CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: noneng

Arkib : Alkisah Mawi Putus Tunang...

 Close [Copy link]
Post time 4-7-2006 12:38 PM | Show all posts

Reply #189 DTECCONAN's post

buat apa pegi melawat jenazah org tua tu
pingan tak retak nasi tak dingin!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-7-2006 12:40 PM | Show all posts

Reply #191 babybueno's post

itula, buat apa la pi tengok jenazah, jumpa kawan2 pon lagi best
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2006 12:46 PM | Show all posts

Reply #192 DTECCONAN's post

memang pun ;)...[that's  exactly what i will do if i were ina]
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2006 12:47 PM | Show all posts
dah mawi tak kisah ;)
aiman lagi lah tak kisah ...hehe
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2006 12:50 PM | Show all posts
...org tak hendak aku pun tak ingin.....

hahahaha.....
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2006 12:51 PM | Show all posts
bila tv3 nak jemput Ina?

WHI ker?

;)
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-7-2006 12:53 PM | Show all posts

Reply #193 babybueno's post

kejam betul wanita zaman sekarang
tgk cth pemimpin2 kita, dlm dok bergaduh2 kalau ada yg meninggal sempat lagi ziarah
sepatutnya Ina ambik peluang ni, tunjukkan yg dia tu bakal menantu yg baik
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2006 12:54 PM | Show all posts
Tak lama lagi ina akan berhijrah ke kl ler sebab dah byk dpt job dan utk menajdi selebriti terkenal mengalahkan mawi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-7-2006 12:57 PM | Show all posts
INA TU MULUT MCM LONGKANG YG DAH BERTAHUN-TAHUN TAK CUCI............
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2006 01:00 PM | Show all posts
Jangan marah Ina, dia kan wanita "TERaniaya"
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2006 01:00 PM | Show all posts
Bersabor je lah adek Ina oii! nanti lepas edah putus tunang nanti, ramai laa orang yang datang merisik  kat adek Ina nii, bagus gak eh Dek Ina dok buat photoshoot2 nih, at least promosi diri sket nooo... wah memang berpandangan jauh laa adek Ina kita nii, memang dah foresee dari dulu kot dgn. Mawi ni dia tadak future langsung... Ina boleh cakap laa ni kat Mawi ' go to hell you"
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2006 01:01 PM | Show all posts

Reply #196 DTECCONAN's post

Aku ni memang kejam ...ekeke :nana:
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2006 01:10 PM | Show all posts
Originally posted by mattnadd at 4-7-2006 01:00 PM
Bersabor je lah adek Ina oii! nanti lepas edah putus tunang nanti, ramai laa orang yang datang merisik  kat adek Ina nii, bagus gak eh Dek Ina dok buat photoshoot2 nih, at least promosi diri sket n ...


ekeke...lawak sempoi betul!
tapi brader wa sokong lu :setuju:
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2006 01:21 PM | Show all posts
Rakan, jiran sudah duga


KULAI: Berita mengenai penyanyi paling popular, Asmawi Ani atau Mawi mahu memutuskan pertunangannya dengan Nordiana Mohd Naim, 23, bukan satu kejutan bagi penduduk Felda Taib Andak.




Malah, jiran dan kenalan Mawi sudah menjangkakan perkara itu akan berlaku kerana Mawi yang terkenal pada hari ini sudah berubah.

Menurut penduduk, berita mengenai Mawi mahu memutuskan pertunangannya dengan Nordiana (Ina) tersebar di Felda Taib Andak sejak beberapa bulan lalu.

Malah, apa disiarkan akhbar semalam hanya sebagai satu pengesahan kerana penduduk mengetahui ura-ura keputusan Mawi sejak beberapa bulan lalu.

Seorang penduduk yang enggan namanya disiarkan berkata, tindakan Mawi bukan satu kejutan, malah penduduk sudah lama menjangkakan ia akan berlaku, lebih-lebih lagi selepas gosip Mawi dengan beberapa artis wanita lain.

?ni kerana Mawi pada hari ini sudah berubah. Dia bukan Mawi yang kami kenal dulu. Malah, kawan yang rapat dengannya juga sudah lama tidak berjumpa atau dapat bercakap dengannya.

?etiap kali Mawi pulang ke kampung, dia akan berkurung di dalam rumah, tutup semua tingkap. Dia singgah tidak lama dan terus beredar tanpa sempat berjumpa rakan.

?ami rasa sedih, kecewa, hampa dan terkilan dengan perubahan sikap Mawi. Kami tahu dia sibuk, tapi tidak sampai melupakan kawan,? katanya ketika ditemui di sini semalam.

Metro Ahad yang berkunjung ke Felda Taib Andak mendapat maklum balas penduduk yang kesal dan kecewa dengan tindakan Mawi mahu memutuskan pertunangannya.

Seorang lagi penduduk yang juga jiran Mawi mengingatkan Mawi dan keluarganya supaya tidak lupa diri kerana anugerah diberikan kepadanya sebagai penyanyi popular hanya bersifat sementara.

?ami kecewa kerana cara Mawi tidak sopan. Dia tidak berani berdepan Diana, sebaliknya hanya memberitahu melalui telefon.

?indakannya tidak sopan. Justeru, saya terkejut kerana saya tidak lagi kenal Mawi yang dulu, iaitu sebelum dia masuk AF,? katanya.
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2006 01:25 PM | Show all posts
Originally posted by Nikotina at 4-7-2006 10:34 AM




tu diaaaa...:lol


Ibarat kacang lupakan kulit


JOHOR BAHRU: Alasan Asmawi Ani atau Mawi untuk mengakhiri ikatan pertunangannya dengan Nordiana Mohd Naim, 23, dianggap tidak wajar dan ibarat kacang lupakan kulit.




Malah, jika alasan tidak mendapat restu keluarga digunakan penyanyi yang digelar ?sumawi? itu sebagai sebab utama janji pertunangan yang dijalin hampir dua tahun itu terlerai, ia mengecewakan peminatnya.

Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, Datuk Mohd Ali Hassan, berkata jika benar Mawi mahu memutuskan pertunangannya dengan Nordiana atau Ina, ia keputusan terburu-buru dan mengecewakan jutaan peminatnya.

Katanya, walaupun soal jodoh di tangan Tuhan, keputusan drastik dengan alasan mengikut kehendak keluarga itu boleh menyinggung pelbagai pihak, terutama keluarga tunang Mawi.

Katanya, penyanyi itu yang kini menjadi idola dan ikon remaja kerana ciri-ciri keperibadiannya seharusnya mempunyai pendirian kukuh mengenai hubungannya dengan Ina.

?erubahan taraf kedua-dua keluarga tidak semestinya dijadikan ukuran pada masa ini memandangkan Mawi ada ikatan pertunangan dengan gadis itu sebelum bergelar juara AF3.

?alah, ikatan itu tidak harus diperlekehkan dengan alasan jurang taraf antara kedua-dua keluarga terlalu jauh yang akan membawa masalah pada masa depan jika Mawi memperisterikan Diana.

?asti bukan saya seorang terkejut dengan tindakan Mawi, malah semua peminatnya yang menyokongnya sehingga menjuarai AF3 dan menjadi paling popular hari ini,? katanya selepas mengiringi Sultanah Johor, Sultanah Zanariah pada Majlis Sambutan Jubli Emas Sekolah Tun Fatimah (STF), di sini, semalam.

Mohd Ali antara peminat Mawi dan pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) tahun lalu beberapa kali berkempen serta mengingatkan Ahli Dewan supaya mengundi Mawi ketika AF3 rancak dipertandingkan.

Beliau berharap Mawi dan keluarganya bersabar dalam menyelesaikan perkara itu dan tidak membuat keputusan secara melulu.

Katanya, anak jati Felda Taib Andak, Kulai itu tidak harus melupakan asal usulnya dan segala pahit maung yang pernah ditempuhinya bersama Ina sebelum bergelar bintang.

Sementara itu, peniaga, Kusha Haron, 38, berkata dia dan keluarganya kecewa dengan tindakan Mawi yang seolah-olah lupa diri selepas diuji Tuhan dengan kesenangan selepas bergelar penyanyi popular tanah air.

Katanya, dia dan ibunya Rahmah Abdul Rahim, 72, menangis apabila membaca akhbar semalam yang melaporkan Mawi membayangkan untuk meleraikan ikatan pertunangannya dengan Ina.

?aya sedih kerana Mawi mungkir janji untuk berkahwin dengan Ina dan pernah berkata tidak takut dengan populariti yang merosot kerana rezeki Tuhan tentukan.

?aya juga berniat jika Mawi jadi kahwin dengan Ina yang setia kepadanya, saya akan bagi pulut kuning kepada lima surau sebab Mawi macam ahli keluarga kami,? katanya, semalam.
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2006 01:26 PM | Show all posts
Itulah NIAT Ina ...mengheret mereka yang xtahu menahu utk menjatuhkan maruah dan menyakitkan hati seseorang yang dia kata dia 'cinta' ...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-7-2006 01:28 PM | Show all posts
Itulah NIAT Ina ...mengheret mereka yang xtahu menahu utk menjatuhkan maruah dan menyakitkan hati seseorang yang dia kata dia 'cinta' ...
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2006 01:29 PM | Show all posts

Reply #2 biezie_slalu's post

wah! baru sorang ni nenek yang menangis sedih bila mawi putuskan tunang dgn ina
agaknya nenek2 dan makcik2 yg lain tengah simpan angan2 nak buat mawi jadi menantu
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2006 01:30 PM | Show all posts

Reply #16 ramura's post

dah org tu tak cinta :kant:
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2006 01:31 PM | Show all posts
Originally posted by ramura at 4-7-2006 01:28 PM
Itulah NIAT Ina ...mengheret mereka yang xtahu menahu utk menjatuhkan maruah dan menyakitkan hati seseorang yang dia kata dia 'cinta' ...



ye ke??? bg aku ina yg dianiaya!! walau sesibuk mana pun tunang jgn dilupa....ni takk...kalo dak kawen nanti sibuk ngan show xkan nak abaikan keluarga?????????prtttthhhhhhh ni petanda awal kejatuhannnn....suku sakat aku semua  duk mengata..nasiblah beb!!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2025 09:52 AM GMT+8 , Processed in 0.077826 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list