View: 4792|Reply: 43
|
Dakwaan Che Ta Sudah Lunas Bayar Hutang MARA Tidak Benar, Masih Ada Baki Tertunggak
[Copy link]
|
|
Kuala Lumpur: Majlis Amanah Rakyat (Mara) mendedahkan pelakon terkenal, Rozita Che Wan atau lebih dikenali sebagai Che Ta setakat ini masih belum melunaskan baki hutang tertunggaknya dengan agensi itu berjumlah RM443,392.
Susulan itu, Pengerusi Mara, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, menafikan dakwaan pelakon itu sebelum ini kononnya semua hutang pinjaman perniagaan yang diterimanya daripada Mara berjumlah hampir RM1 juta sudah dibayar sepenuhnya.
Beliau berkata, setakat 18 Februari lalu, Rozita membayar hutangnya berjumlah RM689,307.59 dengan kira-kira RM150,000 bayaran secara tunai di pejabat Mara, manakala selebihnya secara transaksi secara dalam talian menerusi akaun.
Katanya, bayaran itu dibuat pelakon terbabit bagi menangguhkan tindakan pelaksanaan penghakiman diambil Mara untuk mahkamah melelong hartanya yang kemudian boleh menyebabkan kebankrapan.
Bagaimanapun, Asyraf Wajdi berkata, pihaknya memberi tempoh akhir bayaran itu perlu dijelaskan sepenuhnya sebelum akhir bulan ini dan tindakan tegas terhadap Rozita diambil agensi itu sama seperti dikenakan kepada peminjam lain yang gagal membayar semula pinjaman mereka hingga menyebabkan MARA menanggung pinjaman tidak berbayar (NPL) mencecah 49.6 peratus.
"Rozita belum bayar habis hutangnya dengan Mara dengan baki tertunggak berjumlah RM689,307.59 yang perlu dilunaskan sepenuhnya sebelum 31 Mac ini.
"Jadi, dakwaan kononnya pelakon itu sudah melangsaikan semua hutangnya dengan Mara adalah tidak benar. Jika dikira, baki hutang Rozita itu jika dibayar boleh menampung hampir 50 pelajar yang belajar di Kolej Poly-Tech MARA (KPTM).
"Saya tegas dan tidak berkompromi dengan sesiapa juga yang berhutang dengan MARA termasuk artis atau golongan ternama supaya membayar balik pinjaman mereka kerana ia duit rakyat yang boleh digunakan bagi membantu pelajar dan usahawan lain yang memerlukan," katanya.
Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Rozita dua minggu lalu yang memaklumkan sudah menjelaskan semua hutang tertunggaknya dengan Mara.
Pada 10 Disember tahun lalu, kediaman Rozita di Kota Damansara, Petaling Jaya diserbu pegawai Mara bersama peguam dan wakil mahkamah berikutan gagal melunaskan pinjaman bernilai hampir RM1 juta yang dibuatnya pada 2017.
Sumber: Harian Metro
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
bukan aritu bukan main konpiden canang bgtahu dah abis settle hutang dgn mara..rupanya masih berhutang..ish ish ish x baik tau nipu.. |
|
|
|
|
|
|
|
Nekta ooo nekta propa berpisah tiada |
|
|
|
|
|
|
|
Skrg nenek dah dpt jwpan nape kwn2 nenek jauhkan diri? Sbb nenek kaki spin keliling. |
|
|
|
|
|
|
|
Dia x leh bayar installment ke ? |
|
|
|
|
|
|
|
macam berdendam pulak dia ni ngan che ta
ambil tindakan diam diam sudaaaa
kalau sibuk nak announce pasal hutang che ta
announce sekali hutang hutang peminjam lain
masuk dlm surat khabar atau buat sidang akhbar
takpa che ta
nanti akak beli lagi kaftan awak
sedap pakai ... cantik pulak tu |
|
|
|
|
|
|
|
sayawifenikmie replied at 1-3-2025 04:32 PM
macam berdendam pulak dia ni ngan che ta
ambil tindakan diam diam sudaaaa
kalau sibuk nak announce ...
Tak rasa sebab dendam..tp cikta yg berjanji kan nk selesaikan dlm masa yg tlh dittpkan..n cikta jgk yg bgtau dia dh selesaikan semua htg mara. Faktor tu kot penyebab pengerusi marah betulkan kenyataan. Nanti bila netizen dpt tau belum selesai. Dia jgk dipersalahkan. Baik dia bgtau awal2. Senang tkde mslh di kemudian hari. |
|
|
|
|
|
|
|
nak kena che ta niii hehehe
saja je sis
|
|
|
|
|
|
|
|
sayawifenikmie replied at 1-3-2025 04:32 PM
macam berdendam pulak dia ni ngan che ta
ambil tindakan diam diam sudaaaa
kalau sibuk nak announce ...
Kan.. macam ada dendam pulak. Mentang2 la che Ta org kenal habis dicanang 1 dunia. Tak nampak pun peminjam lain nama kena londeh macam ni.
Done backup che ta |
|
|
|
|
|
|
|
Nek ta propa
Acah org kaya
Pompuan tak sedar diri
Dulu join titanium jijang semang pun tak kaya2 jugak eh
|
|
|
|
|
|
|
|
Fuh 150k nekta bayar cash.aku keluar 1k dari ATM pun risau.raya thn ni xyah buat photoshoot pokok krismaskan ecah.sian nengok budak tu saban tahun |
|
|
|
|
|
|
|
Kaki kencing makcik ni. Patut laa AW hangin dgn dia. |
|
|
|
|
|
|
|
org lain tak pungpang tunjuk kaya segala kalo kabo nama pun org tak kenai
dunia kenai cikta saja ok
|
|
|
|
|
|
|
|
cepat kaklid sila borong semua kaftan beliau agar cepat dia dpt melunaskan utang dia
kalo tak larat nak pakai acik2 porem sudi menerima pemberian ikhlas dari kaklid
|
|
|
|
|
|
|
|
alaaa
kak lid baru ada 3 lai
rasa nampak demok sangat bila pakai sebab dia sangat2 loose
sebab kita pun bukan slimmmmm macam che ta
nak beli lagi 2-3 lai jer punnn
hahaha
nak taja akak ke ?
|
|
|
|
|
|
|
|
Habislah che ta..... macam mana nak beraya sakan tahun ni  |
|
|
|
|
|
|
|
sebab itu aku kata warga emas elok xyah komen sebab komen dia lain mcm
|
|
|
|
|
|
|
| |
|