Dato Fazley Yaakob sememangnya terkenal dengan bakat menyanyi, berlakon dan bakat terpendamnya memasak sehingga memenangi gelaran masterchef selebriti Malaysia.
Kini beliau mencuba nasib dalam bidang masakan dengan membuka restorannya iaitu SukaSucre Bistro.
Salah satu menu di sana menarik perhatian netizen iaitu pencuci mulut yang dikatakan ala-ala shellout dan diletakkan di atas meja serta dilukis secara 'live' di atas meja.
Pun begitu, video Dato Fazley sedang membuat 'deco' dessert di atas meja tersebut yang dimuatnaik di Twitter mendapat pelbagai respon dari netizen.
Salah seorang netizen yang juga merupakan chef berasakan perkara tersebut sebagai satu penghinaan terhadap culinary world.
Malah, ramai yang bersetuju dengan mengatakan 'geli' dengan warna dan pelbagai kek serta dessert lain dicampur-aduk.
Perkara ini mendapat respon dari Dato Fazley dan menyifatkan mereka 'hati hangus' dan tidak membuat research sebelum bercakap.
Ada yang menyifatkan Dato Fazley tidak dapat menerima kritikan yang diberi. Dalam bidang sebegini haruslah ada yang mengkritik dan ada yang memuji untuk perbaiki kesilapan.
Apa pendapat anda tentang dessert atas table ini? - CARI
1st time tgk dia buat food art ni masa celebrate bday si RAF...mcm pelik, geli plak tgk.. tak selera lgsg nk mkn dessert mcm tu.. konon kreatif la tu ek....
Seriously..muka berlagak lps habis buat #sweettable tu tak seiring dengan hasil akhir art tu...nak nagis tengok..betapa tak berseninya tangan ittewww...
Post time 5-2-2018 09:03 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Aaaah.. Mcm tak sesuai.. Dia nie perasaan good2 sja.. Org dah pesan tu why not terima dgn hati yg terbuka.. Nak jua sindir balik hati org hangus lah.. Even ur cakes or apa2 yg kau bake (based on prog kat astro last time) macam tak cntik pun..
Post time 5-2-2018 10:46 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Semaknya. Dia nak tunjukkan celoreng2 tu ke nak tunjukkan desserts yg dia buat? Apa pun tak nampak. Part2 lempor2 pancut2 tak manis sungguh la. Siapkan la dulu meja tu pastu jemput guests duduk tak bleh ke?