View: 2628|Reply: 0
|
Tersilap Hantar Gambar Seksi Kepada Rakan!
[Copy link]
|
|
Oleh Adib ZA
Tak tahulah, namun nampaknya ramai yang gemar menghantar gambar privasi dan seksi mereka kepada pasangan masing-masing menerusi aplikasi terkini seperti snapchat, whatsapp dan sebagainya.
Bagi lelaki ini, dia tidak menyangka gambar privasinya telah tersalah hantar kepada orang yang salah. Lebih memalukan, yang menerimanya ialah rakan-rakan dan ahli keluarga!
Memang memalukan. Kisahnya berlegar di laman sosial ini memaparkan lelaki bernama John tanpa segan sili mengirimkan gambar seksinya kepada wanita yang baru dikenalinya.

Berasa pelik kerana selepas sejam, wanita itu tidak memberikan respon. Selepas menyemak kembali mesej dan gambar yang dihantarnya, John terkejut kerana tersalah hantar kepada ahli keluarga dan rakan-rakannya.
Malah, lebih 50 orang telah melihat gambar itu! Oleh itu, hati-hati ketika menggunakan aplikasi pada telefon pintar.
Perkara yang privasi, hanya untuk pasangan anda, jangan disalah hantar kepada mereka yang lain! Apa kata anda? Pernah terkena? - CARI Infonet

(sumber foto: Stomp) |
|
|
|
|
|
|
| |
|