CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: BeachBoys

Memories of Terengganu (Benua Terqanun)

[Copy link]
Post time 21-6-2010 02:40 PM | Show all posts


Sultan Zainal abidin(III)
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-6-2010 02:46 PM | Show all posts
Salasilah family Sultan Zainal Abidin II   

*  HH Sultan ZAINAL ABIDIN II ibni al-Marhum Sultan Mansur Shah 1793/1808, married (a), Che Puan Besar Tun Zainab binti Bendahara Seri Maharaja Indra Bongsu Johor (Riau?) Tun Hassan, married (b), Che Puan Besar Tun (name unknown) binti Bendahara Seri Maharaja Indra Bongsu Johor (Riau?) Tun Hassan, sister of 1st wife, married (c), Seri Paduka Pangeran Anak Putri Hadiah binti al-Marhum Sultan Muhammed Khanzul Alam, daughter of  Sultan Muhammed Khanzul Alam of Brunei, died sp, and had issue. He died 1808.
          o HH Sultan AHMAD SHAH I ibni al-Marhum Sultan Zainal Abidin (by Tun Zainab) (qv)
          o HH Sultan ABDUL RAHMAN ibni al-Marhum Sultan Zainal Abidin (by Tun Zainab) (qv)
          o HH Sultan MANSUR SHAH II ibni al-Marhum Sultan Zainal Abidin (by 2nd wife) (qv)
          o Tengku Abdul Rahim bin al-Marhum Sultan Zainal Abidin
          o Tengku Chik bin al-Marhum Sultan Zainal Abidin
          o Tengku Jusoh bin al-Marhum Sultan Zainal Abidin, married and had issue.
                + Tengku Su binti Tengku Jusoh, married Tengku Muda bin Tengku Ahmad, Tengku Panglima Besar Terengganu, (see above), and had issue, 4 children.
          o Tengku Che Busu binti al-Marhum Sultan Zainal Abidin
          o Tengku Nik binti al-Marhum Sultan Zainal Abidin
          o Tengku Su Nik binti al-Marhum Sultan Zainal Abidin, married (as his third wife), HH Sultan ABDULRAHMAN I MUADZAM SHAH bin al-Marhum Sultan Mahmud Riayat Shah of Lingga, and had issue.
          o Tengku Ismail 'mesjid' bin al-Marhum Sultan Zainal Abidin, Tengku Besar Terengganu, married (a), Tuan Cik Seni binti Tuan Mat Tahir (see above), married (b), (name unknown), and had issue.
+ Tengku Neng binti Tengku Ismail (by Tuan Cik Seni), married Tengku Mahmud bin al-Marhum Sultan Ahmad Shah, Yang di-Pertuan Muda Terengganu, (see below), and had issue.
+ Tengku Haji Wok bin Tengku Ismail (by Tuan Cik Seni)
+ Tengku Bilek bin Tengku Ismail (by Tuan Cik Seni)
+ Tengku Sumaran bin Tengku Ismail (by Tuan Cik Seni)
+ Tengku Muda Deris bin Tengku Ismail, Tengku Panglima Besar Terengganu, married and had issue.
# Tengku Mustafa bin Tengku Muda, Tengku Seri Nara Wangsa Raja Terengganu, married 1stly, Tengku Nik binti Tengku Long Pendekar Abdul Rahman, (see above), married 2ndly, Wan Selamah binti Haji Wan Yusof Puteh, and had issue, 5 sons and 3 daughters.
* Tengku Ali bin Tengku Mustafa (by Tengku Nik), Tengku Seri Nara Wangsa Diraja Terengganu, married (a), Tengku Teh binti Tengku Haji Awang (see above), married (b), Ciah binti Awang, married (c), Wan Halimah binti Wan Salleh, and had issue, 12 children.
o Tengku Zaharah binti Tengku Ali (by Tengku Teh)
o Tengku Husin bin Tengku Ali (by Tengku Teh), married, Tengku Rokiah binti al-Marhum Sultan Ismail Nasiruddin Shah, younger daughter of HH Sultan ISMAIL NASIRUDDIN SHAH ibni al-Marhum Sultan Zainal Abidin Muadzam Shah of Terengganu, and has issue.
+ Tengku Abdul Aziz bin Tengku Husin (by Tengku Rokiah)
+ Tengku Mustafa bin Tengku Husin (by Tengku Rokiah)
+ Tengku Ali bin Tengku Husin (by Tengku Rokiah), married Tengku Zahab binti Tengku Ahmad, and had issue.
# Tengku Muhammad Nizam Bin Tengku Ali, married Azidah binti Abdul Kadir and has issue.
* Tengku Nur Izzati Binti Tengku Muhammad Nizam
* Tengku Nur Imanina Binti Tengku Muhammad Nizam
* Tengku Nurul Izzah Binti Tengku Muhammad Nizam
* Tengku Ahmad Anwar Bin Tengku Muhammad Nizam
# Tengku Mohd Rosdi Bin Tengku Ali, married Suhailawati binti Abdullah, and had issue.
* Tengku Ahmad Ariff Alauddin bin Tengku Mohd Rosdi
* Tengku Ahmad Asyraf bin Tengku Mohd Rosdi
  * Tengku Ahmad Aqil Danial bin Tengku Mohd Rosdi
  # Tengku Nor Aliza Binti Tengku Ali
# Tengku Nur Yuhaniz Binti Tengku Ali
+ Tengku Kalsom binti Tengku Husin (by Tengku Rokiah)
+ Tengku Ahmad bin Tengku Husin (by Tengku Rokiah)
+ Tengku Badariah binti Tengku Husin (by Tengku Rokiah), married Che Wan Sulaiman bin Che Wan Mansor, and has issue.
# Che Wan Ezura binti Che Wan Sulaiman married Baharuddin bin Abdullah, and has issue.
* Putera Ahmad Bazli bin Baharuddin
* Putera Ahmad Fiqri bin Baharuddin
# Che Wan Elira binti Che Wan Sulaiman married to Mohd Zamri bin Mat Ali, and has issue.
* Puteri Dhiya Batrisya binti Mohd Zamri
# Che Wan Latifah Basirah binti Che Wan Sulaiman
# Che Wan Ahmad Faris bin Che Wan Sulaiman
+ Tengku Azalina binti Tengku Husin (by Azizah)
o Tengku Mahmud Embong bin Tengku Ali (by Tengku Teh), married Tengku Esah binti Tengku Wok, and has issue.
+ Tengku Mohammed Nor bin Tengku Mahmud Embong
+ Tengku Azman bin Tengku Mahmud Embong
+ Tengku Ibrahim bin Tengku Mahmud Embong
+ Tengku Hasan bin Tengku Mahmud Embong
o Tengku Hitam bin Tengku Ali (by Tengku Teh), married Tengku Rokiah binti Tengku Yusof, and has issue.
+ Tengku Azizah binti Tengku Hitam
+ Tengku Anidzar binti Tengku Hitam
+ Tengku Nursiah binti Tengku Hitam
+ Tengku Ala Din bin Tengku Hitam
+ Tengku Mohammed bin Tengku Hitam
  o Tengku Ibrahim bin Tengku Ali (by Tengku Teh), married and has issue.
+ Tengku Lijah binti Tengku Ibrahim, married Dato’ Wan Ahmad Yusof, and has issue.
# Wan Sallehuddin bin Dato’ Wan Ahmad
# Wan Sarina bt Dato’ Wan Ahmad
  # Wan Saliza bt Dato’ Wan Ahmad
# Wan Suhaimi bin Dato’ Wan Ahmad
+ Tengku Zaharah binti Tengku Ibrahim, married Tengku Muhammad bin Tengku'Abdu'l Kadir, elder son of her paternal uncle, Y.M. Tengku 'Abdu'l Kadir bin Tengku 'Ali, by his wife, Wan Wuk binti Wan 'Abdu'llah, daughter of Wan 'Abdu'llah bin Wan Muhammad, Datuk Panglima Dalam, of Trengganu, and has issue, one son.
# Tengku Uthman bin tengku Mohammad
+ Tengku Abdul Rahman bin Tengku Ibrahim, married and has issue.
# Tengku N. Azlina
# Tengku Siti Hajar Mariam
+ Tengku Omar bin Tengku Ibrahim, married Tengku Esah bt Tengku Hassan, and has issue.
# Tengku Bismuniazam bt.Tengku Omar
# Tengku Faezah bt. Tengku Omar
# Tengku Adawiyah bt.Tengku Omar
# Tengku Rabieah bt. Tengku Omar
# Tengku Hassan bin Tengku Omar
# Tengku Mohd Amirul bin Tengku Omar
+ Tengku Muda bin Tengku Ibrahim, married and has issue.
# Tengku Noraini bt. Tengku Muda
# Tengku Hashim bin Tengku Muda
# Tengku Abd Rahim bin Tengku Muda
# Tengku Nor bin Tengku Muda
# Tengku Nur Nadia bt. Tengku Muda
+ Tengku Embong bin Tengku Ibrahim, married and has issue.
# Tengku Muhammad Khalid bin Tengku Embong
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2010 02:51 PM | Show all posts
Yang Nih Logik ke sbb pe stadium terengganu runtuh???

Aduh lawak saje2 oiiii

Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2010 02:57 PM | Show all posts


MasJid KrisTal~~
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2010 12:50 AM | Show all posts
Semenanjung Tanah Melayu terletak di Kawasan pelayaran yang dikenali sebagai Laluan Sutera Maritim (Lampiran A) antara Negara Cina dan Timur Tengah dan laluan ini seringkali dilalui oleh kapal-kapal saudagar Cina, Arab, Parsi, dan India. Pada zaman silam, orang Cina belayar dengan berpandukan alat kompas yang telah dicipta pada Zaman Dinasti Qin sebelum Masihi. Manakala orang Arab pula belayar dengan berpandukan bintang-bintang di langit untuk mengetahui arah yang hendak ditujuinya. Terdapat beberapa buah catatan oleh penulis Cina ada menyebut mengenai nama dan perihal negeri-negeri lama di dalam buku yang berusia beribu tahun dahulu dan kini masih boleh dibaca dan difahami oleh kami semua. Buku-buku lama ini memberi banyak maklumat yang berharga dalam usaha mengkaji sejarah negara-negara lama di Semenanjung Melayu terutama Negeri Terengganu Darul Iman.

Catatan Cina yang paling awal ialah "Han Shu" 1 (Buku Dinasti Han yang ditulis Bangu). Nama tempat dinyatakan pada buku No.28 ialah Kua-Du-Kun (Kuala Dungun). Sebenarnya nama ini ada juga dinyatakan di dalam beberapa buah buku lain pada masa itu seperti "Wu Shi Why Kok Chuan" 2 (Kesan Negara Luar pada zaman Wu) "Fu Nam Yei Whu Chi" 3 (Catatan Barangan yang aneh di Funam), "Swee Chin Chuan" 4 (Kesan Swee Chin), "Pei Tang Shu Chow" 5 dan "Yee Wan Lui Chi" 6.

Pada zaman Dinasti Sui (581M - 618M) dan Dinasti Tang (618M - 907M) Negara lama Chih-Tu (Tanah Merah) di Kelantan, ada tercatat di dalam buku lama mengenai hubungan dengan Negara Cina pada zaman silam. "Chih Tu Kok Chuan" 7 (Hikayat Tanah Merah) mengandungi 1,700 perkataan yang menceritakan Negara Tanah Merah yang berjiran dengan Terengganu di Pantai Timur. Antara maklumatnya ialah mengenai lokasi, jarak pelayaran, masyarakat, sejarah ekonomi, kebudayaan alam sekitar, adat istiadat dan lain-lain dan catatannya agak menyeluruh pada zaman itu.

Buku-buku catatan di Zaman Dinasti Sui dan Dinasti Tang turut menyatakan mengenai Benua Terengganu yang boleh dibuat kajian. Antara buku-buku itu ialah "Sui Shu" 8 (Buku Dinasti Sui), "Tang Shu" 9 (Buku Dinasti Tang), "Tong Tain" 10 dan "Hikayat Tanah Merah" 7.

Pada zaman Dinasti Song dan Dinasti Yuan pula terdapat beberapa orang pengarang yang masyhur memberi maklumat secara lebih terperinci berkenaan dengan Benua Terengganu. Mereka adalah Chao Jukua11, Chau Chufei12, Chao Ganwai13, Tan Yuachan14, Chau Chichong15, Wang Tayuan16 dan lain-lain lagi. Pada masa itu Chao Jukua memegang jawatan penting iaitu Syahbandar Zaytun17 (Chuanchow). Beliau telah mengarang dan mencatatkan semua perkara di dalam bukunya "Chuan Fan Chi" 11 pada tahun 1225M. Penulis Chau Chufei12 mula menghasilkan bukunya yang bertajuk "Ling Wai Tai Ta"12, yang menyebut tentang nama Fo-Lo-Ann23 yang seringkali disebut dalam buku-buku lain .

Catatan yang paling sempurna telah ditulis oleh Wang Tayuan dalam dua naskah bukunya bernama "Dau Yi Zhi Lue" 16 (Catatan Tentang Pulau-Pulau Lama) dan "Dau Yi Zhi" 16 (Catatan Tambahan Tentang Pulau-Pulau Luar). Pada ketika itu, Wang Tayuan adalah seorang pemuda yang minat mengembara. Beliau telah dua kali pergi keluar Negara selama 18 tahun, dan dia mencatat banyak perkara yang dilihat sepanjang perjalanannya. Negara-negara yang dilawati ialah Semenanjung Melayu, Filipina, Borneo, Jawa, Sumatera, India, Parsi, Laut Merah dan Afrika Timur. Negara-negara yang dia jelajahi pada masa itu adalah lebih daripada 220 buah negara. Antaranya Wu-Zi-Ba18 (Melaka), Tamalin19 (Tembeling), Peng-Heng20 (Pahang), Ci-Lan-Tan21 (Kelantan), Ting-Jia-Lu22 (Terengganu), Fo-Lo-Ann23 (Kuala Berang), Pai-Jia24 (Paka) dan lain-lain.

Di samping itu, Artifak yang telah dijumpai di Terengganu memberi satu bukti yang kukuh sekali mengenai sejauhmana hubungan antara Terengganu dengan Negara Cina.

http://tganu-kite.blogspot.com/2010/04/sejarah-terengganu.html
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2010 12:51 AM | Show all posts
Hulu Terengganu dikenali sebagai FO-LO-AN sejak abad ke 12 lagi berdasarkan buku sejarah cina bernama “ Ling Wai-Tai Ta” karangan Cau- Cu-Fei pada tahun 1178. Pada masa itu daerah ini adalah sebagai Bandar perlabuhan yang menjadi tumpuan pedagang-pedagang dari segenap pelusuk alam Melayu, Timur Tengah Foloan yang disebut dalam buku tersebut ialah Kuala Berang.

Berdasarkan buku sejarah berkenaan, hal ehwal Foloan diceritakan seperti berikut:

“ Hasil keluaran Negeri itu (Foloan) termasuklah “ Su” dan “ Can”(Jenis-jenis kayu Gahru), kayu laka, Gading dan lain-lain seumpamanya, dan hasil-hasil itu diperniagakan dengan emas, perak,porselin,besi, bahan-bahan membuat barnis, arak,beras,gula dan gandum. Tiap-tiap tahun kerajaan Foloan itu menghantar ufti kepada kerajaan “ San Fo Cin” ( Seri Wijaya)

Negeri itu (Foloan) berjiran dengan “ Peng-Heng” (Pahang). Teng-ya-nu” (Terengganu)” dan Ci-lan-tan (Kelantan) dan negeri-negeri itu bersamaan keadaannya.

Berdasarkan keterangan itu ternyatalah Kuala Berang pernah menjadi pusat perniagaan yang utama diAsia Tenggara disamping Seri Wijaya dalam kurun masihi yang ke 12. Selain daripada itu, disinilah juga berlakunya Perlantikan Kesultanan Terengganu Pertama.

Daerah ini juga terbukti merupakan tempat terawalmenerima Agama Islam disemenanjung Tanah Melayu berdasarkan catitan pada Batu Bersurat Terengganu bertarikh 1303 M (702 H) yang dijumpai di Kampong Buloh,Kuala Berang Hulu Terengganu.

Di samping itu Daerah Hulu Terengganu juga pernah menjadi tempat kunjungan dan tempat bermastautin tokoh-tokoh ulama seperti yang dibuktikan dengan penemuan makam-makam lama seperti Makam Tok Raja Ri dikampong Kuala Por, makam Tok Pauh di kampong Pauh, Makam Tok Gajah di kampong Pasir Nering, Makam Tok Berlian Mahmud di kampong Kemat, Makam Tun Indera di kampong Kuala Por dan makam Sharif Mohammad al Baghdad di kampong Jenagor.

Hulu Terengganu juga pernah menjadi tumpuan pahlawan-pahlawan Melayu seperti Tok Gajah, Dato Bahaman, Tok Janggut, Mat Kilau dan lain-lain lagi diawal abad ke 19. Daerah ini dijadikan sebagai kubu dan tempat persembunyian mereka bagi mengatur strategi menentang penjajahan Inggeris pada ketika itu. Antara peristiwa yang masih menjadi ingatan sehingga ke hari ini ialah peristiwa Padang Kacong di Kuala Telemong.

Selain itu, terdapat juga penemuan-penemuan seperti kapal Batu di Gerdong yang boleh dikaitkan dengan peristiwa bersejarah. Tempat ini kini dipelihara agar ianya dapat dihayati oleh generasi yang akan datang.

Kesultanan Terengganu Pertama

Sultan Zainal Abidin 1 adalah putera Tun Habib Abdul Majid, Bendaraha Johor. Baginda telah dilantik sebagai Sultan Terengganu yang pertama di Kampong Tanjung Baru, Hulu Terengganu pada tahun 1708 masihi. Menurut catatan, beliau telah dilantik sebagai Sultan Terengganu oleh Chayang, Raja Pattani. Manakala menurut Tuhfatul Nafis baginda telah ditabalkan oleh Daeng Menambun setelah mendapat perintah dari Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah Johor. Pusat pemerintah baginda ialah di Tanjung Baru. Sebelum berpindah ke kampong Langgar kemudian ke kampong Pulau Manis dan Cabang Tiga.

Seterusnya baginda berpindah Ke Kuala Terengganu dan menetap disatu tempat yang kemudiannya dikenali sebagai Kota Lama. Baginda mempunyai beberapa orang isteri iaitu perempuan Muar, Nang Rugayah (Cik Puan Besar), anak Tuk Pulau Manis dan anak Dato’ Wan Ismail. Anakanda baginda ialah Ku Embong. Baginda mangkat pada tahun 1733 dan jenazah baginda dimakamkan diatas Bukit Keledang Kuala Terengganu.

a) Makam Rok Raja Ri

Makam ini terletak diKuala Por kira-kira 2 km daripada Bandar Kuala Berang.Beliau berkemungkinan orang yang menisytiharkan perundangan
Di Batu Bersurat (Raja Mandalika). Pendapat lain pula menyatakan Tok Raja Ri seorang pendakwah dan pembesar Istana yang datang bersama Pergisyhtiharan Batu Bersurat.

b) Makam Tok Pauh

Nama Tok Pauh yang sebenarnya ialah Sheikh Abdullah Bin Abdul Kahar berasal dari Negeri Arab. Beliau ialah bapa kepada Tok Pulau Manis (Sheikh Abdul Malek Bin Abdullah). Beliau seorang ulama yang terkenal
dan adalah dijangka hayatnya dalam tahun 1960-an. Makam beliau terletak di kampong Pauh 6 km dari Bandar Kuala Berang.

c) Makam Tok Gajah

Nama Tok Gajah yang sebenarnya Imam Rasu Bin Shahrum dan gelarannya ialah orang kaya Iman Indera Gajah Pahang. Beliau ialah salah seorang daripada pahlawan-pahlawan Pahang yang terlibat dalam pemberontakan di Negeri Pahang tahun 1893 – 1895. Semasa beliau berumur 56 tahun iaitu tahun 1901. Beliau meninggal dunia di Kampong Pasir Nering, terletak kira-kira 8 km dari Bandar Kuala Berang.

d) Makam Tok Belian Mahmud

Tok Belian Mahmud dipercayai seorang pembesar dan pemerintah di Tersat. Beliau juga seorang pahlawan yang datang bersama Sultan Zainal Abidin 1 pada tahun 1726 M. Makam beliau terletak di Kampong Kemat kira-kira 13 Km dari Bandar Kuala Berang.

e) Makam Tok Tun Indera

Tun Indera dipercayai seorang pembesar dan pemerintah Daerah serta seorang pahlawan yang datang semasa perlantikan Sultan Zainal Abidin 1 diantara tahun 1726 M. Makam beliau di Kampong Kuala Menjing, Tersat kira-kira 9 km dari Bandar Kuala Berang.

f) Makam Syarif Muhammad Al-Baghdad

Makam tersebut terletak kira-kira 15 km dari Bandar Kuala Berang, ditebing sebelah kiri mudik Ke Empangan Kenyir tidak jauh bersetentangan dengan Batu Belah. Beliau berasal dari Negeri Arab dipercayai pendakwah Islam yang awal di Daerah Hulu Terengganu. Beliau juga merupakan moyang kepada Tok Pulau Manis ( Syeikh Abdul Malek Bin Abdullah)
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-7-2010 12:52 AM | Show all posts
Apabila kejatuhan Melaka ke tangan Portugis pada 1511M, undang-undang dan peraturan Islam ini masih diteruskan pemakaiannya oleh Kesultanan Melayu di negeri-negeri lain. Ia digubal di negeri masing-masing seperti Qanun Pahang (1596M), di Kedah dengan Tembera Dato Seri Paduka Tuan (1078H/ 1667M), Undang-undang 99 dan 12 di Perak. Hukum Qanun Dato Setar (1099H/ 1784M), Qanun Johor (1789M), Qanun Kelantan 1168H. Di Terengganu ia diguna pakai semenjak kesultanan pertama Terengganu yang mencatatkan nama Sultan Zainal Abidin 1 (1708-1733) pada tahun 1120 hijrah (bersamaan tahun 1708) sehinggalah undang-undang Islam itu diperkukuhkan pada tahun 1911M iaitu dengan penggubalan Undang-undang diri Terengganu.
Sistem pentadbiran undang-undang Islam di Tanah Melayu sudah sofistikated dan tersusun kemas mengikut institusi pemerintahan di Timur Tengah. Ia telah matang sebelum kedatangan British. Beberapa orang Qadi telah dilantik secara formal bagi menguruskan pentadbiran kekeluargaan. Mereka mempunyai bidang kuasa membicarakan kes-kes melibatkan keluarga dan rumah-tangga serta beberapa kesalahan Islam di “Mahkamah Syariah”. Para hakim juga dilantik yang mempunyai bidang kuasa bagi membicarakan kes-kes jenayah bagi mahkamah jenayah negeri yang dikenali “Mahkamah Adat” yang berlandaskan undang-undang Islam dan adat tempatan. Kes rayuan dari dua mahkamah ini diangkat kepada Sultan dan di bantu oleh mufti dan dibicarakan di “Mahkamah Balai”. Jawatan Syaikhul Islam atau mufti serta dibantu oleh qadi. Mufti yang boleh memberikan fatwa dan menasihati sultan khususnya melibatkan kes ulang-bicara di Mahkamah Balai. Mufti merupakan ketua eksekutif kehakiman dan pentadbiran agama sebelum kedatangan British.

Khatib dan bilal berperanan untuk menguat-kuasakan undang-undang Islam disetiap mukim dan daerah dan disamping berkuasa memungut zakat. Penghulu, penggawa dan hulubalang adalah antara penguatkuasa undang-undang Islam.

Di Terengganu, Mahkamah Balai yang menjadikan undang-undang Islam sebagai rujukan telah mula diwujudkan sejak pemerintahan Baginda Sultan Omar (1839-1875M)lagi. Negeri Terengganu mula mencapai zaman kegemilangan apabila berada di bawah pemerintahan Sultan Omar Apabila Baginda Omar mangkat, takhta kerajaan Terengganu diduduki oleh Sultan Ahmad Shah II (1876–1881). Sultan Ahmad Shah pula digantikan oleh putera baginda, Sultan Zainal Abidin III (1881–1918). Ketika pemerintahan baginda, undang-undang Islam dikuatkuasakan sepenuhnya. Negeri Terengganu ketika itu tergolong dalam senarai Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu. Oleh sebab itu, tidak wujud satu pusat pemerintahan sebagaimana Negeri-negeri Selat dan Negeri-negeri Melayu Bersekutu yang negeri-negeri tersebut bergabung dan diletakkan di bawah satu pusat pentadbiran. Tetapi bagi Terengganu, ia bebas, merdeka dan Sultan serta para pembesarnya pula berkuasa penuh dalam hal ehwal pentadbiran negerinya.

Sultan Zainal Abidin III mentadbir negeri Terengganu berasaskan hukum Islam kerana baginda sendiri terkenal sebagai seorang yang kuat berpegang kepada ajaran agama Islam. J. de Vere Allen pernah menghuraikan cara Sultan Zainal Abidin III menjatuhkan hukuman. Dalam kes-kes jenayah, keterangan daripada dua pihak didengar oleh baginda tetapi akhirnya dirujukkan kepada al-Quran untuk mendapatkan satu keputusan menjalankan hukuman itu. Jenis-jenis hukuman yang mungkin dikenakan ialah mati, penjara, denda dera dan kalau berlaku kesalahan zina, perempuan yang bersalah itu akan ditanam setakat pinggang di halaman pasar untuk satu hari, orang ramai diizinkan merejam pesalah itu dengan batu. Hukuman dera dikhaskan untuk pesalah-pesalah muda dan kadang-kadang perempuan. Deraan dikenakan di bahagian punggung tanpa membuang pakaian. Jumlah yang mati dihukum dalam masa 27 tahun pemerintahan baginda ialah hanya 5 orang. Kejayaan ini disebabkan keinginan daripada golongan pemerintah dan kegigihan para ulama sehingga timbul kesedaran dan keyakinan rakyat terhadap kesempurnaan dan keadilan hukum Allah.

Tok guru-tok guru dijadikan rujukan seperti Tok Syeikh Duyung (Syeikh al-Ulama) yang menjadi Mufti Negeri dan Tok Ku Paloh (Syed Abdul Rahman) yang menjadi menteri dan juga penasihat khas kepada baginda. Di samping itu, baginda juga berpegang kuat kepada ibadat dan amalan keagamaan. Menurut M. C. ff. Sheppard, baginda digambarkan sebagai “not only attend the chief mosque in person but never missed the five hours of prayer and enforced a similar observance on his people.” Hubungan alim ulama dengan pihak Sultan menyebabkan sukar bagi pihak Inggeris untuk mencampuri hal ehwal politik negeri Terengganu berbanding dengan negeri-negeri lain di Semenanjung Tanah Melayu
British beberapa kali cuba melibatkan diri dalam kerajaan Terengganu. Pada tahun 1911, Sultan Zainal Abidin III meluluskan "Undang-Undang Bagi Diri Kerajaan Negeri Terengganu" yang di antara lain menyatakan Sultan Yang DiPertuan Besar Terengganu memiliki kuasa kerajaan dan jajahan serta adalah ketua tertinggi kerajaan Terengganu. Raja sahaja berkuasa melantik dan memecat menteri dan pegawai-pegawainya. Sultan ditegah membuat sebarang perjanjian untuk melepaskan kuasa negeri kepada kerajaan lain atau kepada bangsa Eropah. Seandainya dilakukan juga oleh Sultan, maka pemerintahannya tidak perlu ditaati lagi.

Undang-undang ini yang diberinama “Itqan al-Muluk Bi- Ta’dil al-Suluk” antaranya mengukuhkan pengistiharan Terengganu sebagai sebuah negeri Melayu Islam dengan peraturan dan undang-undang Islam. Secara langsung dan tegas untuk menolak campur-tangan British di Terengganu. W. Conlay sebagai wakil British yang datang ke Kuala Terengganu pada Julai 1909M tidak mampu berbuat apa-apa dan gagal mencampuri urusan pemerintahan Baginda ketika itu.
Dibawah ini penulis lampirkan sebahagian dari 'Undang-Undang bagi diri Kerajaan Terengganu' yang diguna pakai sehingga kini meskipun ada tambahan dan pindaan.


       

Secara jelas di sebut dalam fasal :51 mengenai ugama negeri Terengganu iaitu " Sesungguhnya telah disifatkan dan disebutkan dan ditetapkan selama-lamanya kerajaan Terengganu ini kerajaan Islamiyyah 'Melayuwiyyah' ialah yang dikatakan ugama negeri dan kerajaan"
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2010 12:52 AM | Show all posts
Rumah-rumah pada perkampungan itu tak memiliki pura, seperti halnya kebanyakan rumah di Bali. Justru, rumah-rumah itu merupakan rumah panggung, ciri khas perumahan orang Melayu.

Kampung Loloan memang merupakan sebuah perkampungan Melayu, yang dihuni suku Melayu dan menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar pergaulan keseharian—walaupun kampung itu berada di Bali.

Penduduk kampung itu merupakan keturunan para penyebar Islam permulaan di Bali. Unik memang, di Bali yang terkenal dengan Hindhu-nya justru dijumpai sekelompok masyarakat yang konsisten menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa sehari-hari.
Tak hanya itu, pakaian, bentuk rumah dan tata cara adat pun masih merujuk pada akar budaya Melayu. Jumlah penduduk Melayu muslim di Loloan—yang terdiri dari dua kecamatan: Loloan Timur dan Loloan Barat—saat ini sekitar 13.000 orang, dari sekitar 42.000 muslim yang tinggal di Kabupaten Jembrana.

Menurut H. Mustafa Al-Qadri, salah seorang sesepuh Melayu di kampung itu, orang Melayu di Loloan berasal dari beberapa daerah: Bugis, Kalimantan dan Terengganu. Namun yang terbesar berasal dari Bugis. Berdasarkan buku kecil “Sejarah Masuknya Islam di Bali II”, setelah Makassar jatuh ke tangan VOC pada tahun 1667, Belanda menjadikan keturunan Sultan Wajo sebagai lawan yang harus dibasmi. Di bawah tekanan Belanda, serombongan laskar Sultan Wajo, yang dipimpin Daeng Nahkoda melarikan diri dari tanah Sulawesi hingga akhirnya bermukim di suatu tempat yang kemudian dikenal sebagai Kampung Bajo. Atas izin I Gusti Ngurah Pancoran yang berkuasa di Jembrana, pelabuhan tempat mereka berlabuh diberi nama Bandar Pancoran—kini bekas pelabuhan lama itu terletak di Loloan Barat.

Sejak kedatangan yang pertama itu, berdatanganlah orang-orang Bugis ke Jembrana dengan menggunakan perahu Pinisi dan perahu Lambo. Selain dari Bugis, dua ratus tahun kemudian, ada pula orang Melayu yang datang dari Pontianak seiring dengan kedatangan Syarif Abdullah bin Yahya Al-Qadry dari Pontianak pada abad ke-18 masehi. Dalam rombongan Syarif Abdullah Yahya al-Qadri itu terdapat seorang Melayu asal Terengganu bernama Ya’qub, yang kemudian menikah dengan penduduk Melayu tempatan.

Ya’qub inilah yang disebut-sebut dalam Prasasti Melayu yang disimpan di Masjid Al-Qadim, Loloan. Di pelataran masjid itu pula Ya’qub dimakamkan. Dalam prasasti tersebut tertulis:“Satu Dzulqa’dah 1268 H, hari Itsnin. Encik Ya’qub orang Terengganu mewaqafkan akan barang istrinya serta mewaqafkan dengan segala warisnya yaitu al-Qur’an dan sawah satu tebih (petak) di Mertosari. Perolehannya 40 siba’(ikat) dalam Masjid Jembrana di Kampung Loloan ketika Pak Mahbubah menjadi penghulu dan Pak Mustika menjadi Perbekel. Saksi: Syarif Abdullah bin Yahya al-Qadri dan Khatib Abdul Hamid.” Menurut salah seorang takmir Masjid Al-Qadim, H. Fathurrahim, masjid itu dibangun pada tahun 1600-an masehi.
Selain catatan tersebut, juga dijumpai informasi sahih tentang ketibaan orang-orang Bugis di Bali di seputar tahun itu. Menurut informasi itu, disebutkan bahwa ulama-ulama dari negeri Kucing dan Serawak—sekarang di Malaysia Timur—juga berdatangan ke Loloan. Setelah mereka, kemudian datang berdakwah Syaykh Ahmad Bawazir dari Yaman. Mereka mengajar agama Islam kepada warga Loloan dengan menggunakan bahasa pengantar bahasa Melayu, sesuai dengan bahasa pengantar di Loloan pada masa itu. Hal inilah yang kemudian membuat bahasa Bugis lambat laun tersisih, hingga akhirnya hanya bahasa Melayu yang digunakan di Loloan.

Eksistensi budaya Melayu di Bali itu bertambah kuat dan bertambah kokoh setelah generasi-generasi muda Loloan mulai dikirim belajar hingga ke Mekkah. Bahkan, di antara mereka ada yang berkhidmat di Mekkah hingga 30 tahun, seperti H. Agus Salam, H. Muhammad Said dan H.M. Asad yang sempat mondok di sekitar Masjid al-Haram sebelum Wahabi masuk ke Arab. Sepulang dari jazirah Arab, mereka kemudian membangun pesantren-pesantren di Loloan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-7-2010 12:53 AM | Show all posts
Ulama pejuang dalam artikel ini nama lengkapnya ialah Haji Abdur RahmanLimbong bin Haji Abdul Hamid bin Haji Abdul Qadir. Lahir tahun 1285H/1868M, wafat di Mekah, 1347 H/1929M. Datuk neneknya berasal dariPatani dan Terengganu. Haji Abdur Rahman Limbong juga seperti gurunyaTok Ku Paloh, iaitu seorang sufi pengamal Tarekat Sammaniyah.Sungguhpun Haji Abdur Rahman Limbong seorang ahli sufi, namun beliaujuga bijaksana dalam seluk belok persoalan dunia. Ini dapat dibuktikandengan berkali-kali beliau berhujah di mahkamah kerana membela rakyatyang disaman oleh pihak pemerintah Inggeris. Haji Abdur Rahman Limbongadalah seorang sufi yang pernah menjadi peguam. Saya simpulkan sajabahawa Haji Abdur Rahman Limbong perlu kita kenali, dalam dunia sufitangannya selalu bersih membilang-bilang buah tasbih.

Di mahkamah, lisannya fasih berkata-kata membela kebenaran yangdisandarkan kepada perintah Allah dan rasul. Bukannya membelaundang-undang ciptaan manusia. Di gelanggang medan laga pandai bermainsenjata. Hidup di dunia ini tiada sesuatu apa pun yang ditakutinyakecuali kemurkaan Allah kerana melanggar perintah Allah dan rasul-Nya.Haji Abdur Rahman Limbong mendapat pendidikan asas ilmu-ilmu Islamsejak kecil di Mekah. Yang paling utama mencorak peribadinya ketikakanak-kanak ialah Haji Tun Muhammad, salah seorang ayah saudaranya.Ketika pulang ke Terengganu beliau mendapat pendidikan dari Haji Ya’qubdan Haji Musa. Kedua-dua ulama itu tinggal di Paya Bunga. Selanjutnyayang membentuk peribadi Haji Abdur Rahman Limbong menjadi seorang sufidan pejuang jihad ialah Tok Ku Paloh, ulama Terengganu yang terkenal.

Tok Ku Paloh juga adalah seorang pejuang (selengkapnya lihat judul TokKu Paloh Al-Aidrus, Pejuang Islam dan Bangsa Melayu (18 September2006). Setelah menguasai ilmu yang padu dan memadai Haji Abdur RahmanLimbong aktif mengajar masyarakat di Hulu Terengganu. Jika kita telitikitab-kitab yang beliau ajar meliputi beberapa disiplin ilmu. Antaranyaialah al-Ajrumiyah hingga kepada Mutammiman dan Tashil Nail al-Amanimengenai ilmu nahu, semuanya dalam bahasa Arab. Matn Umm al-Barahin,mengenai ilmu tauhid. Untuk lebih memantapkan juga diajarkankitab-kitab tauhid bahasa Melayu, yang pasti tidak diabaikan ialahFaridah al-Faraid dan ad-Durr ats-Tsamin.

Kitab fikah bahasa Arab yang pernah diajarkan oleh Haji Abdur RahmanLimbong ialah Kitab Tahrir dan ilmu tasawuf ialah Hidayah as-Salikindan ad-Durr an-Nafis kedua-duanya dalam bahasa Melayu. Selain mengajar,Haji Abdur Rahman Limbong adalah seorang ulama yang suka mengembaraatau merantau ke beberapa buah negeri. Soal kewangan untuk mengembaratidak sukar baginya kerana di mana tempat beliau berpijak, ada sajapenduduk yang mahu menjadi muridnya. Pengembaraan yang dekat denganTerengganu di antaranya ialah Beserah, Kuantan, kedua-duanya dalamPahang. Selanjutnya Kelantan, Patani, Kedah dan lain-lain.

Negeri-negeri seberang laut yang pernah beliau merantau ialah Sambas,Jambi, Riau dan Brunei . Di negeri-negeri seberang laut itu jugaterdapat murid-murid Haji Abdur Rahman Limbong. Pengembaraan beliau kenegeri-negeri tersebut mempunyai kisah yang panjang, tetapi yang dapatdiungkapkan di sini ialah tentang di Sambas dan Kepulauan Riau saja.Dalam pelayaran di laut, Haji Abdur Rahman Limbong menggunakan perahubuatan orang Terengganu sendiri. Beliau berlayar bersama-sama denganmurid-muridnya dari Terengganu dan juga ahli pelayaran pada zaman itu,bahawa mereka telah menggunakan perahu-perahu yang berukuran besar yangboleh dimuat barang-barang antara 100 hingga 350 tan.

Di antara tempat-tempat yang ramai dihuni oleh orang-orang yang berasaldari Terengganu di Kepulauan Riau yang dikenalpasti ialah di KualaMaras dalam Kepulauan Jemaja, Kepulauan Siantan dan Pulau Midai. DiSambas pula ialah di Kampung Dungun, Kecamatan Sentebang. Nama Dungunitu diberi oleh orang-orang Terengganu sebagai mengenang negeri asalmereka, iaitu Dungun di Terengganu. Nama Dungun itu masih kekaldigunakan sampai sekarang. Dipercayai di tempat-tempat tersebut pernahdijelajahi dan menerima didikan dari Haji Abdur Rahman Limbong.

Nama Haji Abdur Rahman Limbong saya dengar sejak kecil lagi dari ibusaya, Hajah Wan Zainab binti Syeikh Ahmad al-Fathani ketika beliaumenceritakan pembinaan sebuah masjid di Sabang Barat, Pulau Midai,bahawa bahan utama bangunan ialah kayu cengal. Semuanya dibawa dariTerengganu dengan sebuah perahu besar. Bahan-bahan itu semuanya selesaidikerjakan di Terengganu hanya tinggal pasang saja di Pulau Midai.Masjid itu hingga tahun 1969 masih berdiri dengan megahnya tetapimanakala yang menjadi pemimpin pada tahun tersebut seorang yang tidakmemahami nilai-nilai sejarah, masjid itu dimusnahkan lalu didirikanbangunan yang baru. Nilai sejarah yang masih tinggal hanyalah sebuahmimbar yang dihiasi ukiran-ukiran. Mimbar tersebut juga berasal dariTerengganu. Imam yang pertama masjid yang tersebut ialah Haji Wan AbdurRahman bin Wan Abu Bakar yang mendapat pendidikan di Mekah. DipercayaiHaji Wan Abdur Rahman bin Wan Abu Bakar berkenalan dengan Haji AbdurRahman Limbong sejak kedua-duanya tinggal di Mekah lagi. SelanjutnyaHaji Abdur Rahman Limbong juga pernah sampai di daerah Pulau Tujuhtermasuk Kuala Maras dan Pulau Midai yang disebutkan di atas.
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2010 12:53 AM | Show all posts
BAHASA MELAYU BALI (BASE LOLOAN)

Sebenarnya saya sudah lama penasaran dengan adanya komunitas berbahasa Melayu di Pulau Dewata ini. Ada satu referensi dari Depdikbud keluaran tahun 79 yang mendeskripsikan tentang bahasa Melayu dikawasan ini, hanya saja saya cari-cari lagi, buku tersebut sudah tidak ada. Hanya ada di UNAIR Surabaya. Yang pernah saya baca tentang bahasa Melayu Bali ini adalah, konon masyarakat Melayu asal Terengganu, Pahang dan Pontianak datang ke pulau Bali untuk berdagang pada abad ke-18, dan kemudian bermukim di wilayah sekitar Sungai Loloan (yang akhirnya menjadi nama kampung mereka), dan sekarang masuk kabupaten Jembrana, Bali bagian barat tepatnya kampung Loloan Barat dan Loloan Timur, Negara. Mulanya Islam datang ke Jembrana pada abad ke-17 dibawa pedagang-pedagang Bugis, atau pelarian Bugis yang ingin menghindari penangkapan VOC masa itu. Ditambah pada abad 18 adanya perantau2 asal Pontianak dan Semenanjung Melaka yang bermukim juga disana.

Kebetulan saya bertemu dengan salah satu mahasiswa saya yang asal Negara dan rumahnya tidak jauh dari Loloan. Dia keturunan Madura, namun sudah beberapa generasi berada di Bali, bahkan keluarga ibunya tinggal di kampung Loloan yang dikenal masih mempertahankan bahasa Melayu sebagai bahasa sehari-harinya, dan konon merupakan salah satu kampung Islam tertua di pulau Bali.

Bahasa sehari-harinya -menurut mahasiswa tadi- adalah bahasa Melayu, bahkan anak-anak kecilnyapun kurang pandai berbahasa Indonesia. Penduduknya umumnya beragama Islam sehingga berbeda dengan kampung-kampung sekitarnya yang mayoritas Hindu. Berikut dia juga memberi saya beberapa kosakata bahasa Melayu setempat yang ternyata masih tidak begitu beda jauh dengan bahasa Melayu lainnya. Dan masih dianggap sebagai bagian dialek Melayu. Berikut kata-kata yang berhasil saya cukil dari dia.

Kata ganti orang
Saya - awak
Kamu - kau
Dia - die (huruf e dibaca lemah)
Mereka - merekA
Kita - kiTA

Mereka tidak pernah menggunakan kata 'saya', dan 'awak' itulah yang sering dipakai. Sedangkan untuk menyebut 'kau' pada orangtua atau yang lebih dituakan, mereka menggunakan sebutan 'Bapak', ' Mak' dst.



Kata tanya

Siapa? - siape?
Bagaimana? - gi'ane?
Mana? - mane?
Kapan? - bile?
Kenapa? - na' ape?
Ya - ye
Tidak - gak



Kekerabatan

Ayah - bapak
Ibu - Mak
Kakak laki-laki - abang, akak
Kakak perempuan - akak
Kakek - embah
Nenek - embah
Paman - paman
Bibi - bibik
Sepupu - misan

Kata-kata pengaruh bahasa Bali

Marah - gedeg
(huruf e dibaca lemah)

contoh : Gedeg le awak sama kau (aku marah denganmu)

Hebat - aeng (e dibaca seperti beca)
contoh : Aeng le kau! (Hebat sekali kamu)

Le : penyangatan, huruf 'e' dibaca seperti kata beca


Kalimat lainnya
Saya mau pergi ke sekolah - awak nak pergi ke sekolah
Jangan bermain disitu - jangan sini kau mainan!
Kamu hebat sekali - aeng le kau!
Aku pukul kamu - ta' antem kau!
Aku marah padamu - gedeg le awak sama kau
Apa kabar? - Gi'ane kabar kau?

Itu hanya sedikit kata-kata yang bisa saya korek dari dia, dan mungkin pada akhir tahun saya insyaallah mau kesana untuk menyelami lebih dalam bahasa Melayu Loloan ini. Ciri khas lainnya menurut narasumber tadi, mereka melafalkan huruf 't' sebagaimana layaknya orang Bali (terkenal dengan 't' nya yang pekat). Sedangkan dengan masyarakat luar mereka, mereka menggunakan bahasa Indonesia atau bahasa Bali dengan logat yang konon kaku.

http://www.kapasitor.net/community/post/643
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2010 01:29 PM | Show all posts
Post Last Edit by cmf_BeachBoys at 14-12-2011 11:00

Ada dua buah lagi kampung orang terengganu iaitu di:

1) kampung terengganu di Santubong,sarawak
2) kampung Terengganu di Teluk Intan,Perak
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2010 01:46 PM | Show all posts
1)Sesetengah orang berpendapat loghat terengganu sama dengan kelantan-pattani.tetapi  kalau diikutkan loghat kelantan pattani ni lebih kurang sama dengan loghat rawa,minang.

2)Sesetengah orang berpendapat besut itu negeri lain.tetapi kalau nak diikutkan besut ni dihuni oleh orang asli pada asalnya dan hanya berdiri sebagai sebuah daerah pada abad
ke- 17.Besut masih belom wujud semasa era kerajaan temir.

3)Sesetengah orang berpendapat bugis adalah pembuat kapal yang hebat tetapi orang bugis hanya membina kapal yang besar setelah kedatangan belanda ke sulawesi.

4) Sesetengah orang berpendapat Lembah bujang pelabuhan paling maju di semenanjung satu ketika dulu.tetapi ptolemy pada abad ke 2 masehi pernah menyatakan di semenanjung emas terdapat 2 buah pelabuhan terpenting iaitu Primula dan kole di mana kedua-dua pelabuhan ini terletak di terengganu 400 tahun sebelum kelahiran Nabi Muhammad SAW.
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2010 01:51 PM | Show all posts
5)Sesetengah orang berpendapat mereka amat rapat dengan Champa tetapi setakat ni artifak2 yang berkaitan dengan nenek moyang di indo-china ditemui di terengganu.

6) Sesetengah orang berpendapat bahasa melayu baku adalah bahasa melayu yang betul.tetapi sebenarnya bukan dan sebenarnya banyak dipengaruhi oleh loghat terengganu.(sila rujuk batu bersurat terengganu).pada masa itu Johor dan melaka belum wujud dan belum lagi berdiri sebagai sebuah negeri atau empayar tetapi di terengganu sudah ada kerajaan temir.
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2010 01:55 PM | Show all posts
7) Sesetengah orang berbangga apabila mereka mendirikan kampung di negeri orang,tetapi kebanyakkan orang melayu asal di johor timur dan pahang timur berketurunan terengganu,orang terengganu rilek je....
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2010 12:11 PM | Show all posts
ade sape2 tau kisah bukit jong dok? betul ke bukit jong tu berasal drpd jong(kapal beso) pastu terlingkup jd bukit..sbb kene sumpah..kalu kt indon jd kisah lbh kurang cm batu malimkundang..kt trengganu ape kisahnyer??
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2010 01:28 AM | Show all posts
apap pendapt TT bila org cina kata melayu asal sumatera. adakah org terengganu juga berasal dri sumatera
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-10-2010 11:31 PM | Show all posts
uppppppppppppppppp
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2010 11:11 AM | Show all posts
aku ade beberpa keping gambo...nanti aku pukul gambo tu
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2010 11:39 PM | Show all posts
Reply 276# sekngucing

deme kene bace lebih lanjut sejarah awal bangsa Han ni...asal-usul mereka dari sebuah bangsa nomad kepada bangsa berketamadunan tinggi.sejarah penjajahan bangsa han ke atas bangsa sekitar mereka.sejarah awal han-korea...dll..

kebanyakkan orang menyangka tamadun china itu hebat,tetapi tamadun korea lebih hebat.sistem tulisan yang digunakan oleh mereka lebih tua dari sistem tulisan cina.

pendek kata,orang han ni akan mereke berbagai-bagai cerita bagi membenarkan hak mereka ke atas tanah orang..
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2010 12:30 AM | Show all posts
BLACK FLAG SHALL RISE AGAIN....ALLAHU AKHBAR.......
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2025 07:14 AM GMT+8 , Processed in 0.077624 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list