Luar Biasa! Kuda Berbulu Emas Yang Unik. Kuda antara haiwan yang boleh dianggap mahal dan bernilai bagi sesetengah orang. Oleh kerana itulah, tidak semua orang mampu memilikinya. Kita juga berpeluang untuk menunggang kuda antaranya di Zoo, tempat belajar menunggang dan lain-lain lagi. Namun pernahkah anda menunggang kuda seperti spesis kuda berbulu emas ini? Nampak unik dan luar biasa sebenarnya. Difahamkan kuda spesies ini amat jarang ditemui dan ia dikira sebagai haiwan yang sedang pupus di dunia ini.

Dikenali dengan nama Akhal-Teke, ia merupakan spesies kuda berbulu emas keturunan (breeding) dari Turkmenistan. Selain berpenampilan penuh kemilau seperti emas, kuda jenis ini juga dikenali kerana ketangkasan serta punya daya tahan yang hebat untuk melakukan aktiviti berat. Spesies Akhal-Teke merupakan spesies kuda terancam yang hanya tinggal sedikit jumlahnya. Kuda yang juga menjadi lambang negara Turkmenistan ini menurut wikipedia hanya berjumlah sekitar 3500 ekor sahaja ketika ini.










Last edited by anees~nuhara on 17-4-2014 02:45 PM
|