CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: tumpanglalu74

[MERGED]Forum Majlis Peguam 'Memeluk Islam: Update-Kecoh: Salah K'jaan-Dr M

[Copy link]
Post time 10-8-2008 05:17 PM | Show all posts
Originally posted by Baiduri Othman at 10-8-2008 09:09 AM
Kalau kita bercerita tentang org2 Cina lebih kaya dr. org2 Melayu - then kenapa tak bangun & kerja kuat mcm mrk. Kenapa tak rebut peluang mcm mrk? Mcm ASN & ASB pun ada yg malas nak labur. Tengok mcm non-Bumi berebut2 buat pelaburan bila ada unit trust yg serupa utk mrk.

Bila kita ketinggalan dlm apa2 segi, marah2 pulak walhal tak sungguh2, tak mahu bersaing, cepat lemah semangat & putus asa. Kena tukar mindset korang tu.


Kekayaan adalah anugerah Allah dan bukannya atas hasil usaha bersungguh-sungguh manusia . Nak faham aku bagi contoh mudah . Seorang anak tunggal dari keluarga kaya , dia mewarisi harta benda mak bapak dia berjuta ringgit , tanpa perlu usaha pun pe dia dah kaya-raya , dengan hanya menjadi anak pada keluarga kaya , dan nak jadi anak orang kaya tu pun , bukan boleh dia usaha pilih sendiri nak masuk perut perempuan kaya tu .   

Sebab tu adanya konsep zakat , orang kaya menolong orang miskin . Sebab tak semua manusia akan jadi kaya walaupun berusaha segigih manapun  , maka yang kaya tu tak boleh menuduh kata yang miskin tak usaha , sebab perlu diingat bahwa hak orang miskin ada pada harta setiap orang kaya !

Dalam soal persaingan pulak , nak bersaing macam mana kalau peluang yang diwujudkan tu hanya mampu direbut oleh sebelah pihak aje , dan pulangan yang diperolehi tak setimpal dengan usaha yang dikeluarkan ? Kalau semua rumah yang dibina kat penang harga juta-juta, macam mana orang melayu gaji 3 ribu nak bersaing dengan jutawan jepun , korea , singapura tu semua untuk beli rumah-rumah tu ?

Tukar mindset macam mana pun , usaha pi lah macam mana pun , takkan dapat memboleh kan duit berjuta bergolek ke riba setiap orang Islam laa . Kalau kita tengok para nelayan , merekalah antara manusia yang paling gigih berusaha pe , pergi ke laut berhari-hari , tengah panas terik lagi , tapi tak kaya pun . Hatta operator kilang yang kerja syif malam bersengkang mata tu pun berusaha gigih jugak tu , tapi tak kaya-kaya jugak .

Manipulasi dan korupsi menyebabkan orang-orang yang bodoh dan tak buat kerja sangat pun boleh dapat gaji dan elaun yang tinggi serta jadi kaya-raya ( pemimpin BN ) , manakala orang yang berusaha macam nak mampus siang malam pulak makin papa kedana (rakyat jelata) .
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-8-2008 06:15 PM | Show all posts
Originally posted by tasha at 07.03.2007 17:21
tp kt india & cina pun ramai org islam jgak...
eeerrr nak tanya kerajaan cina & india layan rakyat cina & islam yg sebangsa
dengan mereka tu dgn baik ke? sama rate ke? penuh keadilan ke?
ke le ...

setakat ni aku tak pernah lak dengar yang kaum india kat malaysia ni ada kasta macam kat negara india....kalau susah suma dibantu kan....
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2008 08:28 PM | Show all posts
Ekoran bantahan forum Majlis Peguam, kerajaan disyor pinda akta kahwin
10-08-2008 06:46:14 PM
Oleh SITI AZIRA ABD AZIZ dan LEE YAN XIU

(Dikemas kini) KUALA LUMPUR: Pemangku Presiden Gerakan, Tan Sri Dr.  Koh Tsu Koon berkata, Kerajaan Persekutuan perlu segera mengadakan mesyuarat jawatankuasa bersama peguam-peguam Sivil dan Syariah bagi menyelesaikan isu-isu pertukaran agama dan peraturan mengenainya.

Beliau berkata, jawatankuasa itu perlu segera berbincang dan mencadangkan langkah-langkah yang perlu digubal, menjelaskan dan memperbaiki prosedur berhubung perkahwinan antara seorang Islam dan bukan Islam, pertukaran, penjagaan anak dan urusan pengebumian selepas seseorang yang bertukar agama meninggal dunia.

Isu-isu seumpamanya yang dibiarkan tergantung tanpa saling difahami dengan baik akan terus menghantui masyarakat berbilang kaum dan berlainan agama di Malaysia, kata beliau dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

-mStar
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2008 08:30 PM | Show all posts
pendapat prof Mehrun Siraj:

Dalam pada itu, bekas Pesuruhjaya Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam), Prof. Mehrun Siraj menyarankan agar kerajaan meminda undang-undang bagi menyediakan peruntukan penyelesaian pertikaian mualaf dan pasangannya bukan Islam di Mahkamah Sivil.


Bercakap kepada pemberita selepas forum bertajuk Memeluk Islam: Perkara 121(1A) Perlembagaan Persekutuan Menjejak Semula Subashini & Sharmala anjuran Majlis Peguam dihentikan ekoran bantahan NGO dan pemimpin politik Islam, Mehrun berkata, langkah itu perlu untuk memberi peluang kepada orang yang memeluk agama Islam menyelesaikan isu penceraian mereka menerusi undang-undang Mahkamah Sivil.

揝ebelum ini penceraian antara mualaf dan pasangannya yang bukan Islam perlu dibawa ke Mahkamah Syariah... dengan ini pasangan yang bukan Islam itu akan rasa haknya terjejas,
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2008 08:31 PM | Show all posts
Zahid: Jawatankuasa Bersama Peguam Syarie-Sivil selesai pertikaian
10-08-2008 06:44:02 PM

KUALA LUMPUR: Pertikaian dan tuntutan yang timbul ekoran perceraian apabila salah seorang pasangan memeluk Islam boleh diselesaikan melalui rundingan dalam Jawatankuasa Bersama Peguam Syarie dan Sivil, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata perbincangan melibatkan tuntutan harta sepencarian, tuntutan penjagaan anak dan perkara berkaitan akan dibuat secara tertutup dalam kamar antara pasangan terlibat dengan peguam masingmasing (peguam syarie dan sivil).

"Perkara ini tidak akan didedahkan kepada masyarakat umum kerana ini akan mengundang interpretasi yang pelbagai dan implikasi negatif," katanya dalam sidang media selepas merasmikan Majlis Jalinan Mesra dan Anugerah Anakku Cemerlang di Kompleks Darul Kifayah, Taman Koperasi Polis di sini.

Ahmad Zahid berkata cadangan rundingan seumpama itu adalah antara rumusan yang dibuat jawatankuasa terbabit bagi menyelesaikan masalah berbangkit yang melibatkan bidang kuasa Mahkamah Syariah dan Sivil.   

Katanya, rundingan sebegitu dipraktikkan oleh banyak negara yang mempunyai masyarakat majmuk dan kepelbagaian agama.

Selain itu, Ahmad Zahid berkata, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Jabatan
Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) dan jabatan agama Islam lain memang bekerjasama dengan semua pihak termasuk majlis agama Islam negeri dan Mahkamah Syariah negeri untuk menangani masalah berkaitan.

Beliau menegaskan bahawa Majlis Peguam tidak perlu campur tangan dalam hal tersebut seperti yang cuba dilakukannya semalam dengan penganjuran Forum Memeluk Islam yang terpaksa ditamatkan lebih awal selepas mendapat bantahan meluas pelbagai pihak termasuk badan bukan kerarajaan (NGO) dan organisasi Islam lain.

"Memang apa pun sistem yang ada, ada kelemahan tetapi tidak mustahil untuk kita boleh memperbaikinya tetapi bukan dengan cara menyanggah daripada orang lain (merujuk kepada Majlis Peguam) yang tidak patut mencampuri hak dalam hal ehwal kita.

"Mereka boleh memberi pandangan tetapi biarlah dengan bijaksana bukan dengan bersikap kurang ajar seperti yang ditunjukkan (dalam forum itu)," katanya.

Ahmad Zahid berkata, pada masa akan datang beliau berharap sebelum sesuatu forum atau seminar yang menyentuh hak orang Melayu dan agama Islam dibenarkan dan permit dikeluarkan, pihak polis hendaklah mendapatkan pandangan daripada Jabatan Perdana Menteri (JPM) terlebih dahulu.

Ahmad Zahid berkata, kedegilan Majlis Peguam harus diambil tindakan oleh pihak berkuasa kerana dikhuatiri mereka akan membangkitkan isu yang lain selepas ini.

Beliau berkata, ia menampakkan usaha seolah-olah mahu mempertikaikan apa yang telah diperundangkan organisasi Islam dan institusi Islam yang sedia ada.

"Kita berharap biar pun jika terdapat beberapa kelonggaran atau kelemahan dalam undang-undang atau organisasi yang melaksanakan perundangan ini ia harus dibincangkan dengan kami bukan dengan membangkitkan dalam satu forum terbuka dengan memanggil wartawan luar negara.

"Ini satu agenda tersembunyi yang mahu menghina Islam, saya fikir ini bukan satu jalan mencari penyelesaian tetapi memburukkan orang lain. Kebetulan penganjur membawa kes contoh dan saya tidak fikir tiada agenda tersembunyi," katanya.

Ahmad Zahid berkata, jika Majlis Peguam betul-betul ikhlas, pihaknya bersedia untuk membuka pintu dan membincangkan perkara-perkara yang mereka cuba bangkitkan. BERNAMA
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2008 08:32 PM | Show all posts
[quote]Isu sensitif perlu dibincang secara tertutup
10/08/2008 4:53pm

ALOR STAR, 10 Ogos
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-8-2008 08:34 PM | Show all posts
[quote]Originally posted by petola at 10-8-2008 08:30 PM
揅ara protes, demostrasi, dan menjerit... itu bukan cara Islam,
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2008 08:35 PM | Show all posts
Originally posted by blastoff at 10-8-2008 01:25 PM


Nak mendekati untuk berdakwah tak perlu bersekongkol sama dalam satu parti gabungan pe , mana Allah benarkan umat islam bekerjasama dalam bentuk apa pun dengan orang yang telah meluahkan r ...

tang mana PAS bekerjasama dlm isu agama pulak??
PAS sesekongkol dgn DAP dan PAS dlm isu keadilan, tentang rasuah, naikkan taraf rakyat. dan menentang mereka yg rasuah dan tindas rakyat ( tak kirala yg menindas tu isle ke bukan isle.. kalau mereka salah.. mestila ditentang).
bukan itu selari dgn Isle ka???
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-8-2008 08:35 PM | Show all posts

Reply #767 petola's post

TAHNIAH ZAhid Hamidi :pompom:

Majlis Peguam ingat diaorg nak buat konsert selesaikan masalah
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2008 08:38 PM | Show all posts
Originally posted by tasha at 10-8-2008 11:32 AM
maafler penyo... aku rasa client2 cina & india yg aku deal
pun dh tau pasal islam (mereka bukan budus & jahil sbnrnyer
sbb kta dh lama bergaul & itnggal dimsia) mereka xmenghulurkan tangan pun
...

aku bukan tanya client ko tu nak salam atau tak... aku tanya apa reaksi ko ttf senario2 yg aku sebutkan tu...
lelaki melayu islam yg nak berslaman.. dgn bukan islam yg nak bersalaman.. tu aje
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2008 08:44 PM | Show all posts
Originally posted by DTECCONAN at 10-8-2008 08:35 PM
TAHNIAH ZAhid Hamidi :pompom:

Majlis Peguam ingat diaorg nak buat konsert selesaikan masalah


selepas ada perkara2 macam ni barulah nak propose itu ini....

selama ni dok selamba jer...

adalah kesannya tu...

esok timbul lagi isu lain.... tunggu sampai org marah sampai anjur forum barulah tergedik2 nak buat...
kalau tidak dok selamba...

itu sebab kalah pilihanraya... sebab asyik dok selamba...

apa2pun aku tetap sokong forum itu sebagi cara untuk hilite masalah supaya kerajaan bertindak cepat selesai masalah...
suatu cara civil society berfungsi dalam sebuah negara demokrasi....
jgn sesekali tutup mulut mereka(dan kita semua) dgn tindakan2 keras dan ugutan ISA...
kalau ia boleh dikenakan terhadap mereka ia juga boleh dikenakan terhadap sesiapa saja termasuk kita semua...
jgn nanti bila tiba bahagian kita dok melalak mengapa kita tak boleh bersuara...
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2008 08:47 PM | Show all posts
dlm peristiwa semalam forum itu adalah acara yg sah dan tak melanggar undang2
demo tu yg melanggar undang2
patutnya polis suruh org yg berdemo tu bersurai dan bukan dgn hentikan forum

tak mau bersurai semburlah dgn air kuning...

Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2008 08:51 PM | Show all posts
Originally posted by petola at 10-8-2008 08:44 PM

selepas ada perkara2 macam ni barulah nak propose itu ini....

selama ni dok selamba jer...

adalah kesannya tu...

esok timbul lagi isu lain.... tunggu sampai org marah sampai anjur forum barulah tergedik2 nak buat...
kalau tidak dok selamba...

itu sebab kalah pilihanraya... sebab asyik dok selamba...

apa2pun aku tetap sokong forum itu sebagi cara untuk hilite masalah supaya kerajaan bertindak cepat selesai masalah...
suatu cara civil society berfungsi dalam sebuah negara demokrasi....
jgn sesekali tutup mulut mereka(dan kita semua) dgn tindakan2 keras dan ugutan ISA...
kalau ia boleh dikenakan terhadap mereka ia juga boleh dikenakan terhadap sesiapa saja termasuk kita semua...
jgn nanti bila tiba bahagian kita dok melalak mengapa kita tak boleh bersuara...


mana ada, Zahid Hamidi dah cakap, dah lama pon diaorg berbincang pasai isu ni
dia pon dah jumpa ngan Zaid Ibrahim dah
Majlis Peguam tu sengaja ler tu nak dapatkan perhatian

sama ler mcm saper tah tadi yg bg komen " demonstrasi, terpekik2 terlolong bukan cara islam ", padahal dulu diaorg pon buat mcm tu juga

masa bila bab kita tak boleh bersuara?
cthnya org yg ke hulu ke hilir Ketuanan Melayu tu pon tak disokong juga

sepatutnya, org yg dikatakan bijak pandai tu boleh berfikir, Malaysia ni negara majmuk dan berbilang kaum
jangan bangkitkan sesuatu isu berkaitan agama dan kaum lain secara terbuka

kita ni manusia bukannya robot yg takder perasaan
kalau semua jenis robot, tak kisah ler
ni manusia yg ada emosi, kena juga ambil kisah
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2008 08:52 PM | Show all posts
Originally posted by petola at 10-8-2008 08:47 PM
dlm peristiwa semalam forum itu adalah acara yg sah dan tak melanggar undang2
demo tu yg melanggar undang2
patutnya polis suruh org yg berdemo tu bersurai dan bukan dgn hentikan forum


demo tak akan berlaku kalau Majlis Peguam tak keras kepala
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2008 08:52 PM | Show all posts
Originally posted by peYno at 10-8-2008 08:35 PM

tang mana PAS bekerjasama dlm isu agama pulak??
PAS sesekongkol dgn DAP dan PAS dlm isu keadilan, tentang rasuah, naikkan taraf rakyat. dan menentang mereka yg rasuah dan tindas rakyat ( tak kirala yg menindas tu isle ke bukan isle.. kalau mereka salah.. mestila ditentang).
bukan itu selari dgn Isle ka???



Islam nih syumul , merangkumi seluruh aspek hidup , jadi tak dak konsep isu agama asing dan isu lelain dalam hidup asing pulak  . Itu pandangan sekular yang suka mengasingkan politik dari agama . Bekerjasama dalam politik tak boleh laa dengan orang yang benci hukum Tuhan .

Kena di pertelitiikan lebih lanjut lagi makna keadilan , penindasan ,  cara naikkan taraf rakyat dan jenis rasuah yang perlu ditentang yang selari dengan Islam dulu , baru boleh kenal samada apa yang cuba dilakukan oleh DAP selari ke tak dengan apa yang disuruh oleh Islam . Istilah aje sapa pun boleh sebut . Malah Pak Lah pun memanjang sebut dia berusaha keras membenteras rasuah bla bla bla . Tapi tindakan dia jelas memperlihatkan sebaliknya kan .

Boleh kau senaraikan pelan tindakan DAP dalam usaha depa nak wujudkan keadilan dulu. Apa dia ? Let's discuss .
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2008 08:56 PM | Show all posts
sebagai contoh hindraf timbul sebab kegagalan kerajaan selesai masalah2 golongan minoriti itu...
ia anak haram BN...

dan anak haram inilah yg buat bapak tak bertjawab naik semput..
yg mengaku pemlindung dan pembela mereka jatuh terkangkang...

akibat drp sikap selamba dan menidakkan masalah
berkeras tak kena tempat, sombong dan angkuh...

sebab itu jgn sesekali menidakkan suara rakyat... walau sekecil mana sekalipun
yg berkuasa yg jadi tuan yg patut prihatin...

kuasa yg tidak dikembari dgn kebijaksanaan akhirnya akan terhakis juga...
siapa rugi?

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-8-2008 09:00 PM | Show all posts
jikapun tindakan majlis peguam tu bodoh... tindakan2 kerajaan hendaklah bijak..
jgn jadi dua kali bodoh pulak....
sebab tindakan bodoh kerajaan kesannya terkena pada kita semua..

Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2008 09:01 PM | Show all posts
Originally posted by DTECCONAN at 10-8-2008 08:32 PM


TAHNIAH menteri besarku

TAHNIAH juga dengan Zahid Hamidi, bukannya kita larang tetapi diminta supaya berbincang secara tertutup
diaorg pon dah bincang pasal hal ni sebelum2 ni
...


Aku tak setuju diadakan secara tertutup apa forum pun , kenapa nak tertutup plak ?   Bincang aje laa apa pun asalkan apa yang di bincangkan tu di buat secara berhemah dan menyeluruh , bukan secara biass la , itu yang penting . Perlu di buat berbagai forum sebenarnya , sebagai venue rakyat meluahkan apa saja yang mereka tak puas hati ( tapi dalam ruang lingkup tajuk forum laa )
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2008 09:09 PM | Show all posts
mendap lagik
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2008 09:09 PM | Show all posts
vjdfvdvnpfdn' dmvfvaesfpvf mendapppppppppppp
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-10-2024 08:25 AM GMT+8 , Processed in 0.056022 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list