (5K) dan memakai serban pada waktu-waktu tertentu menjadikan beliau sebagai seorang sahajdhari.



Wajah mendiang ketika memakai serban di Universiti Singapura.Pemakai serban dan pengamal 4 lagi perkara wajib dikenali sebagai lelaki Khalsa.

Mengikut ajaran Sikh, tidak ada satu bulu pun di badan yang boleh dipotong atau dibuang. Penggunaan serban adalah bertujuan mengemaskan rambut panjang yang akan tumbuh selepas bertahun-tahun tidak dipotong.

Ok berbalik kepada tajuk rencana ini… mengapa Karpal Singh memilih untuk tidak mengenakan serban?

Jika mengikut wawancara beliau dengan sebuah akhbar berbahasa inggeris beberapa tahun lalu, Karpal berkata, beliau memakai serban secara tetap sehingga tahun 1970.

Wajah mendiang pada tahun 1974 ketika bertanding kerusi Parlimen dan DUN Alor Setar

“Bagaimanapun, pada 1969 saya telah berada di kedai gunting rambut menunggu giliran saya untuk mengunting rambut saya yang panjang sebelum menoleh ke luar tingkap dan melihat ayah saya sedang menaiki basikal (lalu di hadapan kedai), saya terus gugup dan membatalkan hasrat.
“Tahun berikutnya saya berada di Alor Star dan ia sangat panas ketika itu yang merupakan musim menuai. Saya baru sahaja memulakan kerjaya sebagai peguam dan keperluan untuk membasuh dan mengikat rambut memakan masa yang amat lama. Saya berfikir bahawa sesuatu perlu dilakukan.
“Ia bukan mudah untuk mengambil tindakan seperti itu. Saya berseorangan dalam bilik saya, berjalan mundar-mandir memikirkan keputusan saya. Akhirnya, saya mengikat rambut saya, mengambil gunting dan memotong bahagian ekornya. Kemudian saya ke kedai gunting rambut dan tukang gunting mencantikan potongan saya,” katanya.


Sudah melakukannya satu benda kata beliau, untuk berhadapan dengan ibu bapanya satu lagi hal besar.

“Saya memakai kembali serban tetapi ibu saya perasan yang ia kelihatan lain dari belakang dan mula menangis. Dia menjerit ‘kamu telah memalukan kami’.
“Nasib baik ayah saya menarik saya ketepi dan berkata; : Sabar, orang perempuan memang suka membuat kecoh. Teruskan memakai serban untuk sedikit masa lagi sehingga mereka dapat menerima idea itu,” katanya.


Karpal seterusnya menambah, beliau memakai lagi serban untuk setahun sebelum menanggalkannya.

“Namun, pada majlis-majlis istimewa seperti perkahwinan anak saya, saya tetap akan pakai,” katanya.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-5-2014 09:12 PM | Show all posts
terjawab sudah kemusykilan aku..terima kasih
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2014 11:50 PM | Show all posts
Mengikut ajaran Sikh, tidak ada satu bulu pun di badan yang boleh dipotong atau dibuang.

oohh..begitu.. maksudnye utk lelaki shj ke atau laki dan pompuan?


kao begitu bulu ketiak dan bulu kemaluan mesti serabai abis nye............
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2014 06:53 AM | Show all posts
mber sikh aku dlu cite, klu zmn dlu, potong rmbut gitu dh dikire 'murtad' dari agama sikh..

skrg tk taula..
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2014 07:49 AM | Show all posts
Tu dia aih...kenapa Karpal tak pakai serban pun jadi hal antarabangsa...heheheh
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2014 08:02 AM | Show all posts
ok terjawab juga persoalan aku
Thank you TT
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-5-2014 08:28 AM | Show all posts
kata xleh cabut/potong bulu...
abis tgk jambang/misai comel jek...
kalu tak cabut/potong mesti dah berjela2..kompius gak aku dgn law sikh ni..
juz nak taula...jgn d politikkan...
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2014 08:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Sama lar ngan islam..wajib tutup aurat tp ramai jer x tutup....sikh xleh buang bulu tp ramai jer yg dh x ikut...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-5-2014 10:03 AM | Show all posts
ohhh..begituuuu
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2014 10:19 AM | Show all posts
nape jambang sink nampak kemas je, even berserban tinggi bagai? dorang bakar ke?

tapi ak pernah tgk dokumentari kat India dorang bakar rambut dgn jambang tu kasi pendek, sebab takleh gunting atau cabut...
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2014 10:51 AM | Show all posts
wickedcat posted on 7-5-2014 08:34 AM
Sama lar ngan islam..wajib tutup aurat tp ramai jer x tutup....sikh xleh buang bulu tp ramai jer yg  ...

btol2....
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2014 11:46 AM | Show all posts
Ooo kesahnya
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2014 11:56 AM | Show all posts
Bukan serban la.. TURBAN....  apa hal lak si KS nak pakai serban...   turban tu plak.. warna2 tu ada makna tersendiri.. Last edited by Shahreen74 on 7-5-2014 11:58 AM

Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2014 04:39 PM | Show all posts
sah sah le dia KS tau yg agama dia adalah agama buatan manusia. Tak boleh potong rambut? Tak logik kan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 10:42 PM GMT+8 , Processed in 0.178610 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list