a.Berikan 5 peribahasa dr pic diatas.
a. Umpama semut mempersembahkan peha belalang kepada raja - Pemberian yg tiada ertinya
b.Nyamuk mati gatal tak lepas - menaruh dendam terhadap org yang berbuat jahat walaupun org itu telah dihukum
c.gajah seekor gembala dua - dua orang lelaki mencintai seorang perempuan
d. berjual pisang kepada monyet - berjual dgn memberi hutang
e. katak ditimpa kemarau - tidak keruan
b.Tepek 2 picnya yg 'lucu'.
a.Berikan 5 peribahasa dr pic diatas.
1. semut mati kerana gula
2. marahkan nyamuk kelambu dibakar
3. gajah mati meninggalkan gading
4. Seperti kera kena belacan
5. seperti katak di bawah tempurung
a) Ada gula ada semut- Di tempat orang mudah mendapat rezeki banyak la orang berkumpul.
b) Ditempuh nyamuk terbalik, ditindih lalat tak dapat bangkit- Terlalu lemah.
c) Kuman di seberang laut nampak, gajah di depan mata tidak nampak- Kesalahan diri sendiri tidak terlihat, kesalahan orang lain terlihat.
d) Kera menjadi monyet- Perubahan yang tiada bezanya.
e) Laksana katak, sedikit hujan banyak bermain- Seorang yang suka membesar-besarkan masalah.