CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: sardin

BUKU SEMPADAN ASING - kisah pekerja buruh membina landasan keretapi maut

[Copy link]
Post time 27-3-2009 02:34 PM | Show all posts
Originally posted by alphawolf at 25-3-2009 08:18
Buku ni cikgu yang tulis kan...saya pun ada baca jugak masa budak2 dulu.

Satu lagi sumber 1st hand buruh paksa ni arwah atuk sedara saya. Tapi dia lagi teruk sebab status dia sebagai POW lepas ...


A'ah... cikgu.. tapi sekarang ni dah bersara rasanya.... saya pun baca masa budak2 jugak dulu...tahun lepas masa saya pegi kat pameran buku kat PWTC, ada ternampak buku nih...dicetak semula....

errr.. POW tu ape...?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-3-2009 04:39 PM | Show all posts
prisoner of war
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2009 06:57 PM | Show all posts
atuk belah mak dgn atuk belah apak teman pun kene hangkut ngan jepun utk bina landasan ketepi ni.. sampai skang tatau dah meninggal ke belum       
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2009 09:10 AM | Show all posts

Reply #23 ntohapehapentoh's post

Ih la kesiannya....dah cuba cek2 belah Burma/Thai?
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2009 11:42 PM | Show all posts

Balas #11 lafamilia\ catat

saya pun dgr camtu.. yg sy tau kerajaan jepun dah bagi duit tu... tapi smp skrg waris masih belum dapat duit tu..
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2009 11:44 PM | Show all posts

Balas #13 sardin\ catat

mmg susah nak jumpe la... lelebih kalau bab duit ni..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-5-2009 11:45 PM | Show all posts

Balas #15 sepiITUindah\ catat

tol tu.. yg aku dgr pun camtu gaks...
ntah ada lagi ntah tidak duit tu....
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2009 11:45 PM | Show all posts

Balas #16 sickchild\ catat

yup... smp skrg tak tahu mcmana status duit tu..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-5-2009 05:03 PM | Show all posts
Originally posted by alphawolf at 26-4-2009 09:10
Ih la kesiannya....dah cuba cek2 belah Burma/Thai?


dulu mase arwah apak idup lagi..
ade jugak usaha mencari..
skang ni sonyap jek..

belah mak pun memasing buat hal memasing..
den jek baru nak mula2 mengkaji..
nanti le tanye mak den..
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2013 11:38 AM | Show all posts

Kisah Tragis Landasan Keretapi Maut

Anda masih ingat dengan sejarah landasan keretapi berdarah?  Ya..sejarah dan kisah tragis ini berlaku sekitar tahun 1880-an dahulu iaitu kira-kira 130 tahun yang lalu.   Sepertimana yang diketahui, sepanjang tempoh pembinaan landasan ini, tiada yang lebih sukar melainkan kesengsaraan, keperitan dan penderitaan yang tiada penghujungnya. Tiada yang lebih berharga daripada nyawa melainkan membilang hari menanti ajal.  Itulah yang boleh diibaratkan kepada buruh-buruh paksa tersebut.



Landasan yang dalam pembinaan


Laluan landasan yang dibina berhampiran gunung batu

Mengikut catatan sejarah, selepas selesai penaklukan Jepun di Tanah Melayu dan Singapura pada Februari 1942, negara matahari terbit itu mula merencanakan pembinaan landasan keretapi sejauh 415 kilometer yang merangkumi 60 stesen dari Thailand ke Burma bagi meluaskan penaklukan rantau itu sehingga ke India.

Seramai 68,000 tahanan perang British, Australia, Amerika, New Zealand dan Belanda manakala 200,000 lagi buruh paksa India, China dan Melayu terlibat dalam pembinaan landasan maut itu. Sepanjang tempoh tiga tahun pembinaannya, seramai 16,000 tawanan perang maut dan lebih 100,000 buruh dari Asia itu dilaporkan meninggal dunia atau hilang. Sepanjang tempoh 1942 hingga 1946, sebanyak 72,000 rakyat negara ini menjadi buruh paksa, namun hanya kira-kira 30,000 orang sahaja selamat pulang.



Dalam kenangan..buruh paksa ramai yang menemui maut


Kematian yang tiada bernisan

Seterusnya, antara negara-negara Asia yang terlibat adalah datang dari Burma, Jawa, dan Tanah Melayu.  Kemudian, pada tahun 1942, Perang Dunia II telah berlaku dan kejatuhan Tanah Melayu, Singapura dan Indonesia.  Kemudian pada tahun 1942, Perang Dunia II telah berlaku dan kejatuhan Tanah Melayu, Singapura dan Indonesia.

Oleh yang demikian, tahanan perang digunakan oleh pihak Jepun bagi merealisasikan impian mereka dalam mencapai kejayaan semasa zaman peperangan tersebut.  Tenaga dan kudrat telah dikerah sepenuhnya siang dan malam.

Fakta  :
Bilangan pekerja landasan keretapi maut  dari Asia  :  72,000
Selamat pulang  :  30,000
Selebihnya   :  Ditimpa penyakit, kebuluran atau dihukum hingga mati.



Dikerah bekerja siang dan malam untuk memastikan matlamat tercapai


Ramai yang menanggung sengsara akibat pelbagai penyakit



Ribuan kubur para pekerja disemadikan

Kebanyakan tahanan yang meninggal dunia disebabkan berbagai penyakit antara lain seperti taun, malaria, beri-beri dan keletihan. Hukuman fizikal bagi mereka yang dinilai kerana lalai dalam kerja atau melakukan kesalahan diperlakukan dengan sangat kejam dan sebagai hukuman mereka yang sakit dan tidak dapat bekerja tidak akan diberi makanan.

Sekitar tahun 1942-1943, kebanyakan tahanan perang terpaksa membina landasan keretapi ini hidup dalam keadaan yang dahsyat.  Tahanan bekerja di bawah kudrat yang melampau.  Keadaan kerja yang begitu teruk di samping menerima seksaan dari pihak Jepun.
Alatan yang Digunakan
Alatan yang digunakan untuk menggali tanah dan batu pada kedalaman 20 meter dengan hanya peralatan yang terhad. Mereka menggunakan tukul seberat 8 paun, batang paip keluli, bahan letupan dan penyodok. Sebahagian besar bahan buangan telah dikeluarkan oleh tangan yang menggunakan bakul rotan dan guni beras yang digantung antara dua tiang.



Jenis-jenis alatan digunakan


Kemungkinan rekod kematian sebenar yang dicatatkan adalah lebih tinggi daripada apa yang direkodkan.  Tekanan dari pihak Tokyo memaksa tentera-tentera Jepun memaksa ribuan buruh untuk mempercepatkan kerja-kerja pembinaan landasan.  Tenaga manusia dikerah tidak henti-henti.
Begitulah antara kisah tragis yang menggambarkan penderitaan sepanjang pembinaan laluan keretapi maut ini.  Nyawa ketika itu ibarat tidak berharga kerana yang penting matlamat tercapai.  Kelemahan pertahanan sesebuah negara terutamanya negara-negara Asia ketika itu memaksa keadaan sedemikian terjadi. Kesusahan penduduk Tanah Melayu ketika itu juga memaksa rakyatnya menyertai projek “berhantu” tersebut atas paksaan.   Malah, masih terdapat lagi segelintir buruh paksa yang masih hidup dan mereka mampu menceritakan detik-detik sengsara itu.
Kesimpulannya, penderitaan yang mereka alami mungkin meninggalkan trauma yang berpanjangan dalam hidup mereka yang terlibat hingga ke akhir hayat..

Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2013 05:13 PM | Show all posts
"Anda masih ingat dengan sejarah landasan keretapi berdarah?  Ya..sejarah dan kisah tragis ini berlaku sekitar tahun 1880-an dahulu iaitu kira-kira 130 tahun yang lalu.   Sepertimana yang diketahui, sepanjang tempoh pembinaan landasan ini, tiada yang lebih sukar melainkan kesengsaraan, keperitan dan penderitaan yang tiada penghujungnya. Tiada yang lebih berharga daripada nyawa melainkan membilang hari menanti ajal.  Itulah yang boleh diibaratkan kepada buruh-buruh paksa tersebut."


Setahu aku pembinaan landasan keretapi maut di Burma adalah sekitar pendudukan Jepun pada 1942, yang hang bagi intro tahun 1880-an tu kisah landasan keretapi yang mana?
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2013 05:21 PM | Show all posts
Odyman posted on 16-8-2013 05:13 PM
"Anda masih ingat dengan sejarah landasan keretapi berdarah?  Ya..sejarah dan kisah tragis ini berla ...

betul tu....salah satu nya atok sedara saya..sampai sekarang x tahu hidup @ mati....jepun ambik masa tu dia baru umur 30an mcm tu


Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2013 09:19 PM | Show all posts
Odyman posted on 16-8-2013 05:13 PM
"Anda masih ingat dengan sejarah landasan keretapi berdarah?  Ya..sejarah dan kisah tragis ini berla ...

aku pun confuse
masa tu world war 1 pun belum lagi
jepun pun masa tu era meiji lagi

Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2013 11:18 AM | Show all posts
itulah jadinya bila kopipes dari blog orang...heheh
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2013 05:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Berfungsi lagi tak landasan tu la ni?
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2013 01:03 AM | Show all posts
gud info...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-5-2014 10:06 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2014 10:36 AM | Show all posts
Baru tengok Astro Hidden City...ada la sikit journalist ni melawat lokasi landasan keretapi ni..ditunukkan macam mana diorang belah bukit semata-mata nak siapkan landasan, bekas kubur besar. Cuma nama Tanah Melayu tu disebut sebagai British-Malaya.
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2014 12:46 PM | Show all posts
seksa dan sengsaranya diorang...
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2014 12:54 AM | Show all posts
Zalim btl jepun2 ni
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-3-2025 01:38 AM GMT+8 , Processed in 0.052170 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list