|
KALA MALAM BULAN MENGAMBANG - diskusi KMBM di UM -Page 7
[Copy link]
|
|
Kala Malam Bulan Mengambang (KMBM)
KMBM realisasikan impian arwah Hani Mohsin
10-05-2007 01:22:24 PM
oleh WAHIDA ASRANI | Ada sejarah tersendiri di sebalik pembikinan filem hitam putih (noir film) Kala Malam Bulan Mengambang (KMBM), arahan Mamat Khalid ini.
Selain untuk menampilkan kelainan dan menjadi tribute untuk bintang legenda di zaman Studio Jalan Ampas satu ketika dulu, filem yang berlatarkan tahun 1950an ini juga sebenarnya adalah filem yang amat diharapkan oleh Allahyarham Hani Mohsin untuk membuat comeback di dalam industri perfileman tanahair.
Namun, hajatnya tidak kesampaian apabila dia kembali ke rahmatullah pada 25 Julai tahun lepas setelah keseluruhan jalan cerita ini berjaya disiapkan oleh Mamat, termasuklah tajuk KMBM yang sebenarnya tercetus hasil idea Hani sendiri.
"Kami memang sudah lama berbincang tentang filem ini bersama. Dia memang sangat gembira dengan idea format filem ini dan watak yang didukung oleh Rosyam itu sebenarnya adalah untuk Hani.
Barisan pelakon Kala Malam Bulan Mengambang (Foto The Star oleh Azhar Mahfof)
"Semuanya sudah di peringkat akhir perbincangan dan bila saya cadangkan pada Tayangan Unggul, Gayatri (penerbit) beritahu supaya tunggu Hani dan bincang bersama-sama dia. Jika tidak salah saya, arwah berada di Terengganu ketika itu.
"Kami memang terkejut bila arwah meninggal dan ketika itu kami terpaksa fikirkan siapa yang layak bawa watak tersebut. Dalam fikiran saya ketika itu hanya Rosyam dan selepas dia bersetuju, kita pun teruskan projek ini," ujar Mamat yang ditemui pada majlis pelancaran KMBM di Heritage Station Hotel, Kuala Lumpur, semalam.
KMBM adalah sebuah filem hitam putih pertama selepas Jantina, filem hitam putih terakhir yang dihasilkan pada tahun 1974 arahan Naz Achnas, keluaran Studio Merdeka lakonan Ed Osmera, Noran Nordin dan Norizan.
KMBM merungkai misteri kehilangan pemuda di pekan Senduduk Rimbun pada setiap kali bulan mengambang.
Kisah bermula apabila tayar kereta Saleh (Rosyam), seorang wartawan ditusuk sesuatu yang menyerupai rangka tangan yang sedang memegang ukiran lama berbentuk keris. Tayar kereta yang pancit menyebabkan Saleh terpaksa menghantar keretanya ke sebuah bengkel dan bermalam di pekan tersebut.
Sepanjang berada di pekan itu, Saleh menyedari banyak perkara misteri berlaku di situ dan menyebabkan dia bertekad untuk merungkai setiap kejadian misteri yang berlaku di pekan Senduduk Rimbun itu.
Selain Rosyam turut membintangi filem yang menelan belanja kira-kira RM1.4 juta ini ialah Umie Aida, Avaa Vanja, Corinne Adrienne, Farid Kamil, Kuswadinata dan Bront Palarae.
Bercerita tentang pembikinan KMBM yang merupakan filem ketiga Mamat bersama Tayangan Unggul, pengarah tersohor berkata, pada mulanya agak sukar untuk dirinya meyakinkan pihak penerbitan untuk menghasilkan filem berbentuk hitam putih ini.
"Ada sebab mengapa saya ingin buat konsep filem seperti ini. Saya ingin back to basic. Saya sudah cuba pelbagai genre filem lain dan tidak salah saya cuba format seperti ini pula supaya saya dapat belajar dan boleh perbandingkan dengan filem-filem saya seterusnya nanti.
"Saya juga pilih konsep seperti ini kerana cabarannya; bagaimana untuk hasilkan skrip yang baik dan pemilihan pelakon supaya dapat tarik audiens. Lagipun, penonton sekarang bukan penonton di zaman dulu, penerimaan mereka berbeza," kata Mamat.
Menurutnya, buat masa ini KMBM sedang di dalam proses suntingan selepas proses penggambarannya tamat baru-baru ini. Mengakui filem ini agak mencabar dari segi pengarahan dan aspek teknikal, kata Mamat, dia tetap berpuas hati dengan hasilnya setakat ini.
"Filem noir perlu dilakukan dengan lebih terperinci dan ketika penggambaran memang kita terus gunakan roll filem hitam putih. Alhamdulillah, kita berjaya gunakan hanya 96 roll filem dan kalau perlu gunakan lebih, memang kita akan hadapai kesukaran kerana stok filem ini kita beli dari Amerika
"Kita banyak jalankan penggambaran di dalam studio di Damansara, serta beberapa lokasi luar lain seperti di Kuala Lumpur dan Tronoh, Perak.
"Memang saya akui, melihat kepada set yang kita bina di dalam studio itu seperti keretapi dan gua, memang terasa mood seperti berada di zaman dulu. Saya harap penonton kelak dapat rasa macam mana orang dulu-dulu menonton filem hitam putih, cuma kali ini dengan citarasa sekarang," jelas Mamat.
Filem KMBM ini dijangka akan mula berada di pawagam-pawagam tempatan pada November depan.
|
|
|
|
|
|
|
|
|
thread i dah ada rupenye, nnt aku mergekan thread Syd tu... |
|
|
|
|
|
|
|
gaia, emosi semacam nampak...he he...? no wory, mat khalid dah meletopkan zombi, tak kan ler nak fail kan kmbm pulak kan... |
|
|
|
|
|
|
|
KMBM - FILM NOIR???
WHAT IS FILM NOIR??
ANSWER >> WIKIPEDIA
Sinopsis .. REF: SINEMAMALAYSIA
Demi cinta Saleh sanggup buat apa sahaja,, walaupun mengurung cintanya itu |
|
|
|
|
|
|
|
heheh..aku mesti tonton citer nie..so far...aku jarang miss mamat khalid,...boleh dterima oeh akal dan naluri ker |
|
|
|
|
|
|
|
dlm citer Zombi Kampung Pisang tak pasal2 tiba2 je tajuk filem Kala Malam BUlan Mengambang ni disebut....nak promote la tu....hehehehe.......tp filem2 bg mamat memang aku tak miss....filem2 dier memang org cakap cam cincai...tp cincai tu la buat filem2 dier lain dr yg lain.....favret aku filem Rock......dan bapak aku berkali2 tgk Man Laksa tak jemu2.... |
|
|
|
|
|
|
|
sejak tgk man laksa.. mampos aku tak hingin tgk citer mamat kalid ni lg..:@ |
|
|
|
|
|
|
|
sejak tgk man laksa.. mampos aku tak hingin tgk citer mamat kalid ni lg..:@
aku pelik camner eh ada yg suka tgk man laksa..? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #32 WeirdLady's post
tu la pasal...citer tu ntah apa2....tp mungkin to kill time tu boleh la tgk filem tu......org tua2 suka sbb nostalgia lagu2 lama.........aku pun suka.......
|
|
|
|
|
|
|
|
[youtube]pTr--bxZLH4[/youtube] |
|
|
|
|
|
|
|
tengok trailer dia...mcm tak best jer filem nie... |
|
|
|
|
|
|
|
kalo mamat khalid wa plg ske filem `rock'..full of mesej..filem2 dia yg lain wa ske gak tgk tp plg best rock la..setiap filem dia mesti ada tribute kat someone or something..rock tribute utk zaman rock kapak..zombi kg pisang lak tribute kat wings..man laksa plak tribute zaman pop yeh2..mungkin cr penceritaan filem dia npk sempoi je tp ada benda yg spesel yg wat wa ske..mungkin muzik atau dialog pelakon tu kot
kat barat yg wa tau filem noir ni filem `sincity'...robert rodriguez jd pengarah...ada jessica alba wooo |
|
|
|
|
|
|
|
huhu..nampak interesting jek.. |
|
|
|
|
|
|
|
trailer dia nampak cambest...tapi harapnya jgn indah kabar dr rupa lah |
|
|
|
|
|
|
|
neo-noir?
ref >> http://en.wikipedia.org/wiki/Neo-noir
Neo-noir (a portmanteau of the Greek "neo", new; and the French "noir", black) is a type of motion picture that prominently utilizes elements of film noir, but with updated themes, content, style or visual elements that were absent in films noir of the 1940s and '50s.
The term Film Noir (French for "black film" ) was coined by critic Nino Frank in 1946, but was little used by film makers, critics or fans until several decades later. The classic era of film noir is usually dated to the early 1940s to the late 1950s. Typically American crime dramas or psychological thrillers, films noir had a number of common themes and plot devices, and many distinctive visual elements. Characters were often conflicted antiheros, trapped in a difficult situation and making choices out of desperation or nihilistic moral systems. Visual elements included low-key lighting, striking use of light and shadow, and unusual camera placement.
Although there have been few new major films in the classic film noir genre since the early 1960s, it has nonetheless had significant impact on other genres. These films usually incorporate both thematic and visual elements reminiscent of films noir As many classic films noir were independent features (given the lack of attention that major Hollywood studios paid to many noir projects) it is fitting that many neo-noir films are also independent.
By the 1970s, newer motion pictures were sometimes earning comparisons to earlier films noir. Unlike classic noirs, neo-noir films are aware of modern circumstances and technology -- details that were typically absent or unimportant to the plot of classic film noir. Modern themes employed in these films include identity crises, memory issues and subjectivity, and technological problems and their social ramifications. Similarly, the term can be applied to other works of fiction that incorporate these elements.
*ajami: bront palarae kata KMBM neo-noir film.. yg pakcik penah dgr ialah watak 'neo' dlm the matrix ajer! .. kena study dulu sblm tgk kat pawagam neh!
lagik ref lanjut >> http://www.crimeculture.com/Contents/NeoNoir.html
[ Last edited by ajami at 11-12-2007 01:10 PM ] |
|
|
|
|
|
|
| |
|