|
sarah, aku beli mutton beriani bagi dua, save duit tak habis pun portion dia yg besar bagai. kalau bukhari boleh kongsi satu family maa.
merz, bini kau memang tak sembunyikan perangai dia yang sebenar & kalau bertempik2 macam pontianak sundal malam, giler ke apa. baik kau rakam secara sembunyi2 and buat bukti kalau nak naik pejabat agama bukan nak fail cerai lah... sesi kaunseling jee. nanti bini kau berlakon depan pegawai pulak - pijak semut tak mati, dirumah hantu raya pun angkat kain baju pindah rumah
... tak sabar menunggu sambungan drama |
|
|
|
|
|
|
|
cafe kastam? takdelahh.... cafe khazanahla yg dekat building MOF tu..tapi la ni maleh nak gi cafe tu, seme lauk tak sedap macam buat ngan kaki..huhuuhu
MelahJanda Post at 18-3-2010 10:48 
Cafe kastam eh? Tak ingat tapi memang dekat dgn nurseri masa tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
untung wife TT dpt suami mcm ni
sentiasa sabar ngan kerenah isteri
kalau saya.. tak da nya hubby nak layan kalau mcm ni
my hubby baran tapi generous
dan i pon boleh tahan jgk.. drama queen.. but he always makes me know
where i stand...
yg tk paham.. nape laa dah parah mcm ni baru nak bertindak
boleh tido lena ehh u all hutang sampai puluh2 ribu
mungkin awak patut lepas kan dia laaa..
may be she will be happier without u
u yg terhegeh2 nak tlg dia selesaikan hutang
tapi dia sikit pon tk appreciate.... |
|
|
|
|
|
|
|
mungkin TT patut consider haramkan ur wife ada CC
since most all of d expenses u yg tanggung
i dun think she needs one. kalau terdesak suruh dia guna DC jer
i akui yg i seorg yg high maintenance n i luv fashion
tapi i tk pernah berhutang
hubby nak bagi supplementary CC i tk nak
coz i know my weakness
whatever i bought adalah secara cash
i akan pastikan tiap2 bln ada savings juga
mungkin sbb i tk keje so i pikir yg i harus ada disiplin dlm berbelanja
unlike ur wife yg pikir dia keje so duit dia.. dia punya suka |
|
|
|
|
|
|
|
Post ni aku nak jawab je korang punya post... nanti aku sambung citer.
simbiosis,
apahal plak dia nak mintak cerai ni.. bukan ko ada buat apa2 tak elok pun.
kesalahan dia, apesal nak cerai.. tak paham aku
Pd dia, aku buat salah pasal menyibuk dlm hal peribadi dia yg aku x sepatutnya masuk campur... Tu yg nak cerai tu, aku ni menyakitkan hati dia je. Termasukla apa yg terjadi pagi semlm... itu next post la.
Melah,
aku cadangkan ko rampas seme cc, bukan kasi dia pegang satu cc. pastu atm card seme pun amik.
Aku tinggalkan CC pun yg Islamic jer, dan aku tau kad2 tu pun dah exceed limit. Yg lain semua aku dah ambik. Ni small compromise aku, lagipun seblm ni alasan aku nak pakai CC, pakai Islamic jer pasal yg lain tu ada riba, HARAM! ATM takpe la, itu kira mcm cash dia aku takde hak.
tina,
Financial aku mmg ok, loan dan CC aku semua always ontime punya.
some ppl, mmg kena learn thru hardest way...dier belom rasa sampai terduduk...kasik dier terduduk sampai terkangkang la...
insya allah, dgn attitude mcm tue, derita pasti hadir beb....so.....you're right, biler sampai waktu itu, biar dier tahu susah hasil boros dan bongkaknyer dier sblm2 nie....
Mmg dlm 2 thn lepas bila aku tegur tu, gaduh la. Tapi pas tu dia camtu gak dan aku biarkan je, takde buat apa2 dgn harapan dia akan sampai stage yg tersepit takleh nak buat apa2 baru nak sedar. Tapi pasal ada je event (tukar keje, gaji naik, dpt new CC, dpt bonus, perabihkan savings, sis dia amik loan utk dia, etc) yg membolehkan dia somehow terus continue the trend. Tang sini pandai lak dia?! Jan08 CC dia dlm 15k, Jan09 dah 56k dan Jan10 dah 73k... Sampai bila aku nak tunggu? Aku kalau 15k tu pun aku sendiri rasa mcm nak menggigil pikir, ni dah 80k (Feb10) aku x sanggup lagi! Enough is ENOUGH!
Pasalnya, terang2 nampak family dia mengharapkan kitorang sometimes. Aku pun tolong, dia pun tolong. Aku make sure keperluan family aku cover, dia boleh pakai gaji dia tolong family dia. Aku x kisah pun, tujuannya baik. Aku cuma cakap aku kena cut down other luxuries pasal dah tolong family dia, tp dia kata aku berkira lak! Yg dia byk sgt membazir dan shopping sampai pas tu komplen aku x tolong dia utk tolong family dia... Dah pegi timbunkan hutang, nak byr bulan2 pun dah 3-4k (CC aje, x masuk loans lagi), baru nak kata duit gaji x cukup?! Apa hal?! Aku sayang ILs aku, tu yg aku nak make sure long term pun kitorang stable so boleh tolong diorang yg kurang bernasib baik berbanding aku.
James,
Mmg terpikir nak rekod, tp tak sempat nak buat. Bini aku mmg x respek aku, mak bapak dia pun kurang, usahkan ustaz/kadi/kaunselor... Dia siap perli lagi ustaz yg aku jumpa tu (pasal dia check h/p aku - call logs je, sms dah delete). Aku rasa kot dpn pegawai pun takdenya nak control diri.
Dhahlia,
mungkin TT patut consider haramkan ur wife ada CC
Dgn AKPK, mmg dia kena surrender semua CC dan takleh lepas kalau apply baru selagi x settle AKPK. Pasal syarat kena submit Bank Negara CCRIS report dgn application form.
Sidetrack skit... rekod AKPK ada sorang tu ntah brp CC dia, total 1.3mil! Of course bini aku mungkin takkan sampai camtu, but kalau 100k pun pd aku dah too ridiculuous!
Aku buat pasal zakat tu wajib, dia x byr cukup. Riba tu haram, dia x nak kurangkan pun seblm boleh stop. Membazir/berlebih2an tu pun berdosa (Al-Quran kata saudara syaitan), dan terang2 nampak sgt membazirnya. Dah la tu, duit yg x wujud lagi dah diperabihkan. Apa nak jadi dgn masa depan bila kena tolong family dia lagi? |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by tina^^ at 18-3-2010 16:44
bini ko belanjer aper lagik ek setelah hutang menimbun2 keliling pinggang nie?? ce list down sket....dari 15k naik ke 73k....nak gak tau aper yg bini ko soping tak hengat dunia nieh... |
|
|
|
|
|
|
|
ko ni kadang islamik pulak sangat. heran gak aku.
dah terdesak nazak ni, nak zakat kemendenyer. takyahla bayar2 zakat dulu. zakat pendapatan ni sesetengah ulama' je kata wajib. zakat yg wajib tu ha, zakat fitrah. zakat emas kalo ada emas tak pakai. kalo yg pakai, takyah zakat. lagi zakat binatang ternakan. kalo ko menternak binatang kenalah zakat.
yg penting bini ko tu solat lima waktu, jaga puasa, jaga kemaluan dan dengar cakap suami. |
|
|
|
|
|
|
|
Buat masa ni, talak tu belum dlm pertimbangan aku lagi... Kot dah jenuh usaha dan takde jalan lain, mungkin terpaksa. Itupun nantila, maybe aku file tuduhan nusyuz kat mahkamah dulu kalau dia nak tuntut fasakh ker, tebus talak ker...
Ok... pg esoknya tu, masa nak gi keje. Mlm seblm tu, seblm gaduh ni, dia kata esoknya tu boleh gi keje sekali dgn aku. Tup tup pg tu kata ada mtg kat ofis HQ, dia kena drive sendiri. Aku cakap semlm kata boleh, tiba2 pg ni lepas gaduh mlm tu, tiba2 nak pakai keta? Alasan dia, baca emel pkul 4am baru dia tau ada mtg. Aku tak caya laaa... Tadi aku check2 thru cara2 aku, tgk cam takde je pun. Aku kata, kalau betul ada mtg, takpe, aku gi ambik dia kat ofis, hantar dia ke HQ. Balik mlm nanti aku ambik (pasal dia biasa balik mlm kalau ada mtg kat sana - mmg keje atau gi shopping dulu). Dia kata apasal lak aku nak control2 nih? Apasal takleh dia bawak keta? Aku cakap, dia kata hutang dia suka hati dia, keta aku suka hati aku la. Bukannya dia takleh gi keje ke, x dpt gi mtg ker. Lagi senang dia apa, penat tido lambat pun hari tu takyah drive ke ofis dia dan gi mtg dan balik, ada drebar. Aku kat ofis x susah nak keluar lama skit kalau ada hal, so boleh hantar dia gi mtg tu.
Dia dah marah2 lagi dah, memekik lagi . Pas tu dia tengking lak, mana CC dia? Aku jawab dgn tenang kata no. Dia tanya lak mana kunci umah dia, aku kata nanti dlm keta aku bagi. Nak gi keje, jom aku hantar sekrg, nanti aku ambik dia utk hantar gi mtg dia lak. Menengking2 lagi la mintak CC dia, mintak kunci keta, tapi semua aku dah ambik. Nangis2 la lagi, terus call MIL, meraung2 mintak suruh SIL ambik dia... "tgk la merz ni mak, mlm tadi gaduh, pg ni gaduh, tak tahan dah... nak cerai jer dgn dia" . Pastu gi berkurung dlm bilik.
Aku pun tunggu... pastu MIL call. Aku citer la apa yg aku cakap semlm, apa yg aku buat pg tu sebijik2. MIL aku kata, mintak izin aku bagi bini aku gi umah dia. Tolong hantarkan kalau boleh. MIL aku kata kalau nak kurung bini aku kat umah pun, terpulanglah. Itu hak aku. Aku setuju dgn MIL, biar dia aku cuba tenangkan bini aku dulu. Aku cakap yg aku buat semua ni pasal nak raelly make a point to her yg aku takleh tolerate lagi hutang dan perangai dia sekarang. Selama ni cakap pun tak guna. So, tghari tu, SIL aku dtg ambik dia bawak balik umah MIL. Masa dia nak keluar tu, aku bg kunci umah kat dia. Ntah la patut ke tak, BIL aku yg ada call seblm tu kata patut bagi la :re:
Ptg tu MIL aku sms kata apa aku buat ni buat benda jadi lagi teruk, x sangka aku boleh buat camni... Aku reply kata aku tau, mungkin aku terlajak skit, mendesak, hilang sabar dgn dia... tapi lembut dan sabar aku ada hadnya gak. Dah bertahun tegur cara baik pun x makan saman, x larat dah kepala aku dipijak, diperbodohkan, dimarah2 mcm hamba :@ . Dia pun kena sedar salah dia, taknak terima teguran cara baik dan cuba menegakkan benang yg basah. Aku mintak MIL pujuk dia jumpa kadi/kaunselor pasal seblm ni dah brp kali aku ajak pun dia yg taknak. Dan aku mintak MIL doakan hidayah dan kekuatan utk kami.
Mlm tu, pasal bini aku takde keta, dia mintak BIL hantar keta dia ke umah MIL (pasal BIL aku pinjam keta bini aku, bini aku dpt pakai 1st car aku pasal aku pakai keta company). Lepas BIL hantar, aku jumpa BIL dekat2 umah MIL, gi bincang dgn dia dulu. Pas tu balik sekali ke umah aku dan aku bg BIL pakai 2nd car aku. Ye la, dia nak kena balik umah dia dan kena pakai keta gak esoknya tu. Anyway, cuma MIL aku yg tau aku gi ambik BIL aku dan bagi dia pakai 2nd car aku (masa dpt company car, 2nd car ni nak jual, cuma buyer belum dpt duit dia nak byr lagi jer).
BIL aku suggest la apa aku patut buat wknd ni, dan next week. Nanti la aku share, tanya pendapat.
Hari ni... senyap je . Aku penuhi masa aku buat keje, dan taip posting2 berjela aku hari ni... Mlm ni aku nak gi baca yasin kat masjid dulu. |
|
|
|
|
|
|
|
ko ni kadang islamik pulak sangat. heran gak aku.
dah terdesak nazak ni, nak zakat kemendenyer. takyahla bayar2 zakat dulu. zakat pendapatan ni sesetengah ulama' je kata wajib. zakat yg wajib tu ha ...
MelahJanda Post at 18-3-2010 17:08 
amboiihhhh ninaa..cam ostazah ko |
|
|
|
|
|
|
|
bole tahan gak erk ego bini tuan tanah..... |
|
|
|
|
|
|
|
Buat masa ni, talak tu belum dlm pertimbangan aku lagi... Kot dah jenuh usaha dan takde jalan lain, mungkin terpaksa. Itupun nantila, maybe aku file tuduhan nusyuz kat mahkamah dulu kalau dia nak tunt ...
merz Post at 18-3-2010 17:16 
penat gak nak gado2 ngan bini camnie yekkk....gado2 dok ngadu kat omak, dok sibuk nak balik umah omak........ |
|
|
|
|
|
|
|
Buat masa ni, talak tu belum dlm pertimbangan aku lagi... Kot dah jenuh usaha dan takde jalan lain, mungkin terpaksa. Itupun nantila, maybe aku file tuduhan nusyuz kat mahkamah dulu kalau dia nak tunt ...
merz Post at 18-3-2010 17:16 
wah merz...baru nampak kejantanan u and ketegasan sbg ketua keluarga..camnilah jadi lelaki..biasalah mak mertua salah anak sendiri pun tak nak mengaku..anak dia gak betul w/pun dia sebenarnya nampak dan tahu..klu ko gi pejabat kadi kaunseling, mau kaunselor tu terduduk dengar hutang bini nak dekat suku juta.itu kawan syaitan namanya, ceramah ustazah tu nanti. |
|
|
|
|
|
|
|
Sajo nak tambah, bini ko ni jika ada dato ke/tan sri ka yang boleh umpan/sponsor dengan kemewahan, mahu dia lari tinggalkan ko. |
|
|
|
|
|
|
|
biasalah mak mertua salah anak sendiri pun tak nak mengaku..anak dia gak betul w/pun dia sebenarnya nampak dan tahu
cmf_iddine Post at 18-3-2010 22:13 
Sory kot aku x brp clear... MIL mintak aku izinkan bini aku ke umah dia supaya bini aku boleh cool down. Slowly nanti MIL cuba pujuk... MIL aku pun paham perangai baran dan boros dia, tp mungkin x sangka sampai ke tahap ni aje la kot. Seblm ni pun pernah gaduh yg x teruk camni, MIL aku lecture gak kat dia kalau salah dia
Tadi aku dnr dgn BIL... dia supportive. Dia citer la yg dia tolong clarify kat MIL certain things yg aku cakap pasal x nak MIL aku salah paham apa yg aku bgtau dia. BIL aku juga ingatkan MIL aku bila cakap kat bini aku, pasal api tu tgh marak, jgn le simbah dgn minyak tanah lak... tunggu padam dan sejuk dulu. BIL aku pun cakap ILs aku semua dah tau masalah dan perangai bini aku tu, dan heran gak apasal aku x buat apa2 selama ni. Tp, bila dah jadi camni pun, terkejut gak ler walaupun mcm dah agak dah satu hari aku mesti meletup punya.
BIL suggest suruh aku jumpa bini aku weekend ni, pujuk dia, offer something yg reasonable asalkan dia setuju nak masuk AKPK. Aku x sure, pasal mmg la salah satu tujuan nak dia masuk AKPK, tapi kalau dia x insaf, nanti masalah lak bila duit dia x cukup nak suruh aku top up atau belikan apa dia nak. Takpe la, itu kemudian citer. Settlekan yg ni dulu...
Anyway, seblm ni pun, kot gaduh2 lain tu, 3-4 hari gak baru dia ok. Tapi kalau dah tahap camni, lagi lama la. So, aku nak balik kpg jumpa mak aku dulu. Mak aku pun supportive, paham problem aku walaupun seblm ni aku x pernah citer pasal masalah hutang ni. Perangai dia yg lain tu mak aku tau la, pasal org tua ni tgk aje pun dah tau, kan? Tp mak aku cuba x nak ambik hati la, anggap benda2 lain tu remeh jer. Tp utk kali ni, mak aku pun kata biarla bini aku kat umah MIL dulu... Mak aku dgn MIL dua2 tau yg masing2 solat fardhu x tinggal, rajin solat mlm dan ngaji. Bila last jumpa pun sembang2 mmg serasi jer. So, aku harapkan berkat doa 2 org mak2 yg kuat iman ni mungkin boleh la benda ni selesai cepat.
Sekrg ni, yg buat menitik air mata aku bukan bini aku, tp anak aku tu... Kesian kat dia kalau kami cerai . Tapi nak buat camna, kalau dah jadi, aku cuba buat sebaik mungkin setakat mana yg boleh la... Dia tu daddy's boy... Pasal hutang bini aku tu, aku akan tolong kalau dia minta maaf dan bertaubat... kalau x, pandai2 le dia nanti  |
|
|
|
|
|
|
|
Sajo nak tambah, bini ko ni jika ada dato ke/tan sri ka yang boleh umpan/sponsor dengan kemewahan, mahu dia lari tinggalkan ko.
Odyman Post at 18-3-2010 22:38 
Dah kalau kebahagiaan dunia yg dicari semata2, takyah le dia stay jadi bini aku pun... Bukan itu tujuan aku nak kawin. |
|
|
|
|
|
|
|
Sajo nak tambah, bini ko ni jika ada dato ke/tan sri ka yang boleh umpan/sponsor dengan kemewahan, mahu dia lari tinggalkan ko.
Odyman Post at 18-3-2010 22:38 
i pun rasa camtu, kalo bini TT ada org nak sponsor...
mau dia lari....sorry TT |
|
|
|
|
|
|
|
477# merz
korang nie rapat sgt ke dgn pamili....semua nak kena report bagai, MIL, BIL, SIL...etc
semua nak masuk campur, pe hal??
ko kena deal dgn ur wife saja, make it straight saja laa...takyah report2 kat org lain
nie bukan contest sapa nak sokong sapa...kalo seisi alam pun tak sokong ko
ko buat gak sebab ko NAK buat....ok TT
nak org rescue itu-ini...tenangkan hati bagai, biar lantak laa...dia nak mendidih ke
selama nie ko mendidih, ada dia kisah....huh!... |
|
|
|
|
|
|
| |
|