|
SEDIH JUGAK BILA HAIWAN YANG PALING KITA TELAH MENINGALKAN KITA....... |
|
|
|
|
|
|
|
aku plak masih terbayang2 lagi kucing aku, abu...
main2 kat luar pastu tah apa benda yang dia makan ke minum ke, terus lemah badan dia
dari sehari ke sehari makin kurus, makan tak nak, minum pun skit2 je
akhirnya dia mati juga. siap berdarah skit mulut dia...
sedih |
|
|
|
|
|
|
|
aku plak masih terbayang2 lagi kucing aku, abu...
main2 kat luar pastu tah apa benda yang dia makan ...
munzaman Post at 25/12/2010 19:08
agaknya termakan/terminum benda yang beracun... |
|
|
|
|
|
|
|
baru 3 jam anak kucing aku terpaksa ditidurkan buat selama lamanya. hancur hati aku.
kira kira 3 minggu lepas, ketika bersarapan aku nampak sekor anak kucing dalam umur 1-2 bulan. warna hitam putih. aku namakan dia "panda" kerana mukanya comel, di dahi nya warna putih bentuk diamond. kawasan mulut pula putih. macam panda betul. Dilehernya pula jalur hitam dari mulut ke dada. memang cantik si panda ini.
Lalu aku bawa pulang. dirumah panda begitu manja, lari sana sini. kelihatan sihat dan ceria. waktu malam pula dia akan tidur bersama aku. setiap hari dia akan mengekori aku walau mana aku pergi, sampai masuk tandas pun dia nak ikut. hehehe...
masuk minggu kedua, titiba dia hanya terbaring, rupanya kakinya sakit, aku ingat mungkin dia terjatuh dan terseliuh, maybe 2-3 hari akan beransur pulih. Panda tidak ada selera makan, lalu aku terpaksa suapkan. walaupun dia sakit, namun dia masih bole berjalan perlahan henjut henjut ketika nak buang air. pandai panda, dia sanggup bangun dari pembaringan dan ke tempat buang air yg disediakan. lepas tu dia akan terhenjut lagi kembali ke tempat tidurnya.
masuk minggu kedua kakinya nampak bengkak. aku tak sedap hati lalu bawa dia ke klinik haiwan, doktor kata cedera dan berikan antibiotik. dalam seminggu insyaallah akan sihat. selera panda kembali pulih dan dia bole makan sendiri tapi still kena bawa makanan kepadanya kerana dia tak bole berjalan.
masuk minggu ketiga bengkaknya semakin besar dan teruk, kini panda tidak boleh berjalan lagi, paling pun dia akan ngesot saje. kerana bengkak terlalu besar. aku bawa semula ke klinik, doktor kata perlu cucuk lubang dan kuarkan nanah. aku akur. aku tinggalkan panda diklinik kerana doktor akan talipon bila selesai nanti.
kira kira sejam doktor talipon, dan memberitahu bahawa nanah dah dikeluarkan, namun berita sedihnya ialah kaki panda patah sebenarnya. lalu bergegas ke klinik dan dari tebukan lubang pada pehanya, memang nampak tulang pehanya yg patah itu. sedih hatiku.
doktor tebuk 3 lubang dan masukkan kain menembusi peha depan ke blakang, untuk menyerap nanah. malam itu aku tgk panda makin sakit, kaki sebelah lagi nampaknya pun telah dijangkiti kuman, dan layu. jadi kini panda seolah tiada kaki. kedua kaki langsung tak berfungsi, menambahkan keadaan lebih teruk, nafasnya juga naik turun dan sesak. aku makin risau.
keesokkan iaitu hari ini pukul 2 ptg, aku bawak lagi ke klinik. doktor memeriksa dan memberi 2 cadangan, pertama ubatkan macam biasa tapi peluang untuk panda hidup adalah tipis. kakinya yg patah itu juga tak mungkin dapat sembuh walaupun dibedah. manakala jangkitan pada kaki satu lagi mengakibatkan kakinya juga semakin lemah, jika diberi ubat, tiada jaminan akan sembuh. nafas panda yg sesak ini juga mungkin jangkitan telah merebak ke seluruh tubuhnya.
cadangan doktor ialah daripada ia terseksa sehingga mati, lebih baik diberikan suntikan agar dia tidur selamanya. aku pun nampak betapa seksanya panda setiap kali dia sesak nafas, pasti airmatanya mengalir. aku serba salah, kalau aku ubati dia, doktor kata panda tak akan dapat hadapinya kerana terlalu kecil, jika begitu setiap hari panda kesakitan dan derita sehingga mati, jika aku tidurkannya, maka biarlah dia pergi dengan tenang dan cepat tanpa perlu menderita. akhirnya aku bersetuju nak tandatangan untuk ditidurkan. aku sempat mengucapnya sambil berkata " maafkan saya".
Doktor berikan suntikan dan serta merta panda layu. tak sangka begitu cepat skali. hatiku tertekan menahan sedih, panda layu dipangkuan aku. ketika bawa kuar dari klinik dan sampai dikereta, aku menanggis sambil memeluk panda, berkali kali aku mohon maaf padanya.
sampai dirumah, aku pangku panda yg telah layu dipangkuan. aku menanggis lagi. terbayang ketika aku jumpanya dikedai, aku bawa pulang, mandikan dia, dan telatah dia yg manja bermain dgn aku.
aku sapukan minyak attar kasturi pada tubuh panda, aku lihat 3 lubang tebuk pada pehanya....aku nampak tulang putih kakinya yg patah. semuanya buat aku sedih betapa sekecil ni panda harus menderita.
aku kapankan panda, namun aku bukak semula dan pangku panda sambil menciumnya... 3-4 kali aku nak tutup saja dgn kain, aku tak sampai hati, aku angkat dia lagi dan peluk cium.
pukul 4 petang tadi, aku kebumikan panda. hujan renyai renyai ketika aku gali lubang. aku sedih dan hati aku pedih.....ku bacakan fatihah kepada panda. semoga Allah tempatkannya disyurga dan bermain main dgn riangnya tanpa kakinya yg patah.
Ya Allah, engkau maha pengasih, sambutlah kedatangan panda, dan berikan kakinya semula, dan berikan rezekinya disana, ditaman syurga.
Panda.....tunggu kehadiranku di pintu syurga nanti....amiinnn, pertemuan kita terlalu singkat, belum puas aku bermanja dgn mu, tak sempat aku melihat engkau membesar. maafkan aku panda...maafkan aku. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
baru 3 jam anak kucing aku terpaksa ditidurkan buat selama lamanya. hancur hati aku.
kira kira 3 ...
Saat Post at 19-3-2011 18:32
|
|
|
|
|
|
|
|
sedihnye Saat...
air mata lelaki pon bole tumpah kerana kasih sayang kpd makhluk Allah yg ke ...
leotazz818 Post at 21-3-2011 10:15
aku sedang mencari dalil pasal roh binatang peliharaan yg mati. di manakah roh mereka? ada sesiapa tau?
dah seminggu anak kucing aku "panda" meninggal. setiap hari aku mesti pergi kuburnya bacakan fatihah.
walaupun dah seminggu dia pergi, sesekali teringat kat dia, hati sebak jugak. |
|
|
|
|
|
|
|
wadiunong Post at 24-3-2011 12:50
salam wadiunong....lama tak nampak kat MPS... |
|
|
|
|
|
|
|
aku pn ader pengalaman yang samer.... tp x tw la binatang yg aku bela ni x sama kot cm binatang yg korang bela....korang lebih kepada kucing . hemster...d dll....
aku paling sayang n sangat2 nangis masa AYAM aku mati....nama dier CIT...CIT....punca kematiannya ..adalah... masa tu dier kecik lagi dlm 2 bulan cm tu la.... abang aku main2 ngan dier n ajak dier kejar keliling umah..... sempat 3 pusingan CIT....CIT ...jatuh pengsan muka dier biru n mati....aku ngan abang aku nangis cukup....cukup...
pas 2 bulan menetas lagi ayam jantan aku namakan dier CIT...CIT ...gak...ha masa ni punyer la suker dapat gantian CIT...CIT... yang lama ...samer kes gak abang aku bawah dier jokerton keliling umah....n nasib yang samer jatuh n mati muka biru....
aku nangis sekali lg.... siap buat kubut lagii kat AYAM aku tu... punya la sedih...
lepas pada tu aku x bela ayam lagi....skrg umur aku dh 32 tahun ... bila aku nampak AYAM mmg terasa sayangnya pd haiwan tersebut..... mungkin CIT....CIT...mati sakit jantung kot... sb kepenatan.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply Saat
Ya Allah sedihnyee... leleh2 airmata bc kisah panda ni
meti dia cute kn..
...
~Aish~ Post at 27-3-2011 16:18
rupanya macam beruang panda. sebab tu saya namakan "panda". sangat manja dan baik. |
|
|
|
|
|
|
|
aku pn ader pengalaman yang samer.... tp x tw la binatang yg aku bela ni x sama kot cm binatang yg k ...
safia Post at 28-3-2011 16:00
hanya orang yg pernah pemgalaminya saja faham kesedihan tu mcm mana. bagi setengah orang yg hati kering, mereka hanya gelakkan saja kita. kata mereka " alah binatang mati pun nak kecoh ke, bukannya manusia". tp bagi kita walaupun ia hanya binatang, namun kita dah anggap mcm ahli keluarga. dan haiwan tu juga tau sayangkan kita, bermanja dgn kita. ini bermakna sudah ada hubungan kasih sayang dan kepercayaan antara kita dgn nya.
BIla mereka mati, kita rasa rindu dan sedih, seperti juga manusia, jika mereka mati....kita tau mana roh mereka berada, bagaimana nasib roh roh manusia. malangnya bila kita tanya pasal roh binatang, ramai yg ketawakan. malah ada setengah ustaz kata roh binatang bila mati habis gitu saja jadi debu dan tanah. sebab mereka tidak dibebankan dgn dosa pahala. maka syurga dan neraka pun mereka tak masuk.
saya tau ada dalilnya, tapi saya rasa dalil tu kurang tepat atas alasan begini. :-
1. Allah menyuruh kita menyayangi haiwan. kalau Allah dah suruh kita sayangkan haiwan. sudah tentu kita akan ada hubungan kasih dan sayang bersamanya. sudah tentu bila mati kita akan doakan haiwan kesayangan kita. apa gunanya kita bela haiwan dan menjalinkan kasih sayang, bila mati haiwan tu mati gitu saja? apakah kasih sayang itu tidak boleh dibawa bertemu diakhirat.
2. Haiwan peliharaan juga zikir pada Allah mengikut cara mereka. haiwan juga doakan kita sebagai tuannya. maka apakah hanya kerana mereka haiwan dan tidak ada akal, tidak ada dosa dan pahala, maka mereka tak layak ke syurga? sempit sangatkah syurga tu kalau haiwan masuk? dan adakah syurga untuk manusia yg banyak pahala? setahu saya kita masuk syurga bukan kerana amal kita semata mata, tetapi atas rahmat Allah. apakah rahmat Allah tidak cukup luas untuk merangkumi haiwan dan segala makhluk ciptaannya?
3. haiwan juga ada perasaan sedih, sakit dan gembira. apabila ia diciptakan dan ditakdirkan sebagai haiwan, jika dia sakit menderita dan sengsara sehingga mati, apakah dia mati gitu saja. mati dalam keadaan yang sakit dan derita. kesakitan dan sakit tu dtgnya dgn izin Allah. takanlah Allah tidak adil.
4. saya berpendapat bahawa Allah maha besar rahmat dan kasih sayangnya tidak terjangkau oleh akal fikiran manusia. rahmat dan kasih sayangnya melimpah limpah sehingga kepada semua makhluk bukan setakat manusia saja. walaupon tidak ada dalil dan nas, namun Allah berhak memasukkan semua makhluknya ke syurga atau neraka.
5. paling last, orang yg kata haiwan tak masuk syurga, saya nak tanya, betul ke syurga tak boleh dimasuki haiwan.? baik, katakanlah kita masuk syurga, dalam syurga semua yg kita mintak akan dimakbulkan Allah serta merta. maka, kalau kita doa mintak Allah untuk bersama haiwan peliharaan kita, apakah Allah akan tolak? sudah tentu tidak sebab Allah dah berfirman semua doa penghuni isyurga akan dimakbulkan serta merta.
6. sekali lagi saya percaya haiwan peliharaan yg mati, ada tempatnya disisi Allah kerana rahmat dan kasih sayangnya yg amat maha luas. mungkin haiwan liar lain, tetapi bukan haiwan peliharaan yg ada hubungan kasih sayang dengan manusia.
Ya Allah, atas rahmat dan kasih sayangMu yg tak terhingga luasnya, saya memohon bagi diri saya dan rakan rakan yang kematian haiwan kesayangan masing masing, tempatkan roh roh haiwan peliharaan kami ditaman yang indah bersama golongan mereka, berikan naungan kasih sayang, rezeki kepada mereka. dan pertemukanlah kami dgn haiwan peliharaan kami disyurga nanti. Amiiin ya robbal alamiin....
Allah lebih mengetahui. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Reply 332# Saat
sangat indah bila baca.. mmg betul, kadangkala org yang tak memahami dan tiada perasaan kasih untuk binatang ni selalu cakap merepek..merepek jika menangis kerana hanya haiwan peliharaan kita mati.. mereka tak tahu kasih kpd binatang ni banyak pahalanya, banyak ganjarannya, sebab mereka juga makhluk Allah..siapa tahu, binatang juga mampu berdoa dan memohon kesejahteraan kpd tuannya..dan siapa tahu, diakhirat nanti pahala kita yg sedikit dpt 'ditopup' dgn pahala membela dan mengasihi binatang2 ini lantas menyelamatkan kita dari azab api neraka..siapa tahu. sayangi mereka sebagaimana kita mahu disayangi dan dihargai |
|
|
|
|
|
|
|
Benda yg sama happened kat aku jugak. Baru last week masa kat ofis aku dapat panggilan telefon dari anak yg kata kucing kesayangan kitorang, Cocoa, dah mati. Jiran jumpa kat depan rumah dengan kerengga dah hurung padahal baru pagi tadi sebelum aku drive pegi keje, dia main2 dgn aku, mintak diusap dan memang nampak extra manja. Teringat2 aku akan pandangan mata dia sebelum aku masuk kereta. Alih2 dgr dia dah mati. Mengikut cerita jiran, sebelum dia pergi keje dia dah nampak satu kereta dah terlanggar cocoa dari sisi. So, cocoa dah terhuyung-hayang tapi masih boleh berjalan. Dia tak dapat tolong apa2 sbb dia pun tgh rush nak hantar anak dia pegi sekolah. Bila dah petang baru dia terjumpa cocoa dah mati dekat bwh pokok depan rumah dia.
Office mates yg lain pun terpinga2 sbb diaorang pun curi dengar masa aku berbual dengan anak sambil nangis. Bila aku letak telefon aku terus beritahu diaorang yg kucing aku dah mati. Diaorang punya ketawa ramai2 sambil perli2 aku. Memang betul, hanya orang yg memahaminya tahu macamana sedihnya kita kalau haiwan kesyangan kita mati. Rasa lega bila baca post forummer Saat tentang pendapat dia berhubung kedudukan haiwan selepas mati. Harap2 Cocoa aman di sana..... |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Office mates yg lain pun terpinga2 sbb diaorang pun curi dengar masa aku berbual dengan anak sambil nangis. Bila aku letak telefon aku terus beritahu diaorang yg kucing aku dah mati. Diaorang punya ketawa ramai2 sambil perli2 aku. Memang betul, hanya orang yg memahaminya tahu macamana sedihnya kita kalau haiwan kesyangan kita mati. Rasa lega bila baca post forummer Saat tentang pendapat dia berhubung kedudukan haiwan selepas mati. Harap2 Cocoa aman di sana..... ...
rossa_queen Post at 16/5/2011 14:23
hanya manusia yang tak berperikemanusiaan jer yang suka ketawakan orang lain yang sayangkan haiwan.
bahaya orang camni sebab takde perasaan sayang atau kasihankan makhluk Allah yang lain... |
|
|
|
|
|
|
|
anak kucing aku baru je mati sbb kena bunuh dek kucing jantan luar..
maybe disbbkan anak kucing aku 3 colour agaknye..
ni dah brp kali anak kucing aku yg 3 colour mati.. mati kena bunuh plak tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
dulu arwah bapak i ada ikan toman,ikan tue bijak boleh kenal orang cam flower horn...i sayang sangat kat die...di takdirkan ajal dia sampai,arwah bapak i tanya nak tanam ke goreng... |
|
|
|
|
|
|
|
aku sedih pg nih...
pg ni hamster cute aku meninggal..
smlm ada lg tp mmg dia dah xlarat ...
murninurani Post at 20-6-2011 07:45
sabar murni.. dah ajal dia.. kita redha je |
|
|
|
|
|
|
| |
|