View: 3858|Reply: 67
|
[Dunia]
Kos sara hidup di UK semakin tinggi, pelajar2 tajaan kongsi pengalaman terpaksa kerja part time
[Copy link]
|
|
Elaun RM4,733 tak cukup!
Redzuan Muharam
Manchester: Demi kelangsungan hidup di perantauan, Ahmad Hisan Abqary Muhammad Hanif atau mesra disapa Qarey sanggup bekerja sebagai tukang cuci pejabat.
Qarey, 21, yang menuntut dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Elektrik dan Kejuruteraan Elektronik di Universiti Manchester di sini mengakui pekerjaan itu dilakukan secara sambilan sejak tiga bulan lalu.
Biarpun menerima elaun bulanan sebanyak 880 pound sterling (RM4,733) daripada Majlis Amanah Rakyat (Mara), Qarey nekad melakukan pekerjaan sambilan kerana mahu berdikari dan enggan membebankan ibu bapanya di Kota Bharu, Kelantan yang menyara lima lagi adiknya.
"Saya tiba di United Kingdom (UK) September tahun lalu dan tiga bulan pertama hanya fokus dengan pengajian saja.
"Selepas melakukan pengiraan perbelanjaan dan kos sara hidup, saya dapati memang tidak cukup jika hanya bergantung dengan elaun bulanan daripada Mara kerana selepas ditolak tambah hanya tinggal lebih 100 pound sterling (kira-kira RM539) saja.
"Ia kerana elaun itu juga perlu digunakan untuk membayar sewa rumah sebanyak 390 pound sterling (RM2,104) sebulan dan demi bertahan, saya cuba cari kerja dengan minta tolong daripada kawan ayah yang menetap dekat sini.
"Kebetulan, ada kekosongan kerja sebagai tukang cuci di satu tingkat dekat pejabat kawan ayah bekerja jadi saya cuba mohon dan rezeki saya diterima bekerja," katanya.
Menurut Qarey, pekerjaan sambilan itu tidak mengganggu pembelajarannya kerana kuliah lazimnya tamat jam 5 petang manakala waktu kerjanya bermula jam 6 petang.
Katanya, tempoh bekerja pula hanya dua jam iaitu sehingga 8 malam saja jadi tidak membebankannya yang bakal memasuki tahun kedua pengajian pada September nanti.
"Selepas tamat kuliah, saya terus berbasikal ke tempat kerja dan begitulah rutin saya sepanjang lima hari setiap minggu sejak tiga bulan lalu.
"Walaupun kerja hanya dua jam saja namun memang penat kerana saya perlu bersihkan satu tingkat pejabat daripada meja hingga ke tandas.
"Bagaimanapun, kerja setakat ini berjalan lancar, malah saya bersyukur kerana ada majikan memahami dan tidak keberatan beri kelonggaran untuk solat ketika bekerja selain rakan sekerja yang baik," katanya.
Menurut Qarey, dia tiada masalah melakukan kerja sebagai tukang cuci kerana ada pengalaman sama ketika bekerja di inap desa di kampungnya di Kota Bharu, Kelantan.
Katanya, gaji bulanan 450 pound sterling (RM2,428) yang diterima juga berbaloi dan akui ia amat meringankan bebannya sejak menetap di perantauan dan berjauhan dengan keluarga.
"Hasil pendapatan itu, saya dapat kirimkan wang kepada keluarga di kampung dan belanja rakan di sini.
"Duit gaji itu juga dapat saya gunakan bagi membeli apa diinginkan seperti kamera, pakaian, minyak wangi dan kasut.
"Boleh dikatakan, hidup saya tak berasa sempit sejak bekerja dan merancang untuk terus bekerja sehingga dapat peluang menjalani latihan industri kelak," katanya yang berhasrat menyambung pengajian sehingga ke peringkat doktor falsafah jika ada rezeki.
Bergegas ke kuliah selepas habis kerja jam 6 pagi
"Struggle (berjuang) itu tak sangat tapi lebih kepada penat kerana kurang waktu tidur," luah Muhammad Hakim Ahmad Suhaimi.
Muhammad Hakim, 29, baru menamatkan pengajian peringkat Sarjana Material Sains dan Kejuruteraan Universiti Sheffield, minggu lalu salah seorang penuntut Malaysia di United Kingdom (UK) belajar sambil bekerja bagi menampung kos sara hidup di perantauan.
Berkongsi kisahnya, pemuda dari Kelana Jaya, Selangor itu mengakui pelbagai pekerjaan pernah dilakukannya sejak menetap di UK.
"Saya pernah ambil upah mengangkat kotak logistik sekali dalam sebulan dan ada juga pengalaman jadi tukang cuci.
"Kawan yang cadangkan saya kerja sebagai tukang cuci dan berminat mencuba kerana waktu kerja cuma dua jam bermula jam 4 hingga 6 pagi.
"Penatnya kerana saya perlu bangun seawal 3 pagi untuk bersiap dan terus bergegas ke kuliah sesi pagi selepas pulang daripada tempat kerja," katanya.
Menurut Muhammad Hakim, berada dalam kelompok minoriti antara cabaran dilaluinya ketika bekerja di luar negara.
"Ia kerana kita adalah pekerja asing jadi akan ada yang memperlekehkan dan memandang rendah.
"Bagaimanapun, saya hadap saja semua itu kerana apa yang penting dapat cari wang untuk tampung kehidupan sepanjang tempoh pengajian.
"Ini kerana elaun bulanan diterima daripada Majlis Amanah Rakyat (Mara) 1,000 Pound Sterling (RM5,405) jadi memang tidak cukup kerana saya membayar sewa rumah di sini selain komitmen bulanan kereta di Malaysia," katanya.
Anak kelima daripada enam beradik itu berkata, keluarganya tahu dia bekerja sambilan kerana sudah maklumkan sejak awal lagi dan tidak menghalangnya berbuat demikian.
"Keluarga tiada masalah cuma pada awalnya tidak sokong saya bekerja sebagai tukang cuci mungkin kerana tahu ia bukan tugas mudah dan bimbang saya letih.
"Saya lakukan juga kerana enggan susahkan keluarga terutama emak dan ayah serta mahu berdikari.
"Syukur sehingga kini saya belum pernah ikat perut dan pendapatan diterima juga membantu menampung keperluan di sini," katanya yang meraih 400 pound sterling (RM2,161) sebulan sebagai tukang cuci.
Muhammad Hakim berkata, dia kini bekerja sebagai operator pengeluaran di sebuah kilang pakaian.
"Saya mula bekerja di sini sejak dua minggu dan pendapatan untuk seminggu adalah sekitar 400 pound sterling (RM2,161).
"Tempoh bekerja kini lebih lama iaitu 12 jam sehari kerana bukan lagi sambilan.
"Selain cari rezeki, saya lakukannya kerana mahu kumpul duit dan jika ada rezeki bekerja di sini maka saya akan menetap terus di UK. Seandainya peluang di Malaysia lebih baik maka saya akan menetap di sana," katanya.
Gesa penstrukturan semula elaun sara hidup JPA-Mara
Badan Perhubungan Umno United Kingdom & Eire (BPN UKE) menggesa penstrukturan semula elaun sara hidup penuntut tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)- Majlis Amanah Rakyat (Mara) supaya segera dilaksanakan.
Penyelaras BPN Task Force yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno United Kingdom (UK) & Ireland, Muhammad Iman Irfan Yahya berkata, cadangan itu selepas menyedari realiti kenaikan harga barang dan bil utiliti di kedua-dua negara (UK dan Ireland) yang semakin mengancam kelangsungan hidup penuntut tajaan JPA-Mara.
Penuntut tahun kedua Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang University of Sheffield itu berkata, Jawatankuasa Khas BPN UKE juga ditubuhkan bagi membantu mencari penyelesaian yang terbaik untuk menangani masalah itu.
Kerjasama juga dibentuk bersama JPA-Mara Special Operations (JMSO) dan tinjauan dijalankan berjaya mengumpulkan 405 responden mengenai gambaran masalah yang dihadapi pelajar, malah mendapat perhatian lapan media tempatan susulan kenyataan rasmi BPN UKE berkenaan gambaran sebenar keadaan semasa yang dihadapi pelajar tajaan JPA-Mara.
"Beberapa impak negatif terhadap ekonomi di UK dan Ireland mula dirasai akibat krisis Ukraine dan Russia yang bermula Februari lalu.
"Pelaksanaan Brexit mengakibatkan sekatan perdagangan antara UK dan Kesatuan Eropah (EU) dan tekanan terhadap rantaian bekalan di seluruh dunia akibat dasar sifar Covid-19.
"Indeks Harga Makanan naik mendadak pada kadar 5.9 peratus Mac lalu, tertinggi dalam tempoh 10 tahun dengan jangkaan ia akan meningkat sehingga tujuh peratus pada bulan akan datang," katanya.
Katanya, harga makanan sejak setahun yang lalu juga berada pada pola semakin membimbangkan dengan unjuran menjelang pertengahan tahun ini meningkat lebih teruk lagi.
"Keadaan menjadi lebih teruk apabila, harga sewa juga meningkat sebanyak lebih 12.9 peratus sejak tahun 2015 di seluruh UK.
"Itu belum lagi krisis di Ukraine-Russia yang menggugat bekalan gas asli dan petroleum sehingga menyebabkan harga bil elektrik meningkat sebanyak 54 peratus pada April lalu di UK.
"Akhirnya, penuntut terpaksa cari alternatif dengan bekerja sambilan untuk tampung kos seharian dan kasihan sebenarnya melihat mereka," katanya.
Menurutnya, BPN UKE turut berusaha mengutarakan isu Elaun Sara Hidup penuntut tajaan JPA-Mara kepada pemegang taruh yang berkepentingan di dalam negara.
Katanya, memorandum dan kertas cadangan peningkatan Elaun Sara Hidup pelajar tajaan JPA-Mara juga sudah disediakan bagi dibentangkan dan diserahkan kepada pihak kementerian serta Mara.
"BPN UKE berharap memorandum dan kertas cadangan peningkatan Elaun Sara Hidup pelajar tajaan Mara-JPA yang sudah diserahkan kepada Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid , Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Luar Bandar, Datuk Ramlah Harun Ketua Pengarah Mara , Datuk Azhar Abdul Manaf sebelum ini dapat diperhalusi dan diteliti oleh pihak Kementerian serta Mara.
"Pertemuan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob juga diadakan sempena sambutan Aidilfitri dan berharap cadangan yang diketengahkan dapat dilaksanakan dengan segera demi kelangsungan hidup penuntut tajaan JPA-Mara di perantauan.
"Kita berdoa supaya ada sesuatu yang bermakna buat pelajar tajaan JPA-Mara ini selepas hampir 12 tahun Elaun Sara Hidup mereka tidak distruktur semula.
"Saya juga berharap supaya cadangan peningkatan elaun sara hidup untuk pelajar tajaan JPA-Mara di negara lain seperti di Amerika Syarikat (AS), New Zealand, Australia, Jepun dan lain-lain diperhalusi
"Semoga ini dapat menghidupkan lagi api perjuangan mahasiswa untuk terus menuntut hak mengikut saluran yang betul bagi menentukan masa depan anak bangsa yang lebih baik," katanya.
Disiarkan pada: Jun 26, 2022 @ 12:00pm
sumber: hmetro.com.my |
|
|
|
|
|
|
|
Zaman dulu, yg dpt tajaan, siap boleh g melancong rata2. X de pulak dgr kena buat part time. . sbb dpt duit elaun banyak. Skrg elaun dah x banyak ke.. |
|
|
|
|
|
|
|
Students yang study kat Malaysia ni pun ramai juga yang kerja. Tak menghairankan langsung. Ramai tak dpt biasiswa pun, ptptn je..ada juga yang kerja sebab nak sambung belajar. Kat oversea tu ramai yang kerja sebab nak pi travel sana sini. Baguslah kerja dapat pengalaman.. kalau tak kerja pun nanti main games lah, merayap buang masa juga |
|
|
|
|
|
|
|
mara pon sekarang tengah propose untuk naikkan elaun sara hidup diorang..bertabahlah chuols |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by fefeeling at 27-6-2022 11:56 PM
Mengadanya.. yg jenis keje part time ni kebanyakan nak standby duit nak bwk blk kete AP mercedes la, audi la, bmw bagai.. patut ko duduk manchester sana lg la boleh save byk kot.. |
|
|
|
|
|
|
|
Sbb matawang msia jatuh kot..tu yg bila tukar duit jd sikit..bertabahlah ya students |
|
|
|
|
|
|
|
Biasa laa kerja part time tu masa belajar... |
|
|
|
|
|
|
|
Tapi mmg biasa kan kerja.part time..
Kawan.iols belajo di sana tahun 2006 katanya keje cleaner je tp gaji okay la boleh beli itu ini..
Sila cekalkan hati adik2 students ya....
Kekadang hujan emas di negeri orang...gitu lah..jaga diri..
Acik.lana.pung.hujan2 emas pung dok balik.mesia tercinta tanah airku... |
|
|
|
|
|
|
|
Biasalah tu elaun mmg x cukup. pelajar kene pandai2 cari duit tambahan..mcm iols ms belajar dlm malaysia pun buat part time jgk...dpt lah joli2 sikit masa tu. Tp alhamdulillah kelas tak pernah skip. |
|
|
|
|
|
|
|
Biasalah tu elaun mmg x cukup. pelajar kene pandai2 cari duit tambahan..mcm iols ms belajar dlm malaysia pun buat part time jgk...dpt lah joli2 sikit masa tu. Tp alhamdulillah kelas tak pernah skip. |
|
|
|
|
|
|
|
kalau jurusan yang sama ada kat sini.. buat kat sini sajalah kalau tak tahan |
|
|
|
|
|
|
|
Kos sara hidup di klang valley pun tinggi juga sekarang ni. |
|
|
|
|
|
|
|
Potpouri replied at 27-6-2022 11:40 PM
Students yang study kat Malaysia ni pun ramai juga yang kerja. Tak menghairankan langsung. Ramai tak ...
Oh baru tahu ni.. ptptn pun ada utk belajar oversea?
Mampus la kalo 100% loan study overseas, dengan bunga etc... by the time grad, ada loan 1 mil fuh |
|
|
|
|
|
|
|
Bagus la keje sambil belajar. Zaman 90an dulu mostly students oversea akan keje part time. Takde hal pun. Belajar berdikari, manage time and tak lembik |
|
|
|
|
|
|
|
shernazz replied at 28-6-2022 06:42 AM
Tapi mmg biasa kan kerja.part time..
Kawan.iols belajo di sana tahun 2006 katanya keje cleaner je tp ...
Minimum wage kat sana 90 pound per hour... boleh sangat2 lahhhh buat duit |
|
|
|
|
|
|
|
Nama pun elaun sara diri, takkan nak suruh MARA tanggung duit utk membeli kehendak atau komitment lain.
"Hasil pendapatan itu, saya dapat kirimkan wang kepada keluarga di kampung dan belanja rakan di sini.
"Duit gaji itu juga dapat saya gunakan bagi membeli apa diinginkan seperti kamera, pakaian, minyak wangi dan kasut. "Ini kerana elaun bulanan diterima daripada Majlis Amanah Rakyat (Mara) 1,000 Pound Sterling (RM5,405) jadi memang tidak cukup kerana saya membayar sewa rumah di sini selain komitmen bulanan kereta di Malaysia," katanya.
|
|
|
|
|
|
|
|
jika tak kacau waktu kelas, study tetap maintain cemerlang..
Pandai manage masa.. tak salah pun kerja partime ni.
Kena pandai survive.
Tu pendapat iols la. Tp student kt sini ya ampun kerja partime
masa cuti sem pun tknak. Duduk je kt rumah.
Pelik tul. Iols dulu asal cuti sem je cari keje partime |
|
|
|
|
|
|
|
liton replied at 28-6-2022 07:28 AM
Nama pun elaun sara diri, takkan nak suruh MARA tanggung duit utk membeli kehendak atau komitment l ...
Reporter punya tajuk macam derang kebuluran kst sana sebab duit tajaan tak cukup ruoanya memang untuk joli derang kerja Pt pun.
Lepss tu Mara dah taja boleh lak ckp cm ni
"Selain cari rezeki, saya lakukannya kerana mahu kumpul duit dan jika ada rezeki bekerja di sini maka saya akan menetap terus di UK".
Patut Mara suruh derang balik berkidmat di Malaysia. |
|
|
|
|
|
|
|
Yang betul2 susah macamni mmg ada jah xdisangkalkan. Yg kalau boleh sampai melancong sana sini tu yg mmg dari keluarga senang lenang atau geng2 anak umngok yg songlap duit rakyat.![](static/image/smiley/default/3drool.gif) |
|
|
|
|
|
|
| |
|