kalau tgk pada treaser aku agak....mesti zarina & pekin couple then pekin mati....pastu zarina jumpa remy....then drama percintaan pun bermula dari situ.....tapi si zarina tak leh accept remy coz asyik teringat kat BF yg dah arwah!........ heheheeee....ni bukan sinopsis tau...aku agak2 jer....tgk kat treaser tu.....huhuuuu
heroin ok la nampak sweet..not too pretty..byk plak dak2 dewi remaja muncul tahun ni..harrremm aku tak pnah kenal pun psl dewi remaja sebelum ni..kecuali scha alyahya...tu pun dia dah sendu skang ni..sian.
lopa berlakon pun aku blom boleh kategorikan sbg lakonan...dia cuma jadi diri sendiri depan kamera..peminat puji2 tak kayu..standard la kan pelakon baru kat m'sia ni kalo setakat tak kayu on screen dah boleh kata berbakat
tgk style lakonan remy dlm trailer tu mcm lakonan dia dlm nur kasih the movie..
Release Date: 28 June 2012
Language: Malay
Subtitle: Info Not Available
Genre: Drama / Romance
Running Time:
Director: Pierre Andre
Cast: Zarinatasha Jamalullai (Dewi Remaja), Remy Ishak, Harun Salim Bachik, Pekin Ibrahim, Nash, Marisa Yasmin, Haris (Idola Kecil 3), Amirul Afendi
Synopsis: Filem ini mengisahkan tentang harapan seorang gadis bernama Mia yang kehilangan tunangnya Ilhan dalam kemalangan jalanraya. Untuk mengubat kerinduan pada arwah tunangnya, Mia mencipta sebuah lagu yang didedikasikan untuk Ilhan. Kemudiannya, Mia pula mengalami kemalangan dan koma selama 2 minggu. Mia kehilangan lagu yang diciptanya untuk Ilhan dalam kemalangan tersebut. Pulih dari koma, Mia cuba untuk mendapatkan ingatannya kembali kepada nota lagu yang diciptakan untuk Ilhan. Namun Mia gagal berbuat demikian. Mia kembali ke tempat di mana dia mengalami kemalangan dengan harapan dia dapat mengingati kembali nota lagu tersebut. Di sana dia terjumpa Izlan seorang pemuzik jalanan yang bermain muzik di kawasan tersebut. Izlan memainkan lagu kegemaraan Ilhan. Melalui pertemuan itu, Mia dan Izlan kemudiannya menjadi semakin rapat. Di situ bermulalah konfiik dalam hidup Mia. Ingatan dan cintanya masih kuat pada tunangnya. Adakan Izlan cinta baru Mia? Mampukah Mia mencipta kembali lagu untuk Ilhan?