|
Anyway,ade sesape ada maklumat pasal result Festival Filem tu tak?
GAIA? |
|
|
|
|
|
|
|
conception...
ko dgn pendapat ko.. aku dgn pendapat aku..
aku memandang dari sudut yg positif
ko pandang dari sudut negatif
aku suka.. ko tak suka..
aku baca aku nampak ini
ko baca ko nampak itu
sesungguhnya....
ko dan aku berbeza
ko ada buku sejarah melayu
akupun ada buku sejarah melayu
ko tau apa yg ko baca
akupun tau apa yg aku baca
tapi betul ke ko baca??
artikel Hari Azizan ada pro & kontra
ko tgk tajuk je..
tapi aku tgk isinya..
ko pandang PGL dari sudut yg luas
tapi aku pandang artikel tu yg dari sudut yg luas..
ko cakap pasal 'impact'
aku cakap pasal kesan
kesan PGL pada aku
aku berpuisi hari ini....
:bgrin::bgrin::bgrin::bgrin::bgrin: |
|
|
|
|
|
|
agogo This user has been deleted
|
eshk..eshk...kalau betul-betul kengkawan ada baca sejarah melayu, tak denya kengkawan terima pemesongan yang dibuat oleh Enfiniti Production ni...
Kengkawan, ramai yang berpendapat yang tiada sape yang tahu mengenai hal sebenar tentang Puteri Gunung Ledang & Hang Tuah, ada ke tak ade, wujud ke idak semua org tak tau...ye lah namanya pun sejarah benda lampau mmg la tiada sapa yang dapat pastikan 100%. Pekara yg berlaku kat zaman kita, pada hari ini pun kita tak tau semuanya. Mana-mana sejarah dunia pun tiada sapa boleh confirmkan 100%. Iskandar Zulkarnain Syah misalnya dituduh homoseksual oleh ramai scholar, tetapi ramai pulak scholar yang kata tidak...
Namun begitu bagi org-orag Melayu, Tun Sri Lanang mengambil inisitaif untuk merakamkan salur galur dan kisah-kisal pentadbiran dan Kerajaan Melaka dari terjumpanya tempat yang di namakan Melaka hinggalah pada Sultan yang terakhir Sulatan Alauddin (Anak kepada SUltan Mahmud) yang tiada lagi kerajaan dan mentadbir di Johor & Pahang kerana MElaka dijajah Portugis. Salur galur keturunan sultan-sultan MElaka pun di perjelaskan dengan begitu jelas dan halus sekali. SUltan MElaka adalah berketurunan daripada Iskandar Zulkarnain Syah.
KEngakawan mesti ingat, Tun Sri Lanang's Sejarah Melayu, telah stood both the test of time and the scrutiny of scholars. Oleh itu kita harus ambil buku agung ini sebagai salah satu rujukan tentang siapa dan apakah MElayu sebenarnya. Setiap tamaddun dirakamkan perjalanannya melalui buku-buku sejarah yang ditulis oleh schola-scholar lampau. Tidak boleh dikatakan "oohh itu sejarah mungkin ada yang telah dipadam dan ditokok tambah ceritanya"..ini mungkin berlaku, namun bagi kita yang hidup dizaman sekarang ini, kita tiada sumber lain selain daripada mengambil buku-buku sejarah ini sebagai rujukan kita dan diperkuatkan dengan pelabagai sumber fizikal yang lain kita pun membuat dan membina satu kefahaman.
Oleh itu, dengan rasa hormat kita perlu membuat interpretasi, hasil-hasil kerja samaada pembikinan filem, teater, hasil penulisan, perdebatan dsbgnya seboleh-bolehnya mengikut rakaman yang dibuat oleh sejarah. Kita harus bercerita kepada generasi baru tentang sejarah orang Melayu mengikut rakaman yang telah ibuat dan disahkan sebagai versi yang munasabah. Itu tanggungjawab kita. Iti kebangaan kita orang Melayu.
FIlem Troy, CLeopatra dsbgnya di garap mengikut dasar sejarah yang telah dirakamkan. Kisah Troy dan Cleopratra lebih jauh tua dari kisah Hang Tuah dan PGL, namun pemesongan tidak dibuat dalam konteks sejarah. Tetap Ceaser dibunuh oleh Brutus dan tetap Mark Anthony di gambarkan sebagai seorang yang taat kepada Ceasar dan akhirnya jatuh hati dengan Cleopatra. Watak-watak didalam sejarah Clepoatra di kekalkan tidak lah disongsangkan spt dalam filem PGL yang salah garapan zamannya. Sultan Masnsur yang meminang PGL dikatakan SUltan Mahmud.
Siapa yang tidak mahu bangga degn filem Malaysia...siapa yang tak mahu bangga dengan bolasepak Malaysia. Tetapi hakikatnya kita tidak menghasilkan satu karya yang boleh dibanggakan malahan dalam filem PGL membahayakan kerana pemesongan sejarahnya. Apa yang org Itali tahu ttg sejarah kita? bagi mereka fakta-fakta dalam PGL tu betul lah agaknya, betullah Sultan MElayu sanggup bunuh anak demi cinta & nafsu walhal sebenarnya Sultan Mansur sanggup membatalkan niatnya untuk berkahwin dengan PGL kerana tidak sanggup membunuh anaknya. Ini lah yang tidak dapat dimaafkan oleh saya - pemesongan yang melampau.
Kengkawan yang dihormati, kalau tidak kita sendiri bercerita pada dunia tentang sejarah kita dengan betul siapa lagi yang boleh dipertanggungjawabkan untuk bercerita bagi pihak kita? Buat lah filem fiskyen spt Lord of the Rings, berceritalah mengikut kreativiti, buat lah apa-apa sekali pun asalkan tidak menjatuh mertabat MElayu dan agama Islam, saya tentu tak akan kecewa dengan filem tersebut..tetapi bila kita membuat epik sejarah kita kena ada tanggungjawawab, kita perlu ada ilmu, kita perlu mengkaji, kita perlu dapatkan pengesahan daripda pihak-pihak yang lebih tahu kerana cerita itu cerita bangsa kita. Cerita itu ditonton oleh generasi ke generasi yang lain dan dalam konteks ini di tonton pula oleh mastarakat antarabangsa.
Kini saya terpaksa pula membuka buku sejarah melayu kepada anak saudara saya dan kawan-kawan saya yang tak baca sejarah melayu untuk membuktikan yang sebenarnya SUltan tidak mahu membunuh anaknya...kerana mereka kata "tak lah, kan dalam filem PGL tu Sultan mmg nak bunuh anak dia, kan dlam filem PGL, puteri tu orang majapahit...."
Itu lah yang sebenarnya..... |
|
|
|
|
|
|
|
Official Awards of the 61st Venice Film Festival
Official Awards of the 61st Venice Film Festival
61. mostra internazionale d'arte cinematografica
09/11/2004
VENEZIA 61
Leone d'Oro for Best Film
Vera Drake by Mike Leigh
Leone d'Argento (Jury Grand Prize)
Mar adentro by Alejandro Amen醔ar
Leone d'Argento (Special Award for Best Direction)
Kim Ki-duk for the film Bin jip
Coppa Volpi for Best Actor
Javier Bardem for his portrayal in the film Mar adentro by Alejandro Amen醔ar
Coppa Volpi for Best Actress
Imelda Staunton for her portrayal in the film Vera Drake by Mike Leigh
Osella to:
Studio Ghibli for the film Hauru no ugoku shiro by Hayao Miyazaki
"Marcello Mastroianni" Award to:
Marco Luisi and Tommaso Ramenghi for the film Lavorare con lentezza - Radio Alice 100.6 Mhz by Guido Chiesa
VENEZIA OPERA PRIMA
Leone del futuro - "Luigi De Laurentiis"Award for a First Feature Film
Le grand voyage by Isma雔 Ferroukhi
Special Mention by the First Feature Jury to:
Saimir by Francesco Munzi
ORIZZONTI
Venezia Orizzonti Award
Les petits fils by Ilan Duran Cohen
Special Mention by the Jury for Venezia Orizzonti
Vento di terra by Vincenzo Marra
CINEMA DIGITALE
Venezia Cinema Digitale Award
20 angosht by Mania Akbari
Special Mention by the Jury for Venezia Cinema Digitale
La vita |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by agogo at 2004-9-13 11:09 AM:
eshk..eshk...kalau betul-betul kengkawan ada baca sejarah melayu, tak denya kengkawan terima pemesongan yang dibuat oleh Enfiniti Production ni...
Kengkawan, ramai yang berpendapat yang tiada ...
aku tak berkesempatan nak baca buku sejarah tapi mana |
|
|
|
|
|
|
|
Bagus gak, at least ngan adanya PGL sume org sedar nak baca balik buku sejarah. Maybe sbb PGL yg terpesong, u all nak tahu the truth..
Klu dah sultan pun berbeza (secara logiknya, takkanla PGL selalai tu mengabaikan sejarah), maybe menunjukkan yg sejarah melayu sendiri ada byk version.. Mgkn sbb teknologi zaman dulu.. tak dpt nak lahirkan sejarah yg mantap yg boleh dipercaya.. |
|
|
|
|
|
|
|
Collateral Awards of the 61st Venice Film Festival
ini pulak untuk:
Collateral Awards of the 61st Venice Film Festival (apa beza Official awards dgn Collateral awards ni aku pon tak tau)
61. mostra internazionale d'arte cinematografica
09/11/2004
Fipresci Award
Best film in competition (Venezia 61): Bin jip by Kim Ki-duk
Best film in other sections: Vento di terra by Vincenzo Marra (Venezia Orizzonti)
Signis Prize
Tout un hiver sans feu, by Greg Zglinski (Venezia 61. In Competition)
Mention to: Bin jip, by Kim Ki-duk
Gan Award of the public for a film of the International Critics' Week
Ve lakachta lecha isha, by Ronit and Shlomi Elkabetz (International Critics' Week)
Isvema Award for a film of the International Critics' Week (Sncci)
Ve lakachta lecha isha, by Ronit and Shlomi Elkabetz (International Critics' Week)
Prix Art et Essai (Cicae)
Fr閐閞ic Fonteyne for La femme de Gilles (Venezia Orizzonti)
Arca Cinema Giovani Award
Best international film about "Spirit of time: a look to the present": Mar adentro, by Alejandro Amen醔ar (Venezia 61. In Competition)
Best Italian feature film: Nemmeno il destino, by Daniele Gaglianone (Venice Days)
Best digital film: Un silenzio particolare, by Stefano Rulli (Venezia Cinema Digitale)
"Lino Miccich |
|
|
|
|
|
|
concepcion This user has been deleted
|
Originally posted by eyka at 13-9-2004 10:21:
conception...
ko dgn pendapat ko.. aku dgn pendapat aku..
aku memandang dari sudut yg positif
ko pandang dari sudut negatif
aku suka.. ko tak suka..
aku baca aku nampa ...
whatever.. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by eyka at 10-9-2004 14:34:
setuju yg mana tu???
:ah:
Setuju yang citer nie maca tak begitu ' menyentuh perasaan dan terdapat beberapa kelemahan seperti yang korang kata tulah' ... |
|
|
|
|
|
|
|
tadi aku baru balik lunch..duduk semeja dng opis mate
dia ni warga Kenya yg dah lama dok keje kat m'sia
aku teramatla terkejut dia kata dia dah pegi tgk PGL semalam
tp aku kesian jugak kat dia sbb dia tak bape paham cos cite tu pada dia agak slow
yg aku lawak dgr dia komen pasal setiap kali org nakbercakap dgn sultan kena kata 'Please forgive me your highness bla..bla'(dia bace subtitle)....
satu lagi ade ke patut dia kata SM tu "the sultan is really a clown..." |
|
|
|
|
|
|
|
entahlah labu
seingat aku sultan mahmud tu yang mati dijulangkan? |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by agogo at 13-9-2004 11:09:
kan dlam filem PGL, puteri tu orang majapahit...." ...
statement koh nie memang menarik dan banyak juga aku bersetuju(tapi aku masih sukakan PGL, sorry)....apa2 pun satu jer yg buat aku terangkat kening dan nak tau penjelasannya.....
kenapa kalau Puteri tuh org Majapahit ? dlm buku tuh dia tak cakap Majapahit ke ? bagaimana kalau dari tanah Jawa ada cerita yg mengatakan puteri tu org Majapahit....adakah kita patut ambik versi kita dan tolak versi org sana.....atau patutkah kita katakan yg kita betul dan yg sana salah....atau bolehkah kita katakan dua2 versi pun betul tapi kita nak ambik versi kita pesal kita org Malaysia.....
hmm...bagaimana tu..... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by thelauncher at 13-9-2004 08:51:
Anyway,ade sesape ada maklumat pasal result Festival Filem tu tak?
GAIA?
audss...sori aa...aku dah 3 ari tak masuk....ari nie baru tau result di Venice...itupun ternampak dlm akhbar tabloid Kosmo.....
BTW....buat mereka yg sukakan PGL...sokongan anda sama pentingnya dengan pengkritik yg berikan kritikan membina tuh......semoga sokongan anda mampu memberikan harapan yang lebih baik terhadap industri filem Malaysia....jom tengon filem Melayu...jangan tunggu filem bajet besar macam nie saja baru nak tonton filem Melayu....amat menyedihkan bila ada suara2 kata "selepas 10 tahun barulah aku tergerak nak tonton filem Melayu" walhal..kita masih mampu menghasilkan filem berkualiti meskipun tidak mengunakan bajet besar.......sekarang Buai Laju-Laju sedang ditayangkan di pawagam...jom tengok sama-sama...jangan terus biarkan panggung yg menayangkan filem ini tak sampai 10 org yg menontonnya..... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by GAIA at 13-9-2004 03:36 PM:
jom tengok filem Melayu...jangan tunggu filem bajet besar macam nie saja baru nak tonton filem Melayu....amat menyedihkan bila ada suara2 kata "selepas 10 tahun barulah aku tergerak nak tonton filem Melayu" walhal..kita masih mampu menghasilkan filem berkualiti meskipun tidak mengunakan bajet besar.......sekarang Buai Laju-Laju sedang ditayangkan di pawagam...jom tengok sama-sama
cayalah gaia....menusuk kalbu sungguh apa yg ko tulih...
aku pun teringin nak tengok pengkritik ttg filem melayu esp. PGL mengkritik filem BLL pulak... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by GAIA at 2004-9-13 03:36 PM:
audss...sori aa...aku dah 3 ari tak masuk....ari nie baru tau result di Venice...itupun ternampak dlm akhbar tabloid Kosmo.....
BTW....buat mereka yg sukakan PGL...sokongan anda sama penting ...
tak pe tau ko sibuk..
dah paste dah pon result festival filem tu
walaupon tak menang.... |
|
|
|
|
|
|
|
kesimpulannya... filem PGL ni buatkan org2 kita ==>> melayu selak2 & belek2 buku sejarah melayu dan hikayat2.. dan tak dinafikan kisah org melayu dulu2 penuh dgn kisah sejarah yg disalut mitos & lagenda untuk mengangkat jati diri bangsa Melayu yg telah terjajah pada masa tu.. sejarah melayu ditulis pada tahun 1537 iaitu selepas 26 tahun Melaka jatuh ke tgn Portugis.. sejarah yg ditulis pulak melangkaui lebih kurang 200 tahun ke belakang.. tu belum kira lagi kalau ikut berasal dari raja rom tu.. ntah beberapa ratus tahun lagi ke belakang... masa zaman tu hikayat2 melayu byk yg disampaikan secara lisan dari mulut ke mulut.. atas inisiatif sultan Johor masa tu.. yg dah dengar byk sangat versi2 cite melayu tu.. meminta Tun Sri Lanang menulis salasilah keturunan raja2 melayu (konteks ni melaka) dgn penuh adab & adat istiadat melayu supaya org melayu boleh berbangga dgn bangsanya... dgn ertikata lain supaya org melayu bersatu & setia pada raja.. tanggungjawab yg berat ini cuba dipikul sebaik-baiknya oleh Tun Sri Lanang yg dgn sedaya upaya menulis buku sejarah melayu ni.. dgn turut sama mengisi unsur2 sindiran & kritikan sosial di dalamnya... tapi tanpa ada kecacatan ke atas keagungan raja & bangsa melayu...
karya sejarah melayu/salatus salatin(betul eja ke ni) ni telah disalin beberapa kali (takde mesin pencetak time tu) sekurang2nya ada 29 versi (the star 13/9/04). Hikayat Hang Tuah pulak ditulis 100 tahun lebih selepas tu.. mungkin atas alasan yg sama utk jati diri bangsa melayu....
jadi setidak2nya filem PGL buatkan kita cuba mengenal warisan bangsa kita sendiri..sejarah yg telah disulami byk mitos, byk lagenda, byk hikayat dll..
setidak2nya juga ini sesuatu yg positif..
:clap::clap:tahniah kepada anda yg cuba membaca karya klasik ini:clap::clap:
p/s : :hmm:bab 15 sejarah melayu memang sultan mansur shah tapi kisah puteri Hang Li Po:hmm: baca lagi sampai cetera keduapuluh tujuh lagi senang selak m/s 159-161
[ Last edited by eyka on 14-9-2004 at 01:43 AM ] |
|
|
|
|
|
|
agogo This user has been deleted
|
kesimpulannya masih lagi bersimpul-simpul...kah..kah..kah..(tak kelakar pun)
walaupun mungkin ada yang tergerak nak membaca balik kisah asal-usul Melayu dek kerana pemesongan yang dibuat oleh PGL (org rasa kemungkinan ni kecil) namun pemesongan tetap telah terjadi ---dah terantuk baru terngadah---satu dunia dah pun silap faham pasal sejarah melayu kita...sape pun nak menjelaskan dekat org-org Itali dan penonton antarabangsa tetap kesilapan sejarah ini? malahan org-org kita dah pun salah faham...
mungkin Enfiniti Production patut mengambil tanggungjwab menggunakan sedikit keuntungan yang mereka dapat dari tayangan PGL untuk buat filem dokumentari tentang sejarah Melayu mengikut versi sejarah yang ditulis oleh sumber-sumber yang sahih dan diambil pakai oleh Malaysia bukan versi org jawa dsbnya (kalau ada versi org lain la) untuk menjelaskan apakah yang sebenarnya. Macam Discovery Channel kan selalu buat macam ni, masa dia cover pasal Iskandar Zulkarnaian Shah dia cover berbagai versi yang sahih. Lantas Enfiniti Production akan melunaskan tanggungjawab mereka untuk memberi gambaran yang tepat seperti rakaman sejarah yang sahih.
filem dan satu medium yang sangat istimewa...beruntunglah orang-orang yang terlibat di dalam industri ini. Mereka ada kuasa yang halus tetapi sangat kuat untuk mempengaruhi minda, pandangan, perasaan rakyat. PEngiat-pengiat filem harus menggunakan kuasa yang ada ditangan mereka dengan positif, ke arah membina masyarakat yang lebih positif dan mempertabatkan bangsa. Itu lah sbbnya saya rasa kecewa bila kuasa yang ada ditangan mereka tidak mereka gunakan sebaiknya malahan memberi hasil yang negatif pula kepada martabat bangsa. BAgi ENfiniti Production yang org-org di dalamnya tersohor nama mereka, berduit dan berstatus tinggi pula, malahan sangat dewasa (dari segi umur) kesilapan yang mereka buat di dalam PGL tidak lain dan tidak bukan paling mendukacitakan. |
|
|
|
|
|
|
|
syabas...syabas inspektor shahab!! :hatdown:
hui hebat giler pendapat2 dlm thread, sekali lagik syabas
Originally posted by agogo at 14-9-2004 10:38 AM:
Mada kuasa yang halus tetapi sangat kuat untuk mempengaruhi minda, pandangan, perasaan ereka rakyat. PEngiat-pengiat filem harus menggunakan kuasa yang ada ditangan mereka dengan positif, ke arah membina masyarakat yang lebih positif dan mempertabatkan bangsa. ...
ayat kat atas macam tak kena jer dengan pengarah cam razak mohideen, z lokman |
|
|
|
|
|
|
|
aku tertidur kejap masa tengok citer ni. panjang sgt. storynya pulak lambat. pastu tak rasa pun keagungan cintanya. patut belajar dari cerita2 iran, diaorg tunjuk cinta ni tak de usap2 pun. simbolik tapi mendalam.
novle faisal tehrani 1515 cerita ttg melaka zaman portugis nak masuk tu. kalau baca kat situ, keadaan pasarnya sepanjang sungai melaka. |
|
|
|
|
|
|
|
bak kata slamet hardajo (sp?), PGL bukan cerita sejarah, tapi sebuah kisah cinta. aku setuju dgn org tua tu. |
|
|
|
|
|
|
| |
|