Originally posted by Pak_Jen at 24-2-2008 12:01 AM
pehh puas hati tgk 5 bijik..setelah kena 4 bijik ngan selangor..titik otek plak..otekk bleh la woii..
sehingga 1st gol polis mmg sewel..tapi lepas dapat sebijik..polis lak sewel..apa2pun takleh nak bangga..polis je pun..nak tunggu perelih sabtu depan..tgk boleh makan ke..atau kena makan..
POLIS Diraja Malaysia (PDRM) gagal mengawal amukan Perak apabila tewas 1-5 pada saingan bola sepak Liga Super di Stadium Perak, Ipoh malam tadi.
Perak yang membelasah PDRM 6-0 pada pusingan pertama lalu beranggapan mampu mencatat kemenangan mudah pada pertemuan kedua ini tetapi tetap mendapati sukar.
Namun anggapan itu ternyata meleset apabila pasukan pelawat memberi tentangan sengit sejak awal permainan.
Penyerang PDRM, Mohd. Fazli Baharuddin perlu menyalahkan diri sendiri atas kegagalan membuka jaringan buat pasukannya apabila gagal menyudahkan hantaran Hillary Echesa pada minit ke-28 walaupun pintu gol Perak sudah terbuka.
Hasrat mereka untuk memecah kebuntuan hadir pada minit ke-31 menerusi Budi Supiresbangangono yang melakukan sepakan jarak jauh untuk menewaskan panjaga gol tuan rumah, Mohd. Nasril Nourdin pada minit ke-31.
Kegembiraan PDRM tidak kekal lama apabila ketua pasukan Perak, Ahmad Shahrul Azhar berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-33.
Gol tersebut menyemarakkan semangat Seladang untuk menambah jaringan dengan melakukan asakan yang bertali arus.
Usaha mereka berhasil apabila menambah jaringan melalui tandukan pemain import dari Chile, Carlos Caceres pada minit ke-38.
Gol tersebut merupakan gol ke-10 Caceres setelah menerima hantaran silang daripada Shahrulnizam Mustafa.
Kedudukan Perak semakin kukuh apabila tolakan penjaring terbanyak, Mohd. Khalid Jamlus pada minit ke-63 gagal diselamatkan oleh penjaga gol PDRM, Ishak Majali.
Pasukan tuan rumah terus berpesta gol apabila Khalid menambah gol keempat setelah menerima hantaran daripada Ahmad Shahrul pada minit ke-86.
Dua minit selepas itu Perak memperoleh gol kelima melalui rembatan kencang Caceres pada minit ke-88.
Di Stadium Sarawak, tuan rumah gagal menggunakan kelebihan bermain di tempat sendiri apabila tewas 1-2 kepada Kedah.
Gol-gol Kedah diperoleh menerusi jaringan Marlon Alex James pada minit ke-15 dan ke-28 manakala Sarawak menjaringkan gol sagu hati menerusi Mohd. Khalid Hamlet pada minit ke-76.
Di Stadium Tunku Abdul Rahman, Paroi, Negeri Sembilan NAZA turut mencatat kekalahan apabila tewas 2-3 kepada Pahang.
Pahang menghasilkan jaringan menerusi Hairuddin Omar pada minit keenam dan ke-56 diikuti jaringan Mohd. Zamani Misbah pada minit ke-65.
Tuan rumah memperoleh gol mereka menerusi Shahurin Abu Samah pada minit ke-10 dan Udo Fortune pada minit ke-56.
Di Stadium MBPJ, Petaling Jaya, UPB-MyTeam gagal menyaingi kehebatan Terengganu selepas tewas 1-3 menerusi jaringan Gleisson de Souza pada minit ke-84 dan ke-88 selepas Zairo Anuar menghasilkan gol pertama pada minit ke-15 menerusi sepakan penalti.
Pada perlawanan itu, Terengganu lebih dulu melakukan jaringan menerusi Mijo Dadic pada minit ke-10.
Di Stadium Hasanal Bolkiah, tuan rumah, Brunei DPMM dimalukan di hadapan peminat sendiri apabila tewas 1-2 kepada Selangor.