CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Hiven

Shooting filem CUCI arahan Hans Isaac..

[Copy link]
Post time 3-1-2008 11:46 AM | Show all posts
lawak tul aku tgk poster dier..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-1-2008 11:34 PM | Show all posts
22/1/08 - press preview
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2008 11:44 PM | Show all posts

website cuci dah tutop???

ce terai klik >> http://www.cucithemovie.com/

..tapi website tokey still wujud >> http://www.hans-isaac.com/
:pompom::pompom::pompom:
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2008 03:28 AM | Show all posts

TRAILER

tadi wa dah tgk CUCi!!!.. bakal pecah panggung neh!!!:pompom:


VIDEOCLIP


[ Last edited by  ajami at 23-1-2008 03:34 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2008 06:03 AM | Show all posts

UCAPAN Hans Isaac



UCAPAN


http://www.hans-isaac.com/

[ Last edited by  ajami at 23-1-2008 06:09 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2008 03:04 PM | Show all posts
harini stat kan?
tak sabarnya aku nak pi tgk.. tggu weekend la..
saper2 nak tgk kasi komen eh.. best ke tak..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-1-2008 07:05 PM | Show all posts
haku baru layan tadi.. ok la 3/5..
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2008 07:05 PM | Show all posts
haku baru layan tadi.. ok la 3/5..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-1-2008 08:22 PM | Show all posts
kenapa 3/5 jer,,,tak best sgt ker?
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2008 12:55 AM | Show all posts

CUCI - naratif santai dan kemas!

Salaam..

Sejujurnya saya skeptikal dengan kemunculan sesebuah filem baru hasil tangan sulung seorang pengarah buat pertama kali. Mungkin ia sekadar untuk berkarya kerana mendapat budget jatuh ke riba? Agaknya juga dia berada di tempat yang betul pada masa yang betul? Barangkali dia sekadar memenuhkan lagi senarai berpangkat 'pengarah' dalam industri perfileman? Mungkin.. agaknya.. dan barangkali! Tetapi Hans Isaac telah membuktikan bahawa prasangka saya kadangkala tersasar! Filem CUCI ini adalah sebuah karya yang boleh dikatakan membanggakan!

Genre CUCI ialah 'sukan'. Cerita asasnya ialah 'pertandingan' yang sangat mudah dan terus-menerus. Maksud saya, filem sebegini hanya akan bercerita pasal rentetan kisah dari mulanya hendak berlawan, pertandingan itu dan apa kesudahannya? Menang atau kalah? Itu sahaja! Bagusnya filem ini kerana jalan cerita semudah itu digarap sekaligus dengan kisah 'pertandingan' watak-watak filem ini dari 'zero' kepada 'hero'. Filem ini juga bercerita secara berkumpulan ensemble cast dimana setiap watak saling bantu-membantu sesama sendiri untuk melengkapkan sebuah cerita penuh CUCI.

Filem ini juga cantik kerana cara-gaya penceritaanya yang 'pandai' menggunakan set-up/pay-off. Saya sukakan permainan naratifnya dimana ada perihal yang dicampak di awal/depan cerita kemudiannya ditatang semula menuju akhir/belakang penceritaan. Pembukaan filem ini di zaman kanak-kanak Fairil, Khai, C'tan dan Jojo sudah diberitahu segala sifat-sifat peribadi setiap individu mereka. Langkah 'keselamatan' di awal-awal lagi filem ini sememangnya 'menyelamatkan' setiap kepelikan watak-watak dewasa mereka kemudiannya. Semuanya jadi logik dan diterima-pakai.

Fairil - ketua, suka berbahasa bunga-bunga, bercita-cita tinggi (impian) digunakan dengan secara tidak langsung sebagai 'tukang beritahu' tentang tema filem ini secara indirect kepada penonton. Sinisnya apabila adik-adik Fairil kadangkala 'tertidur' apabila mendengar ceramah Fairil seakan menyindir bahawa misi filem ini lebih mengutamakan hiburan santai komersiol yang sesuai ditonton seisi keluarga selain menjawab terus pertanyaan pengkritik sekiranya ada yang bertanya 'apa tema filem ini'? (huhu! ops! aku sudah macam iklan promosi CUCI pulak!)

Khai - lurus bendul dan naif. Watak ini yang betul-betul mengujakan untuk diikuti. Setiap patah dialognya akan di luar jangkaan dan saya tunggu-tunggu. Setiap reaksinya kepada tindakan watak sekelilingnya sangat jujur dan jadi kelakar tanpa dipaksa. Perhatikanlah setiap babak Khai, kamu pasti suka dimana babak yang paling saya gemar ialah apabila Khai 'berlawan pandang mata' dengan Wira. Ia mungkin babak cliche tapi hasilnya sangat tak disangka! Lagi satu pasal sifat Khai yang begitu tepat, jitu dan kalkulatif dimana akhirnya dia juga terlepas pandang satu panel cermin semasa pertandingan akhir. Ia menunjukkan bahawa kadangkala setiap manusia tiada yang sempurna dan ada masanya juga gagal walau sepakar manapun.

C'tan - cepat putus asa, skeptikal dan Acrophobia. Watak sebegini ialah konflik/obstacle yang akan merumitkan pertandingan melibatkan mencuci bangunan yang tinggi! Wujudnya C'tan dimainkan untuk 'melawan' watak Fairil dan menyeronokkan lagi CUCI kerana 'kekurangan'nya hendak ditonton apa akan jadinya? Itu sahaja. Pandai bukan?

Jojo - bodyguard dan tukang masak. Kontrasnya watak Jojo mewarnakan lagi adik-beradik ini. Jojo adalah contoh don't judge a book by it's cover atau air yang tenang jangan disangka tiada buaya (erk! ker silap pepatah aku? huhu!) Maksud saya, Jojo secara luarannya seorang yang macho dan 'menakutkan' tetapi di sebalik maskuliniti itu, Jojo seorang yang lembut hati dan seakan ibu ganti kepada adik-beradiknya yang lain.

CJ - wanita moden besi. Watak ini adalah tulang/mangkin filem ini. Seandainya CJ seorang wanita lemah gemalai pastinya filem ini jadi cliche satu lagi watak wanita korporat dalam filem kita. Eh! Kejap! Watak CJ memang cliche pun! Tetapi yang menariknya ialah babak-babak kontra sifat dia yang kononnya terperinci dan workaholic di bidang korporat sebenarnya gagal dalam kerja-kerja harian yang mudah seperti insiden-insiden di rumah ibu Farah!

Wira - antagonis semua watak lain. Watak lawan yang tipikal jahat tetapi BUKAN ganas! Watak Wira juga tidak digambarkan sebagai terlalu 'hitam' dipaksa-paksa untuk kita benci. Setiap perlakuannya adalah bersebab. Dia sebenarnya cerdik tetapi tenggelam dengan kecerdikannya sendiri. Sifat workaholic dan pengejaran materialistiknya boleh dicontohi untuk berjaya cuma kerana lahirnya dia dari harta keturunannya menyebabkan dia kurang arif dengan kesukaran menjadi ahli korporat yang bermula dari bawah. Watak sebegini tidak akan berubah dari awal ke akhir cerita kerana kadangkala ada orang yang sebegitu dimana menyangkakan apa yang dia buat betul selagi dia tidak menyalahi etika pertandingan. Dia oportunis dan optimis! Saya suka babak dimana watak lakonan Harith (aku lupa apa nama watak dia? sorry!) semasa berlatih golf, walaupun idea ringan iaitu 'orang gemuk selalunya pandai' sehingga mencetuskan idea kepada Wira untuk menawarkan kerja kepada Fairil (yang gemuk). Wira menterbalikkan idea if you can't fight them join them dimana dia mengajak Fairin ke syarikatnya.

Farah - watak wanita Melayu terakhir? Huhu! Farah ialah watak 'cermin terbalik' CJ. Itu sahaja.. dan kelakar!

Watak-watak tambahan/cameo filem ini juga menguatkan lagi komidi dan seronoknya CUCI. Misalnya babak ibu Farah lakonan Yusni 'memeriksa' satu-persatu adik-beradik itu mengingatkan saya kepada cerita Blind Men and an Elephant.. tetapi kali ini ia dikreatifkan! Pendek kata, CUCI perlu ditonton sekiranya kamu mahu menonton sebuah filem hiburan! Tahniah Hans Isaac!

NOTA:

- ada 2 babak kenderaan (van CUCI & kereta CJ) yg menggunakan kerja kamera "teknik 360 darjah" spt dlm filem War of the Worlds.. walaupun tak secaggih dan sedikit nampak 'murah' tetapi ideanya sama!
- "product placement" bersaiz paling besar dlm sebuah filem Malaysia ada di penghujung CUCI!
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2008 09:12 AM | Show all posts
wahhh tak sabarnya aku nak tgk esok...
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2008 09:24 AM | Show all posts
malam ni g nonton di tgv mines....insyaallah
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2008 10:52 PM | Show all posts
testing 1 2 3 4 5 6 7 8 9 ten! ten! ten!
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2008 01:31 AM | Show all posts
Originally posted by sheebby at 24-1-2008 08:22 PM
kenapa 3/5 jer,,,tak best sgt ker?


sbb ada part dia buat terlalu cincai..terutama masa cuci bangunan (lebih tepat tingkap bangunan)..masa competition tuh..tak bersih langsung..pastuh main cuci je ( mcm budak sek cuci tingkap)..at least kasi la tingkap tu bersih2 ke..ni siap nampak kotornya (jelas)
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2008 03:59 AM | Show all posts

Reply #54 Pak_Jen's post

tuuuu diaaaa! Pak_Jen!!!

..punyerlah details yaa-amatsss!!!
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2008 08:28 AM | Show all posts

Balas #55 ajami\ catat

muahaha sbb filem neh tentang cuci..so cuci la elok2..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-1-2008 09:49 AM | Show all posts
dah tgk smlm..
lawak giler..
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2008 04:30 PM | Show all posts
cuba teka selain airasia yg bagak kat last pelem, apa lagik product placement dlm CUCi?

..tiada hadiah penaja okeh!
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2008 01:23 AM | Show all posts
ahad (dah ahad laaa nih ).....nak tgk kat mines tgv...

harap sempat balik nak tgk AJL
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2008 04:38 PM | Show all posts
dah sejuta ke?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-1-2025 01:58 PM GMT+8 , Processed in 0.654811 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list