CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: unekspekted_II

Untold History : Kiyai Salleh dan 13 Mei Tidak Bersangkutan

[Copy link]
Post time 26-1-2011 09:35 PM | Show all posts
org johor je yg tau sape yg dimaksudkn oleh unek tu,

tp bkn kah ko da sebut sape org tu ...
idhane Post at 26-1-2011 16:47


oh, ye ke? haha.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-1-2011 10:27 PM | Show all posts
Reply 55# muor76
baru aku tau ada 2 kiyai salleh..
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2011 11:17 PM | Show all posts
Reply  muor76
baru aku tau ada 2 kiyai salleh..
saden Post at 26-1-2011 22:27

yups... sorang yg alim.. aktif wirid khaujakan
sorang lagi selempang merah

normally... bile belajo ilmu igama org gi carik yg alim tu
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2011 01:28 AM | Show all posts
Reply 63# muor76


    yang Salleh selempang merah tu bin apa?yang lagi satu?
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2011 01:31 AM | Show all posts
Asalnya sendeng Muar, tapi lepas didaftarkan dgn ROS, jadi Sendeng Malaysia. Tapi nama silat sende ...
saden Post at 26-1-2011 11:30



   Kira sendeng Muar ni yang 1st sekali la compare dgn sendeng2 lain..?yg aku dengar lagi, semua keturunan 2 utama ni ada silat sendeng sendiri, mcm bugis, banjar, dll...jawa je takde..
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2011 03:15 PM | Show all posts
Reply  muor76


    yang Salleh selempang merah tu bin apa?yang lagi satu?
the^Librarian Post at 27-1-2011 01:28


yg salleh selempang merah tu salleh bin abd karim...

yg kiyai salleh alim tu tak tau....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-1-2011 03:28 PM | Show all posts
kiyai salleh yg lagi satu bin hj. arshad.. klu aku tak silap sebab dia memang keturunan al banjary.. alim2
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2011 04:36 PM | Show all posts
wirid khaujakann.. adakah wirid yg di amalkan oleh tareqat naqsyabandi kholidi????
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-1-2011 12:55 AM | Show all posts
kiyai salleh I agak dah tua mase tahun 1945.. while Kiayi Salleh II mase tu baru berumur 24 tahun..

x bnyak tau pasal kiyai salleh I.. tp, wirid khaujakan tu.. aku ade copy dia.. jap aku carik
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2011 01:10 AM | Show all posts
ohyeker?? tp yg bawak wirid ni... Sheikh Fadhil Banten klo x silap kan.. masa gogle.. kuar nama nie....
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2011 01:10 AM | Show all posts
Abdul Fadhil bin Abu Bakar Banten berasal dari Banten iaitu sebuah daerah di Jawa Barat. Beliau lama menuntut di Mekah dan telah sampai di Tanah Melayu atau Malaya pada tahun 1915. Beliau kemudiannya tinggal menetap di Lenga yang terletak kira-kira 48 km dari Bandar Maharani.
Semasa tinggal disana, beliau mengajar agama dimasjid-masjid dan surau. Selepas mengajar beliau berwirid begitulah caranya beliau mengembangkan Wirid Khaujakan iaitu satu daripada amalan Tariqat Naqshabandiayah disamping Tariqat Tijaniyah.
Beliau kemudiannya berpindah ke Muar selepas kematian isterinya. Di Muar beliau tinggal di Batu 2 1/2 Jalan Bakri, disana beliau meneruskan aktivitinya mengajar agama disamping mengembangkan Wirid Khaujakan di masjid-masjid dna surau-surau disekitar Muar termasuk di Masjid Jamik Muar (sekarang dikenali dengan Masjid Jamik Sultan Ibrahim).
Kira-kira pada tahun 1942, semasa Tanah Melayu dalam pemerintahan Jepun, Sultan Johor ketika itu, Sultan Ibrahim ibni Sultan Abu Bakar, sangat bimbang terhadap keselamatannya, keluarganya dan rakyat jelata seluruhnya. Beliau telah menitahkan pegawai daerah Muar ketika itu, Datuk Osman Buang, untuk mencari seorang ulama yang boleh membantunya dalam mengatasi masalah itu. Datuk Osman telah mencadangkan Haji Fadhil Banten yang sanggup berdoa seperti yang dihajatkan oleh Baginda Sultan.
Haji Fadhil Banten kemudiannya telah dibawa ke Johor Bahru dan Sultan Ibrahim telah menawarkan kepada beliau supaya tinggal disebuah rumah berhampiran dengan istana, tetapi beliau telah memilih untuk tinggal di Masjid Pasir Pelangi, kerana suasana di masjid lebih memudahkan dan lebih baik baginya untuk beribadah.
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2011 01:14 AM | Show all posts
ha'ah.. wirid tu fadhil bentan yg founded.
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2011 01:14 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2011 01:23 AM | Show all posts
Reply 72# unekspekted_III


   rasanyer dier kembangkan.. bukan jumpa... sbb amalan tareqatt... ader susur galur....... tp dier adalah pengasas badan kebajikan jemaah khaujakan johor
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2011 01:27 AM | Show all posts
anyway.. :

laksemane Banten (Megat Seri Rama) or laksamana bentan dgn Kiyai fadhil 'banten'... berasal dari tempat yg lain..

Lasksemane banten (or.. org melayu sebut bentan) tu dari Pulau Bintang.. dekat karimun

So.. Banten dgn Bentan tu..lain tempat.. bintan somehow curropted jadi bintang
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2011 01:38 AM | Show all posts
pernah gak baca... pasal 2 tempat ni.. nama seakan2 sama tp tempat yg berbeza......
ni postnya....

APABILA riwayat Haji Abu Bakar bin Haji Hasan Muar tersiar dalam Ruangan Agama, Utusan Malaysia, penulis menerima panggilan daripada beberapa orang di Muar, antaranya Cikgu Haji Muhammad. Beliau menyatakan bahawa sezaman dengan ulama Muar itu ada lagi beberapa ulama yang sangat besar pengaruhnya dalam bidang kerohanian di kerajaan Johor, iaitu Syeikh Kiyai Haji Fadhil bin Haji Abu Bakar al-Banten. Daripada hasil wawancara, sebuah buku berjudul Amalan Wirid Khaujakan dan Huraiannya, susunan Ustaz Haji Ahmad Tunggal diterbitkan oleh Badan Kebajikan Jamaah Khaujakan Johor Darul Takzim, serta beberapa catatan. Maka ulama berasal dari Banten yang menaburkan baktinya di Johor dapat diperkenalkan. Beliau lahir di Banten, Jawa Barat sekitar tahun 1287 Hijrah/1870 Masihi dan meninggal dunia di Bakri, Muar, Johor pada 29 Jamadilawal 1369 Hijrah/18 Mac 1950 Masihi, dikebumikan di Batu 28 Langa, Muar.Sebelum riwayat ini diteruskan, dirasakan perlu menjelaskan nama `Banten' kerana ada orang memperkata bahawa ulama yang diceritakan ini berasal dari `Bentan'. Hal ini terjadi hanyalah kerana ada orang yang tidak dapat membezakan antara Banten dengan Bentan. Banten, kadang-kadang disebut juga dengan Bantan, kadang-kadang Bantam. Banten pada zaman dulu mempunyai kerajaan sendiri. Setelah Indonesia merdeka ia dimasukkan ke dalam Propinsi Jawa Barat dan setelah reformasi, menjadi propinsi sendiri yang dinamakan Propinsi Banten.Ada pun Bentan adalah sebuah pulau di Kepulauan Riau, yang kedua terbesar sesudah Pulau Natuna. Bentan sangat penting dalam sejarah dan geografi, sama ada zaman kerajaan Melaka mahu pun zaman pembentukan kerajaan Riau-Lingga-Johor dan Pahang dan takluknya, zaman Riau-Johor dan terakhir sekali menjadi Riau-Lingga.Ulama yang dikisahkan ini berasal dari Banten bukan dari Bentan. Banten memang ramai melahirkan ulama yang terkenal, antara yang terkenal di seluruh dunia Islam ialah Syeikh Nawawi al-Bantani yang diakui oleh dunia Islam dengan gelar Imam Nawawi ats-Tsani (Imam Nawawi yang ke-2). Sedang dari Bentan hingga kini belum diketahui nama ulamanya, yang ada hanyalah ulama Riau yang berasal dari pulau-pulau lainnya. Antara ulama Riau yang mengajar di Mekah peringkat guru pada Fadhil ialah Syeikh Ahmad bin Muhammad Yunus Lingga .
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-1-2011 01:42 AM | Show all posts
sikit org je yg perasan perbezaan nyer
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2011 01:53 AM | Show all posts
adakah kiyai salleh bin arshad yg dikatakan dr banjar... itu.. adakah yg ini???

Lebih di kenali sebagai Kiai Salleh atau Panglima Salleh, Batu Pahat. Beliau mengetuai orang-orang Melayu menangani Bintang Tiga di Batu Pahat, Johor. Panglima Salleh telah dilahirkan pada tahun 1916 di Jorak, Muar. Sepanjang hayatnya, beliau banyak berguru dengan guru agama dan persilatan. Antara guru beliau yang di ketahui ialah Kiai Mustahir, Pagoh dan Kiai Arshad al Banjari. Dari kedua-dua guru ini, beliau telah menuntut ilmu agama dan amalan perang yang berasaskan amalan ayat empat.

( website silat sendeng )
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2011 02:02 AM | Show all posts
maknenyer... bapak kiyai salleh I - Arshad tu pun gurunye Kiyai Salleh II
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2011 11:52 AM | Show all posts
Tariqat naqshbandi?? hmm, same ke ngn yg diamalkan Raja Ashman tu..? lodge dy ade kat area umah aq kat damansara..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-3-2025 04:49 AM GMT+8 , Processed in 0.200820 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list