Seorang pemilik burung tekukur sedang membersihkan sangkar-sangkar burungnya sebagai aktiviti di hujung minggu. Tetapi setelah selesai mencuci, dan apabila dia cuba memasukkan setiap ekor burung ke dalam sangkar-sangkarnya, tinggal seekor burung tiada sangkar. Apabila dia memasukkan pula dua ekor burung ke dalam setiap sangkar, dia mendapati lebih satu sangkar tiada burung. Persoalannya, berapakah bilangan burung dan sangkar pemilik burung itu?