|
Salam,
Saya ade pertanyaan skit. ader tak sesapa kat sini yg tau kisah sebenar tentang peristiwa memali yg diorang kata peristiwa berdarah tu ?  |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1 lanun_darat's post
polis datang tangkap (apa tah nama imam tu lupa dah) dgn orang2 dia. pastu derang xmo serah diri, terus kene tembak. |
|
|
|
|
|
|
|
ibrahim libya?lupe2 ingat gak ngan cite ni.. |
|
|
|
|
|
|
dempol This user has been deleted
|
fru n pga datang kampung memali utk tangkap ibrahim libya..tapi dia tak mau serah diri secara aman..dia menghasut orang kampung utk menentang pihak berkuasa sekiranya datang utk tangkap beliau...hasilnya..kaum perempuan dan kanak digunakan sebagai perisai di pintu masuk kg..dia jadikan sebagai perisai manusia..sedangkan kaum lelaki berkumpul di rumahnya utk membela.mempertahankan ibrahim dari ditangkap... |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
aku dulu pnh ikut member aku blk ke rumah sedara dia di Baling... n dgr kisah Memali nie dr atok sedara member aku nie...mula2 terpinga2 gaks sbb mmg x tau lgsung peristiwa nie...
citer atok tu menurutnya berbeza sgt dr apa yg ditulis dlm newspaper.. n berbeza laa dr apa yg forumer dempol citer tu..detail aku x igt sgt.. sbb dh lama dh laa...dkt 10 taun yg lalu.. tp aku mcm pecaya je kt tok tu.. sbb dia org lama duk situ...aku pn dh lost ctc ngn member aku tu...x tau laa hidup lg ke atok tuh... |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
banyak perkara yang dirahsiakan dari pengetahuan umum kisah memali ini |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1 lanun_darat's post
Dah keluar Kertas Putih yang dibentangkan di dalam Parlimen pasal Peristiwa Memali. Kalau ada cerita versi lain dari apa yang dibentangkan dalam Kertas Putih, ia adalah cetera rekaan dan palsu jua. Pasal apa? Pasal Kertas Putih dibentangkan dalam Parlimen dan wakil PAS pun ada dalam parlimen masa tu.
Sekian. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by dempol at 19-3-2007 02:22 PM
fru n pga datang kampung memali utk tangkap ibrahim libya..tapi dia tak mau serah diri secara aman..dia menghasut orang kampung utk menentang pihak berkuasa sekiranya datang utk tangkap beliau... ...
aku tak setuju langsung dengan cerita dari ko ni dempol. mana ko tau ni ? dari sumber mana ? |
|
|
|
|
|
|
|
Peristiwa Memali 1985
Peristiwa Memali
terjadi pada 19 November 1985. Insiden ini mengorbankan 18 orang mati dan berpuluh-puluh cedera serta penahanan beratus-ratus orang. Kesemuan yang ditahan telah dibebaskan kecuali 36 orang yang ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Dalam pertempuran antara orang kampung dengan pihak polis , Ustaz Ibrahim Mahmud / Ibrahim Libya telah terbunuh. Polis memanggil operasi mereka sebagai ' Operasi Angkara/ Operasi Hapus.
Peristiwa ini terjadi ketika Datuk Seri Musa Hitam menjadi Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Keselamatan Dalam Negeri. Ketika itu Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad selaku Perdana Menteri Malaysia berada di negara China.
Lokasi
Baling merupakan sebuah daerah yang dikaitkan dengan pertemuan antara Tunku Abdul Rahman dengan Chin Peng dari Parti Komunis Malaya 1955. Baling dikejutkan lagi pada tahun 1974 berikutan insiden kebuluran pada era Anwar Ibrahim menjadi pemimpin pelajar . Seterusnya Baling dikejutkan dengan Peristiwa Memali. Kini Parlimen Baling boleh berbangga dengan ahli Parlimen yang berugama dan jelita Datuk Dr Ma#ah Ibrahim.
Kampung Memali terletak di mukim Siong, Baling , Kedah berhampiran dengan sempadan Kedah - Thailand. Penduduknya keturunan Melayu. Sebahagian lagi mempunyai kaitan dengan Siam / Patani. Aktiviti ekonomi mereka ialah penoreh getah dan bersawah padi.
Tujuan Operasi Angkara
Musa Hitam selaku Timbalan Perdana Menteri menjelaskan Operasi Angkara bertujuan menangkap dan menghapuskan penjenayah. Ibrahim Libya memang dikehendaki pihak polis di bawah ISA. Ibrahim Libya dituduh mengancam keselamatan negara dengan kegiatan memecah-belahkan masyarakat Islam. Selain itu, dalam sidang akhbar New Straits Times bertarikh 21 November 1985 Musa Hitam turut menyanggah kenyataan yang dikeluarkan oleh Majlis Agama islam Kedah yang mengatakan Ustaz Ibrahim hanyalah memberikan ceramah agama.
Ibrahim Libya juga dituduh melindungi penjenayah yang sangat dikehendaki oleh Polis iaitu Yusof Che Mit dan Ramli Che Mit. Sebelum polis menyerang, penduduk kampung yang berkumpul di rumah Ibrahim Libya diminta menyerahkan Yusuf dan Ramli, tetapi mereka berdua tidak ada di situ. Beberapa hari kemudian Ramli ditangkap, tetapi tidak pula dibicarakan di mahkamah kerana dia ditahan di bawah ISA.
Ibrahim Libya lahir dan tinggal di Kampung Memali,mukim Siong, Baling, Kedah.
Lulusan Universiti Al Azhar, Mesir. Kemudian belajar lagi di di India dan Libya. Bekerja sebagai pegawai pendakwa di Bahagian Agama di Jabatan Perdana Menteri.
Kerap berceramah agama Islam di RTM 1 Malaysia. Kemudian memulakan kelas agama dan sekolah agama di kampungnya di Kampung Memali. Beliau ingin meneruskan usaha tuan-tuan guru pada masa yang dahulu yang membuka sekolah pondok atau sekolah agama. Perjuangannya sealiran dengan PAS dan menyertai PAS kemudiannya.
Pada 1978, atas tiket PAS bertanding di kawasan Bayu-Baling. 5,081 undi diperolehi berbanding 6,169 undi yang dimenangi Barisan Nasional.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Polis bertindak
Terlalu banyak ajaran sesat di Malaysia sehingga menyerang Balai Polis Batu Pahat dan serangan terhadap kuil Hindu di Kerling. Kementerian Dalam Negeri Malaysia menerusi polis dan pegawai agama di Jabatan Agama Islam tidak mahu insiden ini berpanjangan. Ajaran sesat haruslah diracun terlebih dahulu sebelum menjadi tragedi. Peristiwa Memali adalah insiden yang dituduh oleh parti pemerintah sebagai satu kaedah untuk menghapuskan ajaran sesat.
Di Kem Pasukan Polis Hutan Sungai Petani, Kedah; 3,600 anggota polis daripada pelbagai bahagian termasuk FRU (Penang), Pasukan Senoi Prak, Anggota Polis beruniform, Commando 69 dari Ulu Kinta menerima taklimat dari pegawai Bukit Aman. Taklimat yang diberi adalah berkaitan dengan operasi menggempur pengganas komunis. Ramai dikalangan anggota polis yang tidak menyangka Ibrahim Libya yang akan menjadi sasaran mereka, bukannya komunis sepertimana yang disampaikan oleh pihak pegawai atasan.
Malam itu Ibrahim Mahmud memberi kuliah sehingga jam 11.45 malam . Penduduk seramai 50 orang hadir. Kuliah atau ceramah biasa jarang benar sehingga 11.45 malam. Kecualilah ceramah politik, itupun ada sekatan dan larangan dan perlu permit daripada Balai Polis Daerah.
Sekatan jalan raya dan meminta Ibrahim Libya menyerah diri merupakan tindakan terbaik. Alternatif lain turut difikirkan. 10 orang polis dikatakan telah menyusup masuk ke Kampung Memali dan memberi laporan.
Jika tindakan mengepung dilakukan, mungkin memakan masa 3 bulan. Dua buah kereta perisai digunakan bagi mengelakkan kemalangan di kalangan FRU dan polis. Tambahan pula Baling merupakan kawasan berhampiran sempadan di mana komunis dipercayai masih berkubu . Komunis sentiada mencari titik lemah anggota tentera yang meronda sempadan Malaysia-Thailand.
Persediaan di Madrasah
Ibrahim Libya dan 39 pengikutnya yang tidur di madrasa tersebut telah dimaklumkan oleh seseorang akan bilangan polis yang ramai di Balai Polis Sungai Petani. Nampaknya Ibrahim Libya telah memasang pengintip yang sentiasa sanggup berkorban nyawa demi Ibrahim Libya.
Pelbagai senjata ala kampung disediakan seperti kapak, pisau dan buluh runcing. Mereka yang mahir memasang molotov cocktail yang diperbuat daripada minyak tanah dan petrol.
Seluruh pengikut Ibrahim Libya didakwa percaya tubuh mereka 'kebal' setelah minum air telaga di kawasan madrasah. Mereka turut solat hajat, membaca surah Yassin dan berzikir sebagaimana pahlawan Islam dahulu.
Seorang pegawai kanan Pasukan Polis Hutan ,seorang pegawai rendah dan seorang konstabel tertembak. Mengikut sumber dalaman, mereka yang terkorban terkena peluru sesat dari pasukan tersebut itu sendiri. Tiada penduduk yang pernah dibicara kerana memiliki senjata api selepas kejadian tersebut.
Dua helikopter polis digunakan bagi membawa pegawai polis yang terkorban. Mangsa yang cedera dan mati dihantar ke Hospital Sungai Petani dan Hospital Alor Star. Antara yang terbunuh ialah Ibrahim Libya. Mereka kemudiannya di kebumikan dalam kubur panjang tanpa dimandikan kerana didakwa tergolong sebagai para syuhada. Darah dan peluh mereka dikatakan masih basah walaupun sudah berhari-hari di bilik mayat. Sultan Kedah sendiri turun mencemar duli untuk mengunjungi makam tersebut.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
ooo..camtuyerk...
thanx 4 info...
tak hingat apa2 time tu coz masih kecik lg.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #11 pisang69's post
Sorry to interfere. Ade version lain tak? My friend dari kampung tu kate kubur diorang masih berbau wangi hingga sekarang. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #12 NIXAR's post
ada gak org cerita kubur tu tak tenggelam masa banjir di utara..keluar harian metro
past pihak mb kedah komen.. tak kena mengena.. kalau tak silap dalam 2005 kut |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
aku asal dari baling, kg aku berdekatan ngan memali tu. dari umah kalo naik motot dalam 10 minit sampai memali. dan datuk aku salah seorang dari yg terlibat ngan peristiwa memali.
Kubur ibrahim Libya yg terletak di kawasan perkuburan Parit Panjang. Tapi aku tak pernah pg pulak ke situ. mmg ader dengar org citer pasal bau wangi tu. tapi bukan semua yg boleh hidu bau tu. dengar kata hanya org tertentu aje yg akan mengalaminya.
Atuk aku ader citer, pihak kerajaan masa tu tak percaya yg diorang ni mati syahid, so, diorang nak korek balik kubur tu nak sah kan betulke mereka ni syahid. Dari cerita atuk aku, ramai org datang pada hari nak gali balik kubur mangsa memali. Tapi tak dan nak korek, sultan kedah mencemar duli dan datang menghalang tindakan pihak kerajaan.
"Yang sudah tu sudah lah" titah baginda. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Reply #14 winamp05's post
Tak dak sape nak korek balik kubur orang yang disahkan meninggal....
Yang sudah tu sudahlah... tak yah tambah-tambah.... |
|
|
|
|
|
|
|
hehehehe......... ye ker begitu ? jika sebaliknya ? |
|
|
|
|
|
|
|
arwah bapak aku dlu siap tampal every article yg kuar kat paper masa peristiwa memali ni berlaku kat dlm scrap book dia. ntah mana pegi scrap book tu tah.
tp yg aku ingat2 lupa..penah tnjuk kat tv dulu, budak2 kecik pon siap lawan gak. katanya ada gak yg terkorban. sedih tengok. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
aku rasa disebalik kejadian memali tu ader selit pasal politik la, dari apa yg aku dengar dari org yg alami kejadian tu, jauh beza dengan apa yg RTM ceritakan masa kuar kat tv ari tu. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
its all about politic.. RTN tu sape punye plak? takkan nak tunjukkan kelemahan kerajaan.. msti nk tunjukkan kelemahan org lain..
smpai skang waris yg syahid kat memali ni menuntut dibicarekan kes ni tp cam biasela smpai skang takde follow up.. bayang kan, dkat 20thn dah..
kalo kerajaan betul nape tak dibicarekan? |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
yang paling tragik peristiwa ni, kanak2 pun ada yg jadi korban.
tak sangka negara dah merdeka pun bley ada lagi peristiwa camni.  |
|
|
|
|
|
|
| |
|