Sejak aku mengenalimu
Aku tak bisa melupakanmu
Setiap detik
Setiap waktu
Kau sentiasa bersamaku
Tanpamu diriku resah
Semangatku jadi goyah
dan bila kehilanganmu kusedari
Aku jadi menggelabah.
Kau sering memecahkan kesunyian malam
Dengan dendangan lagumu yang mengasyikkan
Dan bila dirimu kupaksa agar diam
Kau mengkhayalkanku dengan getaran tubuhmu
Yang memekakkan.
Kau milikku yang satu
Saban hari
Saban waktu
Kupandang tanpa jemu.
Tak ingin kumelupakanmu
Kecuali ketika diriku sedang berbicara
Dengan Tuhan Penciptaku.
Kerana dirimu begitu berharga
Buat mereka yang memilikinya
Kan kujaga dirimu sepanjang hayatku
Kumanfaatkan demi keredaan-Nya.
Kau telefon bimbitku
Kuning ceria bergaris kelabu
Itu warnamu…
Salam Ramadhan..ana mohon maaf jika ada salah silap ana yg disedari mahupun tanpa disedari yang ana lakukan sepanjang kita berporum... Semoga puasa kita akan mendapat keberkatan daripadaNya... insyaAllah ameen