View: 8789|Reply: 45
|
PIALA FA final [KEDAH vs SELANGOR]
[Copy link]
|
|
Edited by hantamal at 24-11-2021 07:02 AM
- edited sebab dah tak relevant - |
|
|
|
|
|
|
|
aku pilih selangor..pasal die hard fan la ape lagi..
jom serbu stadium shah alam sabtu ni |
|
|
|
|
|
|
|
ak sokong kedah...kot2 tahun nie leh treble lagi ka... |
|
|
|
|
|
|
|
kedah ler............ sbb main away..... klu main kat darulaman baru pilih slangor |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1 hantamal's post
patut buat poll........... |
|
|
|
|
|
|
|
kedah da peace la...
skuad kenari da besh... |
|
|
|
|
|
|
|
Sang Kenari atau Gergasi Merah?
Amri (kiri) dijangka mencatur gerak Selangor di barisan serangan
KEDAH atau Selangor?
Sang Kenari yang bijak bestari atau Gergasi Merah yang garang?
Stadium Shah Alam Sabtu ini menjadi saksi detik penentuan. Piala FA menjadi buruan.
Edisi ke-19 mempertemukan juara bertahan Kedah, dengan Selangor, yang memenangi piala yang sama sebanyak empat kali.
Agak sayang kerana Kedah tidak akan menurunkan dua pemain St Vincent & Grenadine, Bernard Hugging dan Marlon Alex James, sebaliknya menaruh harapan kepada hampir-hampir kesemuanya anak jati negeri Jelapang Padi untuk menaiki podium kemenangan.
Bagi Selangor yang memiliki kelebihan bermain di gelanggang sendiri, jurulatih Dollah Salleh nampaknya sudah menjumpai formula yang menggandingkan Safee Sali dan Amri Yahyah selaku dua serangkai penggempur.
Amri yang kerap digunakan di posisi bek kanan sepanjang musim berupaya melaksanakan fungsi selaku pemain tengah, sayap mahupun back-up striker.
Pada separuh akhir, Selangor menumpaskan Terengganu 2-1 di stadium yang sama pada separuh akhir pertama dan seri 1-1 pada pertemuan kedua di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Selasa lalu.
Kedah bimbingan Azraai Khor Abdullah mahu mempertahankan gelaran sesudah menewaskan Pahang 4-1 pada perlawanan pertama dan 2-0 di Stadium Darulmakmur.
Dalam perlawanan akhir di Stadium Batu Kawan, tahun lalu Kedah menewaskan Perlis 4-2 menerusi sepakan penalti selepas kedudukan penuh masa terikat 0-0.
Tiket berharga RM40 bagi grandstand dan RM20 untuk tempat duduk terbuka. |
|
|
|
|
|
|
|
kedah dengan selangor dah bertemu dua kali pada tahun ini...
di darul aman kedah menang 6-2
di shah alam kedah menang 1-0 dengan skuad tempang selepas pasukan kedah dihantui masalah kecederaan
untuk pertemuan kali ketiga marlon, hugging ada natinaol duty for qualifying round world cup 2010
permain2 muda yg diturunkan tidak menghamoak azrai...
so aku ramal kedah menang 3-1
semua gol anak kedah termasuk selangor jaringan akmal rizal |
|
|
|
|
|
|
|
Aku pilih Kedah sebagai juara, walaupun aku ni orang Perak..
Selangor bkn tak handey..tapi kurang handey le.. player dorang standart player MELAKA je.. tih tih tih |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #9 hantamal's post
masa nak open thread tuh, bila pergi kat New, dia akan tunjuk POLL.......... tapi kalau dah open tak tau la boleh edit ke tak......... apa kata ko bukak POLL baru kat Current Issue, musti panassss nya........ |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #11 panglimapetai's post
marah fans s'gor nanti.......... |
|
|
|
|
|
|
|
Kedah yakin pertahan juara
BAHANG perlawanan akhir Piala FA esok semakin terasa dengan pengurus Kedah, Datuk Othman Aziz melaungkan keyakinan barisan bimbingan Azraai Khor Abdullah mampu mempertahankan kejuaraan walaupun tanpa kehadiran dua tonggak importnya.
Penyerang utama, Marlon Alex James dan Bernard Hugging kini masih terbabit dengan pusingan kelayakan Piala Dunia bersama St Vincent & Grenadines, namun Othman berkata, Hijau Kuning masih mampu mencabar.
揔edua-dua pemain itu masih bersama skuad negara mereka, tetapi kami beraksi cemerlang tanpa mereka dalam dua perlawanan separuh akhir sebelum ini dan ia membuktikan Kedah masih mampu cemerlang tanpa pemain import.
揃agi saya ia juga satu perkembangan positif, kerana membuktikan pemain tempatan juga berupaya memainkan peranan utama dalam pasukan apabila diperlukan, |
|
|
|
|
|
|
|
pilih: Hijau Kuning
kenapa: laki aku fanatik hijau kuning |
|
|
|
|
|
|
|
KEDAH PANTANG KALAH!!!! |
|
|
|
|
|
|
| |
|