ciksurie posted on 26-10-2013 10:49 AM
tepek jer abe long...boleh tambah ilmu
Khusus untuk ciksu dan yang lain2 amnya...
file:///C:/Users/Amdan/AppData/Local/Temp/msohtmlclip1/01/clip_image002.gif Jabatan Kemajuan Islam Malaysia “ PENJAGAANALAM SEKITAR TANGGUNGJAWAB BERSAMA” (25 OKTOBER 2013 / 20ZULHIJJAH 1434)
file:///C:/Users/Amdan/AppData/Local/Temp/msohtmlclip1/01/clip_image004.jpg file:///C:/Users/Amdan/AppData/Local/Temp/msohtmlclip1/01/clip_image006.jpgfile:///C:/Users/Amdan/AppData/Local/Temp/msohtmlclip1/01/clip_image008.jpg Muslimin yang dirahmatiAllah, Saya berpesan kepada diri saya dan menyeru kepada sidangJumaat yang dikasihi sekalian, marilah sama-sama kita bertakwa kepada Allah SWTdengan sebenar-benar takwa serta melaksanakan segala perintah-Nya dan menjauhisegala larangan-Nya. Mudah-mudahankehidupan kita diberkati di dunia dan di akhirat. Bersempena dengan sambutan MingguAlam Sekitar Malaysia (MASM) pada tahun ini, maka mimbar jumaat pada hari iniakan membicarakan tajuk khutbah Jumaat ialah: “PENJAGAAN ALAM SEKITAR TANGGUNGJAWAB BERSAMA”. Muslimin yang dirahmatiAllah, Islam melarang umatnya dari melakukansebarang bentuk kerosakan di atas muka bumi. Ini termasuk kerosakanjiwa, harta benda dan alam sekitar. Bahkan umat Islam wajib mencontohi akhlak junjunganbesar Nabi Muhammad SAW dalam memastikan hubungan dengan alam terusterpelihara. Berdasarkan sifat rahmat yang dibawa oleh Baginda SAW adalah untuksekalian alam, maka apa sahaja kehidupan di atas alam ini wajib diberikan hakkehidupannya mengikut sunatullah. Manusiayang bijak mengguna akal fikiran akan bertambah mulia martabat mereka sekiranyadapat memanfaatkan khazanah alam dengan baik. Firman Allah lagi di dalamSurah Sajdah ayat 4: file:///C:/Users/Amdan/AppData/Local/Temp/msohtmlclip1/01/clip_image010.jpgMaksudnya: “AllahTuhan yang menciptakan langit dan bumi serta segala yang ada diantara keduanyadalam enam masa, kemudian ia bersemayan diatas Arasy, kamu tidak akan berolehsebarang penolong dan pemberi syafa'at selain dari Allah, oleh itu tidakkahkamu mahu insaf dan mengambil iktibar ( untuk mencapai keredhaan-Nya).” Namun persoalan besar timbul ialah tindakansegelintir manusia yang tidak bersyukur dengan ghairah mengeluarkan kekayaandari perut bumi dan kerakusan menambah harta kekayaan sewenang-wenangnyasehingga merosakkan ekosistemnya, memberi kesan jangka masa panjang yangmenyebabkan bencana yang tidak dijangka berlaku seperti meningkatnyaparas air laut, banjir besar, gempa bumi, glazier semakin mencair di Antartikadan perubahan cuaca tidak menentu. Percayalah bahawa kesemua ini memberi kesanburuk terhadap kehidupan samada dari sudut pertanian, nelayan dan penduduk. Mengambil contoh apa yang berlaku baru-baru ini apabila ibukota dilanda banjir yang mengakibatkan kemusnahan dan kerosakan harta bendayang banyak, begitu juga berlaku pembuangan sisa-sisa toksik atau air tercemaryang tidak dirawat oleh kilang-kilang industri, melakukan pembakaran secaraterbuka dan sebagainya, yang mana gambaran-gambaran ini menyebabkan berlakunyapencemaran, maka barulah kita sedar bahawa alam sekitar yang dikurniakan kepadakita ini perlu dipelihara. Allah SWT. menjelaskan didalam surah al-Rum ayat 41: file:///C:/Users/Amdan/AppData/Local/Temp/msohtmlclip1/01/clip_image012.jpgMaksudnya: “Telah timbul berbagai-bagaikerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telahdilakukan oleh tangan-tangan manusia, timbulnya yang demikian kerana Allahhendak merasakan mereka sebahagian dari perbuatan-perbuatan buruk yang merekatelah lakukan, supaya mereka kembali ( insaf dan bertaubat ).” Musliminyang dirahmati Allah, Yakinlah bahawaperubahan alam sekitar yang kadangkala hujan dan panas ini lebih merupakan satuujian dan teguran daripada Allah SWT. Kita hendaklah merasa takut kepada Allah SWT. iaitu takutkepada kemurkaan, seksaan dan azab-Nya. Rasa takut iniboleh menyerap ke dalam jiwa, jika kita menyedari betapa azab Allah di akhirat sungguhdahsyat. Bayangkanlah, dengan hanya satu gigitan nyamuk sahaja sudah mampuuntuk membunuh manusia dewasa yang sihat walafiat. Apatah lagi dengan azab api nerakaAllah. Sudah pastilah kita tidak akan mampu menahan azab seksa-Nya. Ini jelasmembuktikan bahawa betapa kerdil dan lemahnya diri kita ini berbandingkekuasaan dan kehebatan Allah SWT. Antara gambaran yang pernah diceritakan olehRasulullah SAW ialah mengenai betapa dahsyatnya kepanasan neraka berbandingkepanasan dunia. Sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari daripadaAbu Hurairah RA: file:///C:/Users/Amdan/AppData/Local/Temp/msohtmlclip1/01/clip_image014.jpgMafhumnya: “ Api yang kamu semua nyalakannya di duniaini hanyalah satu juzuk daripada tujuh puluh juzuk api neraka jahannam. Para sahabat berkata: “Ya Rasulullah, api dunia ini sahajasudah sangat panas”. Baginda bersabda: Memang, api neraka itu lebih panas lagidengan enam puluh sembilan kali ganda panasnya, di mana setiap juzuk itumenyamai suhu panas api di dunia ini.” Mimbar yangmulia ini ingin menyatakan bahawa dengan memiliki rasa takut kepada Allah SWT,kita akan memperolehi keberuntungan yang besar. Sebagaimana firman Allah SWTdalam surah an-Nuur ayat 52: file:///C:/Users/Amdan/AppData/Local/Temp/msohtmlclip1/01/clip_image016.jpg Maksudnya: “Dan sesiapa yangtaat kepada Allah dan Rasul-Nya, dan takut melanggar perintah Allah, sertamenjaga dirinya, maka merekalah yang beroleh kemenangan.” Justeru, bagaimanakahcaranya untuk kita menimbulkan perasaan takut kepada Allah SWT. itu? Terdapat beberapacara yang boleh kita lakukan untuk berbuat demikian, antaranya ialah: Pertama: Mengambil iktibar daripadakisah-kisah yang telah diceritakan dalam al-Quran dan al-hadith tentangperbuatan yang mendatangkan kemurkaan Allah SWT. yang dilakukan orang yangterdahulu yang ingkar dan tidak patuh kepada perintah-Nya baik yang diterimasemasa di dunia mahupun ketika di akhirat kelak Kedua:Untukmenimbulkan perasaan takut kepada Allah, kita hendaklah menyedari danmembayangkan betapa seksa dan pedihnya azab Allah di akhirat sehingga tidakdapat digambarkan betapa kedahsyatannya. Percayalah,apabila seseorang itu takut kepada Allah SWT, dirinya akan sentiasa merasa maludengan Allah, sentiasa rasa diperhatikan dan tindakannya pasti mengikut batasansyariat yang akhirnya pasti melahirkan kebaikan untuk umat manusia dan alamini. Musliminyang dirahmati Allah Menyedari bencana alam sebagai hak mutlak Allah SWT yang tidak diduga,maka kesedaran tentang peranan dan tanggungjawab semua pihak dalam mengurus danmengurangkan kesan bencana alam perlu dilakukan. Di negara kita, Jabatan AlamSekitar adalah agensi kerajaan yang bertanggungjawab terhadap pemuliharaan alamsekitar. Fungsi utamanya adalah untuk mencegah, menghapus, mengawal danmembaiki alam sekeliling agar senantiasa terpelihara melalui penguatkuasaan dan program kesedaran sertapendidikan kepada masyarakat. Namun segala usaha tersebut perlulah diperkukuhkan melaluisokongan dan kerjasama padu semua pihak. Mimbar inginmengingatkan bahawa menjadi kewajipan semua pihakmemastikan alam sekitar dipelihara dengan selamat. Inilah masanya semua umat Islam mesti sedar dan perlu memastikan sebarang rancangan pembangunan dankegiatan sosio ekonomi masyarakat mestilah tidak merosakkan ekologi alamsekitar. Elakkanlah daripada menarah bukit, melakukan pembalakan haram,pembakaran terbuka dan pembuangan sampah yang tidak terkawal. Berusahalah untuk menghindari diri dantempat tinggal dari sebarang bencana dengan menunai segala perintah Allah SWTdan meninggalkan tegahan-Nya, kerana sesungguhnya bencana adalah sebahagiandaripada balasan dan ujian dari Allah SWT. Mengakhirikhutbah pada minggu ini, mimbar menyeru kepada sidang jemaah dan umat Islamsekalian, marilah kita bersama bersatu hati dibawah satu lambang perpaduan,menyemai sikap kasih sayang dan bermuafakat untuk kemajuan demi agama, bangsadan negara. Mimbar yakin jika semua manusia kembali kepada matlamat kehidupanyang sebenar maka bumi yang kita diami ini akan kembali aman dan tenang sertatiada lagi kegelisahan, ketakutan dan kebimbangan. Marilahsama-sama kita mengurus amanah Allah SWT ini dengan rasa bertanggungjawab,beramanah, jujur bagi mengelak berlakunya kesan buruk terhadap kehidupan,ekonomi dan sosial negara. Ingatlah anugerah Allah SWT ini akan menjadi rahmatkepada kita, maka perlu disyukuri dengan memelihara sebaik-baiknya dan dalammasa yang sama juga boleh menjadi bala bencana serta azab yang tersiksa,sekiranya tidak bersyukur dengan mengabaikannya. Denganitu seharusnya umat Islam mengambil manfaat dan menambahkan ketakwaan ataskebesaran kejadian Allah ini. Marilah sama-sama kitamerenung firman Allah dalah surah al-Araf ayat 97-98: file:///C:/Users/Amdan/AppData/Local/Temp/msohtmlclip1/01/clip_image018.gifMaksudnya:“ Patutkah penduduk negeri-negeri itu merasa aman daripada kedatangan azabKami kepada mereka pada malam hari, semasa mereka sedang tidur? Atau patutkah penduduk negeri itu merasaaman daripada kedatangan azab Kami kepada mereka pada siang hari, semasa merekaleka bermain-main?” file:///C:/Users/Amdan/AppData/Local/Temp/msohtmlclip1/01/clip_image020.gif
|