Kecantikan Lelaki
==============
Kecantikan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal tetapi pada murni rohani. Lelaki yang cantik,adalah:-
1) Lelaki yang mampu mengalirkan airmata untuk ingatan
2) Lelaki yang sedia menerima segala teguran
3) Lelaki yang memberi madu, setelah menerima racun
4) Lelaki yang tenang dan lapang dada
5) Lelaki yang baik sangka
6) Lelaki yang tak pernah putus asa
Kecantikan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati. Seluruh kecantikan yang ada pada Nabi Muhammad adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki.
Berhati-hatilah daripada musuhmu sekali dan berhati-hatilah dari sahabatmu seribu kali.
Maksud dari kata-kata bahawa "barangkali sahabatku akan bertukar menjadi musuh pada suatu masa kelak maka ia akan lebih tahu bagaimana untuk menyakitiku"
Kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal otot badan, tetapi pada Kekuatan perasaan.
Perempuan yang gagah,adalah:-
1) Perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan
2) Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan
3) Perempuan yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan
4) Perempuan yang tidak meminta-minta agar dipenuhi segala keinginan.
Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman. Seluruh kegagahan yang ada pada Khadijah adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan.
bahwa wanita yang mengingkari kebajikan (kebaikan) yang diberikan oleh suaminya maka amalannya akan digugurkan oleh Allah
bahwa wanita yang menyakiti hati suaminya dengan lidahnya, maka pada hari kiamat, Allah menjadikan lidahnya tujuh puluh hasta dan dibelitkan di tengkuknya.
bahwa isteri yang memandang jahat (menuduh atau menaruh sangkaan buruk terhadap suaminya), Allah akan menghapuskan muka dan tubuhnya Pada hari kiamat.
bahwa isteri yang tidak memenuhi kemauan suami- nya di tempat tidur atau menyusahkan urusan ini atau mengkhiananti suaminya, akan dibangkitkan Allah pada hari kiamat dengan muka yang hitam, matanya kelabu, ubun-ubunnya terikat kepada dua kakinya di dalam neraka.
bahwa wanita yang mengerjakan sembahyang dan berdoa untuk dirinya tetapi tidak untuk suaminya, akan dipukul mukanya dengan sembahyangnya.
bahwa wanita yang dikenakan musibah ke atasnya lalu dia menampar-nampar mukanya atau merobek-robek pakaiannya, dia akan dimasukkan ke dalam neraka bersama dengan Isteri nabi Nuh dan isteri nabi Luth dan tiada harapan mendapat kebajikan syafaat dari siapa pun;
bahwa wanita yang berzina akan dicambuk dihadapan semua makhluk didepan neraka pada hari kiamat, tiap-tiap perbuatan zina dengan depalan puluh cambuk dari api.
bahwa isteri yang mengandung ( hamil ) baginya pahala seperti berpuasa pada siang harinya dan mengerjakan qiamul-lail pada malamnya serta pahala berjuang fi sabilillah.
bahwa isteri yang bersalin ( melahirkan ), bagi tiap-tiap kesakitan yang dideritainya diberi pahala memerdekakan seorang budak. Demikian juga pahalanya setiap kali menyusukan anaknya.
bahwa wanita apabila bersuami dan bersabar dari menyakiti suaminya, maka diumpamakan dengan titik-titik darah dalam perjuangan fisabilillah.
Pendapat pertama: 950 tahun: yaitu pendapat Qatadah rahimahullah.
Disebutkan dalam “Tafsir Al-Qur’an Al-‘Adzim” karangan Ibnu Katsir (6/268):
”Qatadah berkata: dikatakan bahwa umur beliau seluruhnya adalah seribu tahun kurang 50 tahun, beliau tinggal diantara mereka sebelum menyeru mereka selama 300 tahun, lalu menyeru mereka selama 300 tahun, dan tinggal bersama mereka setelah badai taufan selama 350 tahun” selesai.
Ibnu Abi Hatim juga meriwayatkan seperti itu dalam kitab ”At-Tafsir” (18041).
Pendapat kedua: 1050 tahun, seperti dikatakan Ibnu Abbas radhiallahu ’anhu.
Dari Ibnu Abbas radhiallahu ’anhu berkata:
”Allah Ta’alaa mengutus Nabi Nuh ’alaihi salam ketika berumur 40 tahun, kemudian tinggal diantara kaumnya 1000 tahun kurang 50 tahun menyeru mereka kepada Allah, dan hidup setelah badai taufan selama 60 tahun sehingga manusia bertambah banyak dan menyebar” selesai.
Imam Suyuthi dalam kitab ”Ad-durr Al-Mantsur” (6/455) menisbatkan pendapat ini kepada Ibnu Abi Syaibah(7/18), ’Abd bin Humaid, Ibnu Mundzir, Ibnu Abi Hatim, Abu Syaikh, dan Al-Hakim (9/251) dan dishahihkannya dan oleh Ibnu Marduwaih.
Pendapat ketiga: 1020 tahun: ini pendapat Ka’aab Al-Ahbar.
Ibnu Abi Hatim meriwayatkan dalam kitab ”At-Tafsir” (18043) dari Ka’ab Al-Ahbar mengenai firman Allah: ”lalu dia (Nuh) tinggal diantara kaumnya seribu tahun kurang lima puluh tahun” dia berkata: ”setelah itu hidup selama 70 tahun”.
Pendapat keempat: 1400 tahun: diriwayatkan dari Ibnu Abbas, dan merupakan pendapat Wahab bin Munabbih: lihat ”Tafsir Al-Qurtubi” (13/332).
Pendapat kelima: 1650 tahun: pendapat ’Aun bin Abi Syaddad.
Dari ’Aun bin Abi Syaddad berkata: ”Sesungguhnya Allah Tabaraka wa Ta’alaa mengutus Nuh kepada kaumnya ketika berumur 350 tahun, lalu beliau menyeru mereka selama 1000 tahun kurang 50 tahun, kemudian hidup setelah itu selama 350 tahun”.
Diriwayatkan Ibnu Abi Hatim dalam kitab ”At-Tafsir” (18044) dan At-Thabari dalam kitab ”Jami’ul Bayan” (20/17).
Pendapat keenam: 1700 tahun: pendapat ’Ikrimah .
Dari ’Ikrimah radhiallahu ’anhu berkata:
”dahulu umur Nuh ’alaihi salam sebelum diutus kepada kaumnya dan setelah diutus 1700 tahun” selesai.
Imam Suyuthi dalam kitabnya ”Addurr Al-Mantsur” (6/456) menisbatkannya kepada ’Abd bin Humaid.
Pendapat yang kuat:
Imam Ibnu Katsir berkata dalam ”Tafsir Al-Qur’an Al-’Adzim” (6/268) setelah memandang ganjil pendapat-pendapat diatas: ”pendapat Ibnu Abbas radhiallahu ’anhu (yaitu 1050 tahun)adalah yang paling dekat”.selesai.
SEJARAH PENCIPTAAN KAABAH
Kaabah yakni rumah Allah adalah kiblat di mana seluruh umat Islam menghadapnya ketika menunaikan solat. Diriwayatkan bahawa Allah telah menjadikan tapak Kaabah itu disokong dengan empat tiang daripada air 2000 tahun sebelum Dia menciptakan dunia ini dan Dia telah membentangkan bumi dari bawah Kaabah. Tiang Kaabah itu panjangnya sehingga lapisan bumi yang ke tujuh.
Di setiap tujuh langit ada rumah Allah tempat para malaikat beribadat padaNya dan pada langit ke tujuh nama rumah Allah itu adalah Baitul Makmur. Rasulullah bersabda, “Baitul Makmur adalah masjid yang berada di langit dan ia betul-betul di atas Kaabah. Seandainya ia jatuh maka ia akan menghempap Kaabah”.
Sebelum Baitul Makmur dicipta, para malaikat tawaf mengelilingi Arasy pada masa yang sangat lama. Allah memandang mereka kemudian menurunkan rahmat kepada mereka. Allah membina sebuah rumah di bawah Arasy yang diberi nama Baitul Makmur. Allah memerintahkan para Malaikat supaya tawaf di Baitul Makmur dan tinggalkan Arasy. Para malaikat telah melakukan tawaf di Baitul Makmur sehingga jumlah yang memasukinya siang dan malam seramai 70,000 malaikat. Mereka tidak kembali lagi buat selama-lama.
Kemudian Allah mengutuskan para malaikat turun ke bumi dan berfirman kepada mereka, “Binalah sebuah rumah untukKu di bumi sepertinya”. Allah memerintah seluruh makhlukNya di bumi supaya tawaf mengelilingi Kaabah sebagaimana penghuni langit tawaf mengelilingi Baitul Makmur. Diriwayatkan bahawa Allah telah mengutuskan Jibril kepada Nabi Adam serta Hawa supaya membina satu rumah untukNya. Jibril telah menggariskan (rangka) kepada keduanya lalu Nabi Adam menggali tanah manakala Hawa mengangkutnya sehinggalah air menyahut serta menyeru dari bawah beliau meminta agar berhenti menggali dengan kata-kata, “Cukuplah wahai Adam!”
Setelah Nabi Adam wafat, anak-anaknya telah membina Kaabah dengan menggunakan tanah dan batu. Diriwayatkan bahawa orang yang membinanya ialah anak Nabi Adam iaitu Nabi Syith. Mereka sentiasa mendiami dan memakmurkan Baitullah dan begitulah juga dengan orang-orang yang selepas mereka sehinggalah tiba zaman Nabi Nuh, Kaabah telah runtuh dan kawasan tersebut ditenggelami air serta tidak dapat dikesani.
Kemudian Allah mengutuskan Nabi Ibrahim untuk membina kembali Kaabah. Mematuhi perintah Allah itu, Nabi Ibrahim dan anaknya, Nabi Ismail membina semula Kaabah di atas timbunan batu dan tanah liat daripada bekas binaan Kaabah yang pernah dibuat oleh Syith yang runtuh akibat banjir dan taufan pada zaman Nabi Nuh itu. Pembinaan Kaabah oleh Nabi Ibrahim daripada batu dari tujuh bukit di sekitar kota Mekah. Binaan Kaabah kali ini mempunyai dua sudut utama iaitu sudut Rukun Al-Hajarul Aswad dan Rukun Yamani dan satu sudut berbentuk melengkung pada bahagian yang bertentangan dengan kedua-dua sudut.
Good sharing from http://www.zaharuddin.net/
Tidak menunaikan solat ketika berpuasa. Ia adalah satu kesilapan yang maha besar. Memang benar, solat bukanlah syarat sah puasa. Tetapi ia adalah rukun Islam yang menjadi tonggak kepada keislaman sesorang. Justeru, ‘ponteng' solat dengan sengaja akan menyebabkan pahala puasa seseorang itu menjadi ‘kurus kering' pastinya.
Sekadar renungan bersama di pagi isnin.semoga 10 Ramadhan terakhir kita lebih diberkati...amin ..INSYA ALLAH