View: 9448|Reply: 114
|
[Jenayah]
Australia desak malaysia beri penjelasan halau rakyat australia
[Copy link]
|
|

Perdana Menteri Australia, Julia Gillard
CANBERRA: Australia meminta penjelasan daripada Malaysia mengapa ia mengusir seorang senator Australia yang berkunjung ke Malaysia bagi tujuan menimba maklumat mengenai sistem pilihan raya negara itu menjelang pilihan raya umumnya dalam beberapa bulan ini, kata Perdana Menteri Australia, Puan Julia Gillard, semalam.
Encik Nick Xenophon, seorang senator bebas dari Australia Selatan, pulang dari Malaysia ke tanah airnya semalam sambil berkata beliau telah diusir atas arahan pemimpin "peringkat tertinggi" kerajaan Malaysia kerana sokongannya kepada aktivis pembaharuan demokrasi di Malaysia.
Setibanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Melbourne selepas penerbangan lapan jam semalam, Encik Xenophon berkata beliau adalah anggota parlimen pertama Australia yang diusir pulang dari mana-mana negara.
Cik Gillard semalam mendedahkan bahawa kerajaannya telah "segera membuat bantahan dan bertegas" bagi pihak Encik Xenophon agar beliau dibenarkan membuat kunjungannya ke Malaysia.
"Saya terkejut dan hampa melihat layanan yang diterima Senator Xenophon semalam (kelmarin)," kata Cik Gillard kepada wartawan, seperti dalam laporan agensi berita The Associated Press (AP), semalam.
Encik Xenophon menyifatkan keputusan yang diambil kerajaan Malaysia itu sebagai berpunca daripada sokongannya kepada sebuah kumpulan pembaharuan demokrasi setempat, Gabungan bagi Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), yang cuba memastikan pilihan raya umum akan datang di Malaysia dijalankan dengan telus dan bersih.
"Saya telah diberitahu bahawa saya diusir di bawah seksyen tertentu Akta Imigrasi, yang pada dasarnya dikaitkan dengan risiko keselamatan, tetapi kelihatannya risiko yang saya bawa ialah memalukan kerajaan Malaysia kerana saya menyokong pilihan raya bersih di Malaysia," tambahnya.
Encik Xenophon berkunjung ke Malaysia untuk bertemu dengan ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, seorang menteri Kabinet, para pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Malaysia dan para aktivis politik bagi membincangkan isu ketelusan dalam pilihan raya negara itu, yang harus diadakan menjelang akhir Jun ini.
Ketua polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah, berkata Encik Xenophon ditahan ketika beliau tiba di lapangan terbang awal kelmarin dan tidak dibenarkan masuk Malaysia "atas sebab-sebab keselamatan".
Encik Xenophon, yang juga bekas peguam, ditahan dalam kawasan soal siasat lapangan terbang berkenaan sehingga beliau menaiki pesawat untuk pulang ke Melbourne pada malam kelmarin.
Pengarah besar Jabatan Imigresen Malaysia, Datuk Alias Ahmad, pula berkata kerajaan Malaysia telah mengeluarkan kenyataan bahawa Encik Xenophon diharamkan masuk ke negara itu kerana beliau pernah hadir dalam tunjuk perasaan anjuran Bersih di Kuala Lumpur tahun lalu.
Sementara itu, mantan perdana menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad, semalam dipetik portal berita, The Malaysian Insider (TMI), sebagai berkata bahawa Putrajaya tidak perlu melayani kritikan Canberra kerana mengusir pulang senatornya.
"Jika beliau datang ke sini dengan hasrat tidak baik, lebih baik jangan datang ke sini," kata Dr Mahathir.
"Jika mereka mahu mengkritik, mereka boleh kritik. Kami tidak perlu melayani mereka," katanya kepada wartawan selepas meraikan majlis perayaan Tahun Baru Cina di Kuala Lumpur, semalam.
== ostrolia tak tau kaa malaysia sekarang negara pengganas, mana bleh lawat suka suki camtuh... kalu dpt masuk bersedia laa dengan kuncu2 pengganas samseng umno akan buat kaco sebab nak bongkar kejahatan dorang..
|
|
|
|
|
|
|
|
Itu hak negara Msia yg berdaulat |
|
|
|
|
|
|
|
Yang kena halau tu la dok kutuk pasal minyak sawit tak selamat digunakan..hmmm..senang hati je dok kutuk minyak kelapa sawit malaysia..hehehe... |
|
|
|
|
|
|
|
len kali kalo bik mama dan kontijen nya nak ke oz, silla halau dgn cara terhormat jugak..tit for tat kekdahnya |
|
|
|
|
|
|
|
Abih la tak sempat pi Gold Coast ke, Perth ke lepas ni.
Semua rakyat Malaysia kena hantar balik, bukan setakat kak mah.
AA dan MAS boleh stop flight operation.
|
|
|
|
|
|
|
|
haji_one posted on 18-2-2013 10:31 AM 
Yang kena halau tu la dok kutuk pasal minyak sawit tak selamat digunakan..hmmm..senang hati je dok k ...
sori ye dah mmg minyak kelapa sawit x selamat.. tanya lah doktor mana pon, punca utama masalah jantung rakyat ni disebabkan penggunaan minyak kelapa sawit yg mmg x ade cholesterol tp punyai kandungan lemak yg boleh meningkatkan kolesterol dlm darah..
lagi satu pembersihan hutan nak tukar kpd ladang kelapa sawit juga memusnahkan habitat hidupan liar..
kenapa tentera BERSENJATA sulu x kena usir straight away? masih nak nego2.. |
|
|
|
|
|
|
|
kafir penjajah memang perlu di ajar macam tuh... |
|
|
|
|
|
|
|
brownstone posted on 18-2-2013 10:48 AM 
sori ye dah mmg minyak kelapa sawit x selamat.. tanya lah doktor mana pon, punca utama masalah jan ...
hmm..minyak kelapa sawit actually masih selamat, cuma pengunaannya saja ramai yg salah..contohnya, kalau menggoreng tu, still guna minyak yg sama berulang kali sedangkan minyak kelapa sawit ni (kebanyakannya) disyorkan sekali sahaja penggunaannya.
Klu minyak jagung tu, boleh guna berkali2 sebab ianya agak sukar berubah bentuk..tu pun, sampai satu tahap, juga dah tak selamat.
|
|
|
|
|
|
|
|
pokcik sorg tu kata SO WAT..?  |
|
|
|
|
|
|
|
Minyak sawit: yeild 3 kali ganda lebih byk berbanding minyak soya dan 5 kali ganda berbanding minyak zaiton utk luas tanah yg sama. Itu pasal diorg jaki dgn minyak sawit. |
|
|
|
|
|
|
|
Senator tu bkn nak jumpa anwar jer..tp menteri Nazri Ajis gakkk..tu laa bila org dah menggelupo tak tentu pasal
 
|
|
|
|
|
|
|
|
Ng Yen Yen bekas Permanent Resident Australia perlu juga dikurung di Australia dan ditendang balik ke Malaysia supaya Malaysia mendapat pembalasan yg setimpal.  |
|
|
|
|
|
|
|
lemak tepu kat minyak sawit dlm anggaran 50%
bukanlah teruk sgt...cuma kurangkan la penggunaan minyak dlm masakan.
|
|
|
|
|
|
|
|
schumacher posted on 18-2-2013 10:50 AM 
kafir penjajah memang perlu di ajar macam tuh...
nama pada nick ko pun guna nama penjajah...kenapa x guna nama Jebat ker Tuah ker atau hang lekiu...ckp x serupa bikin.. |
|
|
|
|
|
|
|
gogo2 posted on 18-2-2013 10:59 AM 
Ng Yen Yen bekas Permanent Resident Australia perlu juga dikurung di Australia dan ditendang balik k ...
mohon Ng Yen Yen je yg dihalau..jgn dendam dgn rakyat m'sia lain..aku plan nak gi ostolia tahun depan

|
|
|
|
|
|
|
|
Nesta13 posted on 18-2-2013 10:51 AM 
pokcik sorg tu kata SO WAT..?
SO WAT?
lain kali lu ajar lu punya senator hormati undang2 negara lain, jangan kutuk product negara lain, jangan hadir demo pembangkang.
kalu senator Malaysia tak hormati undang2 lu, mai lu punya negara, hadir dlm demo pembangkang lu..kutuk product lu....lu suka ka?...bodoh punya Julia Jilat.. |
|
|
|
|
|
|
|
kecimpret posted on 18-2-2013 10:57 AM 
Senator tu bkn nak jumpa anwar jer..tp menteri Nazri Ajis gakkk..tu laa bila org dah menggelupo tak ...
Bila sebut nama Anwar jer tu yg membuatkan mereka semua menggelurrrrr.........
|
|
|
|
|
|
|
|
Anak_Nogori posted on 18-2-2013 11:03 AM 
SO WAT?
lain kali lu ajar lu punya senator hormati undang2 negara lain, jangan kutuk product ne ...
SO kalo dia hadir program BN buleh...? |
|
|
|
|
|
|
|
kecimpret posted on 18-2-2013 11:02 AM 
mohon Ng Yen Yen je yg dihalau..jgn dendam dgn rakyat m'sia lain..aku plan nak gi ostolia tahun de ...
jgn takut... Australia adil dan hanya beri balasan setimpal. Iaitu hanya Pemimpin BN ajer yg ditahan dan dinyah dari negara Australia 
|
|
|
|
|
|
|
|
cikglemer posted on 18-2-2013 11:04 AM 
Bila sebut nama Anwar jer tu yg membuatkan mereka semua menggelurrrrr.........
kira tak hormat tuan umah laa kot sbb gi jumpa anwar gak...kalo senator tu dtg nak jumpa Najib & nazri ajis jer, konfom dia takkan dihalau
|
|
|
|
|
|
|
| |
|