|
daun sage nih untuk buat masak apa yer?...... kalo nak english herb yang murah.. beli kat pasar tani shah alam... sumer RM5 jerk.... |
|
|
|
|
|
|
|
632# seroja1
Pasar tani shah alam hari apa?...kat mana tapaknya tu?...maksud i...apa treadmark yang berdekatan tapak pasar tani tu?...thanks... |
|
|
|
|
|
|
|
pasar tani shah alam hari ahad... dekat ngan stadium.... oja tak penah pegi.. tak berapa minat nak jalan2 pagi minggu... selalu pagi minggu dok kat atas katil jerk... hehehehe... |
|
|
|
|
|
|
|
Dekat stadium shah alam?... |
|
|
|
|
|
|
|
merged  |
|
|
|
|
|
|
|
Pokok Stevia Belum Disyor Tanam Secara Komersial
KUALA LUMPUR, 25 Nov (Bernama) -- Pokok stevia atau "sweet honey leaf" masih belum disyorkan untuk penanaman secara komersial di negara ini meskipun ia menghasilkan bahan yang lebih sihat berbanding gula, kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar.
Katanya ini kerana varieti stevia yang benar-benar sesuai belum ditemui sungguhpun enam aksesi berpotensi daripada 68 aksesi yang dibawa masuk dari serata dunia telah disenaraipendekkan.
Stevia tidak mengandungi kalori sungguhpun 300 kali lebih manis berbanding gula.
"Masalah utama penanaman stevia di Malaysia iaitu tanaman ini berbunga terlalu awal dalam keadaan waktu siang yang kurang daripada 13 jam seperti di Malaysia.
"Ini menyebabkan stevia terpaksa dituai sehingga 12 kali setahun berbanding satu ke dua kali di negara-negara iklim sederhana. Penuaian yang kerap ini menyebabkan pengeluaran stevia di Malaysia tidak kompetitif dari segi kos," katanya dalam jawapan bertulis kepada Fuziah Salleh (PKR-Kuantan) di Dewan Rakyat Rabu.
Noh berkata akibat kutipan hasil yang awal kandungan bahan pemanis dalam pokok stevia juga didapati kurang, selain teknologi bagi pembiakan tanaman yang efektif masih sedang diperkemaskan.
Beliau berkata Mardi telah menjalankan penyelidikan ke atas tanaman tersebut yang berasal dari Paraguay, Amerika Selatan di mana orang asli Guarani di situ telah lama menggunakannya untuk memaniskan minuman ubatan yang pahit.
Noh berkata stevia mungkin selamat diguna oleh pesakit diabetes, untuk mengurangkan berat badan dan tidak akan menyebabkan kerosakan gigi selain ia merupakan satu pemanis semulajadi tidak seperti pemanis rekaan seperti aspartame dan saccharine kerana tidak menyebabkan kesan sampingan yang buruk.
"Mardi telah memulakan penyelidikan yang mendalam ke atas tanaman ini mulai tahun 2004, di mana penyelidikan itu memberi fokus kepada teknologi huluan kerana dari segi pemprosesan, kilang yang berkenaan telah wujud di Malaysia," katanya.
Beliau berkata antara aspek penyelidikan utama ialah pemilihan varieti, amalan agronomi, kawalan musuh dan penyakit, mekanisasi ladang dan pengendalian lepas tuai.
"Sungguhpun banyak teknologi telah diwujudkan, stevia masih belum disyorkan untuk penanaman secara komersial di masa sekarang," katanya.
-- BERNAMA |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
memang teringin nak beli stevia.. tp pokok nih kalo tak silap jangkahayat dia tak panjang... so kensel ajalah... nursery kat umah oja pun jual RM10 sepokok... besar sket dari em2 beli tuh...
seroja1 Post at 3-11-2009 08:49 
salam..
I baru je beli dari Sg. Buluh..RM 8 sepokok. |
|
|
|
|
|
|
|
koleksi i utk jenis pokok yg manis dh ada dua.. Buah Ajaib dan Stevia. |
|
|
|
|
|
|
|
784# shiina
yer shiina....setiap pagi ahad..
kat parking keter sebelah studium melawati, berdepan dgn tesco extra jg bersebelahan dgn giant sec. 13.
sesambil beli herbs leh makan2 n shopping sekali....  |
|
|
|
|
|
|
|
785# sofiera
lama dah tak mkn pegaga kg...
penah cuba tanam tapi kiokk... |
|
|
|
|
|
|
|
790# anggerikrimba
Thanks anggerikrimba...mungkin boleh pergi kalau ada rezeki balik KL... |
|
|
|
|
|
|
|
793# orkit
1. Jarum Tujuh Bilah Colour Orange
2. Tak tahu
3. Macam Kemuning...tapi tak pastilah...
4. Tak tahu... |
|
|
|
|
|
|
|
793# orkit
cantiknya bunga yg kaler oren tu... |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by orkit at 1-12-2009 15:56
TQ shiina.
satu lg pokok kemuning tu dia ade buah ke??? bila buah tu masak dia bertukar warna merah???
 |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
796# orkit
Rasanya kalau buahnya bertukar colour merah...memang buah kemuninglah tu...yang lagi dua tu...confirm i tak tau pokok apa... |
|
|
|
|
|
|
|
796# orkit
Yang ni pokok apa pulak?...jambu apa ke tu ye?... |
|
|
|
|
|
|
|
Perubatan orang Asli
Oleh Suzan Ahmad
[email protected]

Antara herba orang asli yang dikatakan boleh mengubat penyakit.
Pameran Magis Belantara anjuran Muzium Negara dedah khasiat hutan, pantang larang masyarakat asli
BUKAN amalan biasa bagi masyarakat orang Asli di Semenanjung Malaysia untuk berkongsi, mendedahkan pengetahuan serta membantu penyelidikan berkaitan herba kecuali dari kumpulan Senoi seperti Semai dan Temiar.
Khasiat sebahagian daripada 6,000 spesis tumbuhan tropika di negara ini tidak hanya dijadikan makanan, tetapi juga sebagai herba bagi mencegah, mengubati dan melindungi daripada penyakit demam, cirit birit, buasir dan barah. Malah, khazanah hutan ini turut digunakan dalam upacara ritual bagi menghindarkan gangguan makhluk halus.
Menyedari kepentingan menyelami dunia perubatan masyarakat ini, Muzium Negara mengadakan pameran Magis Belantara - Herba Orang Asli yang diadakan dari 14 November lalu hingga 31 Disember ini.
Ketua Pengarah Muzium Negara, Datuk Ibrahim Ismail, berkata objektif utama pameran itu adalah memberi pendedahan mengenai rahsia, keistimewaan dan kegunaan herba dari sumber hutan serta hubungannya dalam konteks kebudayaan masyarakat orang asli.
“Khusus untuk pameran ini, kami berjaya memujuk suku kaum asli untuk menunjukkan demonstrasi Sewang Perubatan juga penyediaan ubat-ubatan yang jarang dipertontonkan di khalayak ramai kerana ia membabitkan pemujaan semangat,” katanya.

Kayu Tas yang dikatakan dapat menundukkan binatang buas dan binatang berbisa.
Katanya, kalangan pribumi ini agak tertutup untuk mendedahkan sewang perubatan memandangkan ia membabitkan sistem kepercayaan mereka yang dilindungi semangat alam dan tumbuh-tumbuhan. Mereka amat mempercayai semangat baik dan semangat jahat yang menyelubungi setiap aspek kehidupan seharian.
Setiap benda atau perkara yang berlaku atau akan berlaku di sekeliling mereka dipercayai mempunyai semangat yang berkuasa untuk mengundang kesenangan atau kemudaratan.
Menurut Ibrahim, kini peranan dan hubungan erat herba ditonjolkan lagi menerusi Muzium Negara sebagai mercu tanda negara.
“Jika dulu maklumat mengenai herba dan hasil hutan hanya diperoleh dari herbarium, Taman Botani, taman rempah dan sebagainya, kini peranan masyarakat Orang Asli, hasil hutan dan tumbuhan pelbagai khasiat ini ditonjolkan secara eksklusif di Muzium Negara.”

Demonstrasi Tok Khalaq sedang membacakan mantera dan melakukan sewang untuk mengubati pesakit.
Pameran perubatan tradisional Orang Asli ini secara perbandingan merangkumi tiga kelompok utama di Semenanjung Malaysia iaitu Senoi, Negrito dan Melayu Proto yang terdiri daripada 18 suku kaum. Begitupun, tumpuan pameran lebih kepada kaum yang besar seperti Semai, Temiar, Jahut dan Temuan.
Sementara itu, Penolong Kurator Muzium Orang Asli di Gombak, Selangor, Abdul Razak Kasim, berkata masih ramai masyarakat orang Asli masih lagi mempercayai semangat dan penunggu sebagai tempat mereka meminta pertolongan.
“Sehingga kini, bomoh, pawang atau Tok Khalaq menjadi pengantara yang akan berhubung dengan kuasa-kuasa halus. Perhubungan ini disampaikan melalui upacara adat seperti berjampi atau jamuan di hari tertentu seperti hari Puja Pantai (suku kaum Mah Meri di Pulau Carrie), Genggulang (suku kaum Semai), Sewang (Suku kaum Semai dan Temiar) dan Berjerom (suku kaum Jakun).”
Dari segi kemahiran mengubat dan perbomohan, dipercayai suku kaum Jah Hut dan Semai paling berpengalaman dan cukup terkenal pandai mengubat. Bagaimanapun kemahiran mengubat yang dimiliki juga bergantung kepada tahap-tahap serta jenis penyakit yang dialami pesakit.
Suku Kaum Jah Hut misalnya dikatakan mampu mengubati penyakit yang lebih rumit membabitkan gangguan makhluk halus dipercayai berdasarkan kedudukan suku kaum ini yang tinggal jauh di dalam hutan tebal di Pahang. Berbanding kaum Semai yang kebanyakan sudah banyak bergaul dengan masyarakat setempat yang tinggal di pinggir hutan.
Jelas Abdul Razak, bomoh atau Tok Khalaq juga punya tahapnya yang tertentu, lebih banyak ‘pendamping’ (makhluk halus) yang mendampingi Tok Khalaq bertambah kuat serta hebat keupayaannya mengubat. Ini kerana lain penyakit yang dihidapi lain pula ‘pendamping’ yang akan mengubat.
Tambahnya, tidak seperti Tok Batin, kemahiran mengubat atau menjadi bomoh tidak diwarisi mahupun lahir dari minat untuk belajar, sebaliknya ia datang sendiri.
“Apa yang dimaksudkan dengan datang sendiri itu ialah ‘pendamping’ dipercayai memilih siapa yang layak untuk menjadi Tok Khalaq dan barulah individu itu sedar dia mempunyai kelebihan untuk menjadi pengantara dan mengubat,” katanya.
INFO: Antara pantang larang orang Asli sebelum mengambil tumbuhan atau herba
# Elakkan pertelingkahan di rumah sebelum keluar ke hutan
# Mestilah dikalangan orang yang arif mengenai fungsi serta yakin dengan khasiat herba yang diambil. (Sering dilakukan mereka dari keturunan bomoh atau bidan)
# Tidak boleh bercakap sembarangan semasa mencabut pokok herba seperti mengeji, mengata dan bercakap kasar.
# Kenal pasti kedudukan di mana tumbuhnya pokok herba. Jika bertindih dengan pokok lain, ia tidak boleh dicabut. Dilarang juga mengambil herba yang tumbuh berdekatan atau di atas busut.
# Elakkan mencabut herba pada waktu senja. Sebaik-baiknya jam 9 pagi hingga 5 petang. (Selain sebab keselamatan, mereka percaya senja adalah waktu syaitan berkeliaran).
# Dilarang melangkah pokok herba bagi mengelak khasiatnya jadi ‘tawar’. Jika terjumpa ulat gonggok, semut atau binatang lain, jangan diusik atau diejek, bimbang berlaku malapetaka. Jika terjumpa batu atau pokok ganjil, jangan ditegur.
# Untuk mendapatkan khasiat dan kemujaraban herba, ia hendaklah diminum atau dimakan mentah atau segar (kerana getahnya berkhasiat). Herba yang baru diambil tidak boleh dibiarkan berjemur panas matahari. Ia hendaklah dimasukkan ke dalam bekas dan terus dibawa masuk ke rumah atau balai berubat.
# Herba juga tidak boleh dimakan bersama makanan pedas seperti lada (cili padi). Sesiapa yang makan herba juga tidak boleh menghempas pakaian ke batu ketika mencuci pakaian.
# Semasa memasang herba, hiasan di bale atau tamu’ (gugusan bunga) di pentas sewang, herba tidak boleh sama sekali jatuh dan jika ia berlaku, sewang perubatan tidak boleh diteruskan. Sekiranya mahu juga diadakan, ia perlu dilakukan pada hari lain dengan menggunakan herba baru. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Siapa tahu bunga serai acheh?? |
|
|
|
|
|
|
| |
|