CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: jelebu

[NFO] Airport untuk warga Negeri Sembilan..

[Copy link]
Post time 9-1-2009 08:16 PM | Show all posts
KLIA East mampu jimatkan kos operasi AirAsia

file:///C:/Users/Family/AppData/Local/Temp/moz-screenshot-21.jpgfile:///C:/Users/Family/AppData/Local/Temp/moz-screenshot-22.jpgfile:///C:/Users/Family/AppData/Local/Temp/moz-screenshot-23.jpg

AIRASIA Bhd menjangkakan penggunaan KLIA East di Labu, Negeri Sembilan yang dikhususkan hanya bagi kegunaannya, mampu menjimatkan kos operasinya sehingga 20 peratus apabila lapangan terbang baru itu mula beroperasi pada Mac 2011.

Ketua Eksekutif Kumpulannya, Datuk Seri Tony Fernandes, berkata sebagai pemilik dan pengurus KLIA East, ia dapat merancang dan menggunakan kemudahan di lapangan terbang itu secara inovatif mengikut keperluan operasinya yang lebih khusus dan tersendiri.

揝emua operasi di lapangan terbang itu kelak boleh dirancang secara khusus untuk menepati keperluan syarikat penerbangan kos rendah daripada penggunaan kemudahan mendaftar masuk sehinggalah penjadualan penggunaan tempat meletak pesawat.

揕angkah ini berserta langkah inovatif lain akan menjimatkan kos operasi keseluruhan kami sehingga 20 peratus,
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-1-2009 08:24 PM | Show all posts
ok gak lah tu. sapo yg tak do kojo tu at least ado gak peluang nak tinjau  kot ado kojo kosong sok..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-1-2009 07:24 PM | Show all posts
Originally posted by smaidin at 9-1-2009 08:16 PM
KLIA East mampu jimatkan kos operasi AirAsia

file:///C:/Users/Family/AppData/Local/Temp/moz-screenshot-21.jpgfile:///C:/Users/Family/AppData/Local/Temp/moz-screenshot-22.jpgfile:///C:/Users/Fa ...



Jimat kos..????

kos sewa ko.

kalu kek labu sendiri uruskan.memanglah jimat.

den tak menghalang pembangunan,kalu boleh menjana ekonimo n9 memanglah elok.janji buek botoi2lah.
Duit rakyat jangan selewang,pampasan apo--apo yg patut kena kasi dg betul.
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2009 12:21 AM | Show all posts
Government Asked To Review Labu Airport Plan

KUALA LUMPUR, Jan 13 (Bernama) -- The Malaysian Airline System Employees Union (MASEU) has asked the government to review its plan to construct an airport in Labu, Negeri Sembilan, because of safety aspects that need to be considered.

MASEU executive secretary Mustafar Maarof said the government needed to re-evaluate the location of the new airport as it was in close proximity to the KL International Airport (KLIA) and two petrol refineries in Port Dickson.

"The location of the proposed airport is too near to KLIA and a Shell and an ExxonMobil refinery," he said in a statement here on Tuesday.

He said large aircraft like the B747 and B777 may have to be more careful when landing in KLIA due to the close proximity of both airports.

Mustafar alos said in terms of air traffic monitoring, the government needed to consider that if the airport in Labu had its own air traffic control tower, it would create problems and confusion to air traffic control officers.

"Airports that are located close by, but have different management will cause much confusion. The main responsibility of air traffic controllers is to prevent collisions and danger to the public," he added.

In relation to this, Mustafar said MAS had booked six Airbus 380 and the first is scheduled to arrived in KLIA in early 2011.

"This aircraft requires a wide airspace for take-off and landing," he said.
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2009 12:52 AM | Show all posts
kalo berlanggar kang.jatuh kek jusco, abihlaaa
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2009 08:38 AM | Show all posts
Originally posted by nizam_syah82 at 30-12-2008 08:44 AM
kalo tak salah den..airport kek labu tu untuk terminal tambang murah...airasia ngan sime darby punyo projek..sobab tanah kek terminal skarang dah x cukup...kiri kanan payo..tony fernandez nak cop ...


ha den pun ponah pikir mcm tu...
kok pilah kan baguih.. sok2 x do la poning nak blk kg.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-1-2009 08:42 AM | Show all posts
apa2 pun hrp dgn adanyo KLIA East ni byk peluang kerja utk anak2 N9.
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2009 10:28 PM | Show all posts
aghituh tgk kek tb
ado bantahan kan...
jadik ko tak gak eh projek ni?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-1-2009 07:49 PM | Show all posts
Originally posted by aleni at 16-1-2009 10:28 PM
aghituh tgk kek tb
ado bantahan kan...
jadik ko tak gak eh projek ni?

yo ko?emm..den tak kesah..jadi takpo,tak jadi pon takpo..
tapi kalau jadi elok gak raso eh..at least happening la sikit area labu tu..
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2009 10:19 AM | Show all posts
KLIA East bukan projek mewah
Oleh Hussain Said
[email protected]

SEREMBAN: Kerajaan Negeri Sembilan menegaskan cadangan pembinaan terminal penerbangan tambang murah (LCCT) yang dikenali KLIA East @ Labu, dekat sini bukan projek mewah, sebaliknya projek yang dibangunkan dan dikendalikan bersama AirAsia Bhd dan Sime Darby itu adalah pelengkap kepada kemudahan sedia ada.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan, yakin projek RM1.6 bilion itu mampu memberi banyak manfaat kepada rakyat serta negara seperti pelaksanaan projek Proton, Jambatan Pulau Pinang, Lebuh Raya Utara-Selatan (Plus), Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Putrajaya.

“Dulu ramai mengkritik dan mencemuh Proton yang dianggap membazir serta membuang duit rakyat, begitu juga projek lain tetapi semuanya kini jelas terbukti memberi banyak manfaat kepada rakyat dan negara.

“Jadi, bukan menghairankan apabila sesuatu projek baru yang ingin dilaksanakan dikritik dan dicemuh tetapi pembinaan KLIA East @ Labu bukan projek mewah, sebaliknya memberi kemudahan kepada orang ramai dan pelengkap kepada kemudahan sedia ada,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan sempena Tahun Baru Cina kepada pesakit haemodialisis di Pusat Haemodialisis Mawar Cawangan Rantau, dekat sini semalam.

Beliau mengulas mengenai perdebatan ramai termasuk mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang mempersoalkan kewajaran projek KLIA East @ Labu.

Mohamad berkata, beliau yakin AirAsia dan Sime Darby sudah membuat kajian mendalam terutama dari segi implikasi baik dan buruk sebelum mengemukakannya kepada kerajaan untuk dipertimbangkan.

Katanya, kepesatan industri penerbangan tambang murah negara menjadi antara faktor mendorong pembinaan terminal baru itu bagi menggantikan LCCT di Sepang yang pada asalnya sebagai pusat kargo sebelum dijadikan terminal sementara.
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2009 10:29 AM | Show all posts
Khazanah Tidak Sokong LCCT Di Labu

KUALA LUMPUR, 19 Jan (Bernama) -- Khazanah Nasional Bhd, cabang pelaburan kerajaan, tidak menyokong rancangan membina terminal tetap syarikat penerbangan tambang rendah (LCCT) di Labu, Negeri Sembilan, kata Pengarah Urusannya Tan Sri Azman Mokhtar.

Beliau berkata Pelan Induk Lapangan Terbang Negara perlu dirujuk mengenai apa yang wajar dibina untuk kepentingan pembangunan negara.

"Menerusi pelan induk itu, 10,000 hektar sudah disediakan, dengan hanya satu pertiga sudah digunakan," katanya kepada pemberita selepas membentangkan kajian semula tahunan Khazanah, di sini, Isnin.

Beliau diminta mengulas mengenai pendirian Khazanah terhadap isu cadangan pembinaan LCCT itu.

Menurut Azman ia pastinya merupakan satu daripada sektor yang memerlukan pengkelompokan atau hab rangkaian (lapangan terbang) yang mesti ada.

"Kita tidak boleh ada beberapa lapangan terbang di sini dan di sana kerana anda tidak akan dapat penyambungannya," katanya.

Azman berkata ia merupakan isu nasional dan pastinya " kita perlu patuhi".

"Sebagai rujukan kita sudah ada pelan induk, jadi kita perlu semak. Saya rasa terma dan sebagainya, saya pasti AirAsia dan Malaysia Airports boleh duduk berbincang dan menyelesaiannya demi manfaat negara," katanya.

Semasa membina lapangan terbang, beliau berkata ia bukan sekadar menyediakan perisian, malah perkaksan sambungan sebagai contoh, apa yang dipanggil saling menyambung iaitu perjalanan yang sempurna.

"Kami ialah pemegang saham Malaysia Airlines, kami sentiasa memastikan kedua-dua MAS dan AirAsia boleh wujud bersama-sama supaya semua orang mendapat manfaat.

Ringkasanya, kami tidak menyokong projek Labu. Kita wajar berpegang kepada pelan induk lapangan terbang negara kerana banyak sumber sudah digunakan untuk itu, katanya.

Awal bulan ini, Sime Darby mengumumkan ia sudah mendapat kelulusan kerajaan untuk membangunkan projek LCCT.

Ia berkata projek itu penting bagi pembangunan Negeri Sembilan Vision City (NSVC).

NSVC ialah sebahagian daripada projek pembangunan hartanah Central Vision Valley (CVV) yang meliputi Selangor dan Negeri Sembilan.

Sime Darby dan syarikat penerbangan tambang rendah, AirAsia Bhd merancang membangun dan mengurus bersama LCCT berharga RM1.6 bilion itu yang akan dikenali sebagai KLIA-East@Labu.

Projek itu akan dibiayai oleh swasta.

Kos itu merupakan anggaran pembinaan struktur dan landasan, tidak termasuk kawasan tanah seluas 3,000 ekar.

-- BERNAMA
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2009 10:42 AM | Show all posts
Originally posted by shadowmoon at 18-1-2009 07:49 PM

yo ko?emm..den tak kesah..jadi takpo,tak jadi pon takpo..
tapi kalau jadi elok gak raso eh..at least happening la sikit area labu tu..

tuh haaa syd dah pes cito eh
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2009 08:19 PM | Show all posts
Labu belum muktamad

Oleh SAIFUL HAIZAN HASAM
[email protected]

SUBANG 23 Jan.
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2009 11:19 PM | Show all posts
LCCT Labu mungkin tidak jadi kenyataan


PUTRAJAYA: Cadangan projek Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) di Labu, Negeri Sembilan, oleh AirAsia Bhd mungkin tidak akan menjadi kenyataan.

Sumber berkata, ini berikutan hasil mesyuarat hampir sejam yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, dan disertai Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Ong Tee Keat, serta Ketua Eksekutif AirAsia, Datuk Seri Tony Fernandes.

Turut hadir, wakil Malaysia Air-ports Holdings Bhd (MAHB) dan pegawai kanan Kementerian Pengangkutan, Unit Perancang Ekonomi di Jabatan Perdana Menteri dan Kementerian Kewangan.



"MAHB akan membina sebuah LCCT baru berdekatan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang, tetapi ia harus bekerjasama rapat dengan AirAsia.

"Maklum balas daripada syarikat itu (AirAsia) bagi pembinaan terminal udara baru perlu diberi pertimbangan sewajarnya," kata sumber itu.

Beliau berkata, kerajaan merasakan AirAsia tidak mampu untuk meraih cukup dana bagi membina lapangan terbang yang dicadangkannya di Labu itu.

Bagaimanapun, katanya, keputusan rasmi mengenai perkara itu dijangka hanya akan diumumkan kemudian, kemungkinan selepas mesyuarat Kabinet minggu depan.

Sumber itu berkata, Air-Asia diberikan tempoh dua minggu untuk menyenaraikan perkara dikehendakinya bagi pembinaan LCCT tetap yang akan dibina MAHB di KLIA.

"AirAsia akan mengadakan mesyuarat susulan dengan MAHB, manakala mesyuarat terakhir bakal diadakan dengan Najib dalam tempoh dua minggu," katanya.

Antara isu yang akan dibincangkan AirAsia dengan MAHB adalah spesifikasi pembinaan LCCT yang baru serta caj perkhidmatan untuk penumpang.

Sebelum ini, Sime Darby Bhd dilaporkan sudah mendapat kelulusan Kabinet untuk meneruskan cadangan pembinaan lapangan terbang di tanahnya di Labu untuk projek dikenali sebagai KLIA-East yang terletak 22 kilometer dari KLIA.

Bagaimanapun, baru-baru ini Najib yang juga Menteri Kewangan menyatakan kerajaan masih lagi mengkaji cadangan itu dan belum ada keputusan rasmi.

Sementara itu, Tony, ketika dihubungi bagi mengulas hasil mesyuarat berkenaan berkata: "Kami gembira dengan mesyuarat itu. Ia adalah langkah penting bagi kemajuan AirAsia.

"AirAsia komited untuk menyediakan pelanggan perkhidmatan bertaraf lima bintang menerusi cadangan pembinaan LCCT itu.

AirAsia juga komited untuk menjadikan Kuala Lumpur hab serantau bagi syarikat penerbangan tambang murah dan menyumbang secara berkesan terhadap pembangunan ekonomi negara."
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2009 04:06 PM | Show all posts
Keputusan Bina LCCT Baru Di Labu Diumum Tiga Minggu Lagi

KUALA LUMPUR, 30 Jan (Bernama) -- Keputusan mengenai cadangan AirAsia Bhd untuk membina sebuah lapangan terbang berharga RM1.6 bilion di Labu, Negeri Sembilan akan diketahui dalam dua hingga tiga minggu lagi, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Ong Tee Keat.

"Sebenarnya (kerajaan) belum buat keputusan lagi. Apa yang penting segala maklumat dan butir-butir yang berbangkit akan diperhalusi secara terperinci," katanya kepada Bernama selepas menghadiri majlis makan malam sempena Tahun Baru Cina yang dianjurkan MCA di sini, Jumaat.

Ong berkata kerajaan memerlukan masa membuat sebarang keputusan kerana ia membabitkan banyak pihak.

"Kementerian Pengangkutan, Unit Perancangan Ekonomi (EPU), Kementerian Kewangan, Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) dan AirAsia memang sedang bermesyuarat untuk kebaikan semua pihak," katanya.

Bernama hari ini melaporkan kerajaan telah menolak cadangan pembinaan lapangan terbang itu, tetapi syarikat penerbangan tambang murah itu dikatakan memperolehi beberapa konsesi, demikian menurut beberapa sumber.

MAHB turut dilaporkan akan diberi tanggungjawab membina sebuah terminal penerbangan tambang murah (LCCT) baru, berdekatan terminal sekarang, di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang.

Turut dilaporkan bahawa keputusan untuk membatalkan projek itu disampaikan kepada AirAsia pada mesyuarat yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak dan dihadiri para pegawai Kementerian Kewangan, MAHB dan AirAsia.

-- BERNAMA
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2009 08:09 PM | Show all posts
Projek LCCT Labu ditolak

KUALA LUMPUR 30 Jan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-1-2009 09:41 PM | Show all posts
hahah..den da agak dah..dokek n9 mmg susah projek bosa2 nak jadi..
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2009 01:58 PM | Show all posts
Negeri Sembilan tidak kecewa

SEREMBAN 31 Jan. - Kerajaan negeri tidak kecewa dengan keputusan kerajaan Pusat menolak cadangan pembinaan sebuah terminal penerbangan tambang murah (LCCT) bernilai RM1.6 bilion di Labu di sini.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan mengakui pembangunan negeri tidak terjejas berikutan keputusan itu namun beliau juga menegaskan projek LCCT mampu membawa limpahan ekonomi kepada negeri ini jika dilaksanakan.

"Dalam pembangunan negeri yang dirancang, kita tidak pernah terfikir untuk mengadakan pembangunan lapangan terbang baru berbanding dengan LCCT baru yang ada sehingga AirAsia Bhd. mengetuk pintu dan memberi cadangan untuk membina sebuah lagi LCCT di sini," kata beliau.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika diminta mengulas laporan Bernama hari ini tentang cadangan projek LCCT Labu oleh AirAsia yang ditolak oleh kerajaan.

Mohamad berkata, negeri ini tidak memerlukan lapangan terbang baru memandangkan lapangan terbang yang sedia ada terletak tidak berjauhan.

"Pembinaan LCCT itu adalah untuk memenuhi keperluan penduduk seluruh negara bukan untuk orang negeri ini saja kerana LCCT di Sepang itu tidak mampu lagi menampung kadar penumpang yang semakin ramai," kata beliau.
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2009 09:58 AM | Show all posts
LCCT: Kerajaan Tunggu Rundingan AirAsia Dan MAHB Selesai

KUALA LUMPUR, 3 Feb (Bernama) -- Kerajaan akan membuat keputusan sama ada projek Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) di Labu, Negeri Sembilan berdaya maju untuk diteruskan atau tidak selepas AirAsia Bhd (AirAsia) dan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) selesai mengadakan rundingan.

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Ong Tee Keat berkata AirAsia dan MAHB kini sedang berunding bagi mengelakkan berlaku pertindihan projek dan fungsi terminal itu.

"Dua pihak perlu berbincang dan berunding, takkan kita hendak bina dua lagi projek LCCT. Kita tidak mahu melihat sebarang pertindihan projek. Lepas itu baru kerajaan akan buat keputusan," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Lembaga Presiden MCA di Wisma MCA di sini, Selasa.

Ong berkata kerajaan juga telah mengadakan mesyuarat yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Menteri Kewangan dan dihadiri AirAsia, MAHB, Kementerian Pengangkutan dan Unit Perancang Ekonomi berhubung isu itu pada 30 Jan lepas.

AirAsia bercadang membina sebuah LCCT berharga RM1.6 bilion di Labu, bagaimanapun dilaporkan kerajaan menolak cadangan itu sebaliknya MAHB diberi tanggungjawab membina sebuah LCCT baru berdekatan terminal sekarang di Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA).

"Orang hanya pandang pada projek di Labu tetapi orang tidak pandang pada satu lagi (di KLIA). Kadangkala sayapun rasa agak terperanjat orang tidak nampak satu projek yang lebih ketara di KLIA, bila kita sebut LCCT mereka pandang pada Labu sahaja," katanya.

Mengenai undang-undang lompat parti, Ong yang juga Presiden MCA menegaskan parti itu berpegang teguh pada prinsip menolak politik wang.

"Kami perlu meneruskan dasar parti kami iaitu keterbukaan. Kita sepatutnya terbuka dalam membenarkan kemasukan individu yang tidak mempunyai parti. Mereka mempunyai hak untuk memohon menyertai parti," katanya.

Mengenai isu yang dibincang pada mesyuarat lebih empat jam itu, Ong berkata MCA akan membentangkan satu kertas hala tuju transformasi parti itu yang menyeluruh pada 1 Mac ini sempena sambutan ulang tahun MCA ke-60.

Selain menggariskan hala tuju transformasi parti, ia turut menyentuh tentang penilaian pada peringkat awal proses transformasi itu.

"Kami sudah dapat maklumbalas dari peringkat akar umbi parti serta teguran dan cadangan orang ramai mengenai proses transformasi yang diwar-warkan sebelum ini, maka kami akan bentangkan kertas hala tuju itu Mac ini," katanya.

-- BERNAMA
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2009 10:21 AM | Show all posts
nak bincang apo laie.takut ahli parlimen labu lompek parti ko
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-3-2025 04:04 AM GMT+8 , Processed in 0.062076 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list