CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12
Return to list New
Author: lavenderose

produk cocoa collagen

[Copy link]
Post time 15-12-2011 10:40 PM | Show all posts
Tidak lah itu hanyalah khabar angin saja, aku nak kongsikan info mengenai kologen ye bukan menge ...
dr.R Post at 30-9-2011 17:40


Nak tanya dr.R sat, breastfeeding bolh makan kolagen tak? adakah ia akan mempengaruhi baik buruk susu ibu? Setahu Amy breastfeeding tak boleh makan ape2 yg berkaitan dengan hormon. Jadi soalan kedua, addakah kolagen akan mempengaruhi hormon kita? Thanks in advance
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-12-2011 11:44 PM | Show all posts
Nak tanya dr.R sat, breastfeeding bolh makan kolagen tak? adakah ia akan mempengaruhi baik buruk ...
Amaryscloset Post at 15-12-2011 22:40


Jawapannya sudah tentulah saja boleh tapi pada kadar yang berpada!, ok aku nak terangkan dulu kolegen itu apa ye? sebenarnya setiap manusia ini mempunyai kolagen semulajadi di dalam badan dan kita lahir saja secara zahiriahnya sejak bayi sudah ada kolagen. Maka kolagen dalam badan bayi itu lah yang membantu dalam memulihkan kulit bayi yang sangat sensitif, proses pertumbuhan rambut bayi, menguatkan tulang dan sebagainya. Disebabkan itu tidak perlulah si ibu mengambil kolagen tambahan kerana si bayi telah memilikinya, sekiranya mahu mengambil juga maka perlulah berpada iaitu separuh dari yang disyorkan sebagai percubaan selama 10 hari dan sekiranya tiada apa alahan berlaku maka boleh diteruskan pengunaannya.

Walaubagai mana pun, sekarang ini berlambak jenama dan jenis kolagen di pasaran makai yang membimbangkan adalah bila kolagen yang mereka olah sendiri itu mengandungi bahan terlarang dan memberikan alahan kepada ibu mengandung dan juga ada food sensitivities. Kebanyakan jenama kolagen yang di jual diperolehi dari lembu atau produk ayam dan terbaik dari marine, sebab itu pentingnya kamu perlu mengetahuai kandungannya untuk mengelak kamu terambil yang boleh memudaratkan kamu. Selain itu sekiranya kamu ingin mengamalkan pengambilan kolagen ini adalah disyorkan ambil yang kosong seperti serbuk kolagen asli dan dibancuh sendiri bukannya yang berperisa yang banyaknya di jual di pasaran itu.


Kembali pada kesan bila mengambil kolagen berlebihan ini ramai pakar perubatan masih berbeza pendapat, walaubagai mana pun di katakan kolagen yang berlebihan boleh mengakibatkan keloid!. Apakah keloid ini? lebih kurang seperti ketumbuhan juga pada badan kita seakan kesan jarum BCG pada lengan kita tu, inilah yang dibimbangkan berlaku pada bayi jika si ibu mengambil kolagen secara berlebihan. Jadi nasihat ikhlas aku, ambil saja produk kolagen yang di letak di muka sebab ianya tidak akan memberikan kesan pada bayi kecil tapi mungkin harganya sedikit mahal saja.
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2011 11:51 PM | Show all posts
Jawapannya sudah tentulah saja boleh tapi pada kadar yang berpada!, ok aku nak terangkan dulu ko ...
dr.R Post at 15-12-2011 23:44


wah sungguh informative dan terperinci penjelasan..i lioksssss so nampaknya hanya tepek ajelah kat muka iolssss... ok thanks again dr.R
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2011 12:00 AM | Show all posts
wah sungguh informative dan terperinci penjelasan..i lioksssss so nampaknya hanya tepek ajelah k ...
Amaryscloset Post at 15-12-2011 23:51


Seeloknya begitulah sebab kita tidak tahu apa bahan tambahan yang digunakan untuk jenama kolagen tertentu, mengunakan istilah saintifik sudah tentu ianya tidak di fahami oleh orang awam bukan? takut sahaja bahan itu memberikan effect pada ibu-ibu mengandung dan menyusukan bayi walaupun ada sesetengah jenama ini terang-terangan berani meletakkan boleh diamalkan oleh golongan mereka ini. Akan tetapi apakah jaminan mereka? bolehkan mereka buktikan ianya selamat dengan bukti sijil dan sebagainya?, pada aku mereka hanya mengatakan ianya selamat di ambil oleh golongan ini disebabkan kolagen tidak memberikan kesan pada siapa-siapa, tetapi mereka tidak pula memikirkan bahan tambahan yang digunakan (atau pun ini hanya auta jurujual untuk melakukan produk mereka).

Tapi aku tidak lah kata tidak boleh, boleh saja kamu cuba dulu ambik separuh dari saranan, tapi serbuk kolagen kosong yang boleh dibeli di mana-mana farmasi. Bedak kolagen atau mask kolagen memang di galakkan kalau hendak melihat hasil segera, meminum air kolagen ianya lebih untuk seluruh tubuh berbanding mask yang hanya menumpukan pada bahagian muka.
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2011 12:07 AM | Show all posts
Seeloknya begitulah sebab kita tidak tahu apa bahan tambahan yang digunakan untuk jenama kolagen ...
dr.R Post at 16-12-2011 00:00


Thanks again for your sharing Amy akan ingat supaya tidak makan sebarangan takut effect kpd baby dah.. Thanks for your advise   kalau tidak, beriya iya nak makan itu ni...la ni dah dapat gambaran yg memang jelas dah...
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2011 09:22 AM | Show all posts
Reply 6# nychacumie


    yelah kan org yg cubby cubby tu cuba tengok kulitnyer tegang gebos jark... compare yg kurus kering
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-5-2012 12:23 PM | Show all posts
Nursing mom boleh ke amik collagen. ada tak doktor2 kat sini yang boleh bagi briefing sikit.


ada ke doktor baca forum ni
Reply

Use magic Report

12
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-1-2025 08:05 AM GMT+8 , Processed in 0.046919 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list