CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 33359|Reply: 31

Kura-kura/labi-labi/tuntung/baning/etc

[Copy link]
Post time 3-2-2009 07:42 AM | Show all posts |Read mode
Kura-kura bernilai RM178,881 dicuri

SINGAPURA 2 Feb. - Sebanyak 10 ekor kura-kura daripada spesies yang jarang ditemui dan mahal, dicuri dari sebuah muzium swasta di republik ini kelmarin.

Satu agensi berita melaporkan, kecurian ketiga dalam masa dua tahundi Muzium Penyu dan Kura-Kura Hidup itu mengakibatkan kerugian kira-kira S$75,000 (RM178,881).

Menurut pemilik muzium, Danny Tan, spesies yang hilang adalah tiga ekor kura-kura terancam jenis Radiated yang mempunyai corak seakan bintang pada cangkerangnya dan tujuh ekor kura-kura bintang India.

Saya mewujudkan muzium ini untuk memberi pendedahan kepadamasyarakat tentang kura-kura, sebaliknya kecurian pula berlaku, sudahtentu saya sangat kecewa, katanya.  REUTERS

[ Last edited by  Syd at 13-6-2009 23:55 ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-2-2009 08:06 AM | Show all posts
hmm..mcmane bentuk die ek?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-2-2009 09:34 AM | Show all posts


Indian Star Tortoise
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-2-2009 09:36 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2009 10:09 AM | Show all posts
apa tujuan dorang curuik ekk? nak jual? nak di biakkan?
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2009 11:04 AM | Show all posts
kalau curik mesti la nak jual...
bertuah la nak biakkan...
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 3-2-2009 11:32 AM | Show all posts
ni tuntung

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-2-2009 11:33 AM | Show all posts
labi-labi muncung dia comey gak eh

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-2-2009 03:05 PM | Show all posts
kura2 neh kalau bela dari sekecik lima posen, nak capai besar cam kat atas tuh amek masa bapa lama ya??
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2009 09:47 AM | Show all posts

Reply #9 loversickgirl's post

lm gile la....myb bertus n brpuluh thun
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-4-2009 11:29 PM | Show all posts
Kastam rampas kura-kura yang cuba diseludup

PADANG BESAR: Sebanyak 814 kurakura dan 160 ekor ular tedung senduk yang cuba diseludup ke Thailand dirampas dalam satu pemeriksaan Kastam di pintu sempadan di sini semalam.

Pengarah Kastam Perlis Mohd Isa Endot berkata rampasan itu dilakukan pukul 12.30 tengah hari di Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin (ICQ) Padang Besar apabila memeriksa sebuah lori yang menghala ke Thailand.

koran rampasan itu, seorang pemandu lori warga Thailand berumur 30 tahun ditahan untuk siasatan lanjut setelah dia gagal mengemukakan dokumen yang berkaitan.

Mohd Isa berkata penyeludup terbabit cuba mengaburi pandangan pihak berkuasa dengan meletakkan kurakura dan ular senduk itu di sebalik 2,300 kilogram bawang putih yang dibawa bersama.

Tindakan membawa bawang putih dalam jumlah yang besar itu juga dipercayai bertujuan mengelak anggota penguatkuasa mengesan kurakura dan ular yang berbau hanyir kerana bau bawang lebih kuat.

Katanya pemandu lori itu boleh disabitkan kesalahan mengikut Seksyen 135 (1)(a) Akta Kastam 1967 kerana mengeksport barang larangan tanpa permit yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda tidak kurang 10 kali ganda nilai barang dan tidak lebih 20 kali ganda nilai barang atau kedua-duanya.

Mohd Isa berkata kes itu adalah yang pertama membabitkan rampasan kurakura dan ular tahun ini.

Hasil rampasan itu diserah kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) untuk tindakan lanjut. BERNAMA
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2009 07:22 PM | Show all posts

Balas #8 Syd\ catat

cam idung ant-eater, tapir, oink², etc......
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2009 05:58 PM | Show all posts
nak tanya..sini ada yang bela kura-kura x?jipo ada satu kura-kura yang anggap diri dia ikan..kalo xde air dalam bekas dia, mesti panik...camne ye?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-5-2009 12:24 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2009 01:45 AM | Show all posts
besarnyerr... kekura aku kt umh dah beso jgk.. ag besar dr tapak tgn.. mase mule2 beli.. kecik cam 50 sen je...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-6-2009 01:02 AM | Show all posts
Beruntungnya tuntung
Oleh Rifaat Abd Hamid
[email protected]


Pusat konservasi berusaha pastikan Kedah terus jadi pusat pembiakan spesies terancam

SUNGAI KEDAH bukan saja terkenal dengan pelbagai spesies ikan tawar, tetapi turut didiami tuntung. Reptilia diancam kepupusan ini menjadi aset pelanco璶gan negeri Jelapang Padi Malaysia ini.


Kurangnya kesedaran mengenai hidupan ini menyebabkan kurangnya usaha

pemuliharaan tuntung.

Tidak hairanlah generasi sekarang sukar mengenal pasti dan membezakan

tuntung dengan labi-labi, kura-kura atau penyu kerana fizikalnya agak sama.

Pusat Konservasi Tuntung yang terletak di Kampung Padang Hasan, Bukit Pinang umpamanya kini menjadi destinasi pelancongan utama untuk melihat tuntung dan mempelajari usaha untuk memuliharanya.

Penolong Pegawai Veterina, Jabatan Perhilitan, Sugenah Maidin Kutty, berkata selain di Kampung Padang Hasan, Bukit Pinang, lokasi pendaratan tuntung lain di Kedah termasuk di sekitar sungai di Sidam Kanan, Kulim.

Menurutnya, sejak 1982 hingga 2007, sebanyak 5,864 anak tuntung dilepaskan

kembali ke Sungai Kedah iaitu di sekitar Bukit Pinang, Sungai Muda di Kuala Muda dan Sungai Dingin di Bandar Baharu.

揚engunjung berpeluang melihat dengan lebih dekat spesies tuntung laut yang

terdapat di Sungai Kedah menerusi sembilan kolam pemuliharaan. Boleh saya

katakan, pengalaman ini sukar didapati di negeri lain,
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-6-2009 03:54 PM | Show all posts
aku ada 2 ekor kura-kura...mule-mule beli dulu kecik je sekarang ni dah besar dua tapak tangan aku...dah tak larat nak jage sebab air dia kalau tak tukar sehari mesti busuk....

agak-agak kalau aku jual ada org nak beli tak.. ingat nak sedekah kat sekolah tapi takut takde org jaga kang mati pulak. hubby aku suh lepaskan kat tasik permaisuri je..

ada idea tak?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-6-2009 04:58 PM | Show all posts
Orang ramai temui 14 anak tuntung laut



SEBAHAGIAN daripada 14 ekor tuntung yang kian terancam dan dilindungi yang ditemui di kawasan tambak laut berhampiran Pantai Klebang, Melaka, semalam.

MELAKA 9 Jun - Sebanyak 14 ekor anak tuntung laut yang dikategorikan sebagai haiwan terancam dan dilindungi ditemui di kawasan tambak laut berhampiran Pantai Klebang dekat sini hari ini.

Pengarah Jabatan Perikanan Negeri, Rosmawati Ghazali berkata, pihaknya menerima panggilan daripada seorang individu tentang kehadiran tuntung daripada spesies Callagur Borneoenis itu pagi ini.

Menurutnya, semua penyu jenis karah dan tuntung laut yang mendarat di pantai Melaka adalah dilindungi di bawah Akta Perikanan 1985 Kaedah-Kaedah Perikanan (Penyu dan Telur-Telur Penyu) 1989.

''Pihak jabatan akan terus membuat pemantauan di kawasan Pantai Klebang yang baru di tambak itu bagi memastikan tempat itu menjadi pendaratan penyu karah dan tuntung.

''Jika ia menjadi tempat baru pendaratan kedua-dua spesies itu, tempat itu wajar dikawal rapi bagi mengelakkan orang ramai mengambil telor dan mengancam kedua-dua spesies tersebut," katanya di sini hari ini.

Menurut Rosmawati, Melaka mempunyai rekod pendaratan penyu karah yang tertinggi di Semenanjung dan segala usaha diutamakan untuk melindung haiwan itu daripada pupus.

Orang ramai diingatkan tidak memindahkan atau mengambil telur penyu dan tuntung laut dari tempat ia bertelur melainkan memiliki lesen yang dikeluarkan Jabatan Perikanan.

Beliau berkata, orang ramai yang ingin mengambil telur atau anak tuntung itu perlu menghubungi Jabatan Perikanan untuk tindakan lanjut.

Tambahnya, individu yang melanggar peraturan itu jika disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM1,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-6-2009 12:40 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-6-2009 12:46 AM | Show all posts

BANING





Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-1-2025 02:14 PM GMT+8 , Processed in 1.271994 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list