CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: qqOfficial

[Edisi Sinetron lepas AF]-Arip Dollah nak Sufi Rashid mohon maaf - Update #242

[Copy link]
Post time 2-4-2015 12:20 PM | Show all posts
Dollah....dollah..

ngan bebudak pun ko nak tala..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-4-2015 01:40 PM | Show all posts
atekome replied at 1-4-2015 09:12 PM
Jauh diri anda dr lbgt gemok sbb diowang slalu gersang..hahaha..

hahaha so true..
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2015 03:33 PM | Show all posts
hurmmmm....
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2015 03:35 PM | Show all posts
azimodin replied at 2-4-2015 12:13 PM
Jika benar si alip gebu ni ummah LGBT with pedo upgrade, merepot la kau dalam penjara. Aku mendoakan ...

aminnnnnnnnnnnnnnnnn....hishhh gerammm benci!!
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2015 07:48 PM | Show all posts
dlm metro rini..sufie rashid dan tegar penah menjadi mangsa penderaan seksual oleh sipolan ni..iaitu memaksa tido hanya bersependa..mandi bersame dan beberapa lgi pencabulan yg lain..adakah sipolan ini GAYah..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-4-2015 07:50 PM | Show all posts
keramwong89 replied at 2-4-2015 07:48 PM
dlm metro rini..sufie rashid dan tegar penah menjadi mangsa penderaan seksual oleh sipolan ni..iaitu ...

napa ko nangis dik .....jelas, nyata dan terang lagi sohih...sheols adalah Rogayah Dollah ..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-4-2015 10:23 PM | Show all posts
qqOfficial replied at 2-4-2015 07:50 PM
napa ko nangis dik .....jelas, nyata dan terang lagi sohih...sheols adalah Rogayah Dollah ..: ...

nanges sbb tegar diperlakukan begitu..budak kecik lagi kot..jahanam punye sipolan
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2015 01:46 PM | Show all posts
qqOfficial replied at 1-4-2015 07:12 PM
BERITA TERKINI !!!!!PETALING JAYA: Bekas pengurus penyanyi remaja Tegar Septian iaitu Arif Dollah te ...

Bekas Pengurus Akhirnya Dedah Isu Gangguan Seksual Terhadap Tegar
Diterbitkan: Rabu, 20 Mei 2015 12:53 PM

Tegar (kiri) dan bekas pengurusnya dalam satu sidang media di Kuala Lumpur pada Mei 2014.

PETALING JAYA: Bekas pengurus kepada Tegar Septian iaitu Muhammad Arif Dollah akan mengheret ke mahkamah pihak yang menuduh dia melakukan gangguan seksual terhadap penyanyi remaja dari Indonesia itu.

Muhammad Arif, 30, yang merupakan warga negara Singapura berkata, anak tirinya yang juga penyanyi republik itu, Sufie Rashid, 24, akan turut mengalami nasib serupa kerana bersekongkol membuat tuduhan itu tanpa bukti yang sah.

“Saya sudah puas diaibkan. Bukan saja dituduh melakukan gangguan seksual terhadap Tegar tetapi bekas anak tiri saya juga merancang agenda untuk meraih populariti dengan membuat tuduhan itu kepada saya.

"Pihak-pihak yang berkaitan akan saya heret ke mahkamah," katanya kepada mStar Online ketika dihubungi di Singapura pada Rabu.
Terdahulu media di Singapura pada hujung Mac lalu melaporkan Muhammad Arif telah ditangkap polis selepas pihak berkuasa negara itu menerima dua laporan berhubung gangguan seksual yang dibubat oleh Tegar dan bekas anak tirinya, Sufie  Rashid.

Selepas insiden itu Muhammad Arif hanya berdiam diri dan kini bersedia untuk membuka mulut bagi membersihkan namanya semula.

Tegar berjaya mencipta nama apabila lagu mengisahkan kesusahan hidupnya iaitu Aku Yang Dulu Bukan Yang Sekarang menjadi popular bukan sahaja di Indonesia sebaliknya di Malaysia, Singapura dan Brunei. Sehingga kini, klip video lagu itu mendapat lebih 11 juta tontotan di YouTube.

[size=0.75em]Tegar (kiri) bersama penyanyi Singapura, Sufie  Rashid menunjukkan laporan polis yang dibuat di Singapura pada hujung Mac lalu terhadap individu bernama Muhammad Arif Dollah atas tuduhan melakukan gangguan seksual. Gambar ini petikan dari portal berita BeritaHarian.sg


Bagaimana perkembangan terbaru tentang dakwaan anda melakukan gangguan seksual terhadap penyanyi Indonesia, Tegar?

Tegar membuat laporan di Kompleks Balai Polis Cantonment, Singapura pada 31 Mac lalu dan saya dipanggil untuk memberikan keterangan berhubung perkara tersebut. Saya memberikan kerjasama dengan baik kepada pihak polis dan menjawab semua soalan mereka berhubung isu tersebut.

Apakah yang ditanya oleh pihak polis semasa siasatan?

Kes tersebut masih lagi dalam siasatan dan saya tidak boleh mendedahkan butiran lanjut mengenainya tetapi laporan yang dibuat Tegar terhadap saya langsung tiada kena mengena dengan gangguan seksual seperti hebat diperkatakan dalam media sebelum ini.

Saya juga pelik kerana perkara itulah yang dicanang-canangkan kepada media tetapi laporan polis di Singapura pula berbeza.

Pada pendapat Arif mengapa Tegar tiba-tiba mengubah ceritanya semasa buat repot polis di Singapura?

Saya sendiri tidak pasti kenapa tetapi sejak awal lagi ceritanya tidak pernah konsisten berdasarkan fakta selain sering berubah-ubah.

Tetapi dia mungkin sedar apabila seseorang itu membuat laporan di Singapura, peraturannya tiada sesiapa dibenarkan untuk bersama-samanya dan cerita diberikan kepada pihak polis langsung tidak menyebut mengenai gangguan seksual yang saya lakukan kepada dia.

Siapa sebenarnya Tegar di mata anda sebagai bekas pengurus?

Tegar adalah seorang individu yang baik dan mempunyai tanggungjawab tinggi terhadap keluarganya dalam menyara kehidupan mereka.

Sebab itu saya kasihkan dia. Setiap hari sebelum tidur dia akan mengadu kepada saya tentang kebimbangan dan masalahnya. Malah sebelum tidur dia akan meminta saya membacakan doa untuknya supaya dia dapat tenang dan tabah dalam mengharungi kehidupannya sebagai seorang penyanyi.

Dia sangat muda untuk memahami banyak perkara dalam hidupnya tetapi pada masa sama dia tahu dia perlu berbuat demikian bagi menggembirakan orang disekelilingnya.

Tegar pernah memberitahu saya dia ingin berhenti menyanyi kerana enggan lagi dipergunakan oleh keluarga dan orang disekelilingnya.

[size=0.75em]Salah satu gambar Tegar bersama bekas pengurusnya. Petikan dari Facebook Muhammad Arif.


Pelbagai tuduhan dilemparkan Tegar terhadap anda. Apa perasaan sebenar anda terhadap dia sekarang?

Jujur saya kasihan kepada dia kerana saya tahu segala cerita disebalik apa yang berlaku dalam hidupnya. Saya orang paling rapat dengan dia sebelum ini. Ramai yang marahkan saya kerana berasa simpati dan kasihan kepadanya tetapi saya tahu dia juga mangsa dalam hal ini demi kepentingan pihak tertentu.

Tuduhan melakukan gangguan seksual terhadap remaja bawah umur bukan sesuatu yang ringan. Apakah impak terhadap anda sehingga hari ini?

Banyak impaknya, kerana 70 peratus yang membaca atau mendengar cerita tersebut mempercayai saya melakukannya dan dari segi profesional ia menutup periuk nasi saya. Saya bukan baru dalam bidang ini tetapi ia kali pertama berlaku terhadap saya.

Jika benarlah saya melakukan perbuatan terkutuk itu kenapa baru sekarang Tegar membuka mulut? Wahal saya sudah bersama dia selama setahun dan dia ada peluang yang cukup banyak untuk mendedahkan perbuatan saya.

Ada satu tuduhan mengatakan Tegar tak selesa apabila anda mengajaknya mandi bersama termasuklah meletakkan kemaluan anda pada badannya. Apa komen anda?

Saya sangkal mengenai dakwaan tersebut. Buktikanlah! Ada juga tuduhan mengatakan saya meliwatnya tetapi kenapa tidak membuat pemeriksaan di hospital?

Kami tidur di hotel bukannya berdua malah turut ditemani oleh pembantu. Mana mungkin saya dapat lakukan perkara itu dengan adanya orang lain di dalam bilik yang sama. Seperti saya katakan, semua tuduhan itu ada niat jahat dan menjadikan saya sebagai kambing hitam!

Anda tahu siapa dalang disebalik semua ini?

Saya tahu tetapi saya mahu lihat terlebih dahulu sejauh mana mereka ingin menjatuhkan saya. Segala bukti ada di tangan saya namun saya tidak akan dedahkan buat masa sekarang.

Tambahan pula saya tidak mahu menggangu siasatan yang sedang berlangsung di Singapura dan tidak memburukkan lagi keadaan tetapi saya akan dedahkan juga nanti.

Itu soal Tegar. Bagaimana pula dengan tuduhan bekas anak tiri anda iaitu Sufie Rashid (penyanyi Singapura) yang dikatakan menjadi mansga liwat anda semasa dia berusia 13 tahun?

Pada saya mudah, Sufie mempunyai agenda tersendiri dan mengambil kesempatan terhadap apa yang menimpa Tegar untuk menaikkan namanya di kalangan peminat di Malaysia memandangkan dia baharu sahaja muncul dengan lagu terbaharunya. Jika benar dakwaan dia, mengapa baharu sekarang dia hendak membuat dakwaan tersebut? Mengapa tidak dari dahulu lagi dia laporkan kepada polis?

Sebenarnya dia ada peluang untuk berbuat demikian pada 2011 apabila bekas isteri saya iaitu ibunya membuat laporan polis terhadap saya apabila menuduh saya memukulnya.

Dia boleh ikut ibunya untuk membuat laporan itu terhadap saya atau mengadu kepada bapa kandungannya, tetapi tidak pula dia berbuat demikian.

Kenyataan bercanggah Sufie kepada media Malaysia dan Singapura agak menggelirukan. Apa sebenarnya hubungan anda dengan ibunya?

Dia menerusi satu kenyataan mengatakan saya rapat dengan ibunya dan meminta jangan persoalkan ikatan sebenar saya dan wanita tersebut. Sebenarnya tujuh tahun kami hidup bersama. Kalau kami tidak berkahwin, itu apa?

Adakah anda akan mengambil tindakan terhadap pihak yang cuba menjatuhkan anda menerusi dakwaan terkutuk itu?

Sudah tentu! Ada tiga pihak yang akan saya ambil tindakan bagi membersihkan bukan sahaja nama saya tetapi keluarga yang turut terjejas dalam hal ini.

Buat masa ini saya tidak boleh dedahkan secara lanjut tetapi salah seorang yang akan saya ambil tindakan adalah Sufi, bekas anak tiri saya sendiri. Tunggulah masanya nanti.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 20-5-2015 03:14 PM | Show all posts
Syd replied at 20-5-2015 01:46 PM
Bekas Pengurus Akhirnya Dedah Isu Gangguan Seksual Terhadap TegarDiterbitkan: Rabu, 20 Mei 2015 12 ...

thanx @Syd atas update terkini....


ya ampun....  si arip dollah ni mati2an mengaku dirinya tak bersalah....so apakah kesudahan drama sinetron ini...!! ...
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2015 03:25 PM | Show all posts
sinetron 3 Negara uols
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2015 04:42 PM | Show all posts
wahhh ni drama serantau ni..
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2015 04:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Xboleh baca statement dollah. Montahhh noksss
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2015 05:55 PM | Show all posts
si dollah ni kahwin dengan mak si sufie masa umur dia 19 tahun? takde taste betul makcik itu.
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2015 06:28 PM | Show all posts
Sapa yang betul sapa yang salah sebenarnya ni?
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2015 10:47 PM | Show all posts
Thread betul2 ikut tajuk
Mmg betul2 mcm sinetron
Berbelit2 plot
Dengan episod2 yg xdisangka2
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2015 12:33 AM | Show all posts
Sufie Rashid salah seorang peserta Singapore yg akan mencuba nasib di Akademi Fantasia 2015.  


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-5-2015 12:49 AM | Show all posts
Celaka punya Arif Dollah. Dasar pedophile bapok. Buat salah tapi tak mengaku dan putar belit cerita.
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2015 04:51 PM | Show all posts
Edited by Rhyno at 24-5-2015 04:54 PM

Tahniah Sufie kerana lulus semua ujibakat AF2015. Semoga Sufie akan terpilih dalam Top 12.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-9-2015 10:23 AM | Show all posts

Kes Gangguan Seksual Gugur, Tegar & Sufi (AF 2015) Pula Bakal Disaman







Bekas pengurus kepada Tegar, Muhammad Arif Dollah lega tidak akan ada sebarang dakwaan dikenakan terhadapnya selepas kes kononnya dia melakukan gangguan seksual terhadap penyanyi itu ditutup oleh pihak berkuasa Singapura

Bekas pengurus kepada Tegar Septian iaitu Muhammad Arif Dollah mendedahkan usaha penyanyi cilik itu untuk menjatuhkannya dengan tuduhan gangguan seksual tidak berhasil apabila pihak polis di Singapura menutup kes berkenaan. Muhammad Arif, 30, berkata, dia mendapat khabar gembira itu menerusi panggilan telefon pada 18 September lalu dan pihak polis Singapura mengesahkan tidak akan membuat sebarang dakwaan terhadapnya.

"Alhamdulillah dengan rasa syukur selepas enam bulan melalui pelbagai tuduhan dan fitnah saya akhirnya dapat menarik nafas lega kerana siasatan mengenai dakwaan Tegar terhadap saya telah selesai. Pihak polis memaklumkan tiada sebarang dakwaan akan diambil terhadap saya dan kes itu telah pun ditutup," katanya kepada mStar Online ketika dihubungi pada Sabtu.

Kata Muhammad Arif lagi, dia dimaklumkan kes berkenaan ditutup selepas tiada bukti kukuh selain kenyataan Tegar sebelum ini tidak konsisten kepada pihak polis.Terdahulu media di Singapura pada hujung Mac lalu melaporkan Muhammad Arif telah ditangkap polis selepas pihak berkuasa negara itu menerima dua laporan berhubung gangguan seksual yang dibuat oleh Tegar dan bekas anak tirinya, Sufi  Rashid. Sehubungan dengan itu, Muhammad Arif berkata, pada 22 september lalu dia telah pun membuat laporan polis terhadap Tegar berhubung kenyataan palsu diberikan kepada pihak berkuasa itu. Katanya, biarpun kes berkenaan telah pun ditutup namun dia mengambil keputusan untuk membukanya semula dengan membuat laporan polis bagi mencari kebenaran.

"Saya dinasihatkan supaya berfikir sebelum meneruskan laporan itu kerana Tegar masih kecil dan tidak tahu akan undang-undang di Singapura. Tetapi saya tetap teruskan kerana tujuan saya hanya satu untuk melihat sama ada dia akan mengaku disuruh (membuat laporan palsu) atau dia sendiri yang lakukan. Saya juga difahamkan penyanyi tersebut akan berada di Singapura pada Oktober ini dan saya telah meminta pihak berkuasa untuk segera melakukan siasatan," tegasnya.

Dalam pada itu, Muhammad Arif berkata, dia telah pun melantik peguam untuk memfailkan saman malu terhadap empat individu di atas penyebaran fitnah terhadapnya sebelum ini.

Jelasnya, selain Tegar, tiga individu lain bakal dikenakan saman adalah peserta Akademi Fantasia 2015, Sufi Rashid, Nur JM (penulis blog) dan seorang lelaki yang didakwa sebagai dalang kes berkenaan iaitu Ali Najib Baksher. Peguam saya akan mengeluarkan notis saman malu terhadap empat individu yang disebut itu dalam masa terdekat ini. Saya tidak akan berkrompomi dalam hal ini dan akan tetap memfailkan saman malu terhadap keempat-empat individu berkenaan dan beberapa pihak lain yang sedang dalam pertimbangan."Ini juga bukan soal balas dendam tetapi sekadar ingin menegakkan kebenaran setelah apa mereka lakukan kepada saya sebelum ini," jelasnya.

Dalam perkembangan sama, Muhammad Arif berkata, dia akan mengadakan sidang media di Kuala Lumpur dan Jakarta dalam masa terdekat bagi menjelaskan butiran lanjut berhubung tindakannya itu selain akan membuat beberapa pendedahan terbaharu berhubung kes tersebut.

"Insya-Allah saya akan berkongsi cerita dengan rakan-rakan media di Malaysia dan Indonesia dalam masa terdekat bagi menjelaskan situasi sebenar dalam masa terdekat ini," ujarnya.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sinetron Arip Dollah-Tegar-Sufi Musim kedua datang lagi ...  hehehhh ...

abis laa camna perjalanan karier Sufi nanti lepas habis AF, dah AF pun nak menuju ke finale....apakah ini satu konspirasi????
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2015 10:32 AM | Show all posts
saman je lah..pastu tgk menang ke tak..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-12-2024 10:17 AM GMT+8 , Processed in 0.089499 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list