Penyepit dan Kaki Ketam Nipah ini akan ditanggalkan..
Penyepit Ketam Nipah ini diikat untuk memudahkan kerja-kerja menanggalkan penyepit daripada Badan Ketam
Playar Muncung Tirus digunakan untuk menanggalkan penyepit Ketam..
Nampak Mudah Kak Mia menanggalkan Penyepit Ketam..
Ketam-ketam ini masih lagi hidup walaupun sudah tidak mempunyai kaki dan Penyepit..
Penyepit Ketam yang telah ditanggalkan..
Selepas ketam ini ditanggalkan kaki dan penyepitnya.. Ketam-ketam tersebut akan dimasukkan ke dalam sangkar ternakan air payau masin.. Proses bersalin kulit biasanya berlaku dalam tempoh 3 jam..
Semasa kami berada di Kuala Gula, saya tidak berpeluang untuk membeli Ketam Lembut disebabkan telah kehabisan stok.. Terlalu banyak permintaan terhadap makanan laut ini, sehingga dekat restoran pun kami hanya dapat membuat tempahan sebanyak 5 ekor sahaja...
Walaubagaimanapun semasa menggogle, saya terjumpa gambar-gambar yang menunjukkan bagaimana Ketam ini bersalin cengkerang, sehingga saiznya lebih besar sebanyak 30% daripada saiz asal...