CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4462|Reply: 0

Bunuh Syaitan

[Copy link]
Post time 24-6-2014 03:26 PM | Show all posts |Read mode
Bunuh SyaitanSeorang lelaki berusia lima puluhan tahun baru sahaja kematian isteri akibat penyakit kronik. Kemudian datang beberapa tawaran dari orang tertentu menawarkan beberepa perempuan untuk dijadikan isteri baru dan teman hidup barunya. Alasan mereka beliau perlu berkahwin semula memandangkan anak -anaknya sudah besar malah tinggal jauh di Bandar dan tiada orang yang akan menjaga makan, minum, sakit, pening si duda itu.

Setelah meminta tempoh dan berfikir sedalam-dalamnya dia pun bersetuju untuk berkahwin. Selepas memilih dan beberapa orang calon isteri yang ditawarkan oleh orang kampong maka dia pun berkahwin dengan seorang perempuan yang agak muda berusia dalam lingkungan dua puluh lima tahun.

Selepas majlis pernikahan mereka pun hidup bersama seperti pengantin baru yang lain. Isteri barunya sering ke surau pada setiap petang khamis mengikuti kuliah agama yang sering diadakan secara mingguan dengan pesyarah jemputan yang diundang khas mengajar agama di kampong tersebut.

Suatu petang selepas pulang dari kuliah agama di surau dia menceritakan apa yang didengarnya dalam kuliah tersebut. "Abang, abang nak tau tak, ustaz kata bila suami dan isteri itu bersatu/bersetubuh dengan cara yang betul dan menjaga syarat yang betul maka pasangan tersebut akan mendapat pahala sama seperti membunuh 10 ekor atau beberapa ekor syaitan".

Kata si suami "Yerr kerr. Tak apa malam ni malam Jumaat, masa yang sesuai utuk bunuh syaitan kann, betul tak sayang?" sambil ketawa. Isteri hanya tersenyum panjang.

Selang dua hari kemudian, si isteri berkata "Bang, jom kita bunuh syaitan... Bang..."
Si suami tersenyum panjang. Selang dua hari kemudian, si isteri berkata "Banggg, jom kita bunuh syaitan... Bang..."
"Tak pe... Tunggula malam..."
Esoknya si isteri berkata, "Banggg, jom kita bunuh syaitan..."
Si suami diam sambil mengangguk lemah.
Esoknya siisteri berkata "Banggg, jom kita bunuh syaitan..."

Si suami tiba-tiba marah dan berkata,
"Ayang nie nak bunuh syaitan ke nak bunuh abang?"





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Lawak & Santai


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-3-2025 12:19 AM GMT+8 , Processed in 1.016339 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list