CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: lanun_darat

Peristiwa Memali

[Copy link]
Post time 21-3-2007 02:05 AM | Show all posts
PAS memang bengang dengan Tun Musa Hitam sebab didakwa menjadi dalang dalam peristiwa Melali. Masa anak Tun Musa meninggal masa tragedi Highland Tower mereka cuba kaitkan dengan dosa Tun Musa semasa Memali.
Aku rasa kalau PAS menang pilihanraya mesti bukak balik kes ni & orang2 yang bertanggungjawap akan kena hukum gantung macam Saddam.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-3-2007 08:10 AM | Show all posts
tulerr....klu ckp ngn org2 Baling nie msti diorg myokong Ibrahim Libya.. yg mana yg tgk newspaper or berita mmg akan menygka ajaran sesat laa...

tp mmg sedih peristiwa nie...
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2007 10:30 AM | Show all posts
tinggal dlm lipatan sejarah jelah.. lepas 100 hari As syahid Ibrahim libya pergi, musa hitam letak jawatan.. b4 tu ade org yg bermimpi didatangi Ustaz ibrahim libya dan die berkate tgu 100 hari.. semua tertunggu2 n pas 100 hari, musa hitam letak jawatan. after that terjadila perpecahan umno, yg memecahkan kepada team A n team B..

spatutnye kite ni denga dari 2 belah pihak.. bukan hanye mendengar sebelah pihak dan terus buat kesimpulan..

cube google peristiwa memali or tragedi memali.. ade website yg mengupas kisah ni  dan terangkan ape yg terjadi sebenanye.. aku pn dah lupe sbb aku bace lame dah, tak tahu ade lagi ke tak..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2007 06:48 PM | Show all posts
kat wiki pun cam bg cerita sebelah pihak jer ...............
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2007 07:00 PM | Show all posts
topik best nie...menarik...
nti aku cari inpo .tanye bapak aku....
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2007 07:04 PM | Show all posts
tapi sebelom aku tanye bapak aku..ni tadi aku google...aku terjumpa info ni..
just sharingg....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-3-2007 07:08 PM | Show all posts
source from http://www.geocities.com/odapc/memeli7.html
001: Pada jam 1935 Hrs. (18/11/85) berpusat di Kem Pasukan Polis Hutan Sungai Petani, Kedah; 3600 anggota polis daripada pelbagai bahagian termasuk FRU (Penang), Pasukan Senoi Prak, Anggota Polis beruniform, Commando 69, sudah bersiap siaga untuk menerima arahan. Kunpulan ini diletakkan di bawah arahan seorang pegawai tinggi Ibu pejabat di Bukit Aman dan dibantu oleh beberapa pegawai daripada Bukit Aman Kedah, Perlis, dan Penang.



002: Tepat Jam 1945 (18/11/85) pegawai tinggi yang memerintah daripada Bukit Aman telah mengeluarkan arahan bahawa kumpulan yang bersiap-siaga itu akan menyerang hendap satu kem komunis dalam daerah Baling yang berdekatan dengan sempadan Thailand.

003: Pada Jam 2005 (18/11/85) berlaku satu keributan di bilik operasi Sungai Petani di antara Pegawai Berkuasa pasukan Polis Hutan Sungai Petani dengan Pegawai Tinggi daripada Bukit Aman. Kekalutan ini berasaskan arahan palsu yang telah dikeluarkan. Arahan menyerang dan membunuh penghuni 'kem komunis' itu seberanya disasarkan ke arah Ibrahim Mahmood, pengikutnya dan sesiapa juga yang hadir di Madrasah yang dibina oleh orang kampung di situ. Pegawai yang mengetuai pasukan Polis Hutan itu telah memberi penerangan kepada Pegawai Tinggi daripada Bukit Aman betapa Ibrahim Mahmud dianggap oleh para pegawai pasukannya sebagai seorang ulama yang berwibawa. Malahan ramai di kalangan mereka adalah penuntutnya. Dilema yang tercetus ini mencetuskan satu suasana yang hening dan sunyi-sepi.

00418/11/85) Pegawai Tinggi daripada Bukit Aman telah mencuba menghubungi Penolong Pesuruhjaya Polis di Bukit Aman, tetapi gagal. Kemudian dia berjaya menghubungi Musa Hitam yang ketika itu menjadi Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri. Pegawai Pemerintah Pasukan Polis Hutan Sungai Petani telah diberikan laluan untuk bercakap dengan Musa Hitam. Beliau telah merayu kepada Musa Hitam dan membuat penjelasan betapa Ibrahim Mahmud adalah seorang ulamak yang disegani dan telah banyak berjasa dalam usaha menaikan taraf hidup masyarakat Memali. Malahan, Ibrahim Memali sudah terkenal dan dihormati oleh para sahabat dan lawan. Tetapi, akhirnya diketahui juga Musa Hitam telah memberikan arahan agar serangan itu diteruskan.

Nota Khas:  Kebanyakan anggota polis yang terbabit dalam operasi ini adalah mereka yang bukan beragama Islam. Operasi Khas ini telah diberi-nama "Operasi Hapus" oleh Musa Hitam.


005: Jam 2045 (18/11/85) sebuah majlis keraian telah diadakan di sebuah padang terbuka di Kem Polis Hutan di Sungai Petani. Di sana minuman bir dan minunam keras (arak) telah disediakan kepada semua unit. Namun, ada juga segelintir anggota Pasukan Polis Hutan itu yang tidak minum.  

006: Jam 2147 (18/11/85) pegawai pemerintah operasi telah menerima mesej melalui wireless. Mesej yang dierima mengatakan betapa 10 orang komando polis hutan telah berjaya masuk kawasan Memali dan telah pulang dengan laporan penuh. Laporan itu adalah mengenai pergerakan masyarakat yang menghuni Madrasah tajaan Ibrahim Mahmud, yang sudah pun disahkan sebagai sasaran serangan polis itu.  


007: Jam 21.47(18/11/85) semua unit telah bergerak di bawah pimpinan lapan pegawai muda. Mereka bergerak memasuki Baling dengan menggunakan dua kereta perisai. Pegawai pemerintah Unit Sungai Petani tidak menunjukkan minatnya ketika itu. Di waktu yang sama, Ibrahim Mahmud sedang memberikan kuliah kepada 50 orang penuntut yang hadir. Kuliah itu berlanjutan sehingga jam 23.45. Setelah selesai ada juga penuntutnya yang pulang ke rumah mereka sedangkan yang lainnya tidur bermalam di Madrasah itu.


008: Pada Jam 24.00 (18/11/85) Pegawai pemerintah daripada Bukit Aman telah menerima arahan terakhir mengenai 'Operasi Hapus' itu. Ketika itu berlaku sedikit kekesalan di kalangan pasukan daripada Sungai Petani. Mereka mahukan operasi itu dilakukan dengan mengadakan sekatan dan kepungan untuk mendesak Ibrahim Mahmud menyerah diri. Ketika itu ditaksirkan, tindakan mengepung itu mungkin membawa kesan hanya selepas tiga bulan. Cadangan unit Sungai Petani itu telah disanggah oleh Pegawai pemerintah daripada Bukit Aman. Beliau telah disokong oleh pegawai lain yang datang daripada Bukit Aman, dan juga OCPD Baling. Mereka berpendapat bahawa strategi yang melecehkan itu mungkin membabitkan pergeseran di antara pihak polis dengan anggota tentera yang berkhemah di sempadan Malaysia/Thai di Sik dan Baling.

Kecurigaan mereka ini muncul kerana 90% anggota tentera yang disebutkan itu memang menyokong pergerakan Islam dan juga Ibrahim Mahmud.  Keadaan kelam kabut muncul lagi. Sekali lagi Musa Hitam di hubungi. Pada kali itu, pegawai yang berkuasa diberitahu bahawa Musa Hitam tidak dapat di hubungi kerana beliau telah pergi ke sebuah hotel di Kuala Lumpur. Di waktu yang sama Timbalan Menteri hal Ehwal Dalam Negeri, Radzi Ahmad sedang mengikuti perkembangan dengan berada di Ibupejabat Polis Penang. Beliau sedang mengikuti perkembangan 'Operasi Hapus' itu. Tidak berapa lama kemudiannya Musa hitam telah menghubungi pihak polis dengan suara yagn seolah marah dan rasa terganggu. Musa tidak banyak bercakap cuma mengeluarkan perintah untuk melakukan operasi penghapusan walaupun ia bermakna secara menyeluruhi Negeri Kedah.

--- sambung....---



[ Last edited by  arnabkiut at 21-3-2007 08:31 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2007 07:13 PM | Show all posts
009: Jam 0100 (19/11/85) 3,600 (Tiga Ribu Enam Ratus) anggota polis bersama pegawainya telah tiba di Kampung Memali. Mereka lengkap bersenjata automatik dan tiba dengan kereta perisai. Mereka mula mengepung kampung itu. Ketika itu Musa Hitam tentu sekali masih lagi berada di hotel kerana dia tidak dapat dihubungi. Semua urusan komunikasi dilakukan pula dengan timbalannya yang bertahan di Ibupejabat Polis di Penang. Kebanyakan anggota polis yang tiba di Kampung Memali itu masih lagi beranggapan merka akan menyerang sebuah kem komunis. Itulah maklumat yang diberitahu kepada mereka oleh Pegawai Tinggi daripada Bukit Aman. Di waktu yang sama kumpulan daripada Sungai petani hanya kecil sahaja dan masih samar akan tugas mereka.  

010: Jam 0300 (19/11/85) Kampong Memali telah dikepung seluruhnya oleh pihak polis. Polis yang beruniform ditugaskan membuat sekatan jalan raya. Pasukan Polis Hutan telah diarahkan ke bahagian Selatan. Pasukan FRU (Polis Gerak Khas: kaki-pukul) diarahkan ke bahagian utara. Pasukan Komando 69 (Polis Hutan) telah dikerahkan di bahagian belakang rumah Ibrahim Mahmud yang juga merupakan sekolah agamanya.  

011: Jam 0336 (19/11/85) Pegawai Tinggi daripada Bukit Aman yang memerintah Operasi Hapus itu telah bercakap menggunakan pembesar suara. Dia mahukan Ibrahim Mahmud menyerah diri. Ibrahim Mahmud berbincang dengan penghuni rumahnya itu. Mereka membuat pendirian untuk tidak menyerah diri walaupun pasukan yang datang itu berpakaian seragam melambangkan wakil negara. Mereka bertakbir dan laungan Allahuakbar mula berkumandang semula.  

012: Jam 0400 pagi (19/11/85) satu kumpulan manusia yang berjumlah 30 orang termasuk wanita dan kanak-kanak tiba-tiba muncul daripada bahagian utara . Mereka berlari di tengah-tengah benteng pasukan Polis Hutan dan juga Komando 69 dan membawa senjata tajam yang sering mereka gunakan ketiak bertanam padi. Mereka cuba memasuki rumah Ibrahim Mahmud untuk memberikan sokongan. Anggota pasukan Komando 69, yang masih lagi mabuk dan kurang berdisiplin itu telah menembak ke arah penduduk kampung yang sedang berlari itu. Tetapi, mereka tersalah sasar, maklumlah kerana masih mabuk lagi. Namun tindakan mereka itu membuatkan orang kampung berpatah balik kerana ketakutan. Tindakan melulu Pasukan komando itu telah mengena seorang pegawai kanan Pasukan Polis Hutan. Seorang pegawai rendah dan juga seorang konstabel pun turut terkorban. Tembakan ke arah orang kampung yang tidak berdosa oleh satu pasukan yang khayal telah tersesat kepada badan pasukan kawan sendiri.  Satu perundingan telah diatur untuk menenangkan keadaan. Operasi mengepung masih lagi berkuatkuasa. Tetapi, beberapa pegawai daripada Alor Star telah meminta agar pengepungan itu dibatalkan sahaja. Mereka telah mengambil iktibar daripada kematian tiga orang sendiri disebabkan tindakan yang songsang. Permintaan mereka telah ditolak oleh pegawai pemerintah.

BABAK DUA  

013: Jam 0521 (19/11/85) Azan subuh berkumandang di rumah Ibrahim Mahmud. Suara yang sungguh sayu itu menjentik sentimen anggota polis daripada Alor Star. Mereka semakin mencurigai matlamat operasi polis itu. Ibrahim Mahmud mengimamkan solat pagi itu dan suaranya semakin jelas ketika itu. Di waktu itu Pegawai pemerintah Operasi telah mengeluarkan arahan agar pasukannya mula menyerang. Beliau telah ditentang oleh pegawai yang beragama Islam.  

014; Jam 0559 (19/11/85) Solat Subuh pun selesai dan pengepungan diketatkan lagi. Tiba tiba, satu kumpulan orang kampung muncul untuk memasuki perkarangan rumah Ibrahim Mahmud. Mereka terpaksa menentang pasukan Polis Hutan. Mereka menyerbu ke rumah Ibrahim bersenjatakan senjata kampung dan sambil menggenggam tangan merka melaungkan Allahuakbar. Melihatkan perbuatan orang kampung itu pegawai pasukan Polis Hutan mengarahkan pasukannya untuk berundur dan tidak menentang mereka. Mereka hanya diarahkan bertahan sambil bersiap sedia sahaja. Masa terus berlalu, operasi untuk menghapuskan Ibrahim Mahmud itu semakin menyerlahkan kejijikannya. Keadaan hari yang semakin siang telah menyerlahkan betapa operasi itu bertujuan melindungi rahsia kejijikan perancangannya. Kini, unsur kerahsiaan itu telah terdedah sama sekali.  Nota Khas: Sebelum operasi itu dilancarkan ramai pemimpin beragama Islam telah ditangkap. Kita boleh menyoal diri kita apakah keheningan malam telah mampu menggelapkan kejijikan operasi semacam itu ?

015: Jam 08.15 (19/11/85) setelah mendapat kelulusan timbalan menteri hal ehwal dalam negeri pegawai pemerintah operasi telah memberi arahan agar dua kereta perisai mula menyerang rumah Ibrahim Mahmud. Mereka telah dihalang oleh bajingan bom molotov.  Ini membuatkan pasukan polis itu berundur sambil terus memuntahkan peluru senjata automatik ke arah rumah yang dikepung itu. Di waktu yang sama empat orang wanita dan tiga orang kanak-kanak berlari keluar rumah itu. Mereke diarahkan oleh Ibrahim agar melarikan diri. Mereka telah dikepung dan ditangkap oleh pihak polis dan dihumbankan ke dalam trak polis yang diawasi oleh anjing penjaga. Ketika itu juga serangan diteruskan. Tembakan pihak polis disambut dengan laungan Allahuakbar sahaja secara berterusan.  

016: Jam 11.05 (19/11/86) Komando 69 diarahkan menyerang rumah Ibrahim.

017: Jam 1136 (19/11/85) pasukan Komando 69 telah menyerbu masuk dengan senjata yang dipetik. Berlaku beberapa pergelutan di mana Ibrahim dan orang-orang yang masih bertenaga terus melawan. Ada juga ahli rumah yang keluar untuk berlawan dengan anggota polis di kawasan halaman. Polis terus menembak mereka walaupun mereka sudah tidak bersenjata lagi. Hanya Allahuakbar yakin mampu mereka ucapkan sehinggalah nyawa hilang dalam perjuangan itu. Ramai yang mati sedangkan ada juga bilangannya yang cedera teruk sahaja.

Beberapa orang anggota komando telah menyerang Ibrahiml Beliau telah melawat merka dan mampu membunuh salah seorang yang menyerangnya. Tetapi beliau terkorban akhirnya setelah dada sebelah kanannya dituju berpuluh kali. Ibrahim gugur dengan genggaman tangannya berkepal ke atas sedangkan mulutnya masih lagi melaungkan Allahuakbar. Seorang pegawai polis berlari meluru ke arahnya untuk mengepung kepala Ibrahim ke ribanya. Ibrahim kedengaran bersuara: "Alhamdullilah, kerana mengorbankan kami ke jalan mati syahid."

018: Jam 1213. Serangan pihak polis ditamatkan. Mereka yang telah ditangkap telah disungkup dengan karung guni. Beberapa anggota Komando 69 telah dilihat menendang badan yang terbujur itu untuk menentukan mereka sudah mati. Ada pula yang terus menembak mereka lagi sambil berkata; "Pergi jahanam dengan Islam".

  019: Jam 1305 (19/11/85) Pegawai pemerintah operasi telah membuat laporan kepada Ibupejabat Polis Penang dan juga kepada Musa Hitam di Kuala Lumpur. Musa Hitam mengarahkan agar semua orang kampung ditangkap untuk menahan agar rahsia operasi itu tidak terdedah.

020: Jam 1500 (19/11/85) kerja-kerja menangkap saki baki orang kampung dilakukan. Mereka diterbangkan dengan dua helikopter polis. Mereka yang cedera dan mati dihantar ke hospital di Sungai Petani dan Alor Star. 4 mati syahid di Sungai Petani dan 10 yang sudah mati dibawa ke Alor Star, termasuklah Ibrahim Mahmud.  

021: Jam 1510 (19/11/85) Sektiar 30 anggota tentera lengkap dengan senjata automatik tiba di hadapan rumah Al syahid Ibrahim. Berlakulah pertelagahan di antara pegawai petugas di kalangan pasukan polis yang mengwasi tempat itu dengan ketua anggota tentera yang tiba di situ. Anggota polis yang ramai itu diberikan arahan untuk bersiap sedia dengan senjata mereka. Menyedari betapa bilangan mereka kecil dibandingkan dengan anggota polis yang bertugas di situ pihak tentera pun meredakan keadaan. Ketuanya pernah berkata: Hari ini hari kau.....Kau boleh lakukan apa yang kalian mahu. Tetapi ingat, akan timbul satu hari nanti, kami akan menentang kamu dengan kekuatan yang setara. "

BABAK KETIGA

Setiap insan yang waras di kalangan marhaen di negara ini tentu dapat membuat penilaian akan lapuran mengenai Al syahid Ibrahim Mahmud. Beliau bukannya seorang penjenayah seperti yang digambarkan oleh Musa Hitam. Namun, akhbar New Straits Times bertarikh 21/11/85 menerbitkan satu tajuk yang bertulis: Empat anggota polis dan 14 penjenayah mati dalam pertempuran. Di akhbar yang sama Musa Hitam telah menuduh Ibrahim Mahmud bersama 13 rakannya sebagai penjenayah dan penganut ajaran sesat. Beliau telah menyanggah kenyataan yang dikeluarkan oleh majlis Agama Islam Kedah yang berkata: "Ustaz Ibrahim hanya memberikan ceramah agama. Lagipun dalam satu pertemuannya dengan pihak akhbar Musa Hitam telah mengulangkan cerita bagaimana dia telah diseranah dua kali oleh persidangan UMNO kerana tidak bertindak tegas terhadap aktiviti keagamaan seperti yang dilakukan oleh Ibrahim Mahmud itu. Kalau kita pertimbangkan segala fakta yang terserlah, termasuk keputusan pemilu di mana BN hanya mampu menang tipis, kita boleh membuat kesimpulan betapa 'Operasi Hapus' adalah satu tipu muslihat untuk menghapuskan Ibrahim Mahmud bagi kepentingan politik UMNO. Mereka mahu menentukan terhapusnya rintangan dalam menentukan kemenangan kerusi Bayu/Baling dalam pemilu yang mendatang

[ Last edited by  arnabkiut at 21-3-2007 08:29 PM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-3-2007 07:14 PM | Show all posts
Dilemma UMNO

Di manakah prioriti UMNO selepas episod Memali? Kalau UMNO memperakukan ianya sebuah parti Islam, episod Memali membawa erti bahawa para pemimpinnya telah memperlekehkan Allah. Bukankah mereka yang telah merencana pembunuhan di Memali itu sehingga tergolongnya beberapa insan sebagai mati syahid? Kalau para pemimpin UMNO memperakui bahawa parti itu condong ke arah nasionalistik, ia bererti bahawa para pemimpin itu sudah menderhaka kepada banganya kerana terbunuhnya orang Melayu. Bukankah itu kaum yang mahu dilindungi oleh UMNO? Tindakan yang dilakukan oleh segelintir pemimpin UMNO ini akan mencetuskan peperangan saudara di kalangan orang Melayu.

Cara nyawa diperlekehkan telah membuatkan ramai ahli UMNO yang kecewa dengan kepimpinan Timbalan Presiden Parti, Musa Hitam. Beliau memang semacam giankan kesamsengan dan kini menerima padahnya. Rakan sejawatnya dalam kerajaan Idonesia bernama General Benny Murdani pernah berkelakuan serupa dan dibenci oleh rakyatnya. Kini Musa menerima jolokan sebagai 'haiwan politik' dan juga 'penghapus orang Islam'. Murdani adalah seorang agen Zionis, kerana dia bukan beragama Islam. Tetai kenapakah Musa Hitam mengikuti gelagat Murdani? Tindakan yang dilakukan oleh UMNO menunjukkan parti itu bukan lagi memberi kepentingan terhadap keluhuran Islam dan juga orang melayu.


Ironisnya Islam dan Bangsa Melayu menjadi alat UMNO untuk terus mempertahankan kuasanya. Kumpulan ultra Cina dan India sedang bersepakat secara senyap di kalangan mereka. Mereka berjaya memperalatkan individu Melayu yang ternama sebagai juara tempelan mereka. Untuk menyelesaikan keadaan yang semakin menjadi satu masalah besar ini, Dr. Mahathir perlu menulis lagi mengenai dilemma UMNO. Kesan tragedi Memali telah membuatkan Kampung Memali bertukar rupa daripada sebuah kampung yang aktif menjadi sebuah kampung yang dihantui seribu kenangan pahit. Ramai penduduk asal kampung itu telah melarikan diri kerana takutkan ancaman polis.

Seramai 159 penduduk kampung pernah ditahan oleh polis Dosa mereka terletak kepada keyakinan diri mahukan ajaran Islam yang direstui Allah. Mereka ini termasuk beberapa anak-anak kecil dan warga tua sedang ditahan dalam tiga buah bilik kecil di sebuah kem tahanan. Kaum wanita dibiarkan berkumpul dengan kaum lelaki. Tidak ada kemudahan bersolat. Mereka kerap didera dan diaibkan. Anak-anak kecil dilihat menangis mencari ibu-ibu yang sengaja dipisahkan dari mereka. Setiap tahanan diberikan makanan berupa satu mangkuk kanji setiap hari. Sesiapa yang cedera parah dihantar ke hospital Sungai Petani ataupun Alor Star. Mereka hanya diberikan layanan pesakit luar, satu penghinaan yang berlanjutan. Kalau keadaan tidak diperbaiki ada di kalangan mereka yang akan mati syahid pula.

Tiga belas daripada yang mati syahid termasuk Ibrahim Mahmud telah disemadikan di satu kubur panjang di Parit Panjang, Baling. Mereka disemadikan dengan pakaian mereka yang berlumuran darah itu. Seorang mangsa lagi telah disemadikan di Alor Star di atas permintaan ibunya. Kes ini kini dianggap sudah tamat oleh Musa Hitam dan juga pengarah Operasi Hapus itu. Kumpulan ultra yang bukan beragama Islam memang menantikan berlakunya peperangan saudara hasil episod Memali ini. Kini, orang Melayu sudah sedar betapa berbahayanya semangat nasionalisme dan kuasa yang didorong oleh semangat semacam itu. Kepada golongan yang mati syahid, episod yang berlaku adalah merupakan kemuncak kehidupan mereka. Mereka sudah pulang kepada pencipta-Nya dan di waktu yang sama mereka telah membawa satu arus kesedaran kepada orang melayu di negara ini. Mereka telah menyedarkan betapa orang Melayu harus berganding bahu dengan saudara Islam di seluruh dunia. Dengan cara itu barulah kita faham apa ertinya menjadi seorang muslim.


Dengan arahan yang dibuat oleh Musa Hitam, ramai orang yang tidak berdosa telah ditangkap dan ditahan. Mereka dikumpulkan di satu tempat yang tidak selesa dan menjiikkan. Hingga hari ini jumlah merka yang ditahan dan nama yang telah ditahan secara tersilaf tidak pun diterbitkan. Mereka yang ditahan itu tidak pernah dibawa ke hadapan mahkamah untuk didakwa. Kenapakah kerajaan tidak melakukan tindakan yang serupa seperti kes BMF? Apakah Episod Penghapusan Memali itu dilaksanakan sebagai melencongkan perhatian rakyat terhadap rompakan di siang hari yang paling terbesar dalam sejarah negara ini? Berbilion dana kepunyaan rakyat telah lesap dan seorang insan yang jujur telah dibunuh. Namun, pihak kerajaan masih mahu berahsia dalam hal BMF itu dan perkara itu masih belum mampu diselesaikan. Sebaliknya pula, apabila seorang ulama cuba memberikan khidmatnya kepada rakyat jelata, dan membantu mereka menaikan taraf hidupnya, beliau telah dikepung dan ditahan untuk dibunuh dengan kejam.


Di manakah letaknya erti kehakiman, keadilan dan kebenaran itu? Mereka yang bertanggungjawab dalam Episod Memali harus ditangkap dan dibawa ke mahkamah. Darah orang Melayu tidak sepatutnya dibiarkan mengalir di atas bumi orang Melayu dengan alasan songsang betapa Islam menyokong nasionalisme. PAS dan juga seluruh organisasi Islam telah mendesak agar ditubuhkan satu suruhanjaya diraja untuk membongkar kisah Tragedi Memali itu. Satu Kertas Putih perlu dikeluarkan dan untuk sementara waktu sebarang usaha untuk mengadakan pemilu harus ditangguhkan.

Kata-kata Kenangan Kepada Yang Syahid: "Janganlah kamu mengira bahawa orang yang gugur di jalan Allah itu mati; bahkan mereka itu hidup di sisi Tuhannya dengan mendapat rezeki."

[ Last edited by  arnabkiut at 21-3-2007 08:34 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2007 07:15 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2007 07:17 PM | Show all posts
puak puak tertentu takut bila dengar mereka mangsa memali ni syahid. nampa jelas siapa salah.
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2007 07:38 PM | Show all posts
so imam Ibrahim nie x sebarkan ajaran sesat ler yer
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2007 07:48 PM | Show all posts
Sejak kejadian itu PM ketika itu iaitu TDM telah memegang semula jawatan Menteri dalam negeri.Salah satu kesilapan TDM ialah memberi jawatan penting itu kepada Tun Black Musa.Di ceritakan TDM amat marah kepada musa mengenai cara Musa menangani kes Ibrahim hingga menumpahkan darah.Kes itu juga menjadi satu sebab Musa mengambil keputusan menyokong Tengku Razali dlm pilihanraya Parti menentang TDM kerana beliau sudah dapat membayangkan jawatannya sebagai TPM tergugat kerana perselisihan itu.
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2007 01:01 AM | Show all posts
Originally posted by jpl_fan at 21-3-2007 07:38 PM
so imam Ibrahim nie x sebarkan ajaran sesat ler yer



kalau dah terang terang syahid, bukan ajaran sesat le tu.
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2007 02:54 PM | Show all posts
Sedihnya..ada juga manusia yang sanggup memperalatkan agama dan nyawa manusia untuk kepentingan politik..Sepatutnya Musa Hitam ni patut ditangkap dan dibicarakan, sebagai pembunuh...Biar jadi macam Saddam Hussein. Seteruk2 Saddam, dia still mati sebb bela tanahair dan islam. Tapi Musa Hitam ni..tak rasa bersalah ke atas setiap dosa yang dia lakukan..
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2007 05:25 PM | Show all posts

Reply #29 arnabkiut's post

Apa yang tulis panjang berjela itu ialah 'Kertas Putih ala PAS' yang ditulis oleh penganut ajaran PAS. Meniru konsep Kertas Putih yang dibentangkan di dalam kerajaan. Dan hanya orang bengong sahaja yang percaya ada 30 anggota tentera datang untuk menyokong penganut PAS.....

"021: Jam 1510 (19/11/85) Sektiar 30 anggota tentera lengkap dengan senjata automatik tiba di hadapan rumah Al syahid Ibrahim. Berlakulah pertelagahan di antara pegawai petugas di kalangan pasukan polis yang mengwasi tempat itu dengan ketua anggota tentera yang tiba di situ. Anggota polis yang ramai itu diberikan arahan untuk bersiap sedia dengan senjata mereka. Menyedari betapa bilangan mereka kecil dibandingkan dengan anggota polis yang bertugas di situ pihak tentera pun meredakan keadaan. Ketuanya pernah berkata: Hari ini hari kau.....Kau boleh lakukan apa yang kalian mahu. Tetapi ingat, akan timbul satu hari nanti, kami akan menentang kamu dengan kekuatan yang setara. "

Itu tulisan mentaliti penganut PAS yang mahu penganutnya percaya bahawa itulah yang berlaku.

Majlis Fatwa Kebangsaaan telah mengeluarkan fatwa bahawa Allahyarham Ibrahim Libya tidak mati syahid. Dan cerita yang kuburnya wangi adalah satu pembohongan semata-mata.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-3-2007 05:33 PM | Show all posts
sapa tak kenal Musa Hitam salah seorang ahli Freemason
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2007 12:33 AM | Show all posts
Tak kisahlah sama ada ada Ibrahim Libya dan org2 kampung yg terkorban syahid atau tidak.Tp pada pendapat aku tindakan Musa Hitam dan kerajaan ketika itu adalah salah dan  zalim.

Tindakan mengepung kampung dgn jumlah anggota polis yg sangatlah ramai yg lengkap bersenjata,siap dgn kereta perisai bagai,mengalahkan spt hendak berperang dgn satu batalion pengganas komunis atau pihak militan.

Sedangkan pihak yg ditentang cumalah org2 kampung yg bersenjatakan parang panjang dan cangkul utk mempertahankan diri.Aku tak fikir dgn keupayaan org2 kampung dgn cangkulnya,dgn sabitnya boleh mengancam ketenteraman negara mahupun menumbangkan kerajaan atau menderhaka kpd Agong?

Aku ingat lagi peristiwa ini,masa tu aku masih sekolah.Yg ditunjukkan dan dilaporkan di TV adalah 'pengikut ajaran sesat vs kerajaan'.Tp tertanya2 juga aku ada ke balai polis yg dibakar atau pos2 tentera yg diserang hendap sehingga satu kampung pengikut 'ajaran sesat' itu diserang?Tp yelah masa tu takde sumber alternatif,jadi terpaksalah 'bersetuju' walaupun dalam keadaan terpinga2 tak tahu apa cerita sebenar.

Drp peristiwa berdarah ini,aku harap semua pihak dapat mengambil iktibar dan org2 politik dpt lebih menggunakan akal mereka dlm mengambil tindakan terhadap mana2 kumpulan yg tidak bersenjata yg tidak sehaluan dgn mereka.Aku tak fikir pihak2 keselamatan sama ada polis atau tentera akan mengambil tindakan sebodoh ini tanpa arahan org2 politik yg rakus.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2007 08:24 AM | Show all posts

Reply #38 rempo's post

Ada rentetan peristiwa yang berlaku beberapa ketika sebelum insiden Memali berlaku. Itu sebab aku sarankan kalian membaca dulu Kertas Putih yang telah dibentangkan di Parlimen berhubung kejadian Memali. Beberapa insiden lain ialah penduduk kampung berkenaan telah menahan 10 anggota polis yang sedang mengadakan sekatan jalan raya 2 minggu sebelum peristiwa itu berlaku. Insiden lain ialah menahan sebuah kenderaan di dalamnya empat anggota polis bersama Ketua Polis Daerah ketika itu. Dan banyak insiden lain yang berlaku tetapi aku tak ingat kerana Kertas Putih berkenaan tiada dalam simpanan ketika ini.

Realitinya, tindakan pertama ialah hanya menahan Allahyarham Ibrahim Libya dan empat pengikutnya itu sahaja. Itu sebab proses tindakan pertama ialah menghantar sepasukan FRU yang langsung tidak bersenjata api. Malangnya, seperkara yang tidak diduga ialah orang kampung sudahpun lama berkampung di kawasan rumah Allahyarham Ibrahim. Bahkan, senjatapi seperti senapang patah sudahpun disediakan. Betul, tiada siapapun didakwa kerana memiliki senjata api kerana senjata api yang dirampas ialah milik anggota RELA yang mempunyai lesen senjatapi. Bahkan, jika saya tidak salah, pendakwaan akhirnya digugurkan kepada semua yang ditahan semasa peritswa berkenaan. Lebih hebat, tabung mangsa Memali anjuran parti politik kemudiannya disalah guna oleh pemegang amanah Tabung berkenaan - juga ahli parti politik.

Pemimpin parti politik berkenaan pernah beberapa kali meminta Allahyarham untuk menghentikan tindakannya. Beliau yang hari ini menjadi Presiden parti berkenaan pernah berjumpa dan menasihatkannya beberapa kali agar tidak kelihatan sangat agresif dalam soal-soal politik. Dan ramai ahli politik parti berkenaan mendiamkan diri beberapa hari, lama sebelum 'berani' memberikan komen setelah melihat ia boleh membawa kepada isu politik parti berkenaan. Hal yang sama berlaku semasa Peristiwa Sauk yang melibatkan Al Maunah. Malangnya bagi parti politik berkenaan, berasaskan pengalaman lepas, PDRM tidak mengambil tindakan yang serupa. Jika tidak, mereka akan turut sama mengusung jenazah peristiwa Sauk untuk 'disyahidkan'.

Dan anggota FRU yang pertama ditembak mati ialah seorang Inspektor dan seorang sarjan yang terkena tembaka ditengkuknya akibat tembakan senapang patah dari sudut belukar dan ianya ialah serang hendap.  Hanya orang yang bengong sahaja mahu percaya tembakan berkenaan datang dari pihak polis sendiri. Jika ia tembakan dari belakang rumah Allahyarham Ibrahim Libya, yang pasti orang kampung sendiri akan terkena tembakan berkenaan.

Betul, banyak cara lain untuk menyelesaikan masalah. Tetapi membariskan kanak-kanak dan perempuan tua sebagai barisan pertama untuk berhadapan dengan polis dan orang lelaki menyorok di dalam rumah bukan taktik peperangan Islam.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

dempol This user has been deleted
Post time 23-3-2007 10:58 AM | Show all posts

Reply #8 winamp05's post

dari sumber KERAJAAN la mana lagi..video pasal memali ni pun aku ade simpan lagi..yg 1st edition nye..yg kuar kat rtm ari tu setengah je..tak cita sampai habis..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-3-2025 04:39 AM GMT+8 , Processed in 0.070174 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list