View: 10499|Reply: 11
|
[Tempatan]
Bae Soba Bae Eda Ezrin bebas penjara Narathiwat, menangis peluk suami
[Copy link]
|
|
Penyanyi lagu Bae Soba Bae iaitu Eda Ezrin, 30, dibebaskan daripada tuduhan memiliki 6,059 biji pil jenis yaba pada 1 November tahun lalu oleh Mahkamah Wilayah Narathiwat, Thailand pada Khamis.
Turut dibebaskan adalah suami Eda iaitu Mohd Affendi Ahmad, 35, serta empat rakan mereka Mohamed Alif Deraman, 33, Nur Aida Mamat, 33, Erdeka Mohd Noor, 33, dan Zuhaira Nasrin, 26.
Keputusan itu dibuat oleh dua panel hakim selepas mahkamah meneliti dan berpuas hati dengan semua keterangan saksi semasa perbicaraan.
Bagi pertuduhan mengambil dadah, kesemua mereka dikenakan penjara enam bulan dan denda sebanyak 4,000 baht atau RM526 setiap seorang.
Bagaimanapun tempoh penjara itu selesai disebabkan kesemua tertuduh berkelakuan baik.
Erdeka dan Zuhaira pula didakwa atas pertuduhan memasuki Thailand tanpa dokumen dan dikenakan denda 4,000 baht atau RM526.
Dalam pada itu, selepas mahkamah memutuskan untuk membebaskan mereka, Eda dan lima yang lain dilihat menangis dan berpelukan di kandang tertuduh.
Pada 2 November lalu, media melaporkan seorang penyanyi wanita tersohor Kelantan antara enam individu ditahan oleh pihak polis Thailand.
Mereka ditahan bersama 6,000 biji pil kuda dalam serbuan di sebuah hotal di Sungai Golok, Narathiwat pada pagi 1 November.
Kesemua suspek melibatkan tiga lelaki dan tiga wanita berusia 25 hingga 32 tahun ditahan selepas mereka dikatakan selesai berhibur di sebuah pusat hiburan.
Keenam-enam suspek kemudiannya mendapat perintah reman di Mahkamah Wilayah Narawhiwat pada 4 November lalu.
Mahkamah turut menolak permohonan ikat jamin kerana bimbang kesemua enam suspek berpotensi melarikan diri sekiranya dibenarkan ikat jamin.
Sumber: mStar
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Semua lepas cmtu je
 |
|
|
|
|
|
|
|
punya la berdegar2 aritu dgn beribu2 pil tu caner blh lepas?
org sabotaj? tak cite detail pun.
blh la berpuasa dirumah msg2, dan lagi beli baju raya neh. |
|
|
|
|
|
|
|
Kerana hubungan baik Msia-Thai ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Bagi pertuduhan mengambil dadah, kesemua mereka dikenakan penjara enam bulan dan denda sebanyak 4,000 baht atau RM526 setiap seorang.
Bagaimanapun tempoh penjara itu selesai disebabkan kesemua tertuduh berkelakuan baik.
Sangkut pertuduhan hisap dadah sebab itu tak boleh dah nak konar. Dapat lagi diskaun sbb gomen Thai pun malas nak mengabiskan bogheh Siam dan macam aku pernah tulis, caj pemilikan tu jangan mengaku ja.
|
|
|
|
|
|
|
|
ohhhh oknla blh la p bazaar ramadhan..mana ex bf si pudin tu..meluat betul la i tgk mamat perasan hensem tu
i xsuka betul g tp acah j..
jgn kecewakn perempuan blh tak..
kalau dh g..g je la......xyah jd z ke j ke...
btw pasni si penyanyi ni mesti trauma nk g sana kan..meh kelabing kl je la kak |
|
|
|
|
|
|
|
siapa dulu nak panggil podcast nanti?  |
|
|
|
|
|
|
|
Harap dia bertaubat dan kembali ke pangkal jalan. |
|
|
|
|
|
|
|
camne pun kantoi amik dadah juga.. malu heh |
|
|
|
|
|
|
|
Yang kena bayar 1.3 juta dulu depa bayar ka? Kalau bayar berbaloila. Tup2 lepas. |
|
|
|
|
|
|
|
primarikey replied at 6-3-2025 01:12 PM
Semua lepas cmtu je
Sebab dah nak raya.. 
Murninya hati hakim sana. |
|
|
|
|
|
|
| |
|