|
Monyet / Kera / Beruk / Siamang / Babun etc
[Copy link]
|
|
Cimpanzi cuba rogol wanita disiasat polis
SEEKOR cimpanzi cuba merogol seorang wanita di sebuah zoo di Moscow.
MOSCOW - Polis Rusia sedang menyiasat seekor cimpanzi yang cuba merogol seorang pekerja zoo wanita, Valentina Kirilova, lapor sebuah akhbar kelmarin.
Kirilova yang berada dalam ketakutan terpaksa melawan cimpanzi itu setelah ia tiba-tiba cuba menyambarnya ketika dia memberi sebiji pisang di Zoo Rostov di Rusia.
"Saya banyak meluangkan masa bersama haiwan itu tetapi tidak pernah terlintas bahawa seekor cimpanzi yang kesunyian melihat saya sebagai objek seksual," kata Kirilova.
GAMBAR X-ray menunjukkan tulang tangan Kirilova yang patah.
Cimpanzi yang bernama Otello itu mematahkan pergelangan tangan penjaga zoo itu ketika ia menyambar Kirilova masuk ke dalam kurungan sebelum menyerang mangsa.
Wanita itu menjerit menyebabkan beberapa pekerja lain bergegas memisahkan haiwan itu daripada mangsa.
"Apabila saya cuba memberikannya sebiji pisang, cimpanzi itu menyambar tangan saya dan menarik saya ke dalam kurungan dan cuba merogol saya," jelasnya.
Kirilova kemudian menerima rawatan kerana mengalami trauma manakala polis menyoal beberapa kakitangan zoo bagi mengetahui bagaimana kejadian itu boleh berlaku. - Agensi |
|
|
|
|
|
|
|
Monyet jadi pelayan di Tokyo
FUKU-CHAN melayan pelanggan-pelanggan di sebuah restoran di utara Tokyo.
OTSUKA dengan Fuku-chan.
TOKYO - Sebuah restoran di sini menggunakan khidmat seekor monyet sebagai pelayan, lapor sebuah akhbar semalam.
Monyet itu mempunyai namanya yang tersendiri iaitu Fuku-chan dan haiwan tersebut menjadi daya tarikan di restoran Kayabuki, utara Tokyo.
Walaupun terletak di kawasan luar bandar, makan malam di restoran tersebut habis ditempah beberapa minggu lebih awal oleh pelanggan dari seluruh Jepun yang mahu melihat monyet itu.
Haiwan itu yang berumur enam tahun melayan dan membawa tuala panas kepada tetamu.
Seorang pelanggan berkata: "Haiwan itu mempunyai peribadi dan gaya seperti seorang pelayan Perancis."
Pemilik restoran itu Kaoru Otsuka berkata: "Semuanya bermula apabila saya memberikannya sehelai tuala panas dan haiwan tersebut mengambil dan memberikannya kepada pelanggan."
Berita baik untuk pelanggan, mereka tidak perlu membayar tip tetapi haiwan itu tangkas menyambar apa jua barangan yang ditinggalkan di meja. - Agensi |
|
|
|
|
|
|
|
Monyet kulit hijau dihasilkan
PARIS - Sekumpulan saintis Jepun mengumumkan kejayaan menghasilkan spesies beruk transgenik pertama di dunia semalam apabila beberapa ekor monyet berkenaan memiliki kulit berwarna hijau hasil proses pemindahan gen.
Dalam satu kajian yang disiarkan jurnal Britain, Nature, sepasukan penyelidik diketuai saintis Universiti Keio, Erika Sasaki melaporkan kejayaan mereka memindahkan gen obor-obor yang bersinar ke dalam haiwan tersebut.
Mereka berkata, kejayaan tersebut membuka banyak kemungkinan baru dalam dunia perubatan.
Prospek utama kajian itu bertujuan memindahkan penyakit manusia seperti Alzheimer pada monyet bagi mengkaji bagaimana penyakit tersebut merebak dan cara-cara mengubatinya. - AFP |
|
|
|
|
|
|
|
Kenapa cimpanzi makan tanah?
CIMPANZI makan benda-benda yang kotor seperti tanah. Ia telah diketahui sejak bertahun-tahun lalu.
Ketika makanannya dilihat menjijikkan, kajian menunjukkan alasan mengapa mereka menikmati tanah. Ini kerana ia memperbaiki kesihatan binatang tersebut.
Dengan mengkaji sampel tanah yang dimakan oleh cimpanzi di Kibale National Park di Uganda, sebuah kumpulan pengkaji yang diketuai oleh Sabrina Krief dari Muzium Negara d'Histoire Naturelle di Paris mendapati bahawa makan tanah bersama-sama dengan sajiannya meningkatkan kandungan antimalaria pada tumbuhan yang dimakan.
Krief telah mengumpulkan tanah bersama daun-daun Trichilia rubescens yang dimakan oleh seekor cimpanzi. Wanita itu mendapati , apabila tumbuhan itu sahaja dimakan, daun itu tidak memberi sebarang efek perubatan, tetapi apabila dicampurkan dengan tanah, terbentuk satu campuran antimalaria yang amat jelas.
Saintis sebelum ini menjangkakan haiwan itu mungkin makan benda-benda kotor apabila ia tertekan atau mendapatkan sumber mineral. Hasil kajian terbaru ini merupakan cadangan pertama bahawa tanah apabila dicampurkan dengan makanan boleh membawa faedah kesihatan, kata Krief.
"Ia merupakan campuran yang boleh memberikan faedah dan ia adalah suatu yang baru," katanya kepada LiveScience.
Krief juga membandingkan tanah yang dimakan oleh cimpanzi dan yang digunakan oleh masyarakat berdekatan untuk merawat cirit-birit. Sampel-sampel ini dilihat mempunyai banyak persamaan.
Kajian tersebut telah disiarkan dalam jurnal Naturwissenschaften. |
|
|
|
|
|
|
|
Cimpanzi buat tarian moonwalk
GAMBAR dari klip video menunjukkan cimpanzi membuat tarian moonwalk.
LOS ANGELES - Satu klip video menunjukkan seekor cimpanzi yang pernah dipelihara oleh penyanyi Michael Jackson membuat aksi tarian moonwalk yang pernah dipopularkan oleh penyanyi itu, lapor sebuah akhbar semalam.
Cimpanzi itu diajar membuat tarian itu oleh pelatihnya iaitu Bob Dunn pada tahun 1980-an.
Tarian moonwalk itu merupakan aksi berjalan ke belakang dengan gerak kaki yang menarik.
Cimpanzi itu diberikan wang sebanyak AS$2 juta (RM7.07 juta) oleh Michael yang terkenal dengan panggilan Jacko dalam wasiatnya.
Cimpanzi itu kini dijaga di sebuah pusat jagaan haiwan di Florida.
Jacko meninggal dunia pada 25 Jun lalu selepas jantungnya terhenti ketika dia berada di rumah sewanya di sini. - Agensi |
|
|
|
|
|
|
|
Beruk dan kera tempatan pun ada harga tertentu. Kalau yang terlatih dengan kepandaian memetik kelapa harganya bolih meningkat sehingga RM1200 seekor. Kalau yang biasa-biasa je ni dalam RM600. Bergantung kepada budi bicara si penjual. Seronok juga lihat aksi2 binatang beruk dan kera ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
aku tau ni mosti kat kelab darul ehsan ni..tmpt joging ni
mmg byk monyet, kera dan beruk...besar2 plak tu... |
|
|
|
|
|
|
|
Monyet Terbiar
(sorry kalo da ada thread mcm ni..mod bleh merge)
i nak tanya, ke mana @ kat mana nak report ttg haiwan mcm monyet (beruk ke kera..i am not sure) yang terbiar.i stay kat sg buloh, stiap hari drive nak g kerja mesti ada berderet2 monyet keluar lintas jalan. kalau kenderaan tak laju, ok lah bleh brek..tp yg kesiannya banyak yg mati kena langgar
disebabkan hutan dah byk di'licin'kan, kesian kat depa da takde tempat tinggal.. berlari2 ke sana ke mari cari tempat selamat..
reply yer kalo ada sesapa tau website @ email yg boleh i contact utk selamatkan monyet2 tuuu..
tQ all! |
|
|
|
|
|
|
|
uish, teruknye, sian mreke, klu nk contact pihak yg berkaitan ngan keselamatan haiwan, SPCA la kot, try la, kot kot ada respond yg positive, boleh slamatkan diorang.
www.spca.org.my/ |
|
|
|
|
|
|
|
kt mrr2 area seri gombak bnyk gak monyet2 ni berkeliaran... |
|
|
|
|
|
|
| |
|