|
psoriasis plus rhumatoid athritis.ada penawar tak?
[Copy link]
|
|
Note: Thread has been banned by manager
|
|
|
|
|
|
|
pegi jumpa rheumatologist aje.... my daughter baru umur 16 tahun lagi kesian... start dengan sakit lutut. Pergi klinik biasa dia refer to orthopedic. Nasib baik orthopedic tu suruh refer to rheumatologist. Sekarang ni every 2 months kena jumpa rheumatogist. Alhamdulillah okay dari dulu. |
|
|
|
|
|
|
|
kembalikan penyakit kepada asal...sebab terjadi ada byk spt yg telah diceritakan oleh sume rakan2 tapi masalah puncanya hanya satu...sistem imun tidak terkawal...autoimmune...saya nasihatkan...jgn sesekali mengambil produk yg berunsur herba...lebih2 lagi shitake mushroom kerana ia akan menggalakkan peningkatan imun sistem hingga tidak terkawal... Anda harus mencari produk yg boleh menetapkannya semula ketahap optimal...masih ada makanan yg selamat utk membantu masalah anda tanpa sedikitpun kesan sampingan |
|
|
|
|
|
|
|
kembalikan penyakit kepada asal...sebab terjadi ada byk spt yg telah diceritakan oleh sume rakan2 ta ...
TEGAR Post at 17-7-2010 02:12
shitake...? aku dah la suke makan cendawan..ape2 cendawan yng leh makan...aku makan jer |
|
|
|
|
|
|
|
heip...cord liver oil x leh amik bnyk2
x sama pun ngan fish oil.. |
|
|
|
|
|
|
|
Salam.sekadar bertanya ade sesape yang terbace produk or treatment yg sesuai tuk both penyakit nie p ...
princebalkan Post at 2-12-2009 02:47
cuba ubat ni...InsyaAllah..ramai testimoni kata ok..http://www.snemarketing.com/rnd(m).htm |
|
|
|
|
|
|
|
cubalah mkn sne kapsul...mmg berkesan....sbb dia akan membetulkan sistem perjalanan darah, bila sistem dh betul semua sakit leh sembuh |
|
|
|
|
|
|
|
anak kaknab pun psoirasis kat kepala, badan, kuku ibu jari dia pun tertanggal. sian anak mak. sekarang guna ubat hospital rujuk pakar kulit. memang xboleh baik betul, boleh bagi nipis je psoirasis tu, hilang kejap pastu datang balik. dia ambik juga EPO, cod liver oil, flevettes, apa2 je yang boleh buat kulit dia lembab. anak kaknab muda lagi baru 21. dia start kena psoirasis masa dia form 2. mungkin keturunan keturunan kut adik lelaki kaknab pun ada psoirasis juga, xpalah dia lelaki umur pun dah 50 tahun. Dr kata dia pun boleh dapat sakit sendi. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 29# Senduduk_Putih
amboi, betul kah semua penyakit boleh diubati, kira pakar dari segala pakar lah. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 32# kaknabB3
nampaknya kak nab ni dah mempelekeh firman Allah yang mengatakan semua penyakit ada ubatnya kecuali mati. sebagai manusia kita berusaha mendapatkan rawatan dan ubat untuk sembuh xkira apa juga cara rawatan tersebut. saya hanya mengsyorkan pusat rawatan alternatif ini kepada sesiapa yg ingin mencuba. bkn kepada org seperti kak nab yang suka perlekeh, perli atau persenda rawatan alternatif. mungkin skrg kak nab anak beranak sihat, tp kena ingat kesihatan itu Allah yang kurniakan kepada kita!! saya berani rekomen kerana perawat ini dah merawat berpuluh ribu pesakit yng mengidap mcm2 penyakit sejak 20 tahun yang lalu di Balik Pulau, Pulau Pinang sebelum memindahkan operasi di Subang Jaya 5 thun lps. ttu ada saudara kak nab yg mendapatkan rawatan di hospital moden akibat kencing manis kan? adakah beliau dah sembuh? hanya perlu mkn ubat hingga akhir hayat je kan kak nab? contoh lain: pada tahun 2001, mak i sendiri dikesan mengidap leukimia pada usia 50 tahun. 3 tahun setengah berulang alik hospital jalani rawatan: kimoterapi, masuk darah dll...akhirnya mak i meninggal juga lepas 3 tahun setengah jalani rawatan yang xde faedahnya tp hanya mempercepatkan dia mengadap pencipta dia!!! cumanya mak i xde jodoh nak berjumpa lebih awal dengan doc di Luqman Herbs Centre. kak nab patut baca byk buku pasal pembohongan dalam perubatan moden antaranya 'what doc din tell u', 1001 conspiracy dan beberapa judul lagi. buku2 ni byk terdapat di Borders, Kinokuniya. carilah yer... klu ada masa lain kali i senaraikan lagi tajuk2 lain pulak. tq atas respon yang sungguh bermakna ini. semoga Allah merahmati anda selalu. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 31# kaknabB3
hah dah 7 tahun berubat ngan doc pakar yer kak nab? tp kuku jari pun dah tanggal!!! pakar ke doc ni??? pakar lagi lah pakar perubatan kat Luqman Herbs Centre tu!!! tak lama lagi bengkok la sendi2 anak kak nab mcm budak kat jitra yg age 13 thun tu!!! |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 34# Senduduk_Putih
yekah, kan kaknab bagi good complement tu, bagus lah, pakar dari segala pakar. bukan senang nak dapat orang yang boleh mengubati 1001 macam penyakit, satu kurniaan Allah kepada Dr Luqman. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 35# kaknabB3
penyakit ni(autoimune),para pengamal perubataan akan mengesyorkan dadah jenis steroid.fungsinya adalah utk menenangkan/menekan?suppress imune system supaya tidak menyerang organ sendiri.
walo apa pun dakwaan,pihak yg mempromosikan sesuatu kaedah rawatan harus menjelaskan secara terpeinci disebalik dakwaan kemampuan merawat sesuatu penyakit.
semoga kak nab membuat pilihan bijak.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 33# Senduduk_Putih
bukan memperlekehkan...S.P tak menghuraikan ttg produk dari pusat kesihatan tu.cuma mempromosikan nama Dr Lukman tu aje...perincikan hujah,produk,fakta sokongan..supaya dakwah sampai secara jelas..semoga S.P tak berkecik hati atas apa yg saya katakan.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 37# anuar
salam en anuar...mmg i tak menghuraikan lebih lanjut ttg rawatan di Luqman Herbs Centre. dan sbb tu juga i bg nama website dia untuk dilayari atau call dia sendiri untuk bercakap dengan beliau sambil menilai adakah pengamal perubatan ini mempunyai ilmu dalam perubatan ayurveda atau sekadar omongan kosong. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 37# anuar
i tak berkecil hati pun tapi klu tak suka jgn perlekehkan atau perli ilmu yang orang lain miliki. tp kalau doktor moden pun datang kepada beliau untuk rawatan kencing manis, carpel syndrom dll, apa lagi i nak bgtahu sbb doktor moden pun tak yakin dengan perubatan yang dia org sendiri amalkan. kepada KAK NAB sila dapatkan buku ini di Kinokuniya: What Your Doctor May Not Tell You About: AUTOIMMUNE DISORDERS The Revolutionary Drug Free Treatments For Thyroid Disease / Lupus / MS / IBD / Chronic Fatigue / Rheumatoid Arthritis and Other Diseases. Juga jgan lupa baca ttg AYURVEDA yang mana bukunya banyak terdapat di kedai2 buku dan boleh juga dilayari di internet. |
|
|
|
|
|
|
|
tt, kawan teman sakit tu dh 17 thn gak, tp skrg dh sembuh pas dia amek bsy noni pati mengkudu..cuba la insyallah berkesan.. |
|
|
|
|
|
|
|
http://www.facebook.com/update_s ... ima/118598968216037
KULIT kepala juga boleh menjadi punca penyakit serius jika salah satu sistem imunisasi tubuh terjejas.
Psoriasis kulit kepala adalah nama yang telah dipersetujui oleh sekumpulan para doktor dalam mentakrifkan senario di mana sistem imunisasi menerima arahan yang salah dari otak lalu menyebabkan sel kulit dihasilkan terlalu cepat.
Perunding Dermatologi dari Hospital Pantai, Dr. Steven Chow memberitahu, bagi kulit kepala yang sihat dan normal, sel kulit baru terhasil setiap 28 hingga 30 hari.
Tetapi dalam kes penyakit psoriasis kulit kepala, sel baru terhasil selang tiga hingga lima hari sahaja. Ini menyebabkan sel kulit menebal dan menjadi keruping.
Keadaan menjadi semakin teruk apabila sel tersebut bukan sekadar tumbuh di kepala malah mula merebak ke bahagian dahi dan pipi.
"Dalam sesetengah kes, ia juga memberi kesan kepada kawasan retroauricular fold atau bahagian belakang telinga sekali gus menjadi punca pengumpulan keruping di bahagian rerambut.
"Memang ia bukanlah menjadi punca rambut gugur. Namun psoriasis yang tidak dirawat boleh menyebabkan luka dan satu lagi simptom yang dinamakan Alopecia," ujarnya.
Mungkin ramai yang tidak sedar bahawa mereka sebenarnya menghidapi penyakit psoriasis kulit kepala.
Mengikut kajian, satu daripada 50 orang di dunia ini mengalami masalah psoriasis. Daripada jumlah itu 50 hingga 80 peratus adalah psoriasis kulit kepala.
"Di Malaysia pula satu hingga dua peratus daripada penduduk di negara ini mengalaminya.
"Ia bukanlah penyakit yang berjangkit. Tetapi mahukah anda dipandang sebagai seorang individu yang kotor sekali gus menyebabkan anda hilang keyakinan diri?
"Pada yang mengalaminya turut merasai kesakitan apabila kulit kepala terasa panas, tegang dan kegatalan melampau sehingga mengganggu rutin harian seperti tidur serta bekerja di pejabat," ujarnya.
Tambah Dr. Steven, psoriasis kulit kepala juga terbukti memberi kesan psikologi dari aspek perasaan dan ketidakselesaan untuk melakukan apa juga aktiviti sosial oleh penghidapnya.
Sehingga kini, para saintis masih tidak mempunyai bukti kukuh tentang punca sebenar penyakit psoriasis kulit kepala. Namun mereka tidak menafikan yang ia bersangkut-paut dengan genetik.
Antara penyebab lain ialah perubahan cuaca dan kerosakan sel kulit kepala selain akibat tekanan emosi.
Bagi sesetengah individu, punca psoriasis kulit kepala mungkin daripada ubat-ubatan yang diambil, tabiat merokok dan jangkitan kuman dari jenis streptococcol.
Psoriasis kulit kepala masih belum ditemui penawarnya. Tetapi ia boleh dikawal jika kena pada caranya.
Menurut Dr. Steven, psoriasis kulit kepala ini sebenarnya satu penyakit kronik tetapi terdapat ubat di pasaran untuk merawatnya.
"Bagaimanapun ramai pesakit keliru dengan penyakit ini kerana mereka menyangka ia hanya masalah kelemumur biasa.
"Jalan mudah yang mereka ambil ialah dengan mencuba rawatan kelemumur tanpa mendapat kesan positif daripadanya," jelasnya. |
|
|
|
|
|
|
|
Amalkan sarang burung untuk melembapkan & menghaluskan kulit supaya kulit kering kering & gatal2 semakin hilang. Layari http://www.facebook.com/update_s ... ima/118598968216037
Definasi
Psoriasis adalah keadaan kulit yang tidak normal dimana kulit penghidap menebal lebih cepat dari kulit yang normal. Ia adalah keadaan kulit yang tidak berjangkit. Kawasan yang biasa dihidapi adalah kulit kepala, lutut dan siku tetapi boleh juga menjangkiti pada bahagian badan lain termasuk kuku dan tulang.
Tanda-tanda
Ianya berlainan bagi setiap orang dan termasuklah :
* Keguguran sisik pada kulit
* Tompok-tompok merah pada kulit kepala, siku, lutut dan bahagian lain badan.
* Gatal tetapi pada tahap yang berbeza-beza
Jenis-jenis psoriasis
* Paling lazim adalah psoriasis yang bertompok
* Dikalangan kanak-kanak biasanya terdapat guttate psoriasis.
* Jenis teruk yang memerlukan rawatan dihospital dipanggil erythrodermic psoriasis
* Lampin psoriasis
* Pustular psoriasis- adalah bentuk psoriasis yang sangat teruk dimana ia boleh menimbulkan kesakitan
Guttate psoriasis
Plaque psoriasis (bertompok dan timbul)
Komplikasi
Psoriasis boleh menyebabkan arthritis yang dikenali sebagai arthritis psoriatik. Gejala adalah sakit atau bengkak pada sendi. Sendi yang biasanya terlibat adalah:
* Sendi hujung pada jari tangan atau kaki
* Bahagian belakang, pergelangan tangan, lutut atau pergelangan kaki
Rawatan (Bergantung kepada lokasi dan keterukan kulit terlibat)
Krim dan ubatan yang boleh melegakan.
Pelembab
* Ia adalah penting untuk menjaga kulit supaya lembap sepanjang masa. Anda seharusnya :
o Menggunakan pengganti sabun contohnya krim akueus atau salap pelembap
o Menggunakan sarung tangan
o Memotong pendek kuku jari tangan dan kaki untuk mengelakkan daripada menggaru supaya kulit tidak rosak
Ubatan dan krim
* Doktor akan memberi ubatan seperti :
o Krim yang berasaskan coal tar ( arang), kortison dan lain-lain jenis pelembap .
o Methotrexate, Neotigason, Cyclosporine and Calcipatriol
o Cahaya ultraviolet dan fototerapi PUVA
Dimana untuk mendapat rawatan?
Pergi ke klinik kesihatan yang berdekatan dan berjumpa kepada doktor anda. Doktor anda akan menilai keadaan anda dan mulakan rawatan yang sesuai. Jika diperlukan anda akan dirujuk kepada pakar kulit bergantung kepada betapa teruk penyakit anda
Perkara perlu diingati
Psoriasis bukan penyakit berjangkit. Ianya tidak boleh sembuh tetapi rawatan jangka panjang boleh mengawal masalah ini. |
|
|
|
|
|
|
| |
|