CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: monorail

Sampaikan.....walau satu ayat.

[Copy link]
Post time 10-1-2012 06:43 PM | Show all posts
aku naik saksi bahawa tida tuhan yang disembah melainkan allah dan nabi muhamad itu pesuruh allah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-1-2012 12:29 PM | Show all posts
jaga dan pelihara hubungan kita dengan Allah S.W.T, insya Allah terpelihara hubungan kita sesama manusia..
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2012 12:30 PM | Show all posts
tinggalkan yg haram dan kita akan dapat yg halal..
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2012 08:18 AM | Show all posts
lebih baik berusaha menyalakan lilin daripada menyumpah kepada kegelapan
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2012 06:51 PM | Show all posts
marilah solat maghrib.................
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2012 08:14 AM | Show all posts
Apabila kita berasa diri kita berada dlm keadaan yg lebih baik berbanding org lain,maka hati kita
menjadi pasrah.Seterusnya,kita dpt menerima kesusuahan yg menimpa diri kita.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 17-1-2012 08:50 AM | Show all posts
marilah solat maghrib.................
noremz Post at 16-1-2012 18:51
awalnya....tmpt saya 7:23....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-1-2012 07:46 AM | Show all posts
Post Last Edit by monorail at 19-1-2012 10:28

Makruh berimamkan org2 di bawah ini:
1. Anak zina
2. Orang yang tidak diketahui bakanya
3. Orang yang fasik
4. Orang yag membaca cepat dan tidak difahami maknanya
5. Orang yang gagap
6. Orang yang tidak betul bacaannya
7. Orang yang was-was
8. Orang2 yang melakukan perkara makruh didalam sembahyang; seperti berludah ke arah kiblat
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 19-1-2012 07:47 AM | Show all posts
Rujuk no 8 tu....
Daripada sahabat Nabi s.a.w katanya: Bahawa seorang lelaki mengimamkan bagi satu kaum maka tiba2 ia meludah ke arah kiblat, sedangkan Rasulullah s.a.w ada melihat perbuatan itu, setelah selesai sembahyang bersabda baginda "Ia tidak boleh jadi imam kamu semua selepas hari ini"
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2012 11:17 AM | Show all posts
sifat menahan kemarahan adalah lebih mulia daripada membalas dendam
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2012 08:23 AM | Show all posts
Daripada Aisyah bahawa Rasulullah bersabda: "Melihat pada tiga perkara adalah ibadah. Melihat wajah ibu bapa, melihat al-Quran dan melihat lautan." - (Riwayat Abu Nuaim) dan ditambah dengan "Melihat Ka'abah". - (Riwayat Abu Daud).
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2012 12:17 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-2-2012 08:32 AM | Show all posts
Nka tau asal kejadian manusia???

ASAL USUL KEJADIAN MANUSIA

Betapa payahnya malaikat meminta tanah dari bumi…
Pada suatu ketika, Allah SWT menitahkan kepada malaikat Jibril supaya turun ke bumi untuk mengambil sebahagian tanahnya untuk mencipta Adam, Akan tetapi apabila beliau sampai ke bumi , bumi enggan membenarkan tanahnya diambil untuk dijadikan Adam, kerana bumi khuatir Adam jadi maksiat kepada Allah. Lalu Jibril kembali ke hadrat Tuhan, ia tidak dapat berbuat apa-apa, mendengar sumpah bumi. Begitulah seterusnya, Allah memerintah malaikat Mikail, jawapan bumi masih sama dan selepas itu Allah memerintahkan malaikat Israfil, tetapi malangnya jawapan bumi masih tidak berganjak, dan masing-masin kembali dengan tangan yang hampa.
Lalu yang terakhir, Allah menyuruh malaikat Izrail turun ke bumi. Kata Allah: ” Hai Izrail engkaulah kini yang aku tugaskan mengambil tanah. Meskipun bumi bersumpah-sumpah dengan ucapan bagaimanapun jangan engkau mundur. Katakan bahawa kerjakan atas perintah dan atas namaKu. Apabila Izrail turun ke bumi dan menyampaikan perintah Allah kepada bumi, maka akhirnya barulah bumi mengizinkan akan tanahnya itu diambil. Setelah Izrail mengambil beberapa jenis tanah, kembalilah dia ke hadrat Allah.Lalu Allah berfirman :”Ya Izrail, pertama engkau yang Ku-tugaskan mengambil tanah, dan kemudian di belakang hari kelak akan kutugaskan engkau mencabut roh manusia.Maka khuatirlah Izrail kerana bimbang dibenci oleh uma manusia.
Lalu Allah berfirman lagi: “tidak, mereka tidak akan memusuhi kamu, Aku yang mengaturnya, dan aku jadikan kematian mereka itu bersebab, terbunuh,terbakar,sakit dan sebagainya.
TANAH YANG BAGAIMANA DIJADIKAN?
1.        Tanah tempat bakal berdirinya Baitul Mugaddis
2.        Tanah Bukit Tursina
3.        Tanah Iraq
4.        Tanah Aden
5.        Tanah Al-Kautsar
6.        Tanah tempat bakal berdirinya Baitullah
7.        Tanah Paris
8.        Tanah Khurasan
9.        Tanah Babylon
10.        Tanah India
11.        Tanah syurga
12.        Tanah Tha’if



Kata Ibnu Abbas :
1. Kepala Adam dari tanah Baitul-Muqaddis, kerana di situlah otak manusia,dan disitulah tempatnya akal.
2. Telinganya dari tanah Bukit Thursina, kerana dia alat pendengar dan tempat menerima nasihat.
3. Dahinya dari tanah Iraq,kerana disitu tempat sujud kepada Allah.
4. Mukanya dari tanah Aden, kerana disitu tempat berhias dan tempat kecantikan.
5. Matanya dari tanah telaga Al-Kautsar, tempat menarik perhatian.
6. Giginya dari tanah Al-Kautsar, tempat memanis-manis.
7. Tangan kanannya dari tanah Kaabah, untuk mencari nafkah dan kerjasama,sesama manusia.
8. Tangan kirinya dari tanah Paris,tempat beristinjak.
9. Perutnya dari tanah Babylon.Disitulah tempat seks(berahi) dan tipudaya syaitan untuk menjerumuskan  manusia ke lembah dosa.
10. Tulangnya dari tanah Bukit Thursina, alat peneguh tubuh manusia.
11. Dua kakinya dari tanah India, tempat berdiri dan jalan.
12. Hatinya dari tanah syurga Firdaus, kerana di situlah iman, keyakinan,ilmu,kemahuan dan sebagainya.
13. Lidahnya dari tanah Tha’if, tempat mengucap Syahadat, bersyukur dan mendoakan kepada Tuhan.
Bagaimanakah prosesnya :
1. Ketika Allah akan jadikan Adam, tanah itu dicampuri air tawar,air masin,air hanyir, angin, api.Kemudian Allah resapkan Nur kebenaran dalam diri Adam dengan berbagai macam “sifat”.
2. Lalu tubuh Adam itu digenggam dengan genggaman “Jabarut” kemudian diletakkan didalam “Alam Malakut”.
3. Sesungguhnya tanah yang akan dijadikan “tubuh Adam” adalah tanah pilihan.Maka sebelum dijadikan patung, tanah itu dicampurkan dengan rempah-rempah ,wangi-wangian dari sifat Nur Sifat Allah, dan dirasmi dengan air hujan “Barul Uluhiyah”.
4. Kemudian tubuh itu dibenamkan didalam air “Kudral-Izzah-Nya” iaitu sifat “Jalan dan Jammal”.Lalu diciptakan menjadi tubuh Adam yang sempurna.
5. Demikian pula roh, ketika itu diperintah masuk kedalam tubuh Adam, ia pula merasa malas dan enggan, malah ia berputar-putar, mengelilingi patung Adam yang terlantar.Kemudian Allah menyuruh malaikat Izrail untuk memaksa roh itu masuk, akhirnya mahu tidak mahu roh itupun masuk dan menyerah kepada Izrail.
Menurut riwayat ketika Adam masih berada di syurga, sangat baik sekali kulitnya. Tidak seperti warna kulit kita sekarang ini. Kerana Adam telah diturunkan ke dunia, terjadilah perubahan pada warna kulitnya. Sebagai peringatan: yang masih tertinggal warnanya hanyalah pada kuku manusia.
Hal ini kita biasa lihat meskipun orang kulitnya hitam, tetapi warna kukunya adalah sama, ialah putih kemerah-merahan. Dijadikan pada tubuh Adam ada sembilan rongga atau liang.Tujuh buah liang di kepala,dan dua buah liang dibawah badan letaknya.Tujuh buah letaknya di kepala : dua liang mata,dua liang telinga, dua liang hidung dan sebuah liang mulut.Yang dua macam di bawah : sebuah liang kemaluan dan liang dubur.
Dijadikan pula lima buah pancaindera :
1. Mata alat penglihatan
2. Hidung alat penciuman
3. Telinga alat pendengaran
4. Mulut alat perasa manis,masin dan sebagainya.
5. Anggota tubuh lainya seperti kulit, telapak tangan, untuk perasa halus, kasar dan sebagainya.
Setelah Roh masuk ke dalam tubuh Adam : Lalu roh itu masuk perlahan-lahan sehingga ke kepalanya yang mengambil masa 200 tahun. Demikianlah Allah memberi kekuatan pada Izrail untuk memasukkan roh ke dalam tubuh Adam.Dahulu Izrail ditugaskan mengambil tanah untuk Adam, dan kini dia pula ditugaskan untuk mencabut nyawa umat manusia.
Setelah itu meresap ke kepala Adam, maka terjadilah otak dan tersusunlah urat-urat sarafnya dengan sempurna. Kemudian terjadilah matanya seketika itu matanya terus terbuka melihat dan melirik kekiri dan ke kanan. Dan juga melihat ke bawah di mana bahagian badannya masih merupakan tanah keras.Dilihatnya kiri dan kanan para malaikat yang sedang menyaksikan kejadian dia.
Ketika itu Adam telah dapat mendengar para malaikat mengucapkan tasbih dengan suara merdu dan mengasyikkan. Kemudian ketika roh sampai kehidungnya lalu ia bersin, serta mulutnya terbuka. Ketika itulah Allah ajarkan padanya mengucap Alhamdulillah. Itulah ucapan Adam pertama kalinya kehadrat Allah.
Lalu Allah berkata: “Yarkhamukallah” yang ertinya: “semoga engkau diberi rahmat Allah” Oleh kerana itu jika orang bersin menjadi ikutan sunat mengucap “Alhamdulillah” dan orang yang mendengarnya sunat  mengucapkan “Yarkhamukallah”.
Kemudian ketika roh sampai pada dadanya, tiba-tiba saja ia mahu bangun. Padahal bahagian badannya kebawah masih menjadi tanah keras. Di sini menunjukkan sifat manusia yang suka tergesa-gesa (tidak sabar). Sebagaimana firman Allah SWT bermaksud :”Dan adalah manusia itu, suka tergesa-gesa”.(Al-IsrakI) Maka ketika roh itu sampai di bahagian perutnya, maka terjadilah susunan isi perut dengan sempurna. Maka seketika itu terasalah lapar. Kemudian terus roh itu meresap sampai ke seluruh tubuh Adam, tangan, kaki lalu terjadi darah daging dan tulang, urat-urat, berkulit dengan sempurna, yang mana kulit itu kian lama kian bagus dan halus. Begitulah proses kejadian-kejadian tubuh Adam.
Setelah kejadian Adam sempurna sebagai manusia baru, maka dialah merupakan jenis makhluk manusia yang pertama.Wajahnya cukup cantik, semua malaikat berasa kagum lihat Adam yang begitu menawan. Kemudian Adam diarak oleh malaikat-malaikat selama 100 tahun lalu diperkenalkan kepada seluruh penghuni langit pertama hinggalah yang ketujuh sebelum dibawa ke syurga tempat mula-mula Adam dijadikan.
Renungan : Sesungguhnya Allah itu Maha Besar, Maha Agung , Maha pencipta sekian alam dan pencipta setiap kejadian. Bertaqwalah kita kepadaNya, kerana pada Allah-lah kita akan dikembalikan.”
Allahuallam
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-2-2012 11:28 PM | Show all posts
Post Last Edit by monorail at 10-2-2012 23:30

Tadi semasa kuliah magrib, Ustaz Abdullah al Fatani ada bagi tau......baca 7 kali selepas solat magrib dan subuh.....Allahhumma innii minan nar.......(check guna jawi dan berbaris, rumi tak tepat...)
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2012 07:55 AM | Show all posts
Kehidupan dunia ini hanya sendau gurau dan permainan..akhirat jualah kehidupan yg sebenarnya..

Ar-Rum, 64.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-2-2012 09:06 AM | Show all posts
Hai sekalian manusia, bertakwalah kepada Tuhan-mu yang telah menciptakan kamu dari seorang diri, dan dari padanya [263] Allah menciptakan isterinya; dan dari pada keduanya Allah memperkembang biakkan laki-laki dan perempuan yang banyak. Dan bertakwalah kepada Allah yang dengan (mempergunakan) nama-Nya kamu saling meminta satu sama lain [264], dan (peliharalah) hubungan silaturrahim. Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan mengawasi kamu. 4:1
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-2-2012 03:05 PM | Show all posts
anda mungkin mampu menipu orang lain tapi bukan diri sendiri....
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2012 08:25 PM | Show all posts
Tua jangan disangka bapa, kecil jgn disangka anak..hormat menghormati amalan kita..
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2012 09:19 AM | Show all posts
"Ketahuilah bahwa dalam jasad ini ada segumpal daging, apabila segumpal daging itu baik, maka akan menjadi baik semuanya, dan apabila segumpal daging itu jelek, maka akan jeleklah semuanya, ketahuilah bahwa segumpal daging itu adalah hati." (HR. Al-Bukhari dan Muslim).


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-3-2012 09:15 AM | Show all posts
nak share maklumat ini yg saya petik  dari posting kat FB...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2025 07:07 AM GMT+8 , Processed in 0.276460 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list