Awan kumulonimbus (Cb) ialah sejenis awan yang tinggi, padat, dan terlibat dalam ribut petir dan cuaca sejuk dan lembap lain. Cumulonimbus {kumulonimbus) berasal daripada bahasa Latin: Cumulus "mengumpulkan" dan nimbus "hujan". Ia disebabkan ketidakstabilan atmosfera. Awan kumulonimbus terbentuk daripadaawan kumulus (dari cumulus congestus) dan seterusnya berkembang menjadi supersel, ribut petir kuat dengan ciri istimewa.