|
Originally posted by jannahsyazana at 7-3-2008 02:56 PM
aku nak buat pembetulan sket.. razak tu hanya prof madya bukan full prof maka ngan itu tak layak dipanggil prof... kalo kat universiti tu mmg tak akan dipanggil prof pun.. kalo nak panggil en ...
yup setuju..coz dia baru mendapat title prof madya..bukan prof madya dr (orang akan panggil dr.)..or lagi hebat prof. dr (baru org akan panggil prof)..so sepatutnya dia hanya dipanggil encik sahaja..harap maklum |
|
|
|
|
|
|
|
tapi kegagalan citer ni patut letakkan kat tangan apek gak
dia buat citer ni takde beza ngan rancangan gitu2 apek.. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by mamatjb at 12-3-2008 01:01 PM
jadi pelakon??hahaha ko jgn berlawak dino
aku ni tak pandai berlakon arr..tapi kalau razak ajak berlakon ngan maya ok jerk
mana tahu leh jd hero ganti apex.... org dah bosan dah apex. kite dah pelawak yg genius skit mcm nabil...
w/pun die mat despatch.. idea die brilliant... tak melalut... apek kena la cari kaedah lain utk wat lwk jgn aaa sama jer... |
|
|
|
|
|
|
|
bagi aku citer ni gagal la..
tapi maya karin tak gagal bwak watak duyung dia..
nabil ni aku rasa kalau bawak watak jimmy tu lagi menjadi
dari apek hero tua yang mengedik tu |
|
|
|
|
|
|
|
boleh suroh prof tu berhenti buat filem tak?
buang masa betol! |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #189 mamatjb's post
aku dgr watak maya kurang menyerlah dlm pilem nie.. maybe watak tak berkembang ke ape....
prof kangkung tu kena ingat... bukan stakat visual jer penting... pengarahan yg baik lebih penting...
klau prof kangkung tu baca komen den nih musti berasap telinga... musti nak cabar aku wat pilem.... dah sesedap n bangga dgn title prof tuh.... hasilnye mustilah sepadan/setaraf...
ini seme pilem die tahap cincai... logik langsung takdak.. pelakon yg bagus akan hancur dlm pilem die... most pilem die aku nengok separuh aje.... itu pun kat tv
|
|
|
|
|
|
|
|
Reply #191 dino's post
aku rasa filem ni patut tukar tajuk ar
bukan duyung tapi jimmy n orix..
watak duyung memang tak dikembangkan..
muncul dah tengah2 citer jerk..
yang lebihnya watak apek yang ntah apa2..tak relevan dengan jalan citer.. |
|
|
|
|
|
|
|
maya tak gagal sbg duyung..keje die just berlakon..yg lain sume pengarah nyer keje...
tp yg peliknya..kalau filem gagal..pelakon akan kata "saya cuma berlakon..apa yang terjadi lepas tu bukan kerja saya."
tp bila filem berjaya "saya bangga kerana berlakon dalam filem terbaik seperti ni.." pelakon gak dpt nama..huh macam2.. |
|
|
|
|
|
|
|
Ramai serbu Duyung
Rap
WALAUPUN menerima kritikan sebelum hari tayangannya, nyata filem Duyung terbitan bersama KRU Filem, Grand Brilliance Sdn Bhd (GBSB) dan Line Clear Motion Pictures Sdn Bhd tetap mendapat perhatian penonton apabila mencatat kutipan RM2.6 juta untuk lima hari tayangan.
Perkembangan ini pastinya melegakan semua pihak yang menjayakan Duyung termasuk teraju utama, Saiful Apek, Yasmin Hani, Maya Karin dan Awie. Ternyata sentuhan Razak terus mencatat kutipan pecah panggung walaupun karya pengarah prolifik itu sering mendapat kritikan.
Ramai memuji sinematografi Duyung cantik apatah lagi penggambarannya dilakukan di Semporna, Sabah. Begitu juga imej janaan komputer (CGI) ditangani pengarah Cicak-Man, Yusry Abdul Halim nampak hidup.
Bagaimanapun sayang skrip filem itu sangat longgar terutama dari sudut pembinaan watak dan pemilihan dialog. Razak gagal menangani filem yang menampilkan tema menarik ini seperti yang diharapkan.
Malah ada mengatakan filem ini akan menjadi lebih baik sekiranya Yusry mengarahkan sendiri selepas membuktikan kemampuan menerusi Cicak-Man.
Mengikut perancangan awal, Yusry ditugaskan mengarahkan Duyung tetapi menarik diri pada saat akhir. Mengapa Yusry tarik diri dan apa sebenarnya kekuatan Duyung?
Bagi mendapatkan penjelasan, wartawan Harian Metro, RUDY IMRAN SHAMSUDDIN ([email protected]) berinteraksi dengan Yusry yang juga Naib Presiden KRU Group/Pengarah Kreatif KRU Film Sdn Bhd.
SOALAN (S): Tahniah, Duyung mendapat sambutan cukup baik dengan kutipan RM2.6 juta. Apa yang tergambar dalam fikiran anda apabila mendapat tahu perkara ini?
JAWAPAN (J): Segala susah payah terpaksa dilalui kru produksi sepanjang penggambaran sangat berbaloi. Paling menggembirakan, ia memberi makna penonton filem Melayu boleh menerima Duyung. Sejak pertengahan tahun lalu, sambutan diterima kebanyakan filem tempatan agak suram dengan kutipan tidak memberangsangkan. Jadi ini satu petanda baik.
S: Apakah yang anda bimbangkan sebelum Duyung ditayangkan kepada umum?
J: Sudah tentu apabila tarikh Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU12) diumumkan jatuh pada 8 Mac, ia cukup merunsingkan penerbit. Sepanjang pengumuman dibuat dan kempen PRU12 berlangsung, ia menenggelamkan promosi besar-besaran dilakukan terhadap Duyung yang mula ditayangkan 6 Mac lalu. Syukur kerana ia sedikitpun tidak menjejaskan kutipan. Malah semasa hujung minggu (Sabtu dan Ahad), Duyung membuat kutipan hampir RM2 juta.
S: Secara peribadi apa komen anda terhadap kritikan terhadap Duyung sebelum ini?
J: Ada pengkritik cuba bersikap adil terhadap filem yang kami terbitkan. Begitupun setiap orang mempunyai pandangan sendiri. Hendak diikutkan, sewaktu filem mega Titanic ditayangkan, banyak komen kurang sedap kita dengar walaupun ia dianggap filem terbaik pernah dihasilkan Hollywood. Begitu juga dengan filem popular lain seperti X-Man atau Spiderman.
Tidak perlu tengok jauh. Sewaktu saya mengarahkan Cicak-Man, ada penonton mempersoalkan membabitkan jalan cerita atau elemen CGI digunakan. Itu perkara biasa dan kita tidak boleh memuaskan hati semua orang. Namun apa yang membuatkan saya sedikit kecewa apabila ada pengkritik mahupun wakil media tidak mahu menyemak semula fakta dalam Duyung dengan penerbit atau pengarah.
Filem tempatan bukan seperti Hollywood kerana kita lebih dekat dan wakil media boleh bertanya dengan pengarah sendiri sekiranya ada sebarang kemusykilan. Jangan layan filem kita dan Hollywood sama. Ada yang mempertikaikan watak Yasin menjadi beruk. Bukan kita tidak mahu menggunakan beruk sebenar tetapi masalahnya tidak ada pelatih haiwan peliharaan yang berani membawa binatang mereka ke laut. Mereka takut emosi binatang menjadi tidak stabil.
Ingin saya tegaskan, tiada penganiayaan terhadap haiwan berlaku sepanjang pembikinan Duyung. Dalam filem ini antara mesej yang kita ketengahkan adalah pentingnya penjagaan alam semula jadi. Sekiranya kita menggunakan haiwan betul dan ia mati di tengah laut, sudah tentu kelak penerbitan filem ini dilihat tidak bagus.
S: Melihat kepada perkembangan sambutan diberikan penonton terhadap filem Melayu yang ditayangkan sejak Januari lalu adakah ia mempengaruhi kebimbangan anda terhadap sambutan bakal diterima Duyung.
J: Memang betul. Kalau kita perhatikan pasaran filem tempatan sekarang ini tidak konsisten. Malah tiada satu pun filem mula ditayangkan sejak Januari lalu membuat kutipan RM3 juta. Paling tinggi pun RM2.2 juta. Alhamdulillah apabila Duyung ditayangkan, penerimaan cukup memberangsangkan. Ia secara tidak langsung menunjukkan penonton kita bukan tidak mahu ke pawagam, sebaliknya mereka mahukan sesuatu yang berbeza.
S: Mengapa tidak anda mengarahkan filem ini?
J: Sebenarnya ia berkaitan dengan perancangan syarikat. KRU Film kini mensasarkan menerbitkan lebih satu filem dalam setahun. Kebetulan filem yang pihak saya terbitkan memerlukan tumpuan pada kerja-kerja selepas produksi (post production) seperti menghasilkan teknik CGI.
Kalau saya mengarahkan Duyung, bimbang ia akan memberi kesan kepada Cicak-Man 2 yang kini dalam pembikinan. Kami mensasarkan tayangan Cicak-Man 2 pada akhir tahun ini. Sekarang ini pun banyak peminat bertanya bila Cicak-Man 2 hendak ditayangkan.
Sekiranya saya turut mengarahkan Duyung, pasti banyak kerja tertangguh dan tumpuan tidak dapat diberikan. Akibatnya sasaran kami hendak menayangkan dua filem setahun tidak akan tercapai. Sebab lain, sebagai syarikat baru kami mahu mewujudkan kerjasama dengan produksi tempatan lain. Kami mahu menjadikan KRU Film sebagai satu studio gergasi filem Melayu.
S: Tidak menyesal kerana tidak meneruskan niat mengarahkan filem itu sebelum ini?
J: Saya langsung tidak menyesal. Hendak diikutkan, filem Duyung yang mahu saya tangani lebih serius dan menampilkan tema berat berlatar belakangkan tragedi tsunami, sedangkan penonton kita lebih suka filem yang menampilkan tema ringan dan komedi. Apabila filem ini diserahkan kepada Razak, dia telah mengolah skrip sepenuhnya dan menjadikan ia seperti apa yang dapat ditonton sekarang. Pada saya kejayaan filem ini turut bergantung penuh kepada Razak yang telah mengolah skrip asal sebaik mungkin agar ia mudah diterima.
S: Ada yang kata Duyung akan jadi lebih baik dan menarik sekiranya anda yang mengarahkannya?
J: Saya terharu dan waktu sama berbangga dengan kenyataan diberikan. Terima kasih. Namun pada saya, ia tidak adil kerana pengkritik seperti menidakkan usaha dilakukan Razak. Pada saya, perkara seperti ini lumrah. Sewaktu pertama kali Cicak-Man ditayangkan, saya turut menerima kritikan sama. Pengkritik berkata ia sepatutnya menjadi lebih baik. Pada saya kredit harus diberikan kepada Razak atas kejayaan awal Duyung. Kalau saya mengarahkan filem ini pun ia belum tentu bagus dan dapat sambutan penonton. Pada saya, hasil kerja pengarah harus selari dengan kehendak penonton dan kelebihan itu ada pada Razak.
S: Bagaimana dengan perkembangan Cicak-Man 2?
J: Cicak-Man 2 sudah habis menjalani penggambaran dan sekarang saya sedang sibuk menjalani proses selepas produksi. KRU Film menjangkakan ia akan siap sepenuhnya Jun ini. Malah kami sudah pun mendapatkan hari tayangannya pada 4 Disember nanti.
S: Mana lebih mencabar, menghasilkan CGI untuk Duyung atau Cicak-Man 2?
J: Teknik CGI digunakan Cicak-Man 2 lebih mencabar berbanding Cicak-Man. Duyung pun susah juga. Begitupun hendak membandingkan Cicak-Man 2 dan Duyung rasanya kurang sesuai kerana Cicak-Man 2 strukturnya lebih moden berbanding Duyung yang lebih organik dan banyak bermain dengan elemen alam semulajadi.
S: Adakah dengan kejayaan awal ini bermakna Duyung mampu membuat kutipan RM10 juta?
J: Sebenarnya sasaran itu rakan kongsi kami yang letak. Hendak dinilai secara keseluruhan termasuk pasaran cenderamata, novel dan tayangan Duyung di negara luar seperti Singapura dan Brunei ia tidak mustahil.
Cuma apabila sasaran itu dibuat, ramai orang salah tafsir. Ia tidak membabitkan kutipan di pawagam seluruh Malaysia semata-mata.
Begitupun ia tidak mustahil untuk dicapai. Cicak-Man sendiri berjaya membuat kutipan RM8.7 juga secara keseluruhan termasuk menjual hak tayangan filem, barangan berasaskan watak, novel dan album runut bunyi. Jadi perkembangan ini, nilai RM10 juta angka cukup munasabah. |
|
|
|
|
|
|
|
skg ni da bape kutipan duyung? |
|
|
|
|
|
|
|
Epilog: Duyung buat kutipan mengejutkan
Oleh Akmal Abdullah
[email protected]
DALAM tempoh seminggu, kutipan filem Duyung arahan Prof Madya Razak Mohaideen kini dikatakan sudah mencecah RM2.7 juta - satu angka cukup baik meskipun suasana dan mood selepas Pilihan Raya Umum Ke-12 masih lagi 憄anas |
|
|
|
|
|
|
| |
|