CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: BeachBoys

Memories of Terengganu (Benua Terqanun)

[Copy link]
Post time 10-1-2011 02:10 PM | Show all posts
wah.. banyaknya info yang aku terlepas daripada tahu.. thanks sape yang share.. nice
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-1-2011 03:03 PM | Show all posts
banyaknya sjarah terengganu
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2011 02:57 PM | Show all posts
wow beh2...gtu rupenye ye pasal terengganu dgn org melayu....sebeloh mok ambe ade gop campo dgn bugis...megat terawis tu guane citer plop sedare BB kite...?dia keturunan bugis ke??bugis hok jd lanun ke..??
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2011 05:21 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2012 09:58 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2012 10:20 AM | Show all posts
Post Last Edit by cmf_BeachBoys at 26-1-2012 10:21



keris unduk-unduk terengganu

http://shahari58.blogspot.com/2011/01/keris-unduk-unduk-lok-3.html

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-11-2012 12:24 PM | Show all posts
baru aku tau saggong ni dh lama rupanya, mcm mana pulok ngan kuwe bepang & kepok gete ada sejaroh dok eiii, aku brahi mkang 3 makanang ni...nyum2
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2013 08:36 PM | Show all posts
Kampung Rusila

  • Dibuka sekitar penghujung tahun 1700-an
  • Pada mulanya berpusat di Bukit Rusila kemudian dipindahkan ke tepi pantai yang dahulunya merupakan kawasan paya bakau.
  • Berasal dari perkataan 'RU' dan 'SILA' iaitu dari cerita pokok ru yang akarnya kelihatan seperti orang yang duduk bersila.
  • Dahulu,Daerah Marang diletakkan dibawah kuasa Penghulu Rusila iaitu bermula dari Bukit Chendering di Kuala Terengganu hinggalah ke Kuala Abang di Dungun.
  • Kuasa Penghulu Rusila tamat setelah sistem penghulu tradisional dihapuskan dan digantikan dengan sistem yang ada sekarang.
  • Orang Rusila antara keluarga yang berpengaruh di Terengganu suatu ketika dahulu dan antaranya keluarga Tuan Guru Haji Abdul Hadi Haji Awang,Presiden PAS sekarang.
  • Keris Penghulu Rusila masih ada dan disimpan oleh salah seorang ahli keluarga di Rusila.
  • Penghulu Rusila pernah memberi tanah kepada sebahagian dari pelarian perang dari Patani dan Kelantan di Rusila dan di beberapa kampung yang lain.
  • Panglima perang kepada Sultan Muhammad I pernah diberi perlindungan oleh Penghulu Rusila semasa Perang saudara Terengganu di antara Sultan Muhammad I dan Baginda Umar.
  • Pelarian perang serta Pejuang Pahang iaitu Mat Kilau pernah diberi perlindungan di Masjid Rusila oleh Penghulu Rusila.
  • Kampung Rusila terdiri dari beberapa bahagian iaitu Belubor Rusila,Gong Rusila,Balik Bukit,Padang Kapas dan Lubuk Mandi.
  • Pada hari ini,terdapat 3 buah perumahan yang telah dibina di kampung ini,ianya adalah Taman Perumahan kalongan Mas,Medan jaya dan Purnama.
  • Kebanyakkan penduduk Kampung Rusila mengamalkan perkahwinan di dalam suku sendiri sehinggalah pada petengahan tahun 1950-an apabila mereka secara beransur-ansur mula berkahwin dengan orang luar. Walaubagaimanapun, kebanyakkan daripada mereka masih mengekalkan tradisi berkahwin dikalangan saudara sendiri sehingga ke hari ini.


Last edited by cmf_BeachBoys on 23-4-2013 08:23 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-3-2013 07:02 PM | Show all posts
Sultan Omar ‘Sang Raja Penakluk’
Tuesday, May 17, 2011

Selepas kemangkatan Sultan Daud timbul sengketa antara Yamtuan Muda Tengku Omar dengan Bendahara Paduka Raja Tengku Mansor untuk menaiki takhta. Timbul sengketa kerana pada masa itu tidak wujud lagi jawatan Bendahara. Jawatan tersebut dihapuskan oleh Sultan Ahmad Shah 1.

Sebagai jalan tengah dan atas pemuafakatan pembesar negeri, Yamtuan Muda Tengku Omar dilantik sebagai Yang diPertuan Besar dan Bendahara Paduka Raja Tengku Mansor sebagai Yang diPertuan Tua. Ini bermakna Tengku Omar diangkat menjadi sultan kerana gelaran Yang diPertuan Besar adalah gelaran bagi seorang sultan. Namun begitu persengketaan masih berlaku dan ketegangan makin serius. Masing-masing melantik pembesar untuk pihaknya dan menyediakan pasukan tentera. Akhirnya berlaku perang saudara. Perang saudara pertama berlaku dalam sejarah kesultanan Terengganu.

Tengku Omar berkubu di Balik Bukit manakala Tengku Mansor di Kampung Dalam Bata, Tanjung. Atas mainan tipu helah Tengku Omar berjaya dipujuk agar berdamai. Setelah penyokong Tengku Omar berundur, pihak tentera Tengku Mansor menyerang kubu baginda. Tengku Omar terpaksa berundur ke Setiu, kemudian ke Besut dan akhirnya ke Kemaman. Tengku Mansor pula ditabal menjadi sultan dengan gelaran Sultan Mansor II.

Pada tahun 1832, kebetulan Sultan Muhammad Shah ibni Al-Marhum Sultan Abdul Rahman, Sultan Johor-Riau-Lingga melawat Pahang. Tengku Omar pergi mengadu kepada baginda Sultan Muhammad Shah.

Sultan Muhammad Shah menghantar dua orang wakil bersama sepucuk surat ke Terengganu. Kedua-dua wakil tersebut merupakan anak Kadi Engku Syed Muhammad Zin. Dalam surat tersebut, baginda memohon Sultan Mansor II menerima balik Tengku Omar. Permintaan tersebut tidak diterima oleh Sultan Mansor II, baginda boleh menerima orang lain tapi tidak Tengku Omar.

Sultan Muhammad Shah pun dah putus ikhtiar. Akhirnya menjemput Tengku Omar bersemanyam di Lingga. Baginda hanya pulang ke Terengganu dan ditabal menjadi sultan selepas kemangkatan Sultan Muhamamad 1 iaitu selama 9 tahun di Lingga. Setelah tahkta dirampas dari tangan Sultan Muhammad 1, bekas orang suruhan Sultan Mansor II (Tengku Wok Hitam) cuba merampas balik namun tidak berjaya kerana tidak mendapat sokongan rakyat.

Pada zaman Sultan Omar berlaku sekali lagi perang besar iaitu Perang Besut gara-gara Tengku Ali tidak patuh pada kerajaan pusat di Kuala Terengganu dan mengadakan pakatan dengan Sultan Kelantan. Sultan Omar mengirim bala tentera seramai 8 ribu orang dan penentangan berjaya dihapuskan. Walaupun berlaku sengketa dan perang rakyat jelata amat mengasihi Sultan Omar kerana baginda seorang raja yang berwibawa. Setiap pagi Jumaat baginda keluar melawat rakyat jelata. Kemesraan tersebut menyebabkan baginda dipanggil ‘Tok Nyang’.

Sumber: Mohamed Anwar Omar Din. 2009. Sejarah Kesultanan Terengganu 1708-2008.

http://www.antalhaq.com/2011/05/ ... -raja-penakluk.html
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2013 09:37 PM | Show all posts
best jugok ni, bace sejaroh negeri terengganu ni. banyok menda hok ambe xtahu agi sebenarnya
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2013 04:53 PM | Show all posts
Byknya info psl trg kt sini.menarik
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2013 04:55 PM | Show all posts
BeachBoys posted on 25-10-2007 11:48 AM
Sekitar tahun 20an

Thanks For Sharing :-)
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2013 03:49 PM | Show all posts
nk tanye sket. puok mung upload gambor guna akaun nape ye? psl gmbor x tubik dlm firefox nih
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2013 02:19 PM | Show all posts
m.ahmadinejad posted on 4-8-2013 03:49 PM
nk tanye sket. puok mung upload gambor guna akaun nape ye? psl gmbor x tubik dlm firefox nih

g kat advance mode..........

Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2013 02:24 PM | Show all posts
Jenis-Jenis ayam kampung di terengganu.Gambar yang ditunjukkan hanyalah contoh dari internet.kreadit kepada pemilik asal gambar2 tersebut...

1) Baka
  

2) Bakang

  


3) Kurik

  

4) Giting

   Last edited by cmf_BeachBoys on 25-8-2013 03:02 PM

Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2016 07:49 AM | Show all posts
Edited by watachiwa at 19-7-2016 07:52 AM

aritu ambe bace duane tau kt FB wase pasal asal usul nasik dagang yg asalnya nak dibuat burasak makanan org Bugis ke nape dari Johor. nak dipersembahkan pada Sultan. tapi silap teknik deme silap capur beras dgn beras pulut tuh.. dok jadik burasak.. betullan Sultan lalu ye bau sedap je beras erong dgn santang ye mari tanya..

org2 dagang aka Bugis tu royat Burasak tapi muge sultan dgn berasap/berasak.. bila tanye sape tanak nasik tu org kappung royat orang dagang.. lekak nama nasik dagang.

katenya lagi kalu nok cari geng2 burasak aka org Bugis di Trg ni beloh2 Dungun ataupun beloh2 losong @ chabang 3. hok jenis makan kuoh nasik dagang dgn nasik kapit tu. wakakaak.

dok tahu ar ye ke dok. tapi ambe kalu masa kije area pula kamben dulu napok sokmo pokcik2 tau duk makan kat AZ Selera Timur makan nasik kapit kuoh nasik dagang. kawan mok ambe ade sorg. pokcik tu asal org Losong ar

citer dari sinim
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-8-2016 01:58 AM | Show all posts
welcome to grand royale
visit here gr118.com thank you
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2017 08:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2017 04:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Baru dapat info terbaru

Nama Terengganu sebenarnya berasal dari "Terqanun",iaitu negeri yang dikanunkan dengan undang-undang Islam di Zaman kerajaan Temir yang berpusat di Kuala Berang.
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2017 04:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Perahu Besar Terengganu di muara sungai terengganu

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2025 07:21 AM GMT+8 , Processed in 0.073207 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list