|
Kisah Bakal Menantu
Alkisahnya dikatakan Pak Lebai Kampung Pinang Sebatang mempunyai seorang anak dara yg cun melecun dan sexy ..... Masaelah problemnya, Pak Lebai tersangatlah strik dalam mencari calun menantu ... dikatakan semua calun harus melalui sessi temuduga terus dengan Pak Lebai ....
Satu hari ada 3 lelaki yg cuba menyunting anak dara Pak Lebai datang untuk mencuba nasib .....
Maka sessi temuduga pun berjalanlah ...
Pak Lebai: Anak ni namanya siapa?
Calon 1: Nama saya Yusof.
Pak Lebai: Haaaaaa, cantik nama. Nama nabi tu ... cuba kau baca Surah Yusuf Pak Lebai nak dengar.
Lalu lelaki tersebut pun membaca surah Yusuf dengan lancar dan tenang macam air. Maklumlah lulusan Empat Senawi dari salah sebuah sekolah pondok yg agak terkenal di Selatan Thailand.
Alhamdulillah kata Pak Lebai, kini tiba pula giliran calon ke-2.
Pak Lebai: Nama kau siapa nak?
Calon 2: Nama saya Ibrahim, Pak Lebai.
Pak Lebai: Alhamdulillah, cantik nama. Cuba kau baca Surah Ibrahim, baca dengan betul ye...
Tanpa masalah, calon kedua pun berdesup memperdengarkan bacaan Surah Ibrahim di depan Pak Lebai. Sungguh merdu suaranya, betul bacaan tajwid beserta dengan taranumnya sekali. Alhamdulillah, maklumlah calon ke-2 ini lulusan dari Universiti Al-Azhar.
Kini tibalah giliran calon ke-3. Berpeluh2 dahi dan tangan lelaki tersebut bila disalam oleh Pak Lebai. Bunga2 nak kantoi dah pun nampak ... dia cuma seorang kerani biasa.
Pak Lebai: Nak, nama kau pula siapa?
Calon 3: Errrrrrr...... nama betul ikut IC, Yassin, Pak Lebai. Tapi kat rumah, mak dan ayah saya panggil saya Qulhuwallahuahad ... |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|