aku nak tengok chloe grace moretz..
cepat benau dia ni membesau.. skang dah jadi anak dara sunti..
suka tengok videoblog abang dia, bagus betul abang dia ni jaga..
aku dah tengok filem ni.. ni ulasan peribadi aku terhadap cerita ni
seriously, bila aku dapat tahu The Dark Shadow ni diarahkan oleh Tim Burton aku rasa suka sangat.. sebab aku tahu filem dia ni unik sikit sebab filem2 dia ni filem yang dark film... lagi suka aku sebab Jonny Depp berlakon... kasi je lah watak apa kat dia semua boleh berlakon.. watak2 pelik macam Captain Jack Sparrow, Willy Wonka, Sweeney Todd, Mad Hatter semua dia boleh berlakon dengan sangat cemerlang.. Tapi bila trailer keluar, aku dapat rasa cerita ni macam bosan sedikit.. Maybe sebab filem ni adalah diadaptasi daripada TV show popular tahun 60/70-an, jadi aku pergi juga tengok filem ni sebab Jonny Depp..
Secara jujurnya, filem ni membosankan.. Walaupun ada Jonny Depp, filem ni tak berjaya membuatkan aku rasa WoW.. Aku ada baca sinopsis dulu sebelum tengok filem ni dan sebenarnya Dark Shadow versi 60/70-an ni Dark Shadow yang agak seram dengan pelbagai watak horror seperti werewolf, vampires, dan sumpahan keluarga.. Cuma Tim Burton menukarkannya kepada Dark Shadow versi komedi.. Tapi bila filem ni dikomedi kan oleh Tim Burton, ianya tak berjaya bagi aku.. Sejarah arahan filem Tim Burton bukan lah komedi (kecuali filem animated Battlejuice).. Percubaan Tim Burton ni aku boleh jadikan Tim Burton ni sebagai M.Night Syamalan yang baru..
Jalan cerita yang mendatar.. Plot bergerak dari satu plot ke plot agak bosan.. Unsur suspend pada akhir filem ni pula sengaja dibina dalam keadaan terpaksa.. Seluruh jokes filem ni sebenarnya jokes yang tak fresh dan tak lawak.. Macam kau sembang dengan kawan kat kedai kopi, member kau buat lawak tapi kita ketawa juga sebab nak ambil hati.. Jokes macam tu yang kau rasa bila tengok filem ni.. Tim Burton cuba nak menjadikan Dark Shadow ni kelakar, tapi tak menjadi.. 2 jam Dark Shadow rasa terbuang macam tu je.. Ada certain scene dibina tak berkait langsung dengan overall tema "gothic comedy" filem ni sebenarnya.. Dalam pengakhiran filem ni baru korang tahu budak perempuan tu sebenarnya werewolf.. Werewolf "diberitahukan" kepada penonton akhir cerita ni supaya semua watak Dark Shadow versi asal dimuatkan dalam filem yang durasinya 2 jam sedangkan Dark Shadow versi asal ditayangkan selama 6 tahun.
Lakonan Jonny Depp boleh dikatakan berjaya.. Tapi Dark Shadow ni tidak berjaya pada aku.. Dari 5 bintang bole beri 2 bintang.. Kepada yang nak menonton, jangan mengharap sangat dengan filem ni.. Kalau nak tengok sebab Jonny Depp boleh tengok!
okey je citer neh.aku bagi 3/5 bintang.basically jonny lee miller kalo takde pon takpe,eva green superb.abe johnny cam biasa michelle pfeiffer lama tk nampak,helena pon cam biasa.eh okeylah....
review : movie ni bosan... tak yahla kalau ada yg kekonon nk bawak budak2 tengok citer ni mesti dorg bosan giler. tapi as long as abg JD ada aku tetap bazirkan duit aku pegi tngk movie ni....